JURUACARA
-
Upload
zalina-bt-din-zalina -
Category
Documents
-
view
113 -
download
1
Transcript of JURUACARA
SKRIP PENGENDALI MAJLIS HARI ANUGERAH GEMILANG 2007
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Kamaruzzaman b Bakar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan.
Bismillah …….
Selawat dan salam seulas doarahmat melimpah segenap naluriSalam dihulur pembuka bicaraMoga terjalin ukhwah di hati.
Yang Berusaha En Kamaruzzaman b Bakar,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Padang terap Pendang
Yang Berusaha Tn Hj Abd Rahman b Ahmad Pegawai Daerah Pendang dan isteri
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang
Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman, Yang Dipertua PIBG SK Pendang,
yang Berusaha Ketua-ketua jabatan,Yang Berusaha Tuan-tuan pengetua dan guru-guru besarAhli-ahli Jawatankuasa PIBG, tetamu-tetamu jemputanGuru-guru pen. Kanan ,guru-guru dan kaki tangan SK PendangHadirin dan hadirat serta para pelajar yang dirahmati AllahAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam hormat dan selamat datang ke majlis Hari Anugerah Gemilang SK Pendang 2007.Majlis dengan penuh rasa hormat dan takzimnya mengalu-alukan kesudian para jemputan bertamu ke SK Pendang pada hari yang gilang gemilang ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menyemarakkan lagi genta kemeriahan majlis pada pagi ini di samping menyirat jalinan kemesraan di kalangan kita.
Hadirin dan hadirat sekalian,Memuliakan majlis , marilah sama-sama kita menadah tangan mengayam rasa mengiringi doa yang akan disampaikan oleh En Mohd Nasri b Abd Manap. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar SK Pendang untuk menyampaikan ucapan serta laporan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad atas ucapan itu tadi.
Berikut, dijemput Yang Berusaha En Kamaruzzaman b Bakar,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Gemilang 2007.
Kepada Yang Berusaha En kamaruzzaman B Bakar, majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.
Hadirin dan hadirat sekalian, Apalah salah kiranya kita menyaksikan persembahan para pelajar sebagai tatapan mata dan halwa telinga
Kita tampilkan bintang kecil yang besar bakatnya iaitu Adik Suhaila bt Abd Malek dari tahun 4 dengan lagunya Bahatera Merdeka dan Wajah.
Terima kasih adik Suhaila. Berikut dipersilakan Kumpulan Nasyid SK Pendang dengan lagu mereka Pergi Takkan Kembali dan diikuti dengan nyanyian solo oleh adik Abd Aziz b Abd Razak dengan lagunya, Kian.
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.
Kini, kita ke kemuncak acara iaitu upacara penyampaian anugerah. Untuk itu, majlis sekali lagi dengan besar hati menjemput Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman, YDP PIBG SK Pendang, dengan diiringi oleh yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah Tahap 1.
Dimulakan dengan kategori pelajar Kelas Bermasalah Pembelajaran, dipersilakan:
------RUJUK BUKU PROGRAM--------
Demikian tadi upacara penyampaian anugerah pelajar-pelajar Tahap 1. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman.
Hadirin sekalian, kita berehat seketika dengan untuk menyaksikan persembahan choral speaking daripada pelajar-pelajar tahap 2 dengan tajuk Super Hero’s.
Terima kasih diucapakan kepada pasukan choral speaking.
Seterusnya, majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan yang berusaha En kamaruzzaman b Bakar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah PTP untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah Tahap 2.
Pelajar terbaik tahun 4 dipersilakan
------RUJUK BUKU PROGRAM--------
Untuk pengetahuan hadirin, kedua-dua tokoh pelajar ini merupakan seorang ketua pengawas dan pengawas sekolah. Sentiasa aktif dalam kegiatan di sekolah di samping menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Akhlak terpuji juga sentiasa menghiasi diri pada setiap masa dan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan guru-guru. Mereka juga aktif dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.
Atas keistimewaan tersebut, maka pihak sekolah menganugerahkan Adik Mohd Syakir b Kamarulzaman dari Kelas 6 harapan sebagai Tokoh Putera dan Adik Nurul Iffa Syakirah bt Mohd Lani sebagai Tokoh Puteri. Dengan itu dipersilakan Tokoh Putera menerima anugerah. ................Dipersilakan pula tokoh puteri menerima anugerah.
Berikut adalah anugerah kecemerlangan UPSR 2006. Dipersilakan:
1. ADLINA THURAYA BT MOHD JALANI2. AMANINA BT MOHD SAFFI3. MUHD HANIF B AHMAD4. NORFAIZAH BT MOHD NAZIR5. NURFARIZAN BT MD RADZAI6. NURIZZATI BT BASIR7. NUR NAZEHAN BT ISHAK8. NURSYAFAWANI BT ABD KADIR9. NURUL WAHIDAH BT ABU HASHIM10. SYAHIRAH BT ABD HALIM11. MOHD AMMAR NAJDI B MOHAMAD
Hadirin sekalian,Berikut adalah anugerah sumbangsih yang akaN disampaikan kepada bekas guru yang telah banyak memberi khidmat bakti sepanjang bertugas di Sk Pendang ini.
Dipersilakan En Ishak b Long yang kini merupakan Guru Pen Kanan Kokurikulum di SK Bayas Langkawi.
Berikut dipersilakan pula bekas-bekas AJK PIBG sesi 2005/2006.Dipersilakan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi oleh jabatan-jabatan sekitar Pendang, pihak sekolah dengan besar hati ingin merakamkan penghargaan dengan mempersilakan
1. Ketua Jabatan ........................................................................ untuk menerima penghargaan
2. Dipersilakan Ketua Jabatan ..............................................................3. Dipersilakan Ketua Jabatan .............................................................4. dan dijemput Ketua Jabatan .............................................................
Sidang hadirin,Sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar SK Pendang menyampaikan cenderamata kepada Berusaha En kamarulzaman b Bakar .
Terima kasih diucapkan..
Sebelum berpisah, marilah sama-sama kita saksikan bakat yang ada pada cikgu Azizi dan adik Abd Aziz dengan lagunya Lagu Jiwa Lagu Cinta
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha En kamarulzaman b Bakar serta tetamu-tetamu khas ke bilik jamuan.
sekian wabillah…….salam hormat dan terima kasih.
TEKS UCAPAN TETAMU UTAMABismillah……………
Teria kasih, pengendali majlis,
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pendang,
Yang Berusaha …………………………………………………………….
Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Pendang
Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman
Yang diPertua PIBG SK Pendang
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pendang
Tuan-tuan pengetua
Guru-guru Besar
Ketua-ketua jabatan,
Tuan-tuan , puan-puan dan murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum …… dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas kesudian pihak sekolah kerana sudi
mengundang saya pada hari ini dan seterusnya menyempurnakan
majlis penyampaian anugerah. Sesungguhnya saya amat berbangga
kerana berpeluang untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan
puan-puan para waris pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan merupakan salah satu peranan dalam
meningkatkan lagi martabat Sekolah Kebangsaan Pendang ni.
Alhamdulillah, kepada Allah jua dipanjatkan kesyukuran kerana
dengan limpah rahmatnya maka majlis yang penuh gemilang pada
malam ini dapat kita jayakan.
Majlis pada malam ini kita adakan sebagai menyatakan penghargaan
kepada para pelajar yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan
dan kegemilangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Sidang hadirin sekalian,
Pada malam ini, izinkan saya untuk menyampaikan beberapa
maklumat dan perkembangan terkini tentang Sekolah Kebangsaan
Pendang. Kini, SK Pendang dikemudi oleh ………… orang guru dan
…………. kakitangan sokongan. Pelajar yang terdiri daripada
…………………. orang belajar pada 2 sesi . Murid tahun 1 dan 2
belajar pada sesi petang manakala murid tahun 3,4,5 dan 6 belajar
pada sesi pagi. Terdapat seramai ………… orang murid istimewa
belajar di kelas khas bermasalah pendidikan dengan bimbingan 5
orang guru.
