Jurang pencapaian matematik (sosial)

14
SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN 2 : INDIVIDU - PENULISAN TENTANG ISU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM NURUL ATIYAH BINTI RIPIN D20111048011 AT 14 PENSYARAH : DR. MAZLINI BINTI ADNAN KUMPULAN : KUMPULAN A Tarikh : 26 MAC 2015 Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah Atau Sekolah Menengah Dari Segi Sosial

Transcript of Jurang pencapaian matematik (sosial)

Page 1: Jurang pencapaian matematik (sosial)

SME 3023 :

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

TUGASAN 2 :

INDIVIDU - PENULISAN TENTANG ISU

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NURUL ATIYAH BINTI RIPIN D20111048011 AT 14

PENSYARAH : DR. MAZLINI BINTI ADNAN

KUMPULAN : KUMPULAN A

Tarikh : 26 MAC 2015

Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah Atau

Sekolah Menengah Dari Segi Sosial

Page 2: Jurang pencapaian matematik (sosial)

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1.0

2.0

3.0

4.0

Pengenalan

Definisi

Isu-isu perbezaan pencapaian matematik

berdasarkan perbezaan kumpulan sosial

3.1 Isu jantina

3.2 Isu status sosioekonomi

3.3 Isu hubungan kekeluargaan

3.4 Isu konsep kendiri

Penutup

Rujukan

1-2

2

3-4

5-7

8

9-10

10

11-12

Page 3: Jurang pencapaian matematik (sosial)

PENGENALAN

Berdasarkan Pelan Hala Tuju Transformasi Kerajaan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin

bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia ada berkata mengenai keutamaan Kerajaan dan

Kementerian Pelajaran untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan

bekemampuan. Hasrat kerajaan untuk mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya

setanding dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang

pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya

saing negara dan membina 1Malaysia. Sebagai contoh, bagi menyumbang ke arah gagasan

1Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama

rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam mengorak langkah kepada satu pembaharuan dalam Sistem

Pendidikan sedia ada sasaran yang dirancang perlulah dicapai dengan kerjasama daripada

para ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup

bekerja untuk menjadikan impian ini satu kenyataan.

Penulisan isu ini untuk membincangkan jurang pencapaian matematik murid

sekolah rendah atau menengah dari segi sosial. Tujuan penulisan ini dilaksanakan adalah agar

warga pendidik dapat mengetahui perbezaan pencapaian matematik dari segi kumpulan

sosial. Oleh itu, warga pendidik dapat merapatkan jurang pencapaian pelajar yang berbeza

sejarah dan latar belakang sosialnya. Kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan

kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Terdapat beberapa kajian mengenai

perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock (1972) dalam buku ‘ Sociology of

learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid

termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga.

Kajian-kajian dalam tahun-tahun yang lepas seperti Hess & Shipman (1965)

mendapati dalam masyarakat terdapat amalan budaya yang berbeza dalam kalangan institusi

Page 4: Jurang pencapaian matematik (sosial)

sosial seperti keluarga dalam masyarakat dan sosialisasi keluarga mempengaruhi proses

pendidikan anak-anak mereka. Coleman (1966) memperlihatkan peluang-peluang

pendidikan yang sama tidak wujud dalam kalangan ahli masyarakat di Amerika Syarikat

terutama orang yang beruntung dan yang kurang mempunyai keberuntungan. Terdapat juga

isu-isu sosial lain yang mempengaruhi jurang pencapaian matematik murid sekolah seperti

status sosioekonomi, pengaruh rakan sebaya, jantina, sekolah, guru dan halangan bahasa .

DEFINISI

Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi (Kamus Dewan, 2005).

Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan mengandungi ilmu

pengetahuan yang tinggi. Dengan kata yang lain, pencapaian akademik lebih kepada gred

yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Manakala,

berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Tiga, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang telah

dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi.

Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik

mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk)

dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik yang

digunakan untuk menjalankan operasinya. Matematik selalunya didefinisikan sebagai

pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain,

kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada

bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk

menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu

berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin

kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.

Page 5: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Isu jantina

Rajah di atas menunjukkan keputusan peperiksaan, kadar keciciran, dan kadar enrolmen

tertiari mengikut gender. Didapati jurang gender adalah signifikan dan meningkat. Murid

perempuan tekal mengatasi murid lelaki. Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR

dan meningkat sepanjang laluan akademik murid. Jurang peratus GPS perempuan dan lelaki

didapati semakin meningkat dari tahun 2006 sehingga 2011 bagi peperiksaan UPSR.

