Jurnal Praktikum 5

download Jurnal Praktikum 5

of 4

Transcript of Jurnal Praktikum 5

  • 8/2/2019 Jurnal Praktikum 5

    1/4

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING.

    Jurnal Praktikum

    Bilangan Jurnal : 5

    Minggu Praktikum : Kelima

    Tarikh Peristiwa : 27 Februari 2012 hingga 2 Mac 2012

    Tajuk Jurnal : Sikap & Sahsiah Murid (Pekerti)

    1. Masalah / Peristiwa

    Dalam minggu kelima ini, saya tergerak hati untuk berkongsi tentang budaya murid sekolah

    zaman ini. Ianya terjadi di hampir semua sekolah di Malaysia baik murid sekolah rendah

    mahupun sekolah menengah. Peristiwa yang akan saya coretkan kali ini ialah satu peristiwa

    yang berlaku di sekolah saya mengajar ketika ini berkaitan dengan adab dan pekerti murid

    terhadap guru iaitu kurangnya budaya memberi salam.

    Pada hari selasa lepas, saya berjalan menuju ke kelas untuk masuk mengajar. Masa

    masih ada lebih kurang dua hingga tiga minit untuk loceng berbunyi. Memang menjadi

    kebiasaan saya berjalan awal bagi mengelakkan keciciran masa. Dalam perjalanan menuju ke

    kelas, beberapa orang murid telah melintasi saya di ruang pejalan kaki. Kebetulan di hadapan

    saya terdapat beberapa orang guru yang lain telah mendahului saya. Akan tetapi apa yang saya

    dapati ialah, tiada seorang pun dari kalangan murid itu yang memberi salam atau pun ucapan

    selamat pagi kepada guru-guru terbabit. Anehnya apabila berhadapan dengan saya dan

    beberapa orang ustaz serta ustazah, ke semua mereka tidak keberatan untuk mengucapkan

    salam dan ucapan selamat pagi.

    Saya bertanya kepada ustazah-ustazah yang lebih senior dari saya, apa yang

    menyebabkan mereka berbuat demikian. Jawapan yang saya terima ialah kebanyakkan murid di

    sekolah ini tidak berat mulut untuk berbaik dengan guru-guru yang mereka minat dan suka.

    Manakala guru yang tidak menjadi pilihan mereka akan tidak di ambil kisah. Jika ditegurmereka beri salam, sekiranya tidak ditegur maka senyap sepi adab dan budaya hormat terhadap

  • 8/2/2019 Jurnal Praktikum 5

    2/4

    guru. Saya mengimbas semula masa-masa lepas saya di sekolah ini ketika sesi persekolahan.

    Jika diingat betul-betul semula, memang saya ada perasan yang mana murid-murid amat jarang

    untuk memberi salam kepada guru. Terutamanya ketika di waktu perhimpunan dan waktu

    berselisih dengan guru. Bukanlah mengatakan semua, tetapi kebanyakkannya dari golongan

    murid di sekolah ini.

    2. Analisa

    Saya berfikir, apa yang menyebabkan murid-murid ini berkelakuan demikian? Kenapa hanya

    guru-guru terpilih sahaja yang mudah untuk mereka beri hormat? Adakah salah guru yang

    mendidik atau kerana keluarga yang kurang memberi penekanan terhadap pendidikan adab dan

    perilaku?

    Penelitian yang saya buat untuk kali ini adalah melalui pertanyaan terhadap Penolong

    Kanan 1, Puan Rohanah Bt Muhammad serta beberapa guru yang lain dan juga berdasarkan

    pemerhatian saya terhadap sikap murid apabila berhadapan dengan ibu dan bapa mereka.

