JURNAL

download JURNAL

If you can't read please download the document

Transcript of JURNAL

KRITERIA-KRITERIA YANG MENDORONG MINAT PELAJAR PEREMPUAN PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP UPSI BERKENAAN KOMPONEN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DALAM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU Ahmad Zulhairie Bin Abu Bakar1 Supli Effendi Rahim2 1Jabatan Pendidikan Kemahiran Hidup/Teknikal, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPSI, Tg. Malim, Perak Malaysia e-meil : [email protected] 2Profesor Pada Jabatan Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak Malaysia e-meil : [email protected]

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kriteria-kriteria yang mempengaruhi minat pelajar perempuan program Kemahiran Hidup UPSI terhadap komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Bilangan sampel adalah seramai 30 orang daripada pelajar perempuan yang mengambil kursus Kemahiran Hidup. Pemilihan dibuat secara rawak dimana pelajar terdiri daripada latar belakang, semester dan bangsa yang berbeza. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu maklumat demografi diri, minat pelajar, dan pengenalpastian minat pelajar terhadap komponen RBT. Semua data yang dikumpul, dianalisis menggunakan deskriptif statisik bagi mendapatkan min, frekuensi dan peratus frekuensi bagi menjawab

persoalan kajian mengenai minat pelajar perempuan program Kemahiran Hidup UPSI terhadap komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Julat min ditentukan bagi memudahkan analisis data dilakukan. Nilai min bagi minat pelajar yang mengandungi item kekerapan ialah 2.92 manakala nilai min bagi pengenalpastian minat pelajar terhadap komponen RBT pula ialah 2.81. Ini jelas menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap kompenen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu adalah positif. Kata kunci : Minat, kemahiran hidup, rekabentuk dan teknologi dan mengukuhkan pe mahaman pelajar. ABSTRACT This research was conducted to determine the criteria that affect girls' interest in Life

Skills program UPSI to component Design and Technology (RBT) in the Living Skills. The number of samples is from a total of 30 female students who take the Life Skills course. Selection is made at random in which students of the background, and people of different semester. This study used a questionnaire consisting of three parts, personal demographic information, student interests, and identification of the components of interest on RBT. All data collected were analyzed using descriptive statistic for

the mean, frequency and percentage 1

frequency of answering the questions about female students' interest UPSI Life Skills program to component Design and Technology (RBT) in the Living Skills. Range min determined to facilitate data analysis. The mean of student interests that contains the item frequency is 2.92 while the mean value of the identification of the components of interest on RBT is 2.81. This clearly shows that the interest of students to components Design and Technology (RBT) in the

Living Skills is positive. Key words: Interests, life skills, design and technology and enhance students' understandin g PENDAHULUAN Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kriteria-kriteria penerimaan serta minat pelajar perempuan terhadap komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Komponen RBT merupakan teras dalam Kemahiran Hidup Bersepadu dan dilaksanakan pada tahun 2003. Komponen RBT merangkumi subjek organisasi bengkel dan keselamatan, rekacipta, rekabentuk dan penghasilan projek, kerja paip, elektrik dan elektronik, lukisan teknik, jahitan, masakan, tempat kediaman dan perkebunan. Pelajar-pelajar perempuan terpaksa mempelajari komponen ini selain komponen elektif dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Menurut Omardin (1996), minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada pelajar untuk bergiat cergas

dalam aktiviti pembelajaran. Ismail (1992) menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka dengan lebih jauh. Minat pelajar menjadi alat ukur untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana minat pelajar perempuan program Kemahiran Hidup UPSI berkenaan kompenen rekabentuk dan teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup serta boleh memperkembangkan minatnya menjadi kerjayanya pada masa hadapan. Selain itu, penyelidik turut meninjau faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek kemahiran Hidup. Menurut Lee (1991), mendapati bahawa minat dan sikap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

