JURNAL Karate

11
Tugasan 1 – Anatosi Jurnal JURNAL 1 Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, Suhaila Binti Saaran. (2006). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. 1-7. TUJUAN Mengkaji tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university dan membandingkan tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university mengikut tahap pengalaman. METODOLOGI 1. Subjek seramai 8 orang atlet karate lelaki (n=5) dan perempuan (n=3) yang berumur di antara 20 hingga 28 tahun dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun penglibatan di dalam sukan karate. 2. Bagi mengkaji kekuatan mental borang soal selidik digunakan. 3. Kriteria kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan motivasi digunakan. DAPATAN Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan : 1. Atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi. 1

description

ringkasan

Transcript of JURNAL Karate

Page 1: JURNAL Karate

Tugasan 1 – Anatosi Jurnal

JURNAL 1

Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, Suhaila Binti Saaran. (2006). Kajian Tahap Kekuatan Mental

Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. 1-7.

TUJUAN

Mengkaji tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university dan

membandingkan tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat university

mengikut tahap pengalaman.

METODOLOGI

1. Subjek seramai 8 orang atlet karate lelaki (n=5) dan perempuan (n=3) yang berumur

di antara 20 hingga 28 tahun dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1

tahun penglibatan di dalam sukan karate.

2. Bagi mengkaji kekuatan mental borang soal selidik digunakan.

3. Kriteria kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan

motivasi digunakan.

DAPATAN

Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :

1. Atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu

kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap

pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi.

2. Bagi kriteria keyakinan, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang sama.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan atlet berpengalaman lebih daripada

4 tahun mampu mengawal situasi dan dapat mengembalikan ketenangan serta membaiki

kesilapan ketika pertandingan dan penumpuan mereka adalah tinggi. Atlet yang

berpengalaman kurang daripada 4 tahun pula mempunyai motivasi diri yang lebih tinggi

1

Page 2: JURNAL Karate

berbanding dengan kumpulan yang lebih berpengalaman. Kedua-dua kumpulan ini mencatat

keputusan yang sama bagi kriteria keyakinan.

KOMEN

Pembangunan kekuatan mental mengikut pengalaman tiada perbezaan walaupun dari jenis

sukan yang sama, namun apa yang membezakan adalah sifat individu itu sendiri dan cara

individu mentafsirkannya.

2

Page 3: JURNAL Karate

JURNAL 2

Mohad Anizu Mohd Noor, Aldellah Ali (2006). Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan

Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. 1-5.

TUJUAN

Mengenal pasti tahap kebimbangan dalaman dan luaran serta tahap keyakinan diri atlet tinju

Sukma Johor sebelum dan selepas hari perlawanan.

METODOLOGI

1. Subjek seramai 9 orang atlet tinju lelaki yang berumur di antara 16 hingga 21 tahun

dan telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor.

2. Bagi mencerakinkan tahap kebimbangan dalaman atlet soal selidik SCAT (Sport

Anxiety Test) digunakan.

3. Bagi mengukur tahap kebimbangan luaran atlet soal selidik STAI (State Trait Anxiety

Inventory) digunakan.

4. Soal selidik CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2) digunakan bagi

mengukur tahap keyakinan atlet.

DAPATAN

Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :

1. Tahap kebimbangan dalaman subjek menurun selepas perlawanan.

2. Penurunan kebimbangan luaran subjek selepas pertandingan.

3. Tahap keyakinan diri meningkat selepas perlawanan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan penurunan kebimbangan dalaman

selepas perlawanan. Bagi kebimbangan luaran pula, kajian menunjukkan terdapat

penurunan tahap kebimbangan luaran selepas pertandingan berdasarkan analisis deskriptif

yang telah dijalankan. Tahap keyakinan diri beberapa subjek menurun bagi yang kalah

dalam perlawanan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebelum perlawanan

3

Page 4: JURNAL Karate

manakala kebanyakan subjek yang mempunyai keyakinan diri yang rendah meningkat

selepas perlawanan. Secara kesimpulannya tahap keyakinan diri meningkat selepas

perlawanan.

KOMEN

Pengalaman merupakan faktor utama dalam mengawal tahap kebimbangan. Semakin

banyak pertandingan yang disertai oleh atlet semakin banyak kesilapan yang dilakukan

semakin banyak kemahiran yang akan atlet perolehi, sekaligus ia akan membantu dan

memudahkan atlet mengawal tahap kebimbangan sebelum pertandingan.

4

Page 5: JURNAL Karate

JURNAL 3

Mohad Anizu Mohd Noor, Siti Salwa Mohamad (2003). Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik

Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu

Kajian Kes. 1-7.

TUJUAN

Meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas penglibatan

para pelajar tahun 1 SPS di UTM terhadap aktiviti pendidikan luar.

METODOLOGI

1. Subjek seramai 24 orang pelajar tahun 1 SPS, UTM yang juga merupakan bakal

guru merangkap sebagai jurulatih.