Peperiksaan PMR juga menunjukkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga 2011 dan hanya

menurun pada tahun 2007. Manakala peperiksaan SPM pula menunjukkan peningkatan dan

penurunan sepanjang tahun 2006 hingga 2011.

Selain itu, murid lelaki lebih berkemungkinan tercicir, menyebabkan nisbah lelaki

kepada perempuan bagi sesuatu kohort berkurangan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi

tahun 2011. Bagi kadar enrolmen tertiari mengikut gender didapati enrolmen tertiari pelajar

lelaki lebih rendah pada tahun 2011.

Page 6: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Menurut sumber dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), temu

bual dengan ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar mendapati bahawa sesetengah murid

lelaki menghadapi kesukaran menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan mungkin

akan mendapat manfaat daripada akses yang lebih kepada latihan vokasional atau kerja

kursus berbentuk aplikasi. Walau bagaimanapun, kekurangan tempat di kolej teknik dan

vokasional menghalang berlakunya perkara ini. Masalah ini bertambah rumit apabila murid

lelaki daripada keluarga miskin juga lebih berkemungkinan tercicir daripada sekolah untuk

mula bekerja awal bagi menyara keluarga. Kadar keciciran yang lebih tinggi dan prestasi

akademik yang lebih rendah dalam kalangan murid membimbangkan Kementerian. Remaja

terpinggir merupakan punca ketidakstabilan sosial dan politik, seperti yang dilihat di serata

dunia sejak kebelakangan ini. Penting bagi Malaysia mencari penyelesaian untuk

meningkatkan pelibatan remaja lelaki dalam pendidikan bagi memastikan mereka menjadi

sumber modal insan yang bernilai.

Terdapat juga kajian luar negara oleh Tinklin (2003) untuk melihat pencapaian

akademik cemerlang dari segi jantina remaja lelaki dan perempuan. Pencapaian akademik

cemerlang di sini merujuk kepada kebolehan seseorang mendapat lebih daripada empat

higher grade passes iaitu A ke C yang merupakan syarat minimum untuk melanjutkan

pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Sampel adalah berjumlah 3107 orang dan mereka terdiri

daripada pelajar-pelajar yang meninggalkan sekolah menengah pada tahun 1994 di seluruh

Scotland. Daripada dapatan kajian, boleh dilihat terdapat lebih banyak pelajar perempuan

daripada pelajar lelaki yang meninggalkan sekolah dengan mendapat keputusan lebih

daripada empat higher grade passes' pada tahun 1994. Kajian ini juga menunjukkan pelajar

perempuan telah dapat mencapai pencapaian akademik cemerlang tanpa dipengaruhi oleh

jenis latar belakang keluarga. Lebih ramai pelajar perempuan yang bertekad untuk

melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian.

Page 7: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Isu status sosioekonomi

Peranan yang dimainkan oleh status sosioekonomi dalam proses pembelajaran serta

pencapaian akademik telah banyak dibincangkan dalam kajian sosiologi, pendidikan dan

ekonomi. Marzano (2003) mengatakan status sosioekonomi keluarga telah dianggap sebagai

salah satu peramal yang terbaik untuk pencapaian akademik oleh pengkaji pendidikan,

pendidik dan masyarakat umum sejak beberapa dekad yang lalu.

Rajah di atas menunjukkan taburan populasi murid yang menerima Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2011. Hasil mendapati bahawa sekolah lemah iaitu

sekolah yang mendapat band 6 dan 7 adalah sekolah yang terdiri daripada 2/3 murid yang

menerima KWAPM. Golongan yang menerima KWAPM ini merupakan golongan yang

kurang berkemampuan dan mempunyai sosioekonomi yang rendah. Situasi ini menunjukkan

bahawa pencapaian murid dipengaruhi oleh sosioekonomi mereka. Inilah isu yang diutarakan

Page 8: Jurang pencapaian matematik (sosial)

dalam PPPM (2012) berkenaan status sosioekonomi yang terus memberi impak besar buat

murid.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, indikator yang paling biasa digunakan untuk

mengukur status sosioekonomi termasuk pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa

serta pekerjaan ibu bapa (Gonzalez, 2001).

Faktor sosioekonomi : pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan

dan kemudahan.

Heng (2000) telah menjalankan satu kajian dengan tujuan untuk meninjau sejauh

manakah faktor status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar-pelajar dapat mempengaruhi

pencapaian akademik mereka. Faktor status sosioekonomi telah diukur berdasarkan tahap

pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan dan kemudahan yang

disediakan di rumah untuk pembelajaran. Instrumen yang digunakan untuk faktor sikap telah

diubahsuaikan oleh pengkaji dari Attitude Toward Economics dan Sandman Mathematics

Attitude Inventory (Sandman, 1973). Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah sampel telah

dijadikan ukuran untuk pencapaian akademik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar

Tingkatan 4 dari aliran sains dan sastera dari empat buah sekolah menengah di Melaka.