kesediaan belajar dan pencapaian pelajar. Ini adalah kerana pelajar yang berminat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang cemerlang. Subjek kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teori dan amali. Pensyarah kemahiran hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti barang sebenar atau gambar yang berkaitan dengan untuk memudahkan pengajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Huraian ini turut disokong oleh Omardin Ashaari menyatakan bahawa bahan bantuan mengajar akan dapat mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan kaedah penyampaian yang menarik. Dalam pengajaran subjek kemahiran hidup, bahan-bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh pensyarah memberi pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar. Menurut Braker (1982), makmal atau bengkel

juga penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana bengkel adalah tempat untik membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih perhatian dan selesa. Kajian Hamimah (2000), mendapati bahawa makmal atau bengkel di sekolah perlulah disediakan dengan persekitaran yang terancang dan memberangsangkan minat 2

pelajar untuk kerja-kerja amali kerana dari persekitaran sedemikian akan menyeronokkan pelajar untuk belajar. Pembelajaran komponen Rekabentuk dan Teknologi ini merupakan satu cabaran kepada pelajar perempuan kerana komponen RBT ini merupakan matapelajaran yang berkonsepkan amali. Kejayaan sesuatu program pendidikan bergantung kepada penerimaan pelajar, mereka bertanggungjawab untuk menjadikan objektif dan matlamat dapat direalisasikan bagi mencapai wawasan negara. Menurut Abu Bakar (1994), menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi. Berdasarkan kajian ini, pengaruh minat yang dapat mendorong pelajar tersebut untuk meminati subjek yang dipelajari adalah berdasarkan daripada daripada pelbagai aspek antaranya

ialah daripada pengaruh minat pelajar tersebut, pengaruh pensyarah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh kurikulum dan pengaruh sikap. Oleh itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk memperbaiki kelemahan serta kekurangan yang terdapat dalam masalah yang sedia ada. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian yang dilakukan menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian secara kuantitatif yang dijalankan adalah dengan menggunakan teknik borang soal selidik. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada pelajar-pelajar perempuan semester enam bagi program Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), jenis data kuantitatif adalah berdasarkan kategori

kuantiti seperti menggunakan angka, skor dan kekerapan manakala kualitatif pula berdasarkan kategori kualiti atau nilai, pernyataan insiden atau peristiwa. Dari segi teknik, data hasil dari ujian atau soal selidik selalunya berbentuk kuantitatif. Tempat Dan Masa Kajian Kajian ini dijalankan adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Responden adalah terdiri daripada pelajar perempuan Kemahiran Hidup yang sedang menduduki semester 6. Walaupun kajian ini hanya melibatkan sebuah universiti sahaja, namun hasil daripada kajian ini mungkin memberi sumbangan berguna kepada para pensyarah dan pelajar daripada program berlainan dan juga universiti lain. Populasi dan Sampel Kajian

Populasi bermaksud sekumpulan objek, benda, kejadian ataupun individu yang mempunyai ciriciri yang sama yang ingin dikaji oleh penyelidik. Bagi menjimatkan masa dan tenaga, kebanyakan penyelidik hanya menumpukan perhatian kepada sebahagian kecil daripada populasi dan seterusnya membuat generalisasi. Oleh yang demikian, mengenal pasti populasi sebagai langkah pertama adalah penting dalam sesuatu penyelidikan yang mana ianya dapat menentukan sejauhmana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpulkan dan dianalisis. Justeru, 3

bagi menjalankan sesuatu penyelidikan dengan berkesan kita perlu mengenalpasti populasi dengan tepat dan jelas. Dalam kajian ini, populasi adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi program Kemahiran Hidup. Populasi yang dipilih dalam kajian ini adalah kumpulan yang sesuai kepada tajuk kajian. Instrumen Kajian Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan dalam pengumpulan data ialah dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan dengan melakukan soal-selidik secara lisan melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar perempuan semester enam bagi program Kemahiran Hidup. Item soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A:

