jurnal 2

7
INSTITUT PENDIDIKANGURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM Bilangan Jurnal : Ke-5 Minggu Praktikum : Kelima Tarikh Peristiwa / Kejadian : 05 Feb - 09 Feb 2012 Tajuk Jurnal : Masalah Ponteng Sekolah 1. Masalah / Peristiwa Sepanjang minggu ini, khususnya pada hari (06 dan 09 Feb 2012) saya telah mengenalpasti masalah berkaitan dengan ponteng sekolah yang terdapat di kalangan pelajar tahun 3. Murid dari kelas 3 Vetri iaitu dan Mehasri, Durga Dewi dan Deevothini sering kali tidak hadir ke sekolah. Walaupun masalah ini dianggap sebagai masalah yang kecil jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh membawa masalah yang lebih besar. Masalah disiplin seperti inilah yang sangat dikhuatiri kerana iainya semakin berleluasa. Saya mendapati murid ini selalu ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai seorang guru Bahasa Tamil, saya akan mengulangi pengajaran tersebut pada keesokan hari kepada murid yang tidak hadir ke sekolah. Menurut pemerhatian terhadap murid-murid yang sering ponteng sekolah, saya mendapati kehadiran murid tidak mencapai 100% setiap hari. Saya juga membuat analisa tentang masalah ini dan didapati ponteng sekolah tidak ada kaitan dengan IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM Page 1

description

Jurnal Praktikum

Transcript of jurnal 2

sutaananthan subramaniam sjk(t) ldg. bkt selarong

INSTITUT PENDIDIKANGURU MALAYSIAKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal: Ke-5Minggu Praktikum: KelimaTarikh Peristiwa / Kejadian: 05 Feb - 09 Feb 2012Tajuk Jurnal: Masalah Ponteng Sekolah

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, khususnya pada hari (06 dan 09 Feb 2012) saya telah mengenalpasti masalah berkaitan dengan ponteng sekolah yang terdapat di kalangan pelajar tahun 3. Murid dari kelas 3 Vetri iaitu dan Mehasri, Durga Dewi dan Deevothini sering kali tidak hadir ke sekolah. Walaupun masalah ini dianggap sebagai masalah yang kecil jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh membawa masalah yang lebih besar. Masalah disiplin seperti inilah yang sangat dikhuatiri kerana iainya semakin berleluasa. Saya mendapati murid ini selalu ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sebagai seorang guru Bahasa Tamil, saya akan mengulangi pengajaran tersebut pada keesokan hari kepada murid yang tidak hadir ke sekolah. Menurut pemerhatian terhadap murid-murid yang sering ponteng sekolah, saya mendapati kehadiran murid tidak mencapai 100% setiap hari. Saya juga membuat analisa tentang masalah ini dan didapati ponteng sekolah tidak ada kaitan dengan kaedah P&P di kelas. Masalah disiplin ini wujud disebabkan malas, lewat bangun pagi, hari hujan, perhimpunan dan tidak berminat lagi untuk belajar di sekolah.Masalah ponteng sekolah perlu diberi perhatian sepenuhnya. Menurut Teori interaksionisme:melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi merekaSaya ingin membawa perubahan kepada masalah ini. Semoga secara beransur-ansur masalah disiplin pelajar sekolah ini akan dapat dikurangkan. Pada masa akan datang saya akan menyentuh tentang cara terbaik untuk mengendalikan murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah terutamanya masalah ponteng sekolah ini.

2. AnalisisMenurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).Di antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan,malas dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca murid-murid terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.Saya terpaksa menyiasat punca-punca berlaku masalah disiplin iaitu ponteng sekolah dikalangan murid-murid tersebut. Beberapa soalan dalam minda saya:i)Kenapa masalah ini sering berlaku?ii)Bagaimanakah saya perlu mengatasi masalah ini?iii) Dimanakah kesilapan berlaku sepanjang pengajaran?iv) Adakah punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya masalah ini?Daripada pengamatan saya, didapati murid-murid malas datang ke sekolah menyebabkan punca utama berlaku masalah ponteng sekolah. Selain itu, murid-murid juga tidak berminat belajar di kelas meyebabkan berlaku ponteng sekolah. Jadi,saya cuba menganalisis berkaitan dengan masalah ini dan perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid hadir ke sekolah setiap hari. Saya akan berusaha untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Untuk mengatasi masalah ponteng sekolah di kalangan murid-murid kelas 3 Vetri, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:i)Meningkatkan kerjasama antara guru dan pihak sekolah dalam menangani ponteng sekolah.ii)Menangani masalah ketidakhadiran ke tahap minimum.iii) Meningkatkan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.iv)Meningkatkan pembangunan sahsiah di kalangan murid.v)Membina budaya cinta pada pelajaran.vi)Memberi pujian dan ganjaran yang menarik kepada murid-murid yang hadir ke sekolah penuh.vii)Menemubual semua pelajar yang terlibat. Cadangan-cadangan ini perlu dikaji supaya tindakan diambil secara berkesan. Dalamsituasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:i. Saya akan memastikan murid-murid kelas 3 Vetri sentiasa mematuhi peraturan.ii. Pujian dan anugerah akan diberikan kepada murid yang hadir penuh dan sebaliknya, teguran diberikan kepada murid-murid yang melanggar peraturan.iii. Justeru itu, saya akan memberi perihatin terhadap golongan murid seperti ini. Keintiman guru dengan pelajar dan kesediaan guru mendengar masalah murid sedikit sebanyak dapat membendung masalah disiplin dan ponteng sekolah dikalangan murid sekolah.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Tempoh Penyelesaian05 Feb 2012 hingga 09 Feb 2012Tindakan SusulanMenurut Bettelheim (1950), pada peringkat pelajar seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para pelajar mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Murid-murid juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah murid-murid mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa.Saya yakin dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah ini dengan menasihati murid-murid tersebut dengan cara yang sopan. Selain itu, saya akan menggunakan pendekatan memberi motivasi kepada murid-murid yang sering ponteng sekolah supaya hadir ke sekolah setiap hari.

KesimpulanSaya yakin akan berusaha mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari masalah disiplin, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep Masyarakat Madani . Setiap murid perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor amat penting untuk membendung masalah disiplin di kalangan murid-murid.

Disemak Oleh Guru Pembimbing

Tandatangan:

Nama :

Tarikh :Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:

Nama :

Tarikh :

IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIMPage 5