    Puan Rohanah bt Muhammad ada menyatakan, terdapat banyak faktor sebenarnya yang

    menjadikan murid berkelakuan demikian. Bukan salah guru sahaja, tetapi juga salah pihakpenjaga. Guru telah melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah, manakala selebihnya adalah

    penjaga di rumah. Adakala memang salah guru juga kerana murid boleh bersikap demikian

    disebabkan oleh guru yang kurang teknik dalam mendidik. Ibarat menarik rambut dalam

    tepung. Rambut ingin kita lepaskan dalam masa yang sama tepung tidak mahu kita selerakkan.

    Murid zaman sekarang bersikap agak manja dan mudah makan hati. Akibatnya guru

    yang merana kerana banyaknya pihak penjaga meletakkan seratus peratus tanggungjawab

    kepada guru untuk membentuk anak mereka. Jika tidak mencapai hasil yang diinginkan, guru

    yang dipersalahkan. Hasilnya ramai guru yang mengalami tekanan emosi.

    Sambil tidak menafikan skill yang ada pada guru agama adalah yang terbaik ketika ini,

    beliau mengambil contoh pendekatan sesuai dengan murid pada masa ini. Mungkin kerana guru

    agama di latih dengan metod dakwah Rasulullah SAW dengan memahami erti sebenar tujuan

    meyampaikan ilmu serta matlamat utamanya yang tidak meletakkan keputusan peperiksaan

    sebagai sasaran. Akan tetapi adalah hasil penerapan nilai mengikut acuan agama.

    Memang benarlah kata Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

  • 8/2/2019 Jurnal Praktikum 5

    3/4

    Barang siapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka akan di

    permudahkan oleh Allah SWT satu jalan untuk ke syurga

    Begitu juga dengan sabda Nabi SAW :

    Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah perbuatan

    yang buruk dengan perbuatan yang baik nescaya ia akan menghapuskan perbuatan buruk

    itu serta bergaullah dengan manusia dengan kelakuan yang baik

    Selain itu, ada juga guru yang menyatakan terdapat tiga kategori atau jenis ibu bapa

    ketika ini. Satu yang berpendidikan dan perihatin, kedua yang kurang berpendidikan tetapi

    perihatin dan yang ketiga berpendidikan dan kurang berpendidikan tetapi tidak perihatin serta

    tidak memahami. Ramai ketika ini ialah yang di golongan ketiga yang mana kerjanya hanya

    mahu menyalahkan pihak sekolah dan guru. Seolah-olah guru inilah yang melahirkan anak-

    anak mereka dan menjadi ayah serta ibu kandung mereka. Atas faktor ini kita boleh dapati

    berlaku pengabaian dari pihak penjaga. Boleh kita ibaratkan sebagai melepaskan batuk di

    tangga.

    3. Cadangan Tindakan Susulan

    Berdasarkan peristiwa yang telah saya penjangkan kepada pihak pentadbir dan guru-guru

    seperjuangan yang lain, hasil dari perbincangan dan buah fikiran yang terbit bagi menerapkan

    nilai budaya member salam atau kata lain budaya menghormati guru tanpa memilih bulu adalah

    seperti berikut ;

    a) Menghidupkan semua budaya memberi salam sesama guru.

    b) Menegur terus kepada murid yang tidak memberi salam apabila berselisih dengan guru.

    c) Menghidupkan semula kuliah pagi 10 minit sebagai halwa iman.

    d) Bersikap tegas tapi mesra dengan murid agar mereka tidak takut kepada guru tetapi

    hormat.

    e) Sentiasa mengingatkan murid di dalam kelas dalam tempoh 3 hingga 4 minit tentang

    kepentingan menghormati guru dan baik serta buruknya.

  • 8/2/2019 Jurnal Praktikum 5

    4/4

    4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Tempoh masa tindakan susulan terus dilaksanakan. Tiada sekatan masa dan pelan rancangan

    kerana ia merupakan penerapan perancangan yang bertindak terus.

    Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

    Tandatangan :________________________ Tandatanga

    :_________________________

    Nama :________________________ Nama :_________________________

    Tarikh :________________________ Tarikh :_________________________