Jurnal kata kunci teori feminisme novel mencari Azizah

18
1 NOVEL “MENCARI AZIZAH”: SATU PENDEKATAN FEMINISME OLEH SITI NORFAZILAH BINTI MAT AIL [email protected] ABSTRAK Jurnal ini bertujuan untuk melihat tentang teori dan pemikiran yang terdapat dalam Novel Mencari Azizah karya Khadijah Hashim. Menerusi Mencari Azizah, Khadijah Hashim mengajak pembaca menyelami jiwa seorang wanita yang tabah dalam mencari identiti dan kekuatan diri. Novel ini memuatkan nilai-nilai kasih sayang, kekeluargaan, ketuhanan dan nilai persahabatan yang digarap dalam gaya bahasa yang menarik dan indah. Dalam Novel Mencari Azizah ini didapati telah menggunakan teori feminisme, iaitu satu teori yang menunjukkan keunggulan wanita. Penghasilan jurnal ini telah mengkritik pemikiran penulis terhadap watak utama dalam novel dari sudut citra wanita, biologi, psikologi, sosial, ekonomi dan budaya yang berlandaskan teori feminisme. Kata Kunci: Feminism: Novel Mencari Azizah PENGENALAN Konsep Kritikan Sastera Kritikan sastera adalah kajian tentang pemakaian teori keindahan itu dalam sesuatu karya sastera yang tertentu. Tradisi kritikan sastera sebenamya bermula di Barat, iaitu sejak zaman keagongan tamadun Greek dan Yunani, persekitaran tahun 500 SM. Semenjak itu dunia kritikan sastera di Barat telah berkembang dengan pesat, hingga berjaya menghasilkan pelbagai teori, dan

description

Novel Mencari Azizah penulis Khadijah Hashim

Transcript of Jurnal kata kunci teori feminisme novel mencari Azizah

  • 1

    NOVEL MENCARI AZIZAH: SATU PENDEKATAN FEMINISME

    OLEH

    SITI NORFAZILAH BINTI MAT AIL

    [email protected]

    ABSTRAK

    Jurnal ini bertujuan untuk melihat tentang teori dan pemikiran yang terdapat dalam Novel

    Mencari Azizah karya Khadijah Hashim. Menerusi Mencari Azizah, Khadijah Hashim mengajak

    pembaca menyelami jiwa seorang wanita yang tabah dalam mencari identiti dan kekuatan diri.

    Novel ini memuatkan nilai-nilai kasih sayang, kekeluargaan, ketuhanan dan nilai persahabatan

    yang digarap dalam gaya bahasa yang menarik dan indah. Dalam Novel Mencari Azizah ini

    didapati telah menggunakan teori feminisme, iaitu satu teori yang menunjukkan keunggulan

    wanita. Penghasilan jurnal ini telah mengkritik pemikiran penulis terhadap watak utama dalam

    novel dari sudut citra wanita, biologi, psikologi, sosial, ekonomi dan budaya yang berlandaskan

    teori feminisme.

    Kata Kunci: Feminism: Novel Mencari Azizah

    PENGENALAN

    Konsep Kritikan Sastera

    Kritikan sastera adalah kajian tentang pemakaian teori keindahan itu dalam sesuatu karya

    sastera yang tertentu. Tradisi kritikan sastera sebenamya bermula di Barat, iaitu sejak zaman

    keagongan tamadun Greek dan Yunani, persekitaran tahun 500 SM. Semenjak itu dunia kritikan

    sastera di Barat telah berkembang dengan pesat, hingga berjaya menghasilkan pelbagai teori, dan

  • 2

    aliran yang menjadi dasar kritikan sastera hingga mempengaruhi corak dan kegiatan kritikan di

    negara-negara termasuk Malaysia. Bagaimanpun, sejarah perkembangan tradisi kritikan moden

    di Malaysia masih baru dan agak perlahan kerana tidak mempunyai akar tradisi kukuh seperti di

    Barat (Hashim Awang, 1988: 102). Kritikan karya sastera merupakan sebagai karya seni

    mengkritik kelemahan yang ada pada kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur

    sesuatu karya sastera. Francois-Rene de Chateubriand, pengkritik sastera Perancis, pada tahun

    1919, berpendapat bahawa kritikan sastera adalah kritikan keindahan (Wellek 1973: 599).