Sampel datang dari pelbagai latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Keputusan kajian

mendapati ibu dan bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai anak-anak yang mendapat

pencapaian akademik yang tinggi juga. Ibu dan bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang

rendah pula, anak-anak mendapat pencapaian akademik yang rendah juga. Sampel-sampel

yang berasal dari keluarga yang berpendapatan tinggi, menunjukkan tahap pencapaian

akademik yang tinggi, manakala sampel-sampel dari keluarga yang berpendapatan rendah

menunjukkan tahap pencapaian akademik yang rendah. Sampel sampel yang berpencapaian

akademik tinggi mempunyai banyak peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat

Page 9: Jurang pencapaian matematik (sosial)

membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sampel-sampel yang berpencapaian akademik

rendah biasanya kurang mempunyai peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat

membantu mereka.

Tian (2006) telah menjalankan satu kajian untuk melihat kesan faktor latar belakang

keluarga ke atas pencapaian Matematik. Sampel adalah terdiri daripada 1454 orang pelajar

Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 dari tiga puluh lima buah sekolah menengah di Kanada. Hasil

kajian mendapati status sosioekonomi bapa memberi kesan yang positif dan signifikan ke atas

pencapaian Matematik Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 manakala status sosioekonomi ibu

tidak. Status sosioekonomi bapa memberi kesan yang lebih kuat ke atas pencapaian

Matematik berbanding dengan status sosioekonomi ibu pada peringkat sekolah menengah.

Dari segi pendidikan ibu bapa, keputusan kajian mendapati kelayakan akademik ibu

bapa pelajar mempunyai hubungan dengan keputusan TIMSS. Korelasi ibu bapa yang

berkelayakan universiti dengan keputusan TIMSS ialah r = .35 manakala antara ibu bapa

yang berkelayakan sekolah rendah ialah r = - .59. Semakin tinggi kelayakan akademik ibu

bapa semakin baik pencapaian akademik. Dapatan kajian ini dipersetujui oleh Yang (2003)

yang menyatakan bahawa status sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang positif

dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil kajiannya, didapati korelasi antara status

sosioekonomi keluarga dengan pencapaian akademik individu adalah r = .30.

Page 10: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Isu hubungan kekeluargaan

Kajian Yap (2000) juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penglibatan ibu bapa dan

status sosioekonomi dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar Tingkatan 4. Sampel untuk

kajian ini adalah terdiri daripada 100 orang pelajar perempuan Tingkatan 4. 40 orang sampel

adalah berpencapaian akademik baik manakala 60 orang sampel lagi adalah mereka yang

kurang memuaskan dalam pencapaian akademik. Semua sampel berasal dari sebuah

sekolah yang sama di Daerah Petaling. Aspek pencapaian akademik telah dikelaskan

berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sampel yang mendapat semua A

dalam semua subjek yang diambil dikategorikan sebagai sampel berpencapaian akademik

baik. Sampel yang kurang memuaskan pencapaian akademik adalah mereka yang mendapat

gred C dan D dalam PMR. Pekerjaan bapa sampel telah digunakan untuk menentukan status

sosioekonomi sampel.

Dapatan kajian yang Yap (2000) memperolehi adalah selaras dengan hasil Heng

(2000) kerana didapati sampel-sampel yang mempunyai ibu bapa yang lebih melibatkan diri

dalam pembelajaran mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan

mereka yang mempunyai ibu bapa kurang melibatkan diri. Faktor penglibatan ibu bapa

adalah lebih signifikan daripada faktor status sosioekonomi dalam menentukan pencapaian

akademik dalam kajian ini.

Kajian Fluty (1997) yang melihat hubungan antara gaya keibubapaan penjaga tunggal

dan pencapaian Matematik remaja juga memperoleh hasil kajian yang sama dengan Tian

(2006). Kajian Fluty (1997) melibatkan 3000 remaja dari keluarga berpenjaga tunggal.

Keputusan kajian mendapati remaja yang tinggal bersama dengan bapa mendapat pencapaian

Matematik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tinggal bersama dengan ibu.

Page 11: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Isu konsep kendiri

Konsep kendiri adalah persepsi seseorang tentang dirinya. Persepsi ini terbentuk melalui

pengalamannya dengan persekitaran dan dipengaruhi terutamanya oleh peneguhan

persekitaran (reinforcement environmental) dan orang yang signifikan dalam persekitaran

(Shavelson et al., 1976).