Maklumat Demografi Diri, Bahagian B: Kekerapan dan Bahagian C: Pengenalpastian Minat Terhadap Komponen RBT. Skala likert seperti yang ditunjukkan dibawah digunakan dalam item soal selidik ini dimana responden menjawab dengan menulis atau menanda jawapan yang sesuai dengan pendapat atau kehendak responden. Menurut Majid Konting (1998) penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Pengumpulan dan Analisis Data Pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Selepas itu, data dikumpulkan dan seterusnya dianalisis secara jadual dan statistik (SPSS versi 17.0). Tatacara Analisis Data Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan. Data kajian dikumpul daripada

sampel melalui soal selidik. Pendekatan ini dipilih kerana dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Kaedah ini adalah kaedah tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Objektif asas di dalam proses penganalisisan data terdiri daripada tiga perkara. Perkara utama adalah mendapatkan perasaan terhadap data diikuti dengan menguji kebenaran data dan akhirnya menguji hipotesis-hipotesis yang telah diwujudkan di dalam penyelidikan. Perasaan terhadap data akan memberikan permulaan idea yang baik tentang skala yang terbaik dan cara untuk mengkodkan serta memasukkan data. Setelah data dikumpul melalui soal selidik, data-data

tersebut perlu disunting terlebih dahulu. Proses mendapatkan data untuk dianalisis terdiri daripada lima perkara iaitu menyunting data, responsif terhadap data kosong, mengkoding data, mengkategori data, serta pemprograman data. Penyelidik menetapkan julat min bagi menentukan sama ada hasil yang didapati positif atau negatif (Mazniza, 2004). Jadual 1 menunjukkan julat min yang disediakan bagi tujuan analisis data. 4

Julat Min Nilai 0.00 2.49 Negatif 2.50 2.75 Sederhana 2.76 4.00 Positif Jadual 1 : Julat Min Purata Min = Jumlah keseluruhan min Bilangan item DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Maklumat Demografi Diri Profil lengkap tentang demografi diri responden (rujuk Lampiran 1) menunjukkan bangsa dan agama yang responden yang terlibat dalam soal selidik ini. Berdasarkan jadual tersebut bilangan pelajar Melayu yang menganut agama Islam adalah paling ramai sebanyak 70.0%, kemudian diikuti dengan bilangan pelajar

Cina yang beragama Buddha sebanyak 20.0% dan India sebanyak 10.0%. Ini menunjukkan bilangan responden yang berbangsa Melayu lebih ramai dalam menjawab borang soal selidik ini berbanding bangsa-bangsa lain. Selain itu, profil lengkap tentang demografi diri responden (rujuk Lampiran 2) menunjukkan taburan kompenen elektif (pilihan) yang diambil diperingkat PMR. Kompenen elektif Ekonomi Rumahtangga mencatatkan peratus yang paling tinggi iaitu 50.0% mengatasi kompenen-kompenen lain. Peratusan kedua tertinggi pula dicatatkan oleh kompenen Kemahiran Teknikal iaitu 30.0% dan diikuti Kompenen Perdagangan & Keusahawanan iaitu 20.0%. Tambahan itu juga, profil lengkap tentang demografi diri responden (rujuk Lampiran 3) menunjukkan taburan gred yang diperolehi bagi

subjek KHB dalam peperiksaan PMR. Diketahui bahawa hanya empat gred saja yang ditawarkan iaitu A, B, C dan D. Di kempat-empat gred ini, gred A mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 70%. Ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan responden yang dipilih mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Peratusan kedua tertinggi adalah gred B iaitu sebanyak 30 manakala gred C dan gred D mencatatkan peratusan sifar. Profil lengkap tentang demografi diri responden yang terakhir (rujuk Lampiran 4) menunjukkan taburan aliran pembelajaran di peringkat SPM. Dalam borang kaji selidik ini memberikan tiga pilihan iaitu Sains, Teknik dan Vokasional dan Sastera. Diantara ketiga-tiga aliran ini, terdapat persamaan dari segi peratusan antara aliran Sains

dengan Teknik dan Vokasional. Kedua-dua aliran ini mencatatkan peratusan sebanyak 50%. Manakala aliran Sastera pula tidak mencatatkan nilai peratusan. Berdasarkan jadual ini juga, kita dapat menggambarkan bahawa kesemua responden yang dipilih adalah berlatar belakang pendidikan yang melibatkan subjek pengiraan dan juga kemahiran. 5