    Mengikut Hashim Awang (1988: 104) perkembangan kritikan moden di Malaysia dapat

    dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu sebelum perang (1930-1941), sebelum kemerdekaan (1942-

    1957) dan selepas merdeka (1960 hingga kini). Tradisi kritikan sastera sebelum perang berkait

    rapat dengan perkembangan penciptaan cerpen yang mendapat tempat di kalangan penerbit

    akhbar dan majalah ketika itu. Namun, pada peringkat ini, kegiatan kritikan sastera hanya

    bertaku secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi khususnya

    dalam kalangan penerbit akhbar dan majalah ketika itu.

    Biodata Pengarang

    Khadijah Hashim (lahir 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia) merupakan

    novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Sebelum ini beliau pernah bekerja

    sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (19741976) dan

    Berita Harian (19761985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan

    19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio,

    buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu kanak-kanak Sayang Sayang telah dipilih

  • 3

    sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People

    -IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan Semerbak Poetry di Macau, China (2006).

    Teori Feminisme

    Teori Feminisme merupakan teori yang dipelopori oleh Elaine Showalter. Teori

    feminisme ini adalah teori yang memperjuangkan wanita untuk mendapatkan tempat yang

    sedarjat dengan lelaki dan untuk memperkasakan kuasa feminis. Teori, ideologi dan pemikiran

    feminisme, walaupun secara umumnya sering ditanggapi secara negatif oleh sebahagian

    masyarakat di alam Melayu, namun ianya tetap mempunyai nilai dan kepentingannya yang

    tersendiri, khususnya dalam konteks wacana, disiplin dan ilmu kritikan sastera. Gagasannya

    menyediakan alternatif bagi para pengkaji dan pengkritik, terutama dalam membaca dan

    menanggapi persoalan citra wanita dalam penulisan kesusasteraan. Kerangka teori feminis,

    khususnya teori ginokritik yang diketengahkan dalam wacana kritikan sastera dapat digunakan

    sebagai wahana baru untuk mengkaji karya daripada perspektif wanita dan kajian budaya. Sekali

    gus dapat mengalihkan tumpuan pengkritik yang selama ini hanya menggunakan teori dan

    kaedah bersifat androsentrik dalam membincangkan karya sastera, termasuk tentang wanita.

    Sebaliknya, kehadiran teori dan kerangka pemikiran feminisme ini memberikan ruang kepada

    pengkritik untuk menilai kembali citra wanita dalam kesusasteraan.

    Ciri-Ciri Teori Feminisme

    Antara ciri-ciri teori feminisme ialah pertama teori ini menentang patriaki dan seksisme.

    Hal ini demikian kerana sifat patriaki dan seksisme dalam masyarakat dan ketentuan hukum

    merupakan penyebab ketidakadilan, dominasi dan subordinasi terhadap wanita, sehingga sebagai

  • 4

    konsekuensinya adalah tuntutan terhadap kesederajatan gender. Kesederajatan gender tidak akan

    dapat tercapai dalam struktur institusional ideologis yang saat ini berlaku.

    Ciri yang kedua ialah menolak peniruan pola pemikiran lelaki. Lelaki dikatakan

    cenderung untuk memberikan gambaran yang tidak tepat mengenai wanita. Ketidaktepatan itu

    berlaku kerana wujudnya salah faham dan misrepresentation tentang wanita oleh lelaki.

    Kemunculan para pengkritik feminis adalah untuk menggunakan kepintaran mereka bagi

    mendekonstruksikan cara melihat wanita mengikut pandangan lelaki. Perbincangan awal tentang

    persoalan ini telah dilakukan oleh Simone De Beauvoir dalam The Second Sex (1949) yang

    memperkatakan tentang wujudnya ketidaksamaan umum yang ditentukan oleh seks, kebudayaan,

    dan sejarah. Beliau melihat bahawa wanita telah dijadikan dengan sifat-sifat rendah diri dan

    tekanan ini berlipat ganda kerana lelaki beranggapan sifat sedemikian memang wujud secara

    semula jadi. Beliau menyebut tentang lima faktor utama dalam perbincangan tentang

    ketidaksamaan tersebut iaitu biologi, pengalaman, wacana, pengalaman tidak sedar dan keadaan

    sosioekonomi.

    Ciri yang ketiga pula ialah kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua

    jantina. Feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara

    kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan

    bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-

    hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.

