JURNAL 2

2
JURNAL 2 MAsalah Setelah selesai kelas Al-Quran pada hari Isnin saya mendapati terdapat beberapa orang pelajar mempunyai tahap penguasaan Al-Quran yang sangat lemah. Mereka tidak dapat membaca ayat yang panjang. Mereka hanya mampu membaca beberapa kalimah. Analisis Masalah SK (A) MIS Miri merupakan sekolah kluster kecemerlangan fasa 4 di mana pelajar yang memasuki sekolah ini diberikan ujian sebelum masuk ke sekolah ini. Namun masalah yang saya hadapi adalah 2 orang murid yang saya ajar mempunyai masalah penguasaan al-Quran yang sangat lemah. Kedua-dua pelajar ini adalah Hashmat dan Nuriman. Pada awal PnP saya tidak menyedari masalah ini kerana mereka mampu mengikuti bacaan guru. Namun setelah saya menyuruh mereka membaca mereka menghadapi masalah untuk membaca kalimah yang panjang. Kemudian saya bertanya kepada guru yang pernah mengajar kelas mereka dan guru tersebut menyatakan bahawa mereka berdua ini sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai al-quran. Masalah ini perlu diatasi segera kerana tahun hadapan mereka merupakan calon UPSR bagi sekolah ini. Cadangan Saya telah mengambil langkah awal bagi membantu 2 orang murid ini meningkatkan tahap penguasaan al-Quran. Setiap kali waktu rehat saya akan mengambil 10 minit masa rehat mereka untuk mengajar mereka menggunakan Iqra’. Hashmat bermula dengan kalimah yang mempunyai 5 huruf manakala Iman akan bermula dengan kalimah 3 huruf. Kelemahan Hasmat adalah mengenalpasti baris yang ada pada huruf manakala Iman terpaksa menulis huruf menggunakan jari pada kalimah tersebut untuk mengenalpasti huruf tersebut. Selain itu sewaktu PnP saya tidak akan meletakkan mereka berdua sebagai pasangan tasmi’ bahkan saya akan

description

jurnal

Transcript of JURNAL 2

JURNAL 2MAsalah

Setelah selesai kelas Al-Quran pada hari Isnin saya mendapati terdapat beberapa orang pelajar mempunyai tahap penguasaan Al-Quran yang sangat lemah. Mereka tidak dapat membaca ayat yang panjang. Mereka hanya mampu membaca beberapa kalimah.

Analisis Masalah

SK (A) MIS Miri merupakan sekolah kluster kecemerlangan fasa 4 di mana pelajar yang memasuki sekolah ini diberikan ujian sebelum masuk ke sekolah ini. Namun masalah yang saya hadapi adalah 2 orang murid yang saya ajar mempunyai masalah penguasaan al-Quran yang sangat lemah. Kedua-dua pelajar ini adalah Hashmat dan Nuriman. Pada awal PnP saya tidak menyedari masalah ini kerana mereka mampu mengikuti bacaan guru. Namun setelah saya menyuruh mereka membaca mereka menghadapi masalah untuk membaca kalimah yang panjang. Kemudian saya bertanya kepada guru yang pernah mengajar kelas mereka dan guru tersebut menyatakan bahawa mereka berdua ini sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai al-quran. Masalah ini perlu diatasi segera kerana tahun hadapan mereka merupakan calon UPSR bagi sekolah ini.

Cadangan

Saya telah mengambil langkah awal bagi membantu 2 orang murid ini meningkatkan tahap penguasaan al-Quran. Setiap kali waktu rehat saya akan mengambil 10 minit masa rehat mereka untuk mengajar mereka menggunakan Iqra. Hashmat bermula dengan kalimah yang mempunyai 5 huruf manakala Iman akan bermula dengan kalimah 3 huruf. Kelemahan Hasmat adalah mengenalpasti baris yang ada pada huruf manakala Iman terpaksa menulis huruf menggunakan jari pada kalimah tersebut untuk mengenalpasti huruf tersebut. Selain itu sewaktu PnP saya tidak akan meletakkan mereka berdua sebagai pasangan tasmi bahkan saya akan memberi mereka kepada rakan yang lebih tinggi penguasaan bacaan al-Quran bagi memastikan mereka mampu belajar dengan rakan sebaya mereka.Tempoh Penyelesaian

2 Februari 2015 30 April 2015

Tindakan Susulan

Kedua-dua pelajar ini saya berikan senarai semak dan buku Iqra bagi memastikan mereka mengambil sedikit masa untuk membaca Iqra di rumah. Saya menyarankan kepada mereka untuk menyerahkan senarai semak ini kepada ibu bapa mereka agar mereka tidak menipu mereka sudah membaca Iqra di rumah. Cadangan masa yang saya berikan adalah antara Maghrib dan Isyak iaitu pada jam 700 sehingga 745 malam. Setiap malam mereka akan membaca sekurang-kurangnya 6 hingga 10 mukasurat.

HARIMUKASURATJAMTANDATANGAN IBU BAPA @PENJAGA

SELASA12-18710-730

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

Contoh Senarai Semak