Minat Pelajar Hasil pengumpulan maklumat tentang minat pelajar dapat dilihat pada Jadual 2. Jadual 2 : Frekuensi, peratusan dan min bagi soal selidik tentang minat pelajar. No. Soalan Peratu 1 2 s kekerap3 an (Skala4 likert) MinB1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 Berminat mempelajari komponen RBT dalam matapelajaran KHB. Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah membuatkan diri bersemangat mempelajari komponen RBT dalam KHB. Kemudahan dan kelengkapan bengkel menjadikan diri lebih berminat mempelajari komponen RBT dalam KHB. Aktiviti amali atau kerja projek begitu mancabar dan sangat sukar untuk di jalani. Tidak berani menghadapi risiko-risiko kecederaan ketika menjalani aktiviti amali. Susunan kandungan kurikulum bagi komponen RBT sangat mudah untuk di fahami. Pengaruh rakan sekelas membuatkan diri lebih berminat untuk menerokai

pembelajaran komponen RBT dalam KHB. Tidak tahan menerima tekanan, kurang sesuai dan kurang berkemampuan untuk melibatkan diri di dalam sesuatu aktiviti yang mencabar. Bantuan dari pensyarah atau rakan-rakan sangat membantu dalam menyiapkan kerja amali. Tidak memerlukan rujukan dari pensyarah atau rakan-rakan dalam melakukan kerja amali kerana merasakan diri sudah berkemahiran. 0% 0% 0% 16.67% 16.67% 0% 16.67% 26.67% 0% 0% 0% 3.33% 16.67% 50% 50% 0% 63.33% 50% 0% 16.67% 30% 33.33% 26.67% 33.33% 33.33% 26.67% 20% 23.33% 50% 66.67% 70% 63.33% 56.67% 0% 0% 73.33% 0% 0% 50% 16.67%

3.70 3.59 3.40 2.16 2.16 3.73 2.03 1.96 3.50 3.00 Daripada jadual di atas, setiap soalan akan dijawab oleh 30 orang pelajar. Setiap soalan juga dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut likert mata. Ini bermakna, jumlah jawapan yang akan diperolehi adalah sebanyak 300 jawapan iaitu (10 soalan didarab dengan 30 pelajar). Data diatas dipersembahkan dalam bentuk carta dengan menggunakan skala likert 4 mata sebagai perbandingan untuk melihat secara keseluruhan isi kandungan pengajaran dalam modul yang telah dihasilkan. 6