Sebagai sebuah sekolah yang ingin mengekalkan kecemerlangan,
bidang akdemik sering menjadi focus utama. Pada tahun 2005,
seramai 27 orang murid telah berjaya mendapat 5A dengan
kelulusan keseluruhan sebanyak …………… dalam peperiksaan
UPSR. Untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR, pihak
sekolah sentiasa merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti
bagi mengembang dan memupuk potensi kecemerlangan akademik
para pelajar.
Walau bagaimanapun, murid-murid di aliran lain, tidak diabaikan.
Mereka turut diberi bimbingan tambahan melalui kelas-kelas galus
dan Skim Baucar Tuisyen dan program J-Qaf.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Di samping sedaya mungkin mencari kecemerlangan akademik,
pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam arus globalisasi yang
kian mencabar. Murid tahun 1 turut didedahkan dengan dunia IT.
Baru-baru ini juga 4 orang murid dan 2 orang guru turut terlibat dalam
Kem Siber yang diadakan di Wlayah Persekutuan Labuan. Dan yang
terbaru, SK Pendang telah terpilih sebagai perintis Pusat Akses.
Kejayaan dalam bidang kurikulum tidak akan berseri tanpa
kecemerlangan sahsiah. Menyedari hakikat itu, pihak sekolah
memberi tumpuan untuk melahirkan insan yang bersahsiah mulia.
Justeru, beberapa sesi kem motivasi telah dilaksanakan dengan
hasrat membentuk peribadi mulia dan jati diri di kalangan pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Kejayaan dalam bidang akademik bukanlah semata-mata menjadi
kayu pengukur jatuh bangunnya seseorang pelajar itu. Sebaliknya,
kejayaan dalam bidang kokurikulum turut memberi sumbangan
kepada kejayaan mereka. Pada tahun 2006 ini banyak kejayaan
dalam beberapa pertandingan telah berjaya diraih seperti tertera
dalam buku program yang diedar kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Pihak sekolah berusaha untuk mencungkil bakat yang ada di
kalangan murid.
Seterusnya, sempena perayaan Hari Guru peringkat negeri tahun ini,
Sekolah Kebangsaan Pendang telah dipilih menerima anugerah
Perdana Lima Bintang. Kejayaan ini adalah hasil berkat usaha para
guru dengan sokongan para waris sekalian.
Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dan kemajuan
Negara, beberapa projek telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya
ialah membina tempat berwudhu, laluan berbumbung dan sedang
dalam pembinaan ialah kelas prasekolah. InsyaAllah, tahun 2007 ini,
kelas prasekolah memulakan operasinya.
Tuan-tuan dan puan,
Atas daya usaha yang telah dilaksanakan, kita amat berharap agar
SK Pendang akan terus unggul di persada dunia pendikan.
TEKS UCAPAN TETAMU UTAMABismillah……………
Terima kasih, pengendali majlis,
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pendang,
Yang Berusaha …………………………………………………………….
Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Pendang
Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman
Yang diPertua PIBG SK Pendang
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pendang
Tuan-tuan pengetua
Guru-guru Besar
Ketua-ketua jabatan,
Tuan-tuan , puan-puan dan murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum …… dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas kesudian pihak sekolah kerana sudi
mengundang saya pada hari ini dan seterusnya menyempurnakan
majlis penyampaian anugerah. Sesungguhnya saya amat berbangga
kerana berpeluang untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan
puan-puan para waris pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan merupakan salah satu peranan dalam
meningkatkan lagi martabat Sekolah Kebangsaan Pendang ni.
Saya berasa amat berbangga dengan Sekolah Kebangsaan Pendang
kerana berjaya mengadakan majlis anugerah ini dengan penuh
gemilang. Majlis pada hari ini diadakan sudah pasti sebagai
menyatakan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya
menunjukkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Justeru, sewajarnya mereka
dirai dalam majlis yang gemilang seperti ini. Sementelahan pula,
warga kerja SK Pendang yang cukup komited untuk menjayakan
majlis seumpama ini. Saya percaya tanpa adanya kerjasama yang
padu, majlis ini tidak akan berjaya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sebagai sebuah sekolah yang ingin mengekalkan kecemerlangan,
bidang akdemik sering menjadi focus utama. Untuk mencapai
kejayaan cemerlang itu, pihak sekolah sentiasa merancang dan
melaksanakan beberapa aktiviti bagi mengembang dan memupuk
potensi kecemerlangan akademik para pelajar. Maka dengan itu,
saya ingin menyeru kepada para waris, berikanlah sepenuh
kerjasama kepada pihak sekolah yang sudah pasti tidak mahu
ketinggalan dalam semua bidang. Bukan sahaja bidang akademik,
malah bidang kokurikulum dan peningkatan sahsiah menjadi sasaran
utama. Ini kerana, segulung ijazah sahaja tidak memadai tanpa
adanya kecemerlangan sahsiah. Dan jatuh bangun seseorang pelajar
itu bukan hanya dinilai daripada aspek kecemerlangan akademik
semata- mata. Semuanya saling berhubung kait.
Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dan kemajuan
Negara, saya percaya pihak sekolah tidak mahu ketinggalan.
Beberapa projek telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak
sekolah semuanya untuk kebaikan anak-anak tuan-tuan dan puan-
puan di sini. Semoga daya usaha yang dilaksanakan, akan
menjadikan SK Pendang akan terus unggul di persada dunia
pendikan.
Seterusnya izinkan saya untuk menyampaikan ucapan dalam laras
bahasa yang berbeza..
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya menerima anugerah pada hari ini. Kepada yang masih belum berjaya, jangan berputus asa kerana kalian masih punya masa untuk berusaha.
Akhirnya dengan lafaz Bismillah................saya merasmikan Hari Anugerah Gemilang Sekolah Kebangsaan Pendang tahun 2008.
Sekian…terima kasih.
TEKS UCAPAN TETAMU UTAMAYANG BERBAHAGIA EN. SHAMSUDDIN B HJ TAHIR
Bismillah……………
Terima kasih, pengendali majlis,
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pendang,
Yang Berusaha …………………………………………………………….
Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Pendang
...............................................................................................................
Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman
Yang diPertua PIBG SK Pendang
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pendang
Tuan-tuan pengetua
Guru-guru Besar
Ketua-ketua jabatan,
Tuan-tuan , puan-puan dan murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum …… dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang saya
pada hari ini dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian
anugerah. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana berpeluang
untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan para waris
pada pagi ini. Saya amat berbangga kerana dengan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan membuktikan tuan-tuan dan puan-puan
mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah. Kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan pada hari ini jelas menggambarkan betapa kasih dan
sayangnya tuan-tuan dan puan-puan kepada anak-anak.
Hadirin sekalian,
Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah amat penting dalam proses pengajaran
pembelajaran anak-anak. Gunakanlah saluran PIBG sebagai
perantaraan komunikasi antara ibu bapa dan sekolah. Banyak
masalah akan selesai sekiranya ibu bapa turut bekerjasama
memantau perkembangan pelajaran anak masing-masing.
Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
Buktinya kerjasama erat ini telah membawa kepada kecemerlangan
pendidikan para pelajar di Sek Keb Pendang ini.