    Ciri yang terakhir ialah jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk

    identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli

    gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial,

  • 5

    politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga

    menjejaskan kepentingan kaum perempuan, sesetengah mereka memperdebatkan bahawa

    identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan

    masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli

    gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca

    ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan

    jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

    Prinsip-Prinsip Teori Feminisme

    Teori kritikan feminisme menggunakan istilah koda atau kod yang juga disebut aspek

    dalam analisis-analisisnya. Koda merupakan konsep tentang sesuatu yang telah dipersetujui akan

    keciriannya. Koda ini bersedia untuk ditokok-tambah dan ditukar ganti mengikut kesesuaian

    dengan tempat, zaman dan keperluan. Kod-kod yang telah diterima sebagai prinsip kritikan teori

    feminisme adalah seperti berikut:

    1. Biologi

    Menurut Elaine Showalter, pengkritik-pengkritik feminis seharusnya berfikir

    perbezaan biologi dan hubunganya dengan penulisan tentang watak wanita. Pernyataan

    ini bermaksud, apabila kita membincang mengenai biologi, janganlah hanya tertumpu

    kepada tubuh wanita sahaja malahan perlu berfikir lebih jauh daripada itu. Sebagai

    contoh, fungsi biologi wanita sendiri iaitu tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak dan

    lain-lain. Pengkritik feminis yang menulis dalam perspektif biologi menekankan,

    pentingnya tubuh badan mereka sebagai sumber inspirasi dalam tulisan mereka.

  • 6

    2. Pengalaman

    Pengalaman mempunyai kaitan yang erat dengan aspek biologi. Ini bermaksud,

    perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak meraka

    dilahirkan sehingga mereka tua. Contohnya, pengalaman mereka melahirkan anak.

    Pengalaman yang dialami kaum wanita amat berbeza dengan kaum lelaki. Perempuan

    sejak kecil telah diasuh untuk menjelmakan sifat keperempuanan mereka. Contohnya,

    menolong ibu membuat kerja rumah manakala lelaki pula sentiasa menolong bapanya

    membasuh kereta dan lain-lain lagi. Maka, sejak dari kecil lagi, setiap individu telah

    dibahagikan kerja mengikut jantina dan membesar dengan pengalaman yang berlainan.

    Bagi golongan feminis radikal, aspek pengalaman ini perlu dihuraikan dengan sejelas-

    jelasnya. Penjelasan ini diperlukan untuk membetulkan fakta sebenar yang digambarkan

    oleh penulis lelaki.

    3. Psikologi

    Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana ia menjadi alat dan dasar kajian

    untuk menghayati watak-watak dalam genre sastera. Wilbur Scott (1962) menyatakan

    bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera bagi menerangkan aksi

    atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal. Terdapat dua cabang psikologi dalam

    bidang kesusasteraan iaitu:

    i. Psikologi pengarang

    ii. Psikologi watak-watak

    Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi

    watak-watak di dalam sesuatu karya. Antaranya ialah pemikiran watak, imaginasi,

  • 7

    keinginan watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari

    hati dan kata-kata watak.

    4. Sosial

    Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila

    dicerminkan dalam karya. Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh digarap

    dalam karya ialah proses sosialisasi (soal didikan, pendidikan, pekerjaan dan pergaulan),

    tugas sosial (anak gadis, dara, ibu, isteri, nenek) dan kelas sosial wanita (kelas bawahan,

    menengah dan atasan).

    Sinopsis Novel Mencari Azizah

    Novel Mencari Azizah ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang bernama

    Azizah. Kisah yang bermula di lapangan terbang dalam perjalanan menuju ke Iowa, Chicago,

    Azizah membiarkan dirinya terbuai dalam dilema antara mencari kekuatan dan identiti diri serta

    perasaan berbelah-bagi meninggalkan anak-anak demi untuk mencapai cita-citanya

    menggenggam segulung MA. Novel ini juga mengangkat watak Azizah sebagai seorang wanita

    pan Asian yang amat manis sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Namun, Azizah

    sentiasa dibayangi dengan kehidupan rumahtangganya yang kecundang. Pergolakan dalam diri

    Azizah bermula apabila beliau mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain tanpa

    pengetahuannya. Di perantauan, Azizah belajar untuk membina semula keyakinan diri disamping

    mencari kekuatan diri yang telah lama hilang. Azizah juga berusaha mencari bapanya yang tidak

    pernah ditemui sepanjang usianya 35 tahun.