Rajah 1 : Carta peratus kekerapan setiap i Berdasarkan rajah 1 di atas, majoriti peratus kekerapan skala likert 4 (sangat s etuju) mencatatkan kekerapan paling tertinggi kecuali pada soalan B4, B5, B7 dan B10. B agi soalan B1, B6 dan B9 menunjukkan tiada pilihan pada likert 1 (tidak setuju). Ini memberi makna bahawa pelajar Sultan Idris ini mempunyai minat yang mendalam terhadap komponen Rekabentuk Dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup. Item s minat responden tersebut terhadap kriteria dalam bidang Kemahiran Hidup. Minat Terhadap Komponen RBT Hasil pengumpulan maklumat mengenai Jadual 3. Jadual 3 : Frekuensi, peratusan dan min bagi No. Soalan Peratus kekerapan (Skala likert) Min C1 Organisasi Bengkel Dan Keselamatan C2 Rekacipta C3 Rekabentuk Dan Penghasilan C4 Kerja Paip C5 Elektrik Dan Elektronik C6 Lukisan Teknik C7 Jahitan C8 Masakan C9 Perkebunan 0% 20% 40% 60% 80% B1 B2 Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Bagi Setiap Item Soal Selidik Bahagian B 7 item bagi minat pelajar. (sangat tidak bersetuju) dan likert 2 pelajar-pelajar perempuan di Universiti Pendidikan soalan Bahagian B ini menekankan kepentingan kriteria-kriteria yang membolehkan mereka meneruskan l minat terhadap kompenen RBT dapat dilihat pada rekuensiminat terhadap kompenen RBT 1 2 3 4 0% 0% 50% 0% 10% 50% Projek 0% 10% 70% 0% 70% 30% 0% 30% 50% 0% 50% 30% 0% 70% 30% 0% 0% 90% 0% 90% 10% B3 B4 B5 B6 B7 B8

B9 B10 Nombor Soalan Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju . oalan apat RBT. 50% 3.50 40% 3.30 20% 3.10 0% 2.30 20% 2.90 20% 2.70 0% 2.30 10% 3.10 0% 2.10

Daripada jadual 3 di atas, setiap soalan akan dijawab oleh 30 orang pelajar. Set iap soalan juga dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut likert mata. Ini bermakna, jumlah jaw apan yang akan diperolehi adalah sebanyak 300 jawapan iaitu (10 soalan didarab dengan diatas dipersembahkan dalam bentuk carta seperti yang dipamerkan pada rajah Rajah 2 : Carta peratus kekerapan setiap item Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua responden tidak likert 1 (sangat tidak bersetuju) pada setiap topik yang diberikan. Ini bermakna semua topik tersebut masih dianggap relevan dengan minat mereka. Ini menunjukkan bahawa peny usunan sukatan masih bersesuaian dan diguna pakai oleh pihak Kementerian Pe juga, responden dilihat lebih berminat terhadap amali yang berteraskan kehidupan harian contohnya masakan, rekabentuk dan penghasilan projek serta organisasi bengkel da n keselamatan berbanding amali yang lebih mencabar seperti ke Ini mungkin dapat disimpulkan bahawa kesemua topik ini lebih cenderung untuk gol ongan lelaki berbanding perempuan. Perbincangan Dapatan Kajian Setelah proses penganalisan data selesai, penyelidik membandingkan nilai min yan g diprolehi dengan skala yang ditetapkan bagi mengetahui samada respon yang diberikan oleh r esponden positif atau negatif. Item soal selidik dalam Bahagian A adalah berkaitan m demografi diri. Responden yang terlibat dalam memberikan keputusan dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar wanita daripada semester enam. Responden ini juga adala h pelajar yang mengambil jurusan Kemahiran Hidup di Universiti Pendi kajian yang dilakukan, kebanyakan adalah responden yang berbangsa Melayu dan dii kuti oleh bangsa Cina dan India. Sepanjang borang soal selidik ini diedarkan didapati tiad a bangsa lain lain yang mengikuti dalam member 0% 20% 40% 60% 80% 100% C1 C2 Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Dan Min Bagi Setiap Soal Selidik Bahagian C. 8 30 pelajar). Data 2. bagi minat terhadap kompenen RBT Pengajian Tinggi. Selain itu kerja paip, lukisan teknik dan jahitan. mengenai Pendidikan Sultan Idris. Berdasarkan dapatan memberikan keputusan kepada kajian yang dilakukan. C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 Nombor Soalan Sangat tidak setuju

Tidak setuju Setuju Sangat setuju RBT. memilih ngajian rja engenai maklumat dikan lainikan