Contohnya berdasarkan keputusan UPSR yang dinyatakan oleh Guru
Besar sebentar tadi, iaitu seramai 30 orang murid mendapat A dalam
semua mata pelajaran. Suka saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Besar bersama barisan
pentadbir serta komitmen guru-guru yang mengajar anak-anak didik
mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah. Guru-guru di sekolah ini
telah berjaya menaikkan nama sekolah di persada dunia pendidikan.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Matlamat utama persekolahan adalah murid-murid yang terdidik yang
merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara
menyeluruh dan bersepadu supaya murid-murid dapat memberi
sumbangan positif terhadap bangsa, agama dan negara. Untuk
mencapai hasrat tersebut, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan
masyarakat perlu bekerjasama memahami dan menghayati
seterusnya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sekolah yang
selaras dengan matlamat pendidikan negara. Bertitik-tolak daripada
semua ini saya menyeru kepada semua pihak supaya dapat
mengembleng tenaga demi kejayaan pelajar-pelajar sekolah ini. Ingin
saya mengingatkan ibu bapa, kecemerlangan anak-anak kita bukan
hanya terletak pada tanggungjawab guru semata-mata sebaliknya
kita sebagai ibu bapa perlu berganding bahu dengan para guru
dalam memastikan kejayaan anak-anak dapat dicapai.
tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdasarkan pemerhatian, terdapat perkaitan yang kuat bahawa
besar penglibatan ibu bapa dalam memajukan pendidikan anak-anak,
maka besar pulalah kejayaan anak-anak dalam pendidikan. Dengan
demikian, ibu bapa tidak boleh menyerah sepenuhnya
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak
sekolah dan guru-guru sahaja. Ibu bapa hendaklah memainkan
peranan dan kerjasama rapat dengan pihak pengurusan sekolah
dalam meningkatkan kualiti modal insan. Kadang kala berlaku
ketegangan antara guru dan ibu bapa yang nyata menjejaskan kualiti
pendidikan di sesebuah sekolah. Sebagai langkah positif, ibu bapa
hendaklah memberi penghormatan dan kepercayaan besar
kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan para
pelajar agar menjadi insan yang cemerlang.
Saya percaya, anak-anak di sini mempunyai cita-cita, tetapi adakah
cita-cita itu tercapai kalau kita sekadar berangan-angan? Tentulah
sukar sekiranya pelajar tidak berusaha sendiri untuk menuju ke
puncak kejayaan yang diidam-idamkan. Justeru, kita perlu
menggunakan khidmat guru untuk menimba ilmu. Namun, kita harus
sedar bahawa mereka sekadar mengajar, sedangkan untuk
mencapai kejayaan adalah terletak pada usaha sendiri. Rezeki
secupak tidak akan menjadi segantang. Itulah perumpamaan yang
boleh kita samakan bagi mereka yang malas berusaha. Kita perlu
berusaha sedaya mungkin untuk mengubah keadaan yang ada.
Usaha yang berterusan pastinya menjanjikan perubahan.
Gunakanlah akal fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan untuk mencari
masa depan yang cerah. Anak-anak perlu tahu bahawa kejayaan
yang dikecapi melalui pelbagai kepayahan sangat manis dan
bermakna sepanjang hidup ini.
Akhir kata, izinkan saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bakal menerima
anugerah pada hari yang berbahagia ini. Semoga kejayaan hari ini
akan menjadi sandaran kepada mereka untuk mencapai kejayaan
demi kejayaan pada masa akan datang. Kami, ibu bapa dan guru-
guru akan sentiasa berdoa dan menaruh harapan yang tinggi, agar
semua pelajar pada hari ini terutamanya pelajar-pelajar UPSR 2007,
berjaya mencapai cita-cita yang diidam-idamkan dan seterusnya
kembali ke sini untuk menabur bakti. Kepada guru-guru Sek. Keb
Pendang, segala jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang akan
membalasnya. Kita berdoa semoga SKP akan dapat melahirkan
insan-insan cemerlang akhlaknya, terbilang pencapaiannya dan
gemilang hidupnya.
Akhirnya dengan lafaz Bismillah................saya merasmikan Hari
Anugerah Gemilang Sekolah Kebangsaan Pendang tahun 2008.
Saya sudahi ucapan saya pada kali ini dengan Wabillahi Taufik
Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Saya berasa amat berbangga dengan Sekolah Kebangsaan Pendang
kerana berjaya mengadakan majlis anugerah ini dengan penuh
gemilang. Majlis pada hari ini diadakan sudah pasti sebagai
menyatakan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya
menunjukkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Justeru, sewajarnya mereka
dirai dalam majlis yang gemilang seperti ini. Sementelahan pula,
warga kerja SK Pendang yang cukup komited untuk menjayakan
majlis seumpama ini. Saya percaya tanpa adanya kerjasama yang
padu, majlis ini tidak akan berjaya.
Akhir kata, izinkan saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan
tahniah kepada semua pelajar yang bakal menerima anugerah pada
hari yang
berbahagia ini. Semoga kejayaan hari ini akan menjadi sandaran
kepada mereka
untuk mencapai kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.
Kami, ibu bapa
dan guru-guru akan sentiasa berdoa dan menaruh harapan yang
tinggi, agar
semua pelajar SEMASHUR pada hari ini terutamanya pelajar-pelajar
SPM 2007,
berjaya mencapai cita-cita yang diidam-idamkan dan seterusnya
kembali ke sini
untuk menabur bakti. Kepada guru-guru segala jasa yang dicurahkan
hanya Allah
S.W.T yang akan membalasnya. Kami ibu bapa berdoa semoga
SEMASHUR
akan dapat melahirkan insan-insan cemerlang akhlaknya, terbilang
pencapaiannya
dan gemilang hidupnya.
Saya sudahi ucapan saya pada kali ini dengan Wabillahi Taufik
Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
SKRIP PENGENDALI MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2006
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia En Md Zalli b Abd RahmanYang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pendang.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk bangun dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku .
Bismillah …….
Selawat dan salam seulas doarahmat melimpah segenap naluriSalam dihulur pembuka bicaraUkhwah terjali di aidilfitri
sayang selasih di bukit dulangDipetik sedulang laut sebandiHulur terima kasih berulang-ulangkerana tuan sudi ke sini
Yang Berbahagia En Md Zalli Abd RahmanYDP PIBG SK Pendang
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b SaadGuru Besar SK Pendang
Yang dihormati guru-guru penolong kanan Sek Keb PendangTuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar yang dirahmati Allah Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam hormat dan selamat datang ke majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Pendang 2006.majlis dengan besar hati mengalu-alukan kesudian tetamu jemputan serta para waris bertamu ke SK Pendang pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menyemarakkan lagi genta kemeriahan majlis pada pagi ini di samping menyirat jalinan kemesraan di kalangan kita.
Hadirin dan hadirat sekalian,Memuliakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengayam rasa mengiringi doa yang akan disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Mohd Yusri b Yusuf. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,Berikut kita tampilkan pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 dengan persembahan koir lagu Sekolah dan Istana Ratu.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tadi atas peprsembahan mereka.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj kamaludin b Saad , Guru Besar SK Pendang untuk menyampaikan ucapan serta laporan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.
Berikut, dijemput Yang Berbahagia En Md Zalli b Adb Rahman, YDP PIBG SK Pendang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang 2006.
Kepada Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman , majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.
Sebagai halwa telinga, kita persilakan pula pelajar-pelajar Tahun 4 dan 5 dengan persembahan kalam Jamae bertajuk Al-Malezium.
Tahniah dan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk pengetahuan, pasukan kalam jamae’ itu tadi merupakan johan bagi pertandingan kalam jamae’ peringkat negeri kedah darul aman.
Kini, kita ke kemuncak acara iaitu upacara penyampaian anugerah. Untuk itu, majlis sekali lagi dengan besar hati menjemput yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menyempurnakan acara
majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj kamaludin b Saad atas penymapaian anugerah itu tadi.