    Di kemuncak cerita, usaha yang ditunjangi dengan keberanian dan pertolongan rakan-

    rakannya untuk mencari ayah membuahkan hasil. Jejak kasih itu telah merubah keseluruhan

  • 8

    hidup Azizah. Dirinya yang dulu dipandang rendah oleh bekas suami dan ibu mertuanya, kini

    menjadi pujaan dan harapan mereka untuk menyelamatkan perniagaan dan maruah sebagai

    keluarga bangsawan. Novel ini diakhiri dengan cukup dramatik di mana Azizah berjaya

    mengembalikan semula harga diri dan kekuatan dirinya, ayah yang tidak pernah ditemui sejak

    dalam kandungan kini telah bersua muka, bekas suami dan ibu mertua yang dulu

    meminggirkannya telah kembali menerimanya.

    Kritikan Watak Azizah Berdasarkan Teori Feminisme

    Melalui watak Azizah, Khadijah Hashim telah berjaya menggambarkan keseluruhan

    cerita ini yang ingin disampaikan kepada pembaca kerana Azizah merupakan watak utama dalam

    novel tersebut. Oleh yang sedemikian, sebagai memenuhi norma manusia biasa, pengarang

    mewujudkan berbagai-bagai situasi bagi menggambarkan kelebihan dan kelemahan Azizah

    sebagai seorang wanita dalam menghadapi kemelut kehidupan. Novel ini sesuai dengan teori

    feminisme yang mengangkat keunggulan dan martabat wanita daripada menjadi mangsa kepada

    mereka yang mementingkan darjat. Melalui watak Azizah dalam novel Mencari Azizah ini,

    kritikan yang dilakukan terhadap nilai dan perwatakan Azizah adalah berdasarkan kepada teori

    feminisme. Teori feminisme yang dibincangkan adalah melalui beberapa sudut iaitu daripada

    sudut citra wanita, sudut biologi, sudut psikologi, sudut sosial, sudut ekonomi dan sudut budaya.

    1. Sudut Citra Wanita

    Citra wanita bermakna imej atau gambaran kaum wanita yang dibentangkan,

    dikemukakan, dan digambarkan oleh penulis novel dalam novel mereka. Citra atau imej wanita

    bermaksud melihat wanita sama ada dari sudut fizikal, peranan dan penglibatannya sebagai

    tokoh yang menggerakkan cerita dalam novel. Dalam Novel Mencari Azizah, watak Azizah

  • 9

    digambarkan mempunyai semangat perjuangan, kesungguhan serta pengorbanan yang tinggi dan

    kuat setanding dengan kaum lelaki dalam membela maruah dan mengejar cita-citanya. Azizah

    berjaya mengalihkan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih positif iaitu menyambung

    pelajaran di peringkat master di sebuah universiti di Iowa. Dalam keadaan diri yang penuh

    dengan konflik jiwa, Azizah berjaya membina semula keyakinannya. Kesungguhan Azizah ini

    dapat digambarkan dalam petikan di bawah ketika Azizah bermonolog panjang dengan dirinya:

    Seharusnya aku tidak berada di sini. Kalau setakat hendak mendapat masters, di

    universiti Malaysia pun boleh. Tetapi kenapa aku di sini? Bukan. Bukan masanya untuk

    menyesal. Aku sendiri yang membuat pilihan belajar di Iowa. Jauh daripada Zamri.

    Kalau begitu tepatlah kata Kamaliah, aku datang ke Iowa untuk mengubat hati yang luka.

    Apapun tanggapan Kamaliah, sebenarnya tidak penting bagiku. Soal pokok, aku mesti

    berjaya membina hidup baru.

    (Mencari Azizah; hal. 69)

    Berdasarkan petikan tersebut pengarang cuba menyatakan tentang semangat Azizah yang

    kuat dan utuh berjuang demi mengejar cita-citanya serta untuk mengubati hatinya yang sedang

    terluka. Jika dinilai secara jelas, pengarang sememangnya ingin menonjolkan watak wanita

    sebagai pejuang yang membela nasib dan maruah dirinya yang telah dipandang rendah oleh

    suami dan mertuanya. Semangat Azizah yang kuat dan utuh ini berseuaian dengan penggunaan

    teori feminisme kerana teori ini menyatakan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman,

    suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka sendiri untuk mempertahankan hak dan

    kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik.

