Jurang pencapaian matematik (budaya)

12

Transcript of Jurang pencapaian matematik (budaya)

Page 1: Jurang pencapaian matematik (budaya)
Page 2: Jurang pencapaian matematik (budaya)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENGARUH DARI SEGI BUDAYA 2

2.1 FAKTOR KEPIMPINAN GURU BESAR 2

2.2 FAKTORGURU 4

2.3 FAKTOR MURID 6

3.0 CARA MENGATASI 6

4.0 PENUTUP 8

5.0 RUJUKAN 9

Page 3: Jurang pencapaian matematik (budaya)

1

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, banyak menunjukkan terdapatnya jurang

pencapaian matematik murid sekolah rendah sama ada di sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah

jenis kebangsaan cina (SJKC). Analisis keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun

2002 antara SK dan SJK(C) menunjukkan perbezaan yang ketara dimana sebanyak 52.7% murid

SJK(C) mendapat A manakala sebanyak 24.2% murid SK mendapat A. Namun, hakikatnya bukan

sahaja subjek Matematik malah subjek-subjek lain turut mempunyai jurang pencapaian. Ini

dibuktikan apabila Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Khir Dr Khair Mohamad Yusof

menyatakan pencapaian calon UPSR pada tahun 2014 menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata

Nasional (GPN). Jurang pencapaian murid terutamanya dalam subjek matematik dipengaruhi oleh

pelbagai faktor. Antara faktor-faktornya adalah pengaruh dari segi lokaliti, sosial dan budaya.

Menurut kajian yang dijalankan Ong (2001), pencapaian pelajar yang belajar di sekolah

luar bandar adalah rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar di sekolah bandar. Secara

amnya, banyak kajian membuktikan bahawa prestasi murid sekolah rendah dipengaruhi oleh

kewujudan prasarana yang berkaitan dengan lokaliti sekolah sama ada di bandar atau pedalaman.

Kedudukan kawasan sekolah dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi ketidaksamaan

dalam pendidikan (Amir, 2006).

Selain daripada itu, sosial juga mempengaruhi prestasi murid di sekolah. Antaranya seperti

latar belakang sosioekonomi keluarga, persekitaran sosial keluarga dan sekolah, dan latar belakang

personal murid seperti minat, sikap dan jantina. Ada tiga kemungkinan murid-murid datang ke

sekolah sama ada kerana kawan, sukan atau pelajaran. Murid yang datang ke sekolah kerana minat

pada pelajaran menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang datang

ke sekolah kerana kawan dan sukan (Abdullah, 2008).

Page 4: Jurang pencapaian matematik (budaya)

2

Namun, apa yang ingin ditekankan disini ialah isu jurang pencapaian matematik murid

sekolah rendah dari segi budaya. Melalui Yaakob (2007), sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai

persamaan dari segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakkan guru, dan infrastruktur. Apa yang

membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada

keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991: Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Menurut

Amir (2006), budaya formal sekolah merupakan satu faktor yang mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran murid.

2.0 PPENGARUH DARI SEGI BUDAYA

Definisi budaya menerusi Kamus Dewan edisi keempat ialah tamadun, peradaban, cara

berfikir dan berkelakuan. Melalui Yaakob (2007), Deal (1990) berpendapat budaya ialah konsep

pembelajaran corak pemikiran secara tidak sedar, gambaran, dan diperkuatkan oleh tingkak laku

yang akan membentuk pengalaman manusia. Budaya sekolah juga ditakrifkan sebagai cara hidup

sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah, yang

mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama warganya. Amalan-amalan

ini ada yang diwarisi dan ada yang dibentuk sendiri (Yaakob, 2007). Terdapat beberapa faktor

yang mempengaruhi budaya sekolah. Antaranya ialah faktor kepimpinan guru besar, faktor guru

dan faktor murid.

2.1 FAKTOR KEPIMPINAN GURU BESAR

Memandangkan budaya sekolah dibentuk oleh warganya maka budaya boleh berubah dan

orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah

Page 5: Jurang pencapaian matematik (budaya)

3

kepemimpinan guru besar sekolah (Sergiovanni, 2000). Menerusi Yaakob (2007), pengurusan

sekolah atau pun guru besar mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah,

dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovanni, 2000;

Sharifah Md Nor, 2000; Deal & Peterson, 1999). Guru besar adalah seperti penggerak sekolah.

Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Bagaimana guru besar memimpin sekolah,

begitulah yang diserap oleh warganya.

Guru besar perlu mempunyai ilmu dan latihan mencukupi dalam melaksanakan

tanggungjawab khususnya untuk mempengaruhi, memimpin, dan menggerakkan seluruh

organisasi sekolah ke arah objektif sekolah. Ini memerlukan guru besar yang bertanggungjawab,

berketrampilan dan mempunyai sikap dan sahsiah terpuji. Namun, lantikan jawatan guru besar di

Malaysia menjadi amalan biasa untuk diberikan kepada guru kanan yang berada pada akhir

perkhidmatan tanpa mengambil kira sama ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang

pengurusan sekolah atau sebaliknya. Hal ini kerana guru yang diakhir perkhidmatan diberi peluang

untuk merasai jawatan guru besar sebelum bersara. Ini mampu menjejaskan budaya sekolah kerana

sekiranya guru tersebut kurang pengetahuan terhadap perkara berkaitan, menjadi sukar bagi guru

besar tersebut perlu berhadapan dengan rakan sejawat, pihak atasan dan masyarakat untuk

menyelesaikan masalah yang timbul. Tambahan pula, guru besar pada zaman ini dibebankan

dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat menyurat yang datang dari semua peringkat dan

kebanyakkannya memerlukan tindakan segera. Kadang-kala guru besar ini terperangkap dalam

satu keadaan iaitu di antara tuntutan pihak atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada

kakitangan sekolah, ibu-bapa dan masyarakat tempatan.

Melalui Yaakob (2007), kepemimpinanlah yang menggerakkan sekolah maju ke hadapan

atau sebaliknya (Shahril Marzuki, 2000). Oleh itu, guru besar harus menunjukkan contoh yang

Page 6: Jurang pencapaian matematik (budaya)

4

terbaik kepada guru dan murid. Salah satu tugas guru besar ialah menyelia guru lain agar dapat

melihat cara pengajaran guru tersebut bertepatan dengan objektif pelajaran atau tidak. Jika tidak,

penambahbaikan harus dicadangkan. Namun demikian, terdapat sesetengah pemimpin sekolah ini

tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kesibukan mengurus dan

mentadbir sekolah. Ada juga yang menjalankan penyeliaan tetapi, tanpa garis panduan atau tidak

memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan. Terdapat juga

pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi

memastikan guru dan murid berada dalam kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan.

2.2 FAKTOR GURU

Melalui Yaakob (2007), komitmen guru dianggap penting dalam mempengaruhi

keberkesanan sekolah dan dalam menjayakan wawasan dan kecemerlangan pendidikan (Wan

Mohd. Zahid, 1993). Bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru

hendaklah berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Kenyataan

ini disokong oleh Ainon dan Abdullah (2005). Keberkesanan sesuatu pengajaran amat bergantung

kepada kualiti seseorang guru. Guru yang komited dan beriltizam akan menjamin kejayaan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Namun, kebanyakkan guru mengambil jalan pantas bagi menjimatkan masa untuk

mencapai objektif dan menghabiskan silibus. Contohnya, dalam Matematik, guru banyak memberi

terus rumus dan meminta murid menghafal tanpa memahami konsep. Hasilnya, murid

berkemungkinan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR namun, cara tersebut menyebabkan

pelajar hanya dapat menjawab satu bentuk jalan penyelesaian dan sekiranya soalan sama diubah

bentuk, para pelajar gagal menjawab soalan dengan baik. Inilah budaya yang terhasil di

Page 7: Jurang pencapaian matematik (budaya)

5

kebanyakkan sekolah. Ia amat berbeza jika dilihat di sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC). Guru-

guru di sekolah ini walaupun meminta murid menghafal rumus, namun mereka tetap menunjukkan

konsep dari mana datangnya rumus tersebut. Ini akan memberikan pemahaman yang lebih kepada

murid.