Seterusnya majlis dengan besar hati menjemput Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman, Yang Dipertua PIBG Sek Keb Pendang untuk meneruskan upacara penyampaian anugerah.
Bagi aliran tahun 4, dimulakan dengan kelas 4 harapan,….
Demikian tadi berakhirnya upacara penyampaian anugerah-anugerah. Kepada Yang Berbahagia En Md Zalli terima kasih diucapkan.
Sidang hadirin,Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan choral speaking oleh pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 dengan tajuk Malaysians.
Begitulah tadi persembahan daripada para pelajar Sek Keb Pendang pada hari ini.
Hadirin sekalian,yang ruas sudah sampai ke bukuyang kitab sudah berkhatamyang runding sudah kesampaianyang muafakat sudah dibunal
Sebelum tirai dilabuh,dipersilakan Tn Hj kamaludin b Saad GB SK Pendang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman
Terima kasih diucapkan.
Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis dah ke hujungTetamu kami junjunghadirin kami sanjung
terima kasih datang mengunjung
selaku pengacara majlis, kami memohon ampun dan maaf kerna…ada kalanya mata salah melihattelinga silap mendengarmulut terlanjur bicarahati tersalah duga
yang kelok ke penarikkelok tumbuh pohon kuiniyang elok dibawa balikyang buruk kelemahan kami
sekian wabillah…….salam hormat dan terima kasih.
TEKS UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRANSK CHAROK KUDUNG SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
GURINDAM SEMPENA PERSARAAN SAYA:
MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKAADA SANGKAAN BAIKADA SANGKAAN BURUKORANG BERIBADAH DISANGKA RIAKORANG RILEKS DISANGKA MALASORANG BERPAKAIAN BARU DISANGKA MENUNNKJUKORANG BERPAKAIAN LAMA DISANGKA HINAORANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAPORANG MAKAN SIKIT DISANGKA PELOKEKORANG BERPOERANGAI BAIK DISANGKA BURUKORANG BERPERANGAI BURUK DISANGKA BAIKORANG YANG SENYUM DISANGKA MENGEJEKORANG YANG MAMSAM DISANGKA MERAJUKORANG BERBINCANG DISANGKA MENGUMPATORANG DIAM DISANGKA MENYENDIRIORANG YANG MENAWAN DISANGKA MENGGODORANG CERIA DISANGKA MENGADA-NGADAORANG YANG BERTANYA DISANGKA MENYIBUKMANALAH TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH
MANALAH TAHUN YANG DIAM ITU MENGENANG DOSAMANALAH TAHU YANG BERBINCANG ITU MEMBERI PENDAPATMENALAH TAHU YANG DIAM ITU BERIBADAHMANALAH TAHU YANG MENAWAN ITU BERSIH HATINYAMANALAH TAHU YANG CERIA ITU CERDAS MINDANYAMANALAH TAHU YANG BERTANYA ITU PRIHATIN ORANGNYA
SESUATU PERKARA YANG KITA LIHAT JANGAN SUKA SANGKA-SANGKASIKAP SANGKA-SANGKA AKAN MEMUSNAHKAN JIWAKERAP SANGKA-SANGKA MENGUNDANG CELAKAJANGAN TERLALU SANGKA-SANGKA
KERNA...MATA KEKADANG SALAH MELIHATMULUT KEKADANG SALAH MENYEBUTHATI KEKADANG SLAAH MENDUGAKITA MANUSIA BIASA....
BISMILAH......ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN....
YANG MULIA SAUDARA / SAUDARI PENGENDALI MAJLISYANG BERUSAHA EN AMAN KHAN B MD HUSSAINKETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENYELIAAN SEKOLAH RENDAHYANG BERUSAHA EN. CHE PI B IBRAHIMPENYELIA KANAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PADANG TERAP PENDANGYANG BERUSAHA EN ABU BAKAR B SHAFIEGURU BESAR SEK KEB CHAROK KUDUNGYANG BERBAHAGIA USTAZ YAACOB B AHMADPENGERUSI PIBG SK CHAROK KUDUNGGURU-GURU DAN KAKI TANGAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBGPARA WARIS DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIANASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH DAN SALAM SEJAHTERA.
SELAWAT DAN SALAM SEULAS DOARAHMAT MELIMPAH SEGENAP NALURIHAJAT BERSARA SAMPAILAH JUA SUDAH TERTULIS DI LEMBAR HARI
SAYANG SELASIH DI BUKIT DULANGDIPETIK SEDULANG LAUT SEBANDIHULUR TERIMA KASIH BERULANG-ULANG
KERANA MENGADAKAN MAJLIS INI
TERLEBIH DAHULU SAYA MERAKAMKAN JUTAAAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN PARA TETAMU YANG SUDI HADIR BAGI MERAIKAN PERSARAAN SAYA INI. BERSYUKUR JUGA KEHADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA MAKA MAJLIS SEMERIAH INI DAPAT DIADAKAN KHUSUS UNTUK MERAIKAN PERSARAAN SAYA. SAYA JUGA AMAT BERBESAR HATI KERANA PIHAK JAWATANKUASA TELAH BERMURAH HATI MENYEMBELIH SEEKOR LEMBU SEBAGAI JUADAH PADA HARI INI. DAN... SAYA BERASA SUNGGUH TERHARU APABILA MELIHAT KERJASAMA YANG BEGITU ERAT ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PARA WARIS SEPERTI PERBILANGAN ADA MENYEBUT, ’BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT. KE LAUT MENUJU ALUR, KE LAUT MENUJU BANIR,
HADIRIN SEKALIAN,BAGAI TIDAK TERASA HARI TELAH PERGITIDAK SEDAR MASA TELAH BERLALUALIH-ALIIH SUDAH 3 TAHUN SAYA DI SINIDAN PADA TANGGAL ................... JANUARI, MERUPAKAN DETIK TERAKHIR SAYA DALAM KERJAYA YANG DISAYANGI INI.WALAU BERAT UNTUK DIHADAPINAMUN KETETAPAN PERLU DIPATUHI56 TAHUN GENAPLAH KINI BERAKHIRLAH SUDAH KERJAYA INI
SEPANJANG 3 TAHUN SAYA DI SINI, PELBAGAI PAHIT MANIS TELAH KITA TEMPUHI. YANG MANIS PASTINYA MENJADI MADU YANG BERKHASIAT. MANAKALA YANG PAHIT SUDAH SEMESTINYA MENJADI UBAT MUJARAB BAGI KITA. SELAMA SAYA MENERAJUI JAWATAN PENOLONG KANAN DI SINI, BANYAK PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN SAYA PEPROLEH. BUDI DAN JASA PARA GURU, KAKITANGAN, WARIS DAN MURID-MURID YANG BANYAK MEMBANTU SAYA SUDAH BARANG TENTU TIDAK MAMPU SAYA MEMBALASNYA. MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBERIKAN GANJARAN PAHALA, INSYAALLAH. SAYA RASA BEGITU SENANG DAN SERONOK BEKERJA DI SINI DALAM SEMUA HAL.
SESUNGGUHNYA SAYA BERASA AMAT BANGGA KERANA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA W ARGA SKCK. BERSYUKUR KERANA MEMPUNYAI GURU BESAR YANG BERWIBAWA, RAKAN-RAKAN PENOLONG KANAN YANG MENGAMBIL BERAT DAN GURU-GURU YANG
KOMIITED. DITAMBAH PULA DENGAN SOKONGAN DARIPADA PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN PPD SERTA PARA WARIS DAN MURID-MURID.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,PADA HARI INI IAITU 4 JANUARI 2006, MAKA TAMAT LAH K TUGAS SAYA SEBAGAI GURU DAN DI SINILAH TEMPAT TERAKHIR SAYA MELAKAR SEJARAH DALAM DUNIA PENDIDIKAN. NAMUN WALAU SAYA SUDAH TIDAK MENJADI SEBAHAIAN DARIPADA WARGA DI SINI, SAYA AKAN MENDOAKAN SKCK AKAN TERUS CEMERLANG. SAYA AKAN MELANGKAH KELUAR DARI SINI TANPA SEGAN SILU MENGAKU BAHAWA SAYA ADALAH BEKAS WARGA SKCK.
