jurnal minggu 1

3
Bilangan Jurnal 1 Minggu Praktikum 1 Tarikh Peristiwa/Kejadian 22 Jun hingga 26 Jun 2015 Tajuk Jurnal Pengurusan Masa Masalah : Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya. Analisis : Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 5 Dedikasi yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara. Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan

description

jurnal praktikum fasa 1 major bm

Transcript of jurnal minggu 1

Bilangan Jurnal1

Minggu Praktikum1

Tarikh Peristiwa/Kejadian22 Jun hingga 26 Jun 2015

Tajuk JurnalPengurusan Masa

Masalah :Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

Analisis :Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktivitidan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 5 Dedikasi yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.

Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan.

Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.

Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas. Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.

Cadangan :Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

Tempoh masa:Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Tindakan susulan:Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

Kesimpulan/Refleksi :Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.