    2. Sudut Biologi

    Dalam sudut biologi, Khadijah Hashim menekankan aspek-aspek pembangunan sifat dan

    hak sebagai seorang isteri. Azizah berjaya bangkit daripada kegagalannya di alam rumah tangga.

  • 10

    Dengan satu semangat baru, Azizah cuba keluar dari kepompong seorang wanita yang pasrah

    menerima apa saja. Walaupun telah biasa hidup dalam kemewahan dan kesenangan, Azizah

    berjaya berdikari dan sanggup menerima cabaran baru di tempat orang. Sikapnya itu dapat dilihat

    dengan jelas berdasarkan petikan di bawah:

    Azizah kini adalah Azizah baru masih bernyawa, belum patah hati, belum hilang

    semangat. Aku mahu hidup seribu tahun lagi! Akan kubuktikan pada dunia bahawa

    terdirinya Azizah di sini bukan lari daripada kenyataan hidup. Berdirinya aku di bumi

    Iowa bukan kerana merajuk diceraikan Zamri. Semangatku segagah pohon maple itu,

    tegak berani menghadapi pertukaran cuaca empat musim.

    (Mencari Azizah; hal. 65)

    "Teguhkan iman, kuatkan semangat, Azizah sekarang bukan Azizah dulu yang berpaut

    bergantung pada orang lain. Izinkan aku mencorak masa depanku."

    (Mencari Azizah; hal. 17).

    Berdasarkan beberapa contoh petikan yang diambil daripada novel, Khadijah Hashim

    telah menggarapkan ciri-ciri perjuangan dalam watak Azizah. Khadijah Hashim lebih

    menfokuskan Azizah sebagai seorang wanita yang kuat semangat dalam meneruskan

    kehidupannya walaupun dia mempunyai dirinya bergolak dengan masalah rumahtangga. Di

    dalam novel ini, Azizah menjadi elemen penghidup dalam menyampaikan mesej. Penerapan kod

    biologi yang dimasukkan oleh Khadijah Hashim dalam novel ini boleh dikatakan sebagai satu

    penyampaian yang baik dalam memartabkan golongan wanita terhadap perjuangan dalam

    menempuhi kehidupan yang dipenuhi dengan konflik dan masalah.

    3. Sudut Psikologi

    Watak Azizah yang digambarkan sebagai seorang wanita yang telah berkahwin, dan ibu

    anak-anaknya serta dalam masa yang sama mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar

  • 11

    cita-citanya. Walau bagaimanapun, Azizah perlu menghadapi suasana baru sebagai seorang

    pelajar tua di universiti, situasi ini memerlukan Azizah menewaskan nafsu yang mendorong

    kepada kegagalannya dalam mengejar cita-citanya seperti sifat malas, tiada mood untuk belajar

    atau sebarang perbuatan yang tidak membantu kejayaannya. Sebagai seorang dewasa yang telah

    lama meninggalkan alam pembelajaran, Azizah cuba sedaya-upaya untuk menumpukan

    perhatian pada pelajaran walau kadangkala terleka melayan perasaan mahupun gangguan-

    gangguan lain seperti televisyen. Situasi ini jelas digambarkan dalam petikan:

    Assignment belum selesai. Lusa mahu diserahkan kepada pensyarah. Azizah sekarang

    bukan Azizah dulu. Mesti bijak mengatur masa, bukan leka menonton televisyen.

    (Mencari Azizah; hal. 45)

    Dari satu sudut, Azizah dillihat sebagai seorang wanita yang mendendami bekas suami

    dan ibu mertuanya yang selama ini meminggirkannya dan memandang rendah padanya. Ini

    kerana, sepanjang perkahwinannya, Azizah seolah-olah tidak punya hak untuk bersuara sebagai

    seorang wanita mahupun isteri. Azizah sering diketepikan dalam apa jua perkara yang berkaitan

    keluarga mahupun syarikat. Keadaan ini jelas melalui kata-kata Zamri kepada Azizah:

    Awak tahu apa tentang business. Duduk saja di rumah jaga anak.

    (Mencari Azizah; hal. 29)

    Azizah juga turut dipinggirkan oleh ibu mertua. Ia dapat dilihat dalam situasi seperti di bawah:

    Perbincangan ibu mertua dengan anak-anaknya usah disampuk sebab itu adalah urusan

    keluarga. Dia cuma ditugaskan untuk menghidangkan kopi. Dia seolah-olah bukan

    sebahagian daripada ahli keluarga itu.

