Jurnal 10

5
Bilangan Jurnal : Ketujuh Minggu Praktikum : Minggu Kesepuluh (12 April 2015- 16 April 2015) Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak mendengar arahan guru MASALAH / PERISTIWA Saya telah mengajar subjek Kemahiran Hidup untuk murid Tahun 6. Pada minggu lepas, saya telah mengajar topik menjahit kelepet pada uncang beg dengan menggunakan jahitan jelujur halus. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tidak berjaya menjahit jahitan jelujur halus pada kelepet yang dilipat. Ada segelintir murid yang mengalami masalah untuk melipat kelepet dengan betul dan ada juga beberapa orang murid yang mengalami masalah untuk memulakan dan mematikan jahitan. Masalah ini wujud akibat murid-murid tidak mendengar arahan guru serta tidak memberikan fokus sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Akibat daripada tidak mendengar arahan guru, ada murid yang salah jahit dimana mereka menjahit jahitan kia pada kelepet yang harus dijahit dengan jahitan jelujur halus. Murid-murid kelas ini tidak melaksanakan arahan yang diberi oleh guru. Hal ini memberikan masalah kepada guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dalam pencapaian objektif yang telah ditetapkan 1

description

praktikum

Transcript of Jurnal 10

Bilangan Jurnal : KetujuhMinggu Praktikum : Minggu Kesepuluh (12 April 2015- 16 April 2015)Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak mendengar arahan guruMASALAH / PERISTIWASaya telah mengajar subjek Kemahiran Hidup untuk murid Tahun 6. Pada minggu lepas, saya telah mengajar topik menjahit kelepet pada uncang beg dengan menggunakan jahitan jelujur halus. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tidak berjaya menjahit jahitan jelujur halus pada kelepet yang dilipat. Ada segelintir murid yang mengalami masalah untuk melipat kelepet dengan betul dan ada juga beberapa orang murid yang mengalami masalah untuk memulakan dan mematikan jahitan. Masalah ini wujud akibat murid-murid tidak mendengar arahan guru serta tidak memberikan fokus sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Akibat daripada tidak mendengar arahan guru, ada murid yang salah jahit dimana mereka menjahit jahitan kia pada kelepet yang harus dijahit dengan jahitan jelujur halus. Murid-murid kelas ini tidak melaksanakan arahan yang diberi oleh guru. Hal ini memberikan masalah kepada guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dalam pencapaian objektif yang telah ditetapkan

ANALISISMasalah ini timbul berpunca daripada sikap intrapersonal setiap murid di dalam kelas tersebut. Selain itu, perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara individu harus memastikan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru-guru. Terdapat juga sebilangan murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian dan mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru.

KAJIAN LAMPAUMenurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Kedua (Pelajar), arahan membawa maksud perintah, petunjuk, pimpinan dan kelolaan yag digunakan dalam pelaksanaan sesuatu perkara.

CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Saya bercadang untuk membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan ini juga mampu membantu mengawal tingkahlaku murid-murid di dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya tindakan ini juga dapat memastikan murid-murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru.

Selain itu, menyediakan pelan A dan B sewaktu mengalami masalah terbabit. Pelan B mampu memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Pelan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz (soalan jahitan), menyalin nota, dan sebagainya.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN MASALAH 1 minggu

TINDAKAN SUSULANPada minggu ini semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya telah bergerak ke meja setiap kumpulan murid bagi memastikan samada murid-murid melaksanakan tugas yang diberikan mengikut arahan guru, saya juga menegur murid-murid yang tidak melaksanakan tugas mengikut arahan. Tepuk semangat berjaya mnarik minat dan perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Saya juga dapat memastikan samada murid-murid Tahun 6 bekerja bekerja dalam kumpulan dengan baik. Di samping itu, penyediaan rancangan pengajaran harian bagi topik Jahitan dengan menggunakan kaedah nyanyian dan permainan (kuiz) dapat meningkatkan minat serta daya ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang diajar. Cara ini juga dapat memastikan murid-murid mendengar arahan yang disampaikan oleh guru supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKANLangkah yang saya aplikasikan bagi memastikan murid-murid Tahun 6 mendengar arahan guru telah memberikan impak yang positif. Murid-murid Tahun 6 juga telah memberikan kerjasama dan mendengar arahan guru dengan baik apabila tindakan-tindakan yang telah dicadangkan diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN / REFLEKSISebagai bakal guru, kelemahan yang kenalpasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Tahun 6, saya berpeluang untuk meningkatkan dan memperbaiki strategi pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Saya akan sentiasa berusaha mencungkil minat murid-murid terhadap isi pelajaran supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar serta objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai.

Disediakan oleh,

_________________(R.VITHYA)

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

1