Konsep kendiri akademik adalah persepsi keseluruhan seseorang individu dalam konteks

akademik. Menurut Brookover (1959), konsep kendiri akademik didefinisikan sebagai

penilaian seseorang individu terhadap kebolehannya untuk membelajari dalam konteks

sekolah berbanding dengan rakan-rakan sebaya lain di sekolah. Pelajar yang berasa positif

tentang dirinya dalam kehidupan secara keseluruhan akan lebih berkompeten dalam domain

yang spesifik seperti akademik. Seseorang individu mempunyai persepsi yang positif dalam

aspek akademik, semakin tinggi motivasinya untuk melengkapkan tugasan akademik. Aspek

motivasi yang tinggi akan membolehkan individu itu memperoleh pencapaian akademik yang

baik.

Model kesan dua hala yang diuji menggunakan sampel pelajar sekolah menengah juga

telah dijalankan oleh Van Damme et al. (2004). Kajian longitudinal ini mengambil masa

sepuluh tahun. Sampel kajian terdiri daripada 6411 orang pelajar dari 59 sekolah menengah

di Belgium. Hasil kajian menyokong hipotesis bahawa konsep kendiri akademik dan

pencapaian akademik berhubung secara signifikan. Analisis regresi menunjukkan bahawa

konsep kendiri akademik pada akhir Gred 1 merupakan peramal kepada pencapaian

akademik yang seterusnya tetapi kekuatan ramalan ini adalah lemah. Peramal yang lebih kuat

kepada pencapaian akademik ialah tahap pencapaian akademik sebelumnya dan juga tahap

kepintaran seseorang. Kajian ini juga melaporkan bahawa pencapaian akademik dapat

meramal konsep kendiri yang seterusnya dengan signifikan walaupun pencapaian akademik

Page 12: Jurang pencapaian matematik (sosial)

bukan merupakan peramal yang utama. Peramal utama untuk konsep kendiri akademik ialah

konsep kendiri akademik sebelumnya.

Penutup

Kesimpulannya, warga pendidik perlulah berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan

pencapaian pelajar supaya wujudnya keseimbangan dalam prestasi akademik pelajar. Isu

yang diberi penekanan oleh kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

perlulah dititik beratkan supaya faktor-faktor berlakunya jurang perbezaan pencapaian pelajar

dari segi sosial ini dapat diatasi. Sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada

pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan

langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang

melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi

tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan

penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang

untuk melonjak sistem pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi.

Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun

ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek

intelek, jasmani, rohani dan emosi .

Page 13: Jurang pencapaian matematik (sosial)

RUJUKAN

Brookover, W. B. (1959). A social psychological conception of classroom learning. School

and Society, 87, 84-87.

Boocock, S. (1972). An introduction to the sociology of learning. Boston:Houghton Mifflin

Company.

Bhasah Abu Bakar.(2009). Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat

SPM. Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://bhasahabubakar.blogspot.com/

2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html

Coleman J.S. et. al. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, D.C. US :

Government Printer Office.

Fluty, D. (1997). Single parenting in relation to adolescents’ achievement scores Research

Center for Family and Children, 6, 4-8.

Gonzalez, V. (2001). The role of socioeconomic and sociocultural factors in language-

minority children’s development: An ecological research view. BilingualResearch

Journal, 25, 1-30.

Hess, R.D. & Shipman, V. (1965). Early experience and the socialization of cognitive modes

in children. Child Development, 36:1018-1036.

Heng, G. W. (2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar terhadap

pencapaian akademik: Satu kajian di Melaka. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan,

Universiti Malaya.

Kamus Dewan (edisi keempat) (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012). Diperoleh pada

Mac 19, 2015 daripada

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-

BM.pdf

Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action.

Association for supervision and Curriculum Development, USA.

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (2010). Diperoleh pada Mac 19, 2015

daripada

http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%2

0Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf

Tinklin, T. (2003). Gender differences and high attainment. British Educational

Research Journal, 29, 307-324.

Page 14: Jurang pencapaian matematik (sosial)

Tian, M. (2006). A quantile regression analysis of family background factor effects

on Mathematical achievement. Journal of Data Science, 4, 461 -478.

Van Damme, J., Opdenekker, M-C., De Fraine, B., & Mertens, W. (2004). Academic self-

concept and academic achievement: Cause and effect. Dapat pada Disember 25, 2007

dari laman web Self Research Centre University of Western Sydney, Autralia:

http://www.uws.edu.au/conferences/2004

Yap, Y. F. (2000). Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi dengan

pencapaian akademik. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Yang, Y. (2003). Dimensions of socio-economic status and their relationship to Mathematics

and Science achievement at individual and collective levels. Scandinavian Journal of

Educational Research, 47(1), 21-41.