SEMUA ORANG TIDAK DAPAT TIDAK, PASTI MENEMPUH DETIK INI... MASA SAJA YANG AKAN MENENTUKANNYA. SAMALAH SEPERTI AJAL MAUT. SAMPAI MASA TIBALAH IA. WALAU SESINGKAT INI SAYA BERADA DI SINI, NAMUN BANYAK KENANGAN MANIS YANG DIKUTIP. MANA TIDAKNYA... BAK KATA GURINDAM..
SEBELUM DISERU MEREKA SUDAH TURUNSEBELUM DIPANGGIL MEREKA SUDAH TURUNSEBELUM DISURUH MEREKA SUDAH PERGISEBELUM DITARIK MEREKA SUDAH IKUTSEBELUM DITOLAK MEREKA SUDAH MAJUSEBELUM DIAJAR MEREKA SUDAH PANDAISEBELUM DIARAH KERJA SUDAH SIAP.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,DULUNYA KITAMAKAN SEDULANGTIDUR SEBANTALSEKAPAL SEPELAYARANSEPADANG SEPERMAINANSEKHEMAH SEPERTIDURANSEKERETA SEPERJALANANSEGELANGGANG SEPERGURUANSEPERINDUK SEPERMAINANSAMPAI MASANYA BERPISAHLAH KITA.
BIARLAH SEPENINGGALAN SAYA
YANG BUSUT HENDAKNYA MENJADI BUKITYANG BUKIT MENJADI GUNUNGYANG KAPAS MENJADI BENANGYANG BENANG MENAJDI KAINMATA AIR HENDAKNYA MENJADI SUNGANITASIK HENDAKNYA MENAJDI LAUTANALUN MENJADI GELOMBANGSEINCI HENDAKNYA MENJADI SEKAKISEJENGKAL MENJADI SEDEPA
KEPADA SEMUA STAF SEKALIAN,SAYA MENYERU....AMALKANLAH PRINSIP INISATU TUMBANG KE KIRISATU TUMBANG KE KANANTEGAK SAMA TEGAKCONDONG SAMA CONDONGBARING SAMA BARINGIBARAT TELUR SESANGKARPECAH SEBIJI PECAH SEMUA
KALAU LAUTAN SAMA DIRENANGIKALAU LURAH SAMA DITURUNIBERAT SAMA DIPIKULRINGAN SAMA DICICAHKALAU SAMPAN SAMA BERDAYUNGKALAU LESUNG SMAA MENUMBUKKALAU HUMA SAMA DITUGALKALAU PADI SAMA DITUAICUBIT PAHA KIRIPAHA KANAN TERASA JUA.
JANGAN..KITA BARU MENCAPAI PENGAYUHORANG SUDAH SAMPAIA KE SBEERANGBIARLAH KUAH SMAA DIHIRUPSAMBAL SAMA DICOLEKKUAT BERDIRI POHON KERANA AKARNYA
KUAT AKAR KERANA TANAHNYA
KITA JANGAN JADI...PENGAYUH SAYANG DIBASAHKANSAMPAN TIDAK AKAN SAMPAI KE SEBERANGJANGAN ...PANDAI SEPERTI PISAU RAUTBENGKOK ORANG DAPAT DIBETULBENGKOK SENDIRI ... KEKAL.
BIARLAH KATA ORANG...SUKAKAN GAHARU KERANA BAUNYASUKAKAN GURU KERANA ILMUNYA.
KEPADA STAF YANG BUDIMAN,KALAU HENDAK TAHU LUASNYA PADANG TANYALAH BELALANG
KALAU NAK TAHU DALAMNYA LAUT , TANYALAH YUKALAU NAK TAHUN BANYAKNYA TELUK,.. TANYALAH SIPUTKALAU NAK TAHU LUASNYA LANGIT,.. TANYALAH HELANGKALAU NAK TAHU KERASNYA PAKU,.. TANYALAH TUKULKALAU NAK TAHU LUASNYAA ILMU,. ISILAH BORANG MASUK ’U’
GURU-GURU YANG DISANJUNGI,GURU LEMAH SENTIASA MENCARI KESILAPANGURU BIASA HANYA MEMBERI PEENERANGANGURU SEDERHANA HANYA MENGAJARGURU BAIK MENGGUNAKAN TUNJUK CARAGURU SANGAT BAIK MEMEBERI PERANGSANGGURU CEMERLANG, MENJADI MODEL.
UNTUK RENUNGAN BERSAMA..
KALAU GURU KENCING BERDIRITENTU MURID KENCING BELRARI
KALAU GURU MENGAJAR SAMBIL DUDUKMURID BELAJAJR SMABIL MENGANTUK
GURU MENGAJAR SAMBIL BERLAKONMURID BELAJAR PENUH TEKUN
GURU MENGAJAR TANPA ALATMURID BELAJAR PENUH RALAT
GURU MENGAJAR BANYAK BERCAKAP
PASTI MURID BERTAMBAH GAGAP
GURU MENJADI PEMUDAHCARABANYAK MURID PANDAI BICARA
GURU MNEGAJAR TANPA MENILAIGURU TAK TAHU MURID BODOH ATAU PANDAI
KALAU GURU BERBUDI BAHASADIKENANG MURID SEPANJANG MASA
AKHIR KATA..HADIRIN YANG DIHORMATI.
LAUT MANA TIDAK BERGELOMBANGBUMI MANA TIDAK DITIMPA HUJANINIKAN PULA SAYA INNSAN BIAISAKELEMAHAN DIRI TIDAK TERPERIKEKUATAN DIRI SUKAR DICARISEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH YANG BURUK KELEMAHAN DIRI SAYA,
JADI...SUDI APALAH KIRANYAKATA NAN TERLANJURBICARA NAN MENYINGGUNGDAN HATI NAN TAK KENA DIAMPUN DAN DIMAAF JUALAH
TERBANG TINGGI BURU MERPATIBURUNG SERINDIT HINGGAP DI BATUBAIK BUDI BAIK PEKERTIWARGA SKKC DI HATI SELALU
DARI ITU..TUAI PADI ANTAR MASAKESOK JANGAN LAYU-LAYUANINTAILAH SAYA ANTARA NAMPAKESOK TIDAK RINDU-RINDUAN
INI KERANA,BUKAN MUDAH MENAMPI SELASIH
SELASIH SUDAH BERCAMPUR ARANG BUKAN MUDAH BERCERAI KASIHKASIH SUDAH BERCAMPUR SAYANG.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
DRAF TEKS JURUACARAHARI KEJOHANAN OLAHRAGA
KALI KE-40
Disediakan oleh:Pn. ZALINA BT DIN
HAK CIPTA TERPELIHARA
UMUM KETIBAAN
VVIP
Mengumumkan ketibaan yang Berbahagia Tn. Hj Mohd Zubir b Sheikh Saad, Pengarah Urusan Zuffa Farmasi Sdn Bhd.
ALU-ALUAN Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad, Pengarah Urusan Zuffa Farmasi Sdn Bhd. dan isteri Pn Hjh............................................................................................
Yang berusaha ...........................................................................................
..........................................................................................................................(PPD)
Yang Berusaha ....................................................................................................
