JURNAL 10

3
Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-9 Sembilan 12- 16 April 2015 1. Masalah / Peristiwa Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid sukar memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada dalam kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. 2. Analisis Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid- muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. 3. Cadangan Tindakan Susulan Sebagai guru, saya bersedia untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga

Transcript of JURNAL 10

Page 1: JURNAL 10

Bilangan JurnalMinggu PraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal

::::

Ke-9Sembilan12- 16 April 2015

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

khususnya dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia, saya berpendapat bahawa

kebanyakan murid sukar memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada dalam kalangan murid

yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah

dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri

dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal.

2. Analisis

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku

dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang

kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah

misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya

jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan

adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar.

Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi

guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid

hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat

atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan

bersifat pasif.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai guru, saya bersedia untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan

seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan

bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi

keberkesanan komunikasi yang berlangsung (sama ada berkesan atau tidak berkesan). Guru

yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi

di antara guru dengan murid-muridnya:

Page 2: JURNAL 10

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas

terhadap aktiviti pengajaran guru.

2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri

secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

3. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran

berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti

berikut:

”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa

yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif,

serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang

berkomunikasi.” Mok Soon Sang (2003)

4. Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru

juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.

Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti

pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

”Kehebatan seseorang dalam berkomunikasi akan menyebabkan pihak lain tidak jemu,

malahan apa-apa sahaja mesej yang disampaikannya akan diikuti dengan penuh minat.”

Noriati A. Rashid (2014).

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan berusaha untuk mengatasi masalah

ini. Saya perlu memastikan kemahiran komunikasi saya pada tahap yang memuaskan

ketika dalam pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi bermakna penghantaran

sesuatu mesej sama ada secara tulisan, lisan atau bukan lisan oleh seseorang kepada

pihak lain dan berlaku tindak balas daripada penerima mesej.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 3: JURNAL 10