    (Mencari Azizah; hal. 151)

    Berdasarkan petikan pertama di atas dapat digambarkan bahawa sifat Azizah adalah

    seorang wanita yang berpendirian tegas serta mempunyai semangat yang tinggi untuk

  • 12

    meneruskan pengajiannya demi mencapai cita-cita. Bagi contoh petikan kedua dan ketiga pula,

    watak Azizah telah digarapkan dengan nilai kesedihan akibat terkilan dengan sikap bekas suami

    dan ibu mertuanya yang selalu meminggir dan memandang rendah padanya. Khadijah Hashim

    menggambarkan watak Azizah sebagai seorang wanita baik hati, lemah lembut, mudah tersentuh

    dan sebagainya. Dalam teori feminisme Showalter mengatakan, perempuan menolak bentuk

    ketergantungan pada laki-laki, perempuan sebagai sumber seni yang otonom, pejuang hak-hak

    wanita memperpanjang analisis budaya ke bentuk dan teknik literatur (Baru, 139). Dalam novel

    ini Khadijah Hashim telah mewujudkan semangat juang yang tinggi dalam watak Azizah dalam

    menempuhi liku-liku kehidupannya tanpa bergantung kepada suami dan mertuanya.

    4. Sudut Sosial

    Watak Azizah yang ditonjolkan daripada sudut sosial memberi penekanan bagaimana dia

    melihat dirinya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam membina estim yang

    positif Azizah telah menanamkan rasa yakin bahawa dia mampu menentukan kedudukan dirinya.

    Azizah tahu bahawa dia bukan anak haram seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang

    kampung seperti dalam petikan di bawah:

    Emak dihina oleh orang kampung kerana melahirkan seorang bayi berwajah mat saleh.

    Orang kampung memfitnah kononnya emak berlaku sumbang sebelum bernikah.

    (Mencari Azizah; hal. 15)

    Anak dara gatal! itu gelaran diberi.

    Padan muka ditinggalkan dek orang putih! tempelak jiran-jiran Mak Long.

    (Mencari Azizah; hal. 57)

    Azizah sanggup menanggung risiko mencanangkan mengenai pencarian ayah

    kandungnya di media massa walaupun menerima kutukan dan pandangan sinis orang lain yang

  • 13

    mengatakan dia hanya mahu mencari populariti. Azizah tetap bertegas dengan tindakannya. Ini

    kerana walau apapun pendapat dan pandangan orang, keputusan akhirnya masih terletak di

    tangan sendiri. Ketegasannya ini jelas dipaparkan melalui petikan:

    Dalam suasana bening bersendirian menunggu bas tengahari itu dia masih bertanya: jika

    bukan aku yang berusaha mencari ayah, siapa lagi?

    (Mencari Azizah; hal. 124)

    Setelah meneliti cara terbaik untuk mencari ayahnya, Azizah bersetuju dengan cadangan

    Robert, rakannya seuniversiti untuk mengiklankan berkenaan ayahnya di media massa.

    Ah, apa hendak dihairankan, dasar langit terbuka, entahkan emak dan ayah Sudin pun

    sudah tahu. Kalau berita itu tersiar di CNN tentu saja tersiar di televisyen Malaysia.

    (Mencari Azizah; hal. 186)

    Dari aspek sosial Khadijah Hashim telah berjaya mengaitkan novel ini dengan teori

    feminisme. Hal ini demikian kerana, Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dgn sosial

    kaum wanita apabila dicerminkan dalam karya. Dalam Novel Mencari Azizah ini, Khadijah

    Hashim telah menunjukkan perubahan dalam watak Azizah apabila dia sanggup menanggung

    risiko mencanangkan mengenai pencarian ayah kandungnya di media massa walaupun menerima

    kutukan dan pandangan sinis orang lain yang mengatakan dia hanya mahu mencari populariti.

    Ketegasan Azizah dalam membuat keputusan untuk mencari ayah kandungnya, menunjukkan

    tugas sosial Azizah sebagai seorang anak yang bertanggungjawab untuk mencari ayah

    kandungnya yang digarapkan dalam teori feminisme ini.

    5. Sudut Ekonomi

    Watak Azizah digambarkan sebagai seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan

    walau pun suami dan ibu mertuanya merupakan daripada golongan bangsawan. Selain itu, pada

  • 14

    watak Azizah, Khadijah Hashim telah menggambarkannya sebagai wanita yang dipandang

    rendah oleh suami dan mertuanya. Hal ini demikian kerana Azizah banyak menerima tekanan

    daripada suami dan ibu mertuanya. Keadaan ini ditunjukkan dalam apabila Azizah sering

    bermonolog kepada dirinya sendiri seperti petikan di bawah:

    Akulah manusia bodoh yang menurut kata membuta tuli tidak ubah macam hamba.