..............................................................................................................................(D.O)
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK PendangYang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman Yang Dipertua PIBG SK Pendang,yang Berusaha Ketua-ketua jabatan,
Yang Berusaha Tuan-tuan pengetua dan guru-guru besarGuru-guru Penolong Kanan SK Pendang,Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, tetamu-tetamu jemputanPegawai-pegawai kejohanan,guru-guru dan kakitangan SK PendangPeserta-peserta kejohananHadirin dan hadirat serta para pelajar yang dirahmati AllahAssalamualaikum dan salam sejahtera.
PERARAKAN LINTAS HORMAT
PEMBAWA BENDERA WARNA-WARNI
RUMAH SAGA(MERAH)
RUMAH TIARA(HIJAU)
RUMAH PERDANA(BIRU)
Salam kejohanan dan selamat datang ke arena Kejohanan Olahraga SK Pendang kali ke-40 2008. Majlis dengan penuh rasa bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad serta para jemputan bertamu ke SK Pendang pada petang yang gilang-gemilang ini dan seterusnya menyempurnakan upacara pembukaan kejohanan olahraga kali ke-40. Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Tn HJ Mohd Zuber b Sheikh Saad dan para hadirin melengkapkan lagi kemuncak kemeriahan kejohanan yang menjadi acara kemuncak aktiviti sukan yang bakal merangsang para atlet untuk mengungguli kejuaraan .
Hadirin sekalian,Majlis pembukaan kejohanan pada petang ini dimulakan dengan perarakan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen kejohanan yang akan diiringi oleh pasukan pancaragam SMK Pendang di bawah pimpinan En Ah Radzi b A.Hamid.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad, Pengarah urusan Zuffa Farmasi Sdn Bhd dengan diiringi Tn Hj Kamaludin b Saad , Guru Besar SK Pendang untuk ke pentas menerima tabik hormat. Dipersilakan.
Hadirin sekalian,Memimpin perarakan lintas hormat kejohanan ialah En Zulkifli b Hassan dan En Mohd Asri b Mahmud. Mendahului kontinjen ialah pasukan pembawa bendera warna-warni yang melambangkan keharmonian hasil kesepakatan idea, tenaga yang telah dijana oleh kekuatan , kecekalan dan kesungguhan merealisasikan kejohanan ini serta memartabatkan atlet berwibawa.
Menyusul kini ialah perarakan kontinjen olahraga kejohanan kali ke-40. Didahului oleh kontinjen rumah SAGA. Warna merah menyemarakkan semangat juang ahli kontinjen dalam memartabtkan maruah pasukan. Kontinjen yang telah mengumpul ..309. mata ini berpegang kepada moto tetap bersinar. Kontinjen ini akan terus memburu kilauan emas pada kejohanan kali ini.
Kontinjen seterusnya ialah kontinjen rumah TIARA. Di sebalik warna hijau yang melambangkan ketenangan, kontinjen ini telah mengumpul ..318.. mata. Berpegang kepada motto ”Tetap Tenang Dalam Apa Jua”, kontinjen yang dipimpin oleh Pn Zawiah bt hassan ini bakal memberi saingan kepada pasukan lain pada kejohanan kali ini.
Hadirin sekalian kita tumpukan perhatian kepada Sang Kurita maskot kebanggaan Kontinjen rumah PERDANA cetusan idea guru-guru pembimbing untk terus menyatukan ahli-ahli kontinjen. Kontinjen yang berlambangkan Sang
RUMAH WAJA(UNGU)
RUMAH WIRA(OREN)
RUMAH SATRIA(KUNING)
Kurita ini sentiasa menunggu peluang untuk menyambar mangsanya. Kontinjen ini menghulurkan salam kejohanan dan berpegang kepada motto tetap unggul di medan perjuangan . Pasukan ini telah berjaya mengumpul 313 mata dan akan menjana kekuatan untuk mengharungi cabaran kejohanan pada kali ini.
Kontinjen yang sedang mara kini ialah daripada pasukan Rumah WAJA yang dipimpin oleh ketua guru rumah iaitu ................................................................. dan dibantu oleh Pn Nazidah bt Zailani. Setakat ini Pasukan rumah WAJA berjaya mengumpul ..286...mata dan akan terus mara memburu kejuaraan dengan berpegang kepada moto ”Sengatan Berbisa”.
Kontinjen rumah WIRA juga turut meletakkan diri agar setanding dengan kontinjen-kontinjen lain di arena kejohanan pada kali ini. Di sebalik warna JINGGA, terserlah kekuatan, kepantasan berlari dan bersemangat waja,agraseif, mudah mesra dan bersopan. Kontinjen rumah WIRA ini dipimpin oleh Pn ........................
Kontinjen yang terakhir ialah kontinjen rumah SATRIA yang diketuai oleh Pn Norlida bt Salleh . Di sebalik warna kuning, ia menyuntik semangat juang ahli-ahli ini memartabatkan maruah pasukan. Kontinjen yang telah mengumpul mata sebanyak ..330.. ini berpegang kepada motto bangkit semula untuk mengungguli kejohanan kali ke-40 ini.
Demikian tadi upacara perbarisan lintas hormat kontinjen rumah sukan kejohanan olahraga kali ke-40. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad atas kesudian menerima tabik hormat kontinjen-kontinjen.
(VVIP TURUN DARI PENTAS KHAS)
UCAPANPERASMIAN
Sidang hadirin,Majlis kini mempersilakan Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucpkan kepada Tn Hj Kamaludin atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,Seterusnya... majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia TN Hj Mohd Zuber bSheikh Saad, Pengarah Urusan Zuffa Farmasi Sdn Bhd untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya mengisytihar rasmi pembukaan kejohanan olahraga Sek Keb Pendang kali ke-40 2008. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zubir b Sheikh Saad, majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.
PERARAKANBAWA
BENDERAKEJOHANAN
Hadirin dan hadirat,Kontinjen yang akan bergerak masuk kini ialah pembawa bendera kejohanan. terdiri daripada lima orang anggota tunas kadet remaja sekolah yang diketuai oleh adik Mohd irfan Akhtari b Ridzuwan
NAIKKANBENDERA
Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Dipersilakan adik Irfan Akhtari b Ridzuan untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera.
Terima kasih diucapkan
IKRAR
Bagi melengkapkan lagi upacara perasmian kejohanan dipersilakan pula adik Ammar Shauqi b Mohammad untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan olahraga SK Pendang kali ke-40.
Terima kasih diucapkan kepada adik Ammar Shauqi .atas bacaan ikrar itu tadi.
PENUTUP
PERARAKANKELUAR
KONTINJEN
Upacara perasmian kejohanan olahraga SK Pendang kali ke-40 berakhir di sini Sekali lagi majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saadatas kesudian merasmikan kejohanan, Terima kasih kepada seluruh warga yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan kepada atlet, selamat bertanding diucapkan.
Akhirnya, majlis mengumumkan perarakan keluar kontinjen-kontinjen rumah sukan.
ACARASUKAN
BERMULA
Perjuangan di arena kejohanan olahraga akan bermula sebentar lagi. pastinya setiap peserta bakal memburu kilauan emas
ACARA MULAAcara pertama yang bakal berlangsung pada petang ini ialah acara ...........................