Tambahan pula, guru di SJKC lebih menekankan disiplin yang tinggi dan memberikan

latihan yang banyak kepada murid. Berbanding di SK, guru lebih memilih untuk memberi latihan

sedikit asalkan murid buat daripada memberi latihan banyak tetapi tidak dibuat. Denda yang

dikenakan tidak menggerakkan murid untuk lebih berdisiplin.

Selain itu, jika dilihat apa yang berlaku terhadap guru di sekolah pada masa ini,

kebanyakkan guru menghadapi tekanan kerana banyak tanggungjawab yang perlu digalas dalam

satu-satu masa. Masa yang diperuntukkan untuk merancang pengajaran yang mampu menarik

minat murid terpaksa dibahagikan dengan masa untuk kerja-kerja lain. Ada satu kenyataan dalam

akhbar menyatakan guru bukan sahaja menggalas tugas mengajar malah tugas kerani juga digalas

guru. Guru di SJKC mempunyai bilangan guru yang lebih kurang guru di SK namun, mereka

mempunyai bilangan murid yang sedikit. Ini membantu guru dalam meringankan beban sesama

sendiri dan memudahkan guru mengawal kelas.

Tambahan pula, apabila dalam kelas tersebut terdapat murid yang lemah. Murid lemah

memerlukan masa untuk menyerap ilmu yang diajar dan guru perlu lebih banyak bersabar. Ada

diantara guru-guru ini yang mudah sangat berputus asa dengan murid lemah. Ini mengakibatkan

murid tersebut turut berputus asa dalam pelajaran.

Sikap guru pada idea penyeliaan itu sendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di

sekolah. Para guru lebih suka soal-soal yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka,

tanpa gangguan atau campur tangan dari guru besar. Akibatnya, guru besar hanya menumpukan

Page 8: Jurang pencapaian matematik (budaya)

6

perhatian kepada tugas-tugas pentadbiran sekolah sahaja. Guru yang tidak memahami tujuan dan

objektif penyeliaan sering berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau

wakil-wakilnya. Ada juga guru yang kurang berfikiran terbuka yang sentiasa mempunyai sangkaan

buruk dan beranggapan pemimpin menyelia dan menilai pengajaran mereka untuk mencari

kesalahan. Sebagai guru, mereka perlu faham tujuan penyeliaan adalah untuk memperbaiki dan

mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara berterusan bagi

memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan.

2.3 FAKTOR MURID

Coleman (1966) dalam Yaakob (2007) melaporkan bahawa pengaruh sekolah adalah

berkaitan dengan murid itu sendiri, perwatakan guru, dan aspirasi murid. Murid banyak

dipengaruhi oleh rakan sebaya. Jika dilihat dalam kelas, kebanyakkan murid lebih mudah untuk

bertanya rakan berkenaan sesuatu perkara seperti soalan latihan berbanding guru. Oleh itu, apabila

murid ini membawa budaya yang tidak elok dari rumah mereka ke sekolah dan budaya ini akan

merebak kepada rakan sebaya mereka. Maka, terhasillah budaya sekolah yang kurang

memberangsangkan dan tidak kondusif.

3.0 CARA MENGATASI

Matlamat pendidiakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara ialah usaha berterusan

untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Usaha ini

adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggugjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

Page 9: Jurang pencapaian matematik (budaya)

7

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Untuk

mencapai matlamat tersebut, langkah penambahbaikan perlulah dilaksanakan.

Guru besar yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah memupuk semangat

kekitaan dan kepunyaan dalam kalangan warga sekolah dan melibatkan guru-guru dalam proses

perancangan dan membuat keputusan. Bakal guru besar perlu mengikuti kursus asas yang meliputi

asas-asas pengurusan sekolah. Para peserta akan didedahkan kepada konsep-konsep, prinsip-

prinsip dan teknik-teknik asas pengurusan yang berkaitan secara langsung dengan tugas utama

mereka. Diharap kursus ini akan dapat membantu pengurus sekolah menguruskan sekolah secara

lebih berkesan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat juga kursus-kursus di universiti-universiti tempatan yang menawarkan program sarjana

pengurusan pendidikan. Pemimpin juga perlu memberi sokongan kepada guru-guru yang

melaksanakan tugas mereka mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Selain itu, guru besar perlu memastikan matlamat sekolah mampu diterjemahkan oleh

guru-guru dalam pengajaran bilik darjah serta selari dengan matlamat sekolah. Budaya sekolah

boleh dijadikan sebagai alat penting untuk menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai

matlamat sekolah, dan meningkatkan pencapaian pelajar. Program guru penyayang dan sekolah

selamat banyak membantu mengurangkan isu-isu guru seperti yang disiarkan media sosial.