    Makan dilayan, nasi mesti disenduk ke pinggan, Cuma tidak disuap ke mulut. Segala

    yang teringin mesti dimasakkan. Ikut segala keletahnya. Ada masanya tidak mahu

    masakan pembantu, aku juga yang jadi babunya. Begitulah taatnya aku melayan Datin

    Mariah, tetapi apabila Zamri berkahwin lagi dia tidak pun membantah, malah gembira

    kerana dapat merapatkan dua keluarga bangsawan. Aku pula diungkit-ungkit sebagai

    tidak kufu.

    (Mencari Azizah; hal. 6)

    Zamri yang besar panjang ini pun masih takut dengan ibunya, masih tidak dapat

    berfikiran rasional. Apa gunanya mendukung biawak hidup? Demi maruah! Maruah apa

    kalau semuanya hampir tergadai? Mujurlah ada penyelamatnya. Tetapi penyelamat itulah

    pula yang menyingkir Azizah daripada keluarga bangsawan Datin Mariah.

    (Mencari Azizah; hal. 29)

    Zamri tidak dapat menjaga harga diri Azizah di mata keluarganya sebaliknya Zamri

    sendiri yang menafikan kesempurnaan kendiri dan sosial Azizah melalui kata-katanya

    Awak fikir senang hendak menguruskan perniagaan dua syarikat menjadi satu! itu

    pula alasannya. Jawapan itu sekaligus memperkecilkan kebolehan Azizah yang

    mempunyai ijazah ekonomi. Apakah kerana aku ini suri rumah sepenuh masa, maka

    pandanganku, ideaku tidak boleh dipakai? Bodoh benarkah aku? Aku masih membaca,

    masih mengikuti perkembangan dunia.

    (Mencari Azizah; hal. 31)

  • 15

    Khadijah Hashim telah menghidupkan watak Zamri sebagai seorang lelaki yang angkuh

    atau sombong kerana dia telah memperkecilkan kebolehan Azizah yang mempunyai ijazah

    ekonomi. Selain itu, watak mertua Azizah juga digambar sebagai seorang yang sangat

    mementingkan darjat. Dia menjadikan Azizah seperti seorang babu di dalam rumahnya. Azizah

    dilayan seakan-akan orang gaji bukan sebagai menantu. Watak Zamri yang telah ditonjolkan

    oleh pengarang dalam novel ini telah memantapkan lagi kesesuaian penggunaan teori feminisme

    yang menekankan keunggulan darjat wanita melalui watak Azizah. Azizah lahir daripada

    golongan yang sederhana tetapi mempunyai suami dan mertua daripada golongan kaya. Walau

    pun begitu, Azizah tidak pernah menumpang kekayaan yang dimiliki oelh suami dan mertuanya.

    Azizah nekad untuk menyambung pengajiannya di luar Negara demi memperbaki kehidupannya.

    Dengan menggunakan teori kritik feminis, karya atau novel Mencari Azizah yang dihasilkan ini

    bermatlamat untuk memastikan sama ada gambaran wanita mencabar atau sebaliknya

    memperkukuhkan ideologi patriarki dan nilai-nilai yang sedia ada, khususnya yang berkait

    dengan hubungan gender.

    6. Sudut Budaya

    Khadijah Hashim menampilkan watak Azizah sebagai pencerita dan pengolah terhadap

    budaya dan tradisi yang diamalkan sebagai seorang yang beragama islam. Meskipun zaman

    sudah beralih kepada era kemodenan, namun Azizah tetap berpegang teguh dan mengamalkan

    adat dan budaya dan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang beragama islam. Azizah masih

    dapat mendidik jiwanya agar tidak menurut kata hati. Azizah cuba menerima takdir hidupnya

    dengan cara yang paling baik iaitu berserah kepada Allah dan cuba mencari kembali dirinya yang

    telah hilang. Azizah pasrah dengan ketentuanNya seperti yang dipaparkan dalam petikan

    tersebut:

  • 16

    Kenapa mesti bersedih? Bukankah ini pilihanku? Usah gelisah resah. Di mana pun aku

    berada aku masih di bawah lindunganMu...Kenapa aku mesti di sini? Alangkah selesanya

    kalau di rumah bersama anak-anak! Allah, berilah aku petunjuk dalam menjalani hidup di

    tempat yang jauh ini. Permudahkan hidupku di sini.

