JOHOR PERCUBAAN P2 [email protected]

7
Nama : ……………………………………. Kelas : ………………… UJIAN PRA – PENTAKSIRAN STPM PENGGAL 2 PENGAJIAN AM KERTAS 2 (1 jam 30 minit) SMK SULTAN IBRAHIM, KULAIJAYA JOHOR Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan. Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. 900/2 STPM 2014 Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah

Transcript of JOHOR PERCUBAAN P2 [email protected]

Nama: . Kelas:

STPM 2014900/2

UJIAN PRA PENTAKSIRAN STPM PENGGAL 2

PENGAJIAN AMKERTAS 2(1 jam 30 minit)

SMK SULTAN IBRAHIM, KULAIJAYA JOHOR

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Untuk kegunaan pemeriksa

Bahagian A

1

2

3

4

Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Kertas soalan terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Bahagian A[15 markah]Jawab semua soalan.1. Senaraikan empat projek yang terkandung dalam Bidang Utama Ekonomi Negara ( NKEA). [4]........2. Salah satu langkah untuk merealisasikan Wawasan 2020 ialah melalui program penswastaan. Bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sektor swasta akan menjadi pemacu utama manakala kerajaan memainkan peranan sebagai pemudahcara. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan? [1]

(b)Nyatakan tiga matlamat kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan tersebut. [3] ............3. Terangkan dua dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. [4] ............4. Bagi menerajui kecemerlangan global, Malaysia perlu mengatasi krisis dan memberi fokus utama untuk sebuah Model Baharu Ekonomi (MBE) yang berdaya saing.Nyatakan tiga daripada enam tumpuan tersebut untuk Malaysia terus bersaing di peringkat global. [3]............2Bahagian B[20 markah]Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. 1.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan murid di sekolah bantuan kerajaan mengikut negeri pada tahun yang dinyatakan antara sekolah rendah dan sekolah menengah.Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di Pahang pada tahun 2000 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah. Bilangan sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Perak telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah murid sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah rendah. Bilangan penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-negeri lain mempengaruhi bilangan murid di negeri tersebut. Pada tahun 2000, bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah mempengaruhi bilangan murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu. Daripada 254.8 ribu murid yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah menengah.Pada tahun 2003, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000. Murid di sekolah menengah pula turut menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2000. Dua tahun berikutnya, bilangan murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah kepada 171.0 ribu murid. Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah berkurangan sebanyak 400 orang berbanding tahun 2003.Di Perak pula, bilangan murid bertambah menjadi 487.8 ribu murid pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah dan bakinya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada tahun 2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah menengah pula menurun kepada hanya 218.1 ribu murid.Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah berkurangan sebanyak 4.07 % berbanding tahun 2000. Pada tahun 2005, bilangan murid telah bertambah menjadi 154.7 ribu murid. 43.05% daripada jumlah tersebut ialah murid sekolah menengah manakala selebihnya ialah murid sekolah rendah.Pada tahun 2005, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak 8,200 murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 152.9 ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah dan selebihnya ialah murid sekolah rendah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2005)32.Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di dalam petikan di bawah ini, bina carta yang sesuai untuk menggambarkan keluasan kawasan mengikut jenis pertanian dan negeri-negeri yang terlibat pada tahun yang dinyatakan.Kerajaan amat menitikberatkan pembangunan tanah dan wilayah sama ada dilihat dalam RRJP 1 mahu pun dalam RRJP 2. Di dalam RRJP 1 iaitu di bawah Dasar Ekonomi Baru , beberapa kawasan Rancangan Tanah Baru telah dibuka dan diterokai. Ini bertujuan untuk menyusun semula komposisi masyarakat dan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat . Di dalam RRJP 2 iaitu di bawah Dasar Pembangunan Nasional, kerajaan masih menumpukan usaha ke arah membangunkan kawasan-kawasan baru untuk meningkatkan produktiviti pertanian di negara ini.Oleh itu, untuk tempoh Rancangan Malaysia Keenam, matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi agensi badan berkanun Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) adalah pembukaan kawasan baru seluas 175500 hektar atau kadar purata 35200 hektar setahun. Sehingga akhir tahun 2005, jumlah kawasan yang telah dimajukan ialah 681585 hektar untuk diusahakan dengan beberapa jenis pertanian yang penting di seluruh negara. Daripada keluasan tanah yang dimajukan itu, 470016 hektar atau 69% daripada jumlah kawasan yang dibuka ditanami dengan kelapa sawit .Sebanyak 188446 hektar daripada jumlah kawasan yang dibuka ditanami dengan getah. Koko pula ditanam di atas 18005 hektar atau 2.64% daripada kawasan yang dibuka. Sebanyak 0.7% daripada jumlah kawasan yang ditanam dengan tebu . Bakinya adalah untuk ditanam dengan nanas. Agensi FELCRA telah memajukan kawasan di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, FELCRA telah menempa sejarah baru dengan perluasan aktiviti pembangunan tanah ke negeri Sarawak. Projek sulungnya ialah di Sampadi, di daerah Lundu , Bahagian Pertama Sarawak. Sehingga akhir tahun 2005, 40% atau 272634 hektar daripada kawasan yang dimajukan terletak di negeri Pahang Darulmakmur. Ini diikuti dengan negeri Johor dan Negeri Sembilan masing-masing mempunyai 20.2% dan 16.4 % daripada kawasan yang dimajukan. Bagi tahun 2005, aktiviti pembangunan tanah di Sabah telah dipergiatkan lagi dengan pembukaan tanah yang meluas. Hasilnya Negeri Sabah kini terletak di tempat keempat dengan 6.7% daripada jumlah kawasan yang dimajukan. Ini diikuti dengan negeri Terengganu dengan catatan 6.4% daripada jumlah luas kawasan yang dimajukan. Di Perak pula terdapat 4.6% daripada jumlah kawasan yang dimajukan sehingga tahun 2005. Bakinya terdapat di negeri-negeri Kalantan, Kedah, Selangor, Perlis dan Melaka. Melalui pembukaan kawasan-kawasan tanah baru, beberapa jenis pertanian telah diperkenalkan secara meluas. Oleh itu negara telah dapat mempertingkatkan produktiviti sektor pertanian negara sehingga mampu memberi sumbangan yang penting kepada KDNK negara.(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Tahunan FELCRA, 2005)4Bahagian C[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

1.Malaysia dikenali di persada antarabangsa melalui penglibatan dan penawarannya dalam bidang pendidikan bertaraf dunia. Salah satu usaha kerajaan dalam menjamin kelangsungan sistem pendidikan ini adalah melalui transformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu terdapat usaha lain dan cabaran yang perlu dihadapi pihak kerajaan. Bincangkan.

2.Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan terbukti apabila mereka berusaha untuk menjalani gaya hidup sihat. Bincangkan cabaran dan strategi dalam melaksanakan penyediaan kemudahan prasarana perkhidmatan kesihatan awam secara komprehensif.

5