Dalam bahagian ini juga responden di minta untuk menyatakan jurusan elektif yang diambil ketika dalam peperiksaan PMR dahulu. Ini bertujuan untuk mengetahui bahawa adakah responden terbabit sudah mempunyai asas dalam bidang kompenen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Ini adalah penting untuk meningkatkan lagi semangat untuk pelajar perempuan belajar terutama bagi mata pelajaran yang memerlukan penggunaan tenaga seperti amali di universiti. Selain itu juga, responden diminta untuk menyatakan keputusan peperiksan Kemahiran Hidup dalam PMR. Dalam maklumat demografi diri juga responden akan menyatakan aliran pembelajaran di peringkat SPM samada aliran Teknik dan Vokasional, Sains atau Sastera. Bahagian B pula mengemukakan minat

pelajar dimana item yang disoal kepada responden lebih menjurus kepada aktiviti yang dijalankan oleh kompenen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Purata min bagi keseluruhan item yang disoal ini adalah 2.92 yang membolehkan berada pada kedudukan nilai min positif. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perempuan pada masa kini masih berminat terhadap kompenen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Seseorang pelajar yang mempunyai minat akan mendorong dirinya sendiri untuk berusaha sehingga berjaya walaupun memerlukan cabaran fzikal. Hasil dapatan pada item 6 merupakan faktor tertinggi yang mendorong minat pelajar

perempuan dengan catatan min 3.73. Faktor persekitaran juga boleh mendorong minat pelajar kerana pelajar sering terdedah kepada persekitaran yang boleh membangkitkan minat pelajar. Selain itu juga, segelintir responden tidak bersetuju bahawa mereka tidak tahan menerima tekanan, kurang sesuai dan kurang berkemampuan untuk melibatkan diri di dalam sesuatu aktiviti yang mencabar. Dalam item ini, nilai min yang dicatatkan adalah negatif iaitu sebanyak 1.96. Ini menunjukkan bahawa perempuan masa kini telah bersedia menerima cabaran yang dilakukan di dalam amali samada cabaran yang senang atau susah. Item berkaitan pengenalpastian minat terhadap komponen RBT dikemukakan dalam Bahagian C. Purata

keseluruhan min bahagian ini ialah 2.81. Dalam item bagi bahagian ini mempunyai nilai min negatif, min sederhana dan nilai min positif. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pandangan masing-masing terhadap setiap topik yang terdapat dalam subjek Kemahiran Hidup. Item yang mencatatkan min paling tinggi adalah item 1 dimana mencatat min positif iaitu sebanyak 3.50. Item ini diwakili oleh topik Organisasi Bengkel dan Keselamatan dalam subjek Kemahiran Hidup. Ini bermaksud responden memandang penting tajuk ini kerana tajuk ini melibatkan keselamatan responden ketika menjalankan amali yang dilakukan. Di samping itu, responden juga kurang meminati topik Pekebunan kerana pada item ini nilai min yang dicatatkan adalah min negatif iaitu sebanyak 2.10. Pihak yang

berkenaan perlu memandang serius terhadap masalah ini bagi mengembalikan minat mereka terhadap topik ini. Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, pensyarah, rakan, kesedaran sendiri, media dan juga persekitaran amat penting bagi mempengaruhi pelajar agar meminati sesuatu mata pelajaran yang diajar di Universiti. Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang pelajar. 9

KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulan Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini, dapatan yang dapat dinyatakan di sini menunjukkan minat pelajar perempuan program Kemahiran Hidup UPSI berkenaan komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu semakin baik. Secara keseluruhannya ia menunjukkan kebanyakan pihak pentadbiran universiti memberi sokongan dan cuba menyediakan kemudahan yang baik untuk perlaksanaan komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Pensyarah-pensyarah Kemahiran Hidup mempunyai pengetahuan dan usaha untuk menyampaikan pengajaran dengan baik. Walaupun pensyarah-pensyarah yang mengajar komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup bukan dari bidang ini, namun kursus pendedahan, pengetahuan sedia ada, pengalaman dan daya usaha mereka memastikan mata pelajaran ini berjalan dengan agak baik dan mencapai objektif