Program ini mampu memupuk rasa sayang guru dengan murid ibarat hubungan seperti ibu bapa

dengan anak. Guru dan murid akan rasa lebih dihargai.

Guru juga perlu lebih peka dengan keadaan murid dan lebih berdisiplin. Guru perlu

membimbing dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Guru tidak patut mudah berputus asa

kerana ini memberi contoh yang tidak baik terhadap murid.

Page 10: Jurang pencapaian matematik (budaya)

8

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, budaya dari aspek kepimpinan, guru, dan murid turut menyumbang

kepada jurang pencapaian di antara sekolah. Sekolah jenis kebangsaan cina mencatatkan

pencapaian yang lebih tinggi berbanding sekolah kebangsaan yang disumbangkan oleh beberapa

faktor seperti lokaliti, sosial, dan budaya terutamanya. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan cina seharusnya mempunyai pencapaian yang hampir sama memandangkan mereka

menggunakan kurikulum yang sama. Oleh itu, adalah relevan jika sekolah kebangsaan mampu

mengubah budaya sekolah mereka dan mengambil contoh daripada sekolah jenis kebangsaan cina

agar jurang pencapaian antara mereka dapat dikurangkan.

Page 11: Jurang pencapaian matematik (budaya)

9

5.0 RUJUKAN

Abdullah Mohd Noor, 2008. Pengaruh Latar be lakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian

Sains dan Matematik Dikalangan Sekolah Rendah. Diperoleh daripada

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&

uact=8&ved=0CBwQFjAA&url=https%3A%2F%2Fkajianberasaskansekolah.files.wordp

ress.com%2F2008%2F02%2Fisu_pencapaiansainsmatematik.doc&ei=yNYTVcmWCpK

8uASCwID4Dw&usg=AFQjCNF6RW9ZhlmbztXc-Uyfl1pIpNSs4w&bvm=bv.8921703

3,d.c2E pada 24 March 2015.

Abu Kassim, Hadijah (2011) Persepsi Guru Terhadap Budaya Sekolah. Tesis Master, Universiti

Putra Malaysia. Diperolehi daripada http://psasir.upm.edu.my/20842/1/FPP201117IR.

pdf pada 25 Mac 2015.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Pandai Berfikir. Shah Alam: Pts Publication &

Distributors Sdn Bhd.

Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong Malim:

Quantum Books.

Azizi Yahaya dan Nurhafizah Abd. Majid (2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan

Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah.

Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/13383/1/JEPC-2011-2-004.pdf pada 23 Mac

2015.

Elementary School Journal, 23: 34-45. Diperoleh daripada https://www.google.com.my/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CBwQFjAA&url

=http%3A%2F%2Fwww.medc.com.my%2Fmedc%2Fjournals%2Fvolume9%2Flokman.

Page 12: Jurang pencapaian matematik (budaya)

10

pdf&ei=ovgTVab3K5SSuATvu4GADg&usg=AFQjCNF5I9wloqd4r6Lvu01PnNFDsn43

nw&bvm=bv.89217033,d.c2E pada 24 March 2015.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Diperolehi daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=

budaya pada 20 Mac 2015.

Ong Chiek Pin (2001). Gaya Pembelajaran Pelajar dan Gaya Pengajaran Guru Tingkatan Dua

Di Sekolah Menengah Bandar dan Luar Bandar Di Daerah Batu Pahat, Johor. Tidak

diterbitkan. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Yaakob bin Daud (2007). Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan kepiemimpinan,

komitmen organisasi dan pencapaian akademik. Diperolehi daripada

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&

uact=8&ved=0CC0QFjAC&url=http%3A%2F%2Feprints.usm.my%2F9007%2F1%2FB

UDAYA_SEKOLAH_RENDAH.pdf&ei=7uULVb6GEYyHuATE4YDABw&usg=AFQj

CNFKmLYHfXrS9IRqkwL3brqVW18diA pada 20 Mac 2015.