PENYAMPAIAN Majlis pada petang ini kita semarakkan lagi dengan upacara penyampaian
HADIAH OLEH VVIP
L.Tinggi(1P)
hadiah kepada para pemenang. Majlis dengan besar hati menjemput Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saa dengan diiiringi oleh Tn Hj kamaludin b Saad untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.. Bagi acara . Lompat tinggi kelas 1 PerempuanJohan - Noor Fatieha bt Mohd nasir (Tiara)Naib Johan – Nurul Najwa bt Mohd Zamri (Perdana)Ke-3 – Farah Norhanani bt Mohd Zain (Waja)
L.Tinggi(2L)
Bagi acara Lompat tinggi kelas 2 LelakiJohan - Amin Anuar (Wira)Naib Johan – Hanif Al Jafni Arif (Tiara)Ke-3 – Mohd Firdaus Iman (Perdana)
L.Tinggi(2P)
Bagi acara Lompat tinggi kelas 2 PerempuanJohan - Nurul Husna bt Mohd Yusuf (Tiara)Naib Johan – Qurratul Ain bt Zuraimi (Saga)Ke-3 – Nur Syafikah bt Ahmad (Waja)
L.Jauh(1L)
L.Jauh(1P)
Bagi acara .Lompat jauh kelas 1 lelakiJohan - Mohd Ammar Shauqi b Mohamad (Perdana)Naib Johan – Mohd Ikhwan b Ismail (Saga)Ke-3 – Nur Muh Aiman b Othman (Waja)
Bagi acara lompat jauh kelals 1 PerempuanJohan - Alya Sarah bt Abd Aziz (Wira)N.Johan – Siti Nur Fitri bt Rosli (Satria)Ke-3 – Izyan Nisa bt Abas – Waja
L.Jauh (2P)
Bagi acara lompat jauh kelas 2 perempuanJohan – Nurul Fazira bt Mohd Fauzi (Tiara)N.johan – Nurul Husna bt Mohd Yusuf ( Tiara)Ke-3 – Nur Fazliza bt Fadzil (Waja)
Lonter Peluru (1L)
Bagi acara lontar peluru kelas 1 lelakiJohan – Mohd Alif (Perdana)N.johan – Mohd Naim b Fadzil (Satria)Ke-3 – Irfan Akhtari b Ridzuan (Satria)
Lontar peluru(1P)
Bagi acara lontar peluru kelas 1 perempuanJohan – Nor Adilah bt Abd Razak (Waja)N.Johan - Nur Aliah Najihan (Tiara)Ke-3 – Saidatul Qasar bt Ramli (Satria)
Lontar peluru(2L)
Bagi acara lontar peluru kelas 2 lelakiJohan – Mohd Nur Ariff Azlian (Perdana)N.Johan – Mohd Afiq Haiqal (Saga)Ke-3 – Mohd Zulkifli (Saga)
Lontar peluru (2P)
Bagi acara lontar peluru kelas 2 perempuanJohan – Siti Amirah bt Isahak (Wira)N.Johan - Izzatul Athirah bt Ismail (Wira)Ke-3 – Nur Izzati bt Abd Halim (Waja)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad atas kesudian menyampaikan hadiah. Kepada para pemenang tahniah diucapkan.
C/MATAHadirin sekalian,Sebagai tanda kenang-kenangan kejohanan kali ini, dijemput Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saad
Terima kasih diucapkan.Kepada yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber , terimalah serangkap pantun daripada kami:
Tinggi bukit glang-gemilangAir di laut tenang-tenanganBudimu tuan tak akan hilang Tetap menjadi kenang-kenangan
Untuk pengetahuan sidang hadirin, kejohanan olahtaga pada kali ini turut ditaja oleh Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zubir b Sheikh Saad , Pengarah Urusan Zuffa Farmasi Sdn Bhd.
UMUM / JEMPUT KE
JAMUAN
Majlis sekali merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Zuber b Sheikh Saad bertandang ke SKP ini bagi menyempurnakan upacara perasmian pembukaan kejohanan olahraga kali ke-40. Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Zuber b Sheikh Saaddengan diiringi oleh Tn Hj kamaludin b Saad ke bilik jamuan .
(GB dan tetamu jemputan khas iring VVIP ke bilik jamuan)Acara sukan diteruskan
UPACARA PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-40SK PENDANG
UMUMKETIBAAN
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia En. Md Zalli b Abd Rahman, Yang Dipertua PIBG SK Pendang....................................................
ALU-ALUANYang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman Yang Dipertua PIBG SK Pendang,Yang Berusaha Tn Hj kamaludin b Saad, Guru Besar SK PendangAhli-ahli Jawatankuasa PIBG, tetamu-tetamu jemputanGuru-guru pen. Kanan Sk Pendang, Pegawai-pegawai kejohanan,guru-guru dan kakitangan SK PendangPeserta-peserta kejohananHadirin dan hadirat serta para pelajar yang dirahmati AllahAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kejohanan dan selamat datang ke majlis penutupan Kejohanan Olahraga SK Pendang kali ke-40 2008. Majlis dengan penuh rasa bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman serta para jemputan bertamu ke SK Pendang pada petang ini dan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan kejohanan olahraga kali ke-40. Sesungguhnya kehadiran para hadirin melengkapkan lagi kemuncak kemeriahan kejohanan yang menjadi acara kemuncak aktiviti sukan.
PERARAKANMASUK
Majlis penutupan kejohanan olahraga kali ke-40 dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan
KONTINJENPENYAMPAIAN
HADIAHArena kejohanan olahraga SK Pendang diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah.
UCAPANPERASMIAN
Berikut dipersilakan Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd rahman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi kejohanan olahraga kali ke-40.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas perasmian itu tadi.MENURUNKAN
BENDERAHadirin sekalian,Berikut adalah upacara menurunkan bendera kejohanan Bendera kejohanan akan diserahkan kepada yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SKP untuk menerima bendera kejohanan menandakan berakhirnya arena kejohanan pada tahun ini.
Terima kasih.PENUTUP Sidang hadirin sekalian,
Kejohanan olahraga kali ke-40 akan melabuhkan tirainya di sini. majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada …………………………………Atas kesudian hadir dan menyempurnakan majlis. Sesusngguhnya kejayaan penganjuran kejohanan adalah cetusan permuafakatan seluruh warga kerja SK Pendang. Kepada peserta yang dinobatkan dengan pelbagai kejayaan tahniah diucapkan. Teruskan kegigihan menjana kudrat dan minda bagi menghadapi kejohanan seterusnya. Kepada yang masih menangguh kemenangan cuba lagi tahun hadapan.
Sebagai tanda kejayaan marilah sama-sama kita laungkan tiga kali sorakan Hip hipHurey yang diketuai oleh .....................................
1 …………………………. ……………………………… ………………………………bersurai
PERJALANAN MAJLIS HARI ANUGERAH GEMILANG 2007
1. Ketibaan tetamu utama2. Nyanyian Negaraku3. Alu-aluan pengendali majlis4. bacaan doa – En Mohd Nasri5. Ucapan GB6. Ucapan perasmian7. Persembahan
- Adik Suhaila – lagu Bahtera Merdeka dan Wajah- Persembahan Nasyid- Persembahan Adik Aziz – Kian
8. Penyampaian Anugerah oleh En Md Zalli- PKBP- Tahun 1,2 dan 3
9. Persembahan Choral Speaking10. Penyampaian Anugerah oleh En KZ
- Tahun 4
- Tahun 5- Tahun 6- NILAM- Olahragawan / olahragawati- Anugerah khas sukan- Anugerah khas koakademik- Ketua pengawas / pen. Ketua pengawas- Tokoh putera / puteri- UPSR 2006- Cikgu Ishak- Bekas AJK PIBG- Ketua-ketua jabatan
11. penyampaian cenderamata tetamu utama12. Nyanyian – Azizi dan Aziz (Lagu Jiwa Lagu Cinta)13. Jamuan / bersurai
Disediakan oleh:Setiausaha HAG 2007
BISMILLAH.................YANG BERUSAHA TN HJ KAMALUDIN B SAAD, GURU BESAR SK PENDANG,YANG DIHORMATI EN ZAKARIA B ABD RAHMAN , PEN KANAN PENTADBIRAN SK PENDANGYANG DIHORMATI PN NORASHIKIN BT MOHD TAJUDIN , PENYELIA PETANG SK PENDANGRAKAN SEPERJUANGAN YANG TURUT DIRAIKAN EN MOHD SOFI B HJ MD AKHIR,RAKAN-RAKAN GURU DAN STAF SOKONGAN SK PENDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,ASSALAMUALAIKUM.....