    (Mencari Azizah; hal. 37 & 110)

    Atas keyakinan itulah Azizah tidak henti-henti berdoa. Baginya dia tidak mahu menjadi

    seorang hamba yang sombong kepada tuhannya sendiri. Sikap ini jelas ditunjukkan dalam

    petikan berikut:

    Doa itu ibadat. Mereka yang tidak berdoa pada Allah adalah orang yang sombong.

    Sombong? Hendak sombong pada siapa? Aku tidak sombong. Aku tahu betapa kecilnya

    aku di bumi Mu, Allah!

    (Mencari Azizah; hal. 114)

    Berdasarkan contoh petikan-petikan yang diberi, pengarang telah menjadikan Azizah

    sebagai seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama kerana setiap dugaan dan ujian

    yang dihadapi olehnya dianggap sebagai takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Showalter

    mengatakan pendekatan yang paling konstruktif untuk masa depan pejuang hak-hak wanita teori

    dan kritikan terletak di fokus pada wahana baru feminin perspektif budaya dalam tradisi pejuang

    hak-hak wanita yang pada saat yang sama ada dalam tradisi laki-laki, tetapi yang tidak

    tergantung dan yang sangat tidak dijawab.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, Mencari Azizah adalah sebuah novel yang indah dan penuh dengan

    pelbagai mesej yang merangkumi nilai-nilai kekeluargaan, kepercayaan, saling kebergantungan

    dan persahabatan. Pengarangnya, Khadijah Hashim memperlihatkan bahawa cinta dan kasih

    sayang merupakan satu perasaan yang kuat bagi memenuhi keperluan emosi dan rohani dalam

  • 17

    jiwa manusia. Perasaan cinta dan kasih sayang yang dimuatkan dalam novel ini sarat dengan

    pergolakan jiwa dan konflik yang berlaku dalam watak utamanya. Di sinilah letaknya unsur

    dedaktik atau unsur pengajaran yang ingin disampaikan dalam novel ini iaitu bagaimana Azizah

    menangani konflik dalaman seterusnya mencari kekuatan untuk meneruskan hidup.

    Sebagai watak yang protagonis dalam novel ini, Azizah merupakan simbol seorang

    wanita yang berhati tabah, optimis melihat masa depannya dan sanggup menghadapi risiko

    dalam mencari kebenaran. Perjalanan novel yang penuh dengan konflik ini juga diwarnai dengan

    watak-watak sampingan yang antagonis seperti suami Azizah iaitu Zamri dan Datin Mariah, ibu

    mertuanya. Kehadiran watak-watak antagonis ini melahirkan satu suasana tegang dalam

    kehidupan Azizah. Konflik dan pergelutan jiwa Azizah berlaku sepanjang keterlibatan Azizah

    bersama watak-watak ini. Selain itu muncul juga watak-watak sampingan lain yang lebih optimis

    seperti watak yang menjadi sahabat Azizah iaitu Robert, Kelvin dan Kamaliah. Watak-watak

    inilah yang menguasai perjalanan cerita ini untuk tampil lebih menarik.

    Bersesuaian dengan konflik yang banyak ditimbulkan dalam novel ini, Khadijah Hashim

    menggambarkan dengan begitu baik sekali bagaimana sesebuah konflik itu berakhir jika dapat

    ditangani dengan bijak. Lalu Novel Mencari Azizah ini mengajar kita pelbagai persoalan yang

    di kemukakan oleh pengarang cerita ini melalui watak utamanya. Novel ini mengajar kita erti

    ketabahan dan kekuatan diri yang disertai dengan nilai-nilai kasih sayang dan kekeluargaan serta

    sikap berserah diri pada Tuhan bersesuaian dengan teori feminisme.

  • 18

    Rujukan

    Khadijah Hashim (1998). Novel Mencari Azizah. Terbitan K Publishing Sdn. Bhd (144639-

    U) No. 39, Jalan Nilam , Subang Square FTTS, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu

    Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Feminisme

    http://www.slideshare.net/sassyairah/teori-feminisme

    http://ekookdamezs.blogspot.com/2012/06/pengertian-feminisme-dan-macam-macam.html