seperti mana yang dirancangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Cadangan Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Diharapkan cadangan kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menilai kembali perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran komponen Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara cadangan penyelidik ialah :a) Pihak pentadbir perlu membuat penyusunan jadual waktu yang tepat di mana perlu ada ruang waktu selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bengkel. Hakikat ini perlu kerana pensyarah tersebut akan melakukan tugas-tugas penyusunan dan penyemakan alatan dan bahan yang telah digunakan. Begitu juga dapat melakukan penyiasatan dan rapi jika terdapat peralatan hilang dan rosak. b)

Memandangkan tahap kemudahan bengkel berada pada tahap sederhana, pihak Kementerian Pengajian Tinggi haruslah menyediakan kemudahan peralatan yang mencukupi serta memastikan kemudahan seperti alat tangan dan mesin yang digunakan adalah selari dengan kehendak dan perkembangan industri semasa. c) Dicadangkan pensyarah-pensyarah Kemahiran Hidup hendaklah membahagikan masa dengan bijak antara menjalankan proses pembelajaran, pengajaran dan pengurusan bengkel. Di samping itu pensyarah perlu membuat perancangan jangka panjang bagi memudahkan pembahagian masa sepanjang tahun antara penglibatan pensyarah dengan aktiviti universiti dan program professionalisme. d) Pihak pentadbiran perlulah mewujudkan suasana kekeluargaan yang akrab dalam institusi universiti agar semua pensyarah di bawah pentadbirannya rasa seronok dan memberikan kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.

10

BIBLIOGRAFI Mohd Kamaruzaman Bin Harun (2004). Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih kursus automotif sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik di Terengganu. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia . Omar Azhar Bin Hj. Zakaria. (2004). Faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan empat aliran pendidikan vokasional (ketukangan kejuruteraan) terhadap bidang keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buluh, Selangor. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Norlizah Binti Hj. Jantan. (2004). Faktor-faktor yang dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di tiga buah Sekolah Menengah daerah Jasin, Melaka. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Hamimah Binti Othman. (2000). Minat Pelajar Perempuan Terhadap Komponen Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup Bersepadu-Satu Tinjauan Di Sek. Men. Di Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Azrul Azlan. (1988). Satu tinjauan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi mata pelajaran lukisan kejuruteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Chong Chee Kong. (2003). Hubungan antara sikap, minat dan persepsi dengan prestasi matematik pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Unversiti Teknologi Malaysia. Crow dan Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur

: Fajar Bakti. Mok Soon Sang. (1994). Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman. Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Mohd Hussain Yaakob. (2001). Kemahiran Hidup Bersepadu : Pelaksanaan guru dan minat pelajar terhadap pilihan elektif. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, UKM Bangi, Selangor. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kementerian Pelajaran Malaysia. 11

Lampiran 1 : Taburan jenis bangsa pelajar. Item (Agama/Bangsa) Bilangan Peratus(%) Melayu 21 70 Cina 6 20 India 3 10 Lain-lain 0 0 Jumlah 30 100 Lampiran 2 : Taburan kompenen elektif (pilihan) yang diambil diperingkat PMR. Item Bilangan Peratus(%) Kemahiran Teknikal 9 30 Ekonomi Rumahtangga 15 50 Pertanian 0 0 Perdagangan & Keusahawanan 6 20 Jumlah 30 100 12

Lampiran 3 : Taburan gred yang anda perolehi bagi subjek KHB dalam peperiksaan PMR. Item Bilangan Peratus(%) A 21 70 B 9 30 C 0 0 D 0 0 Jumlah 30 100 Lampiran 4 : Taburan aliran pembelajaran di peringkat SPM. Item Bilangan Peratus(%) Sains 15 50 Teknik dan Vokasional 15 50 Sastera 0 0 Jumlah 30 100 13