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH ATAS DAYA USAHA PIHAK PSKPPK SK PENDANG UNTUK MENGADAKAN MAJLIS BAGI MERAIKAN PERTUKARAN KAMI BERDUA. SESUNGGUHNYA KEPRIHATINAN KALIAN AMAT SAYA SANJUNG TINGGI, TIDAK DAPAT SAYA BALASI, SEKADAR TERIMA KASIH MAMPU DIBERI.
SEPERTI YANG TELAH SEDIA MAKLUM BAHAWA PADA TANGGAL TANGGAL 1 JULAI, SAYA TELAH DITUKARKAN KE SK PAYA RAWA. DAN 5 JULAI SAYA DIMAKLUMKAN SECARA RASMI TENTANG PERKARA ITU. MELALUI DETIK-DETIK TERAKHIR DI SKP INI AMAT MEMILUKAN KERANA TERLALU BANYAK KENANGAN YANGTERPAHAT DI SINI. BERMULA SEBAGAI GURU BIASA PADA TAHUN 1997, SAYA MULA MENGORAK LANGKAH MENCARI PENGALAMAN DAN ILMU YANG AMAT BANYAK DI SINI.
SEPANJANG ...... TAHUN SAYA DI SINI SEBAGAI GURU BIASA, PELBAGAI PAHIT MANIS TELAH SAYA TEMPUHI. YANG MANIS PASTINYA MENJADI MADU YANG BERKHASIAT. MANAKALA YANG PAHIT SUDAH SEMESTINYA MENJADI UBAT MUJARAB BAGI SAYA. DI SINI BUKAN SEKADAR MENJADI GURU DI BILIK DARJAH, TETAPI SAYA BELAJAR BANYAK PERKARA YANG TAK MUNGKIN SAYA PEROLEH DI TEMPAT LAIN.
KEMUDIAN, SAYA MENGORAK LANGKAH SEBAGAI PEN KANAN KOKURIKULUM DI SK GUAR KEPAYANG DAN SETERUSNYA KEMBALI KE SK PENDANG SEBAGAI PENOLONG KANAN HEM. KEMUDIAN, SAYA KE SK HJ MOHD ARIFF SEBAGAI PEN KANAN PENTADBIRAN. BELUMPUN PUAS DI SITU, SAYA DIPELAWA UNTUK KEMBALI KE SK PENDANG SEBAGAI PENYELIA PETANG. TANPA MENOLEH KE BELAKANG, SAYA MENERIMANYA KERANA SAYA SEDAR BUDAYA BEKERJA DI SINI AMAT SINONIM DENGAN DIRI SAYA. ATAS RASA CINTA PADA SEKOLAH, SAYA BERIKAN KOMITMEN SEDAYA MUNGKIN DEMI MENAIKKAN IMEJ SEKOLAH. NAMUN, KINI SAYA PERLU MENERIMA HAKIKAT BAHAWA PERKHIDMATAN SAYA DI SINI SUDAH BERAKHIR.
SELAMA SAYA MENERAJUI JAWATAN PENOLONG KANAN DI SINI, BANYAK BUDI DAN JASA PARA GURU SERTA KAKITANGAN YANG BANYAK MEMBANTU SAYA MENJALANKAN TUGAS. SUDAH BARANG TENTU TIDAK MAMPU SAYA MEMBALASNYA. MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBERIKAN GANJARAN PAHALA, INSYAALLAH.
SESUNGGUHNYA SAYA BERASA AMAT BANGGA KERANA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA SK PENDANG. BERSYUKUR KERANA MEMPUNYAI GURU BESAR YANG BERWIBAWA, RAKAN-RAKAN PENOLONG KANAN YANG MENGAMBIL BERAT DAN GURU-GURU YANG KOMIITED. JUSTERU, WALAU SAYA SUDAH TIDAK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA DI SINI, SAYA AKAN MENDOAKAN SK PENDANG AKAN TERUS GEMILANG. PABILA SAYA MELANGKAH KELUAR DARI SINI, TANPA SEGAN SILU SAYA MENGAKU BAHAWA SAYA ADALAH BEKAS WARGA SK PENDANG.
INI KERANA, WARGA SKP BAK KATA GURINDAM..
SEBELUM DISERU MEREKA SUDAH DATANG
SEBELUM DIPANGGIL MEREKA SUDAH TURUNSEBELUM DISURUH MEREKA SUDAH PERGISEBELUM DITARIK MEREKA SUDAH IKUTSEBELUM DITOLAK MEREKA SUDAH MAJUSEBELUM DIAJAR MEREKA SUDAH PANDAISEBELUM DIARAH KERJA SUDAH SIAP.
BIARLAH SEPENINGGALAN SAYA SELEPAS INIYANG BUSUT MENJADI BUKITYANG BUKIT MENJADI GUNUNGYANG KAPAS MENJADI BENANGYANG BENANG MENAJDI KAINMATA AIR HENDAKNYA MENJADI SUNGAITASIK HENDAKNYA MENJADI LAUTANALUN MENJADI GELOMBANGSEINCI MENJADI SEKAKISEJENGKAL MENJADI SEDEPA
PESANAN SAYA KEPADA ADIK-ADIK SEPERJUANGANAMALKANLAH PRINSIP INIKALAU LAUTAN SAMA DIRENANGIKALAU LURAH SAMA DITURUNIBERAT SAMA DIPIKULRINGAN SAMA DIJINJINGKALAU SAMPAN SAMA BERDAYUNGKALAU LESUNG SAMA MENUMBUKKALAU HUMA SAMA DITUGALKALAU PADI SAMA DITUAICUBIT PAHA KIRIPAHA KANAN TERASA JUA.
KITA JANGAN JADI...PENGAYUH SAYANG DIBASAHKANSAMPAN TIDAK AKAN SAMPAI KE SEBERANG
AKHIR KATA..HADIRIN YANG DIHORMATI.
LAUT MANA TIDAK BERGELOMBANGBUMI MANA TIDAK DITIMPA HUJANINIKAN PULA SAYA INSAN BIASAKELEMAHAN DIRI TIDAK TERPERIKEKUATAN DIRI SUKAR DICARISEGALA YANG BAIK DARIPADA ALLAH YANG BURUK KELEMAHAN DIRI SAYA,SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KEKURANGAN SEPANJANG BERADA DI SKP INI. KEPADA TUAN GURU BESAR DAN RAKAN-RAKAN PENOLONG KANAN, MAAF DIPINTA ANDAI BANYAK TUGAS SAYA TIDAK TERLAKSANA MENGIKUT APA YANG TELAH DIRENCANA.
TERBANG TINGGI BURU MERPATIBURUNG SERINDIT HINGGAP DI BATUBAIK BUDI BAIK PEKERTIWARGA SKP DI HATI SELALU
SEKIAN, TERIMA KASIH.
MAJLIS PERPISAHANPN HJ CHE MAH BT JUNUS
(PEN KANAN HEM SK PENDANG)
TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN PN HJH ROKHIAH BT AB RAHIM DENGAN MURID-MURID SKP
Dedikasi buat Cg Rokhiah.......
Budimu Abadi
Dari ladang budimu
Kau beri sebutir permata
Pada kerendahan hati
Terpintal hormat dan takjub
Ingatan yang mendalam
Tangan mu tulus menghulur
Berulang kali tunduk menilai
Kagum ku tiada bersempadan
Berapakah harga seucap kasih
Tak terbayar intan jiwamu luhur
Terpahat teguh di monumen