2. Bagi mengukur faktor motivasi soal selidik jenis Likert digunakan.

3. Perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For Science Social)

digunakan bagi menganalisis hasil keseluruhan dapatan kajian.

DAPATAN

Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan tahap faktor motivasi intrinsik adalah lebih

berpengaruh berbanding dengan faktor motivasi ekstrinsik.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan motivasi intrinsik lebih

mempengaruhi penglibatan para pelajar tahun 1 SPS terhadap aktiviti pendidikan luar

berbanding dengan motivasi ekstrinsik.

KOMEN

Sebarang tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang

mempunyai motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang

berbanding individu yang kurang bermotivasi.

5

Page 6: JURNAL Karate

JURNAL 4

Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, Omar Nor Bin Abu Bakar (2007). Perbandingan Tahap

Kekuatan Mental Di Antara Atlet Lelaki Dan Atlet Perempuan Dalam Acara Silat Olahraga

Dan Silat Seni Negeri Johor. 1-7.

TUJUAN

Membuat pembandingan tahap kekuatan mental antara atlet lelaki dan perempuan dalam

kategori silat olahraga dan silat seni untuk Majlis Sukan Negeri Johor.

METODOLOGI

1. Subjek seramai 27 orang atlet lelaki (n=16) dan atlet perempuan (n=11) di mana 6

orang lelaki dan 6 orang perempuan atlet silat seni serta 10 orang lelaki dan 5 orang

perempuan atlet silat olahraga.

2. Bagi mengukur kekuatan mental borang soal selidik digunakan.

3. Kriteria kekuatan mental iaitu kebolehbalikkan, kebolehan terhadap penumpuan,

keyakinan dan tahap motivasi digunakan bagi menguji tahap kekuatan mental.

DAPATAN

Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :

1. Tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat

olahraga adalah rendah.

2. Tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni

adalah sederhana.

3. Tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki

dan atlet perempuan bagi acara silat olahraga dan silat seni untuk semua kriteria

kekuatan mental kecuali kriteria motivasi bagi acara silat seni.

6

Page 7: JURNAL Karate

KESIMPULAN

Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan atlet silat olahraga dan silat seni

mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah.

KOMEN

Hasil temu ramah menyatakan cara bagaimana jurulatih melatih dan bercakap untuk

memberikan sokongan ataupun tunjuk ajar dan kebergantungan atlet pada kepercayaan diri

dan kata-kata jurulatih mempengaruhi psikologikal atlet. Oleh yang demikian, bagaimana

pendekatan jurulatih secara pskilogikal dalam latihan fizikal untuk meningkatkan tahap

kekuatan mental adalah bergantung kepada gaya pengajaran dan latihan yang dilakukannya

dalam mempengaruhi minda atlet.

7

Page 8: JURNAL Karate

JURNAL 5

Ani Mazlina Dewi Mohamed, Mawarni Mohamed, Ruzli Zairazi, Mohd. Sofian Omar Fauzee

(2003). Kebimbangan dan Kemerosotan Prestasi di Kalangan Atlet Lelaki di Peringkat

Universiti. 37-56.

TUJUAN

Mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik

mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti.

METODOLOGI

1. Subjek seramai 125 atlet lelaki daripada salah sebuah universiti yang terlibat dalam

kejohanan sukan antara Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun.

2. Bagi mengukur tahap kebimbangan dan tahap prestasi borang soal selidik

‘Competitive State Anxiety Inventory – CSAI 2’ digunakan.

DAPATAN

Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan :

1. Kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi.

2. Kebimbangan somatik tidak mempengaruhi prestasi.

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan

kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan universiti yang mengambil

bahagian dalam sukan Majlis Sukan Universiti Swasta Malaysia.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan penemuan kajian ini menunjukkan tahap kebimbangan kognitif,

kebimbangan somatik dan prestasi adalah tidak berbeza antara pasukan-pasukan dalam

kontingen universiti tersebut.

8

Page 9: JURNAL Karate

KOMEN

Kajian kualitatif adalah dicadangkan di masa akan datang melalui metodologi kajian yang

berbeza. Dengan cara demikian atlet akan dapat didedahkan dengan cara yang lebih

mendalam mengapa kebimbangan kognitif lebih mempengaruhi mereka jika dibandingkan

dengan kebimbangan somatik. Apakah yang menyebabkan terjadi keadaan demikian juga

akan dapat diketahui. Cadangan lain ialah kajian longitudinal dengan menggunakan sampel

yang sama juga perlu dilakukan bagi mengkaji tahap kebimbangan kognitif dan

kebimbangan somatik mereka. Dicadangkan supaya kajian selama empat tahun atau

sepanjang pengajian atlet dengan menggunakan sampel yang sama dilakukan. Dengan

demikian diharapkan penyelidik akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam apakah

faktor yang menyebabkan berlakunya kebimbangan kognitif dan somatik di kalangan atlet.

9