jurnal minggu 11

3
Bilangan Jurnal : 11/12 Minggu Praktikum : Minggu Sebelas Tajuk Jurnal : Kurang Melaksanakan Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi a) Masalah / Peristiwa Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Namun, saya kurang melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk meningkatkatkan aras pemikiran murid ke peringkat yang lebih tinggi. b) Analisis Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu yang memerlukan setiap murid berfikir, menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, dan seterusnya menyelesaikan masalah. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa saya kurang melaksanakan aktiviti i- think, kurang mengemukkan soalan berbentuk kemahiran aras tinggi,

description

jurnal

Transcript of jurnal minggu 11

Bilangan Jurnal : 11/12

Minggu Praktikum : Minggu Sebelas

Tajuk Jurnal : Kurang Melaksanakan Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

a) Masalah / Peristiwa

Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras

tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian

secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Pelajar perlu dilibatkan dengan

aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi

bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Kemahiran ini memerlukan seseorang itu

berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea,

pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan.

Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Namun, saya

kurang melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Pembangunan KBAT adalah amat

penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta

kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira

peranan dalam masyarakat. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk

meningkatkatkan aras pemikiran murid ke peringkat yang lebih tinggi.

b) Analisis

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan

secara individu yang memerlukan setiap murid berfikir, menganalisis, menilai,

menjana idea, pilihan membuat keputusan, dan seterusnya menyelesaikan masalah.

Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa saya kurang

melaksanakan aktiviti i- think, kurang mengemukkan soalan berbentuk kemahiran

aras tinggi, dan aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas dan

menyediakan projek yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Dengan melaksanakan aktiviti berbentuk kemahiran aras tinggi, murid mencerap

sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya

dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan

sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk

membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan

akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan

suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru

dan melihat daripada beberapa sudut.

Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan

merekacipta di kalangan murid. Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai

kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada

pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran

yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif

dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan

memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari

nanti.

c) Cadangan Tindakan Susulan

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk inkuiri, penyelesaian

masalah, penyelidikan dan berasaskan projek.

Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah. Guru dan murid

menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi

semasa PdP.

Pengajaran dan Pembelajaran akan berubah menjadi Pembelajaran dan

Pemudahcaraan. Di mana guru berperanan mengajar dan murid belajar

semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah dan apabila aras

pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi, guru berperanan sebagai

pemudah cara semasa murid belajar.

Menggalakkan murid terlibat aktif dalm proses pengajaran dan pembelajaran

Memberi peluang kepda murid mengutarakan pandangan dan membuat

keputusan.

Bilik Darjah merujuk di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran.

Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan paparan hasil murid di dalam bilik

darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan

murid di mana murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid

mudah berinteraksi dan berkolaborasi. Guru menggunakan bahan sokongan

yang dapat meningkatkan pemikiran murid.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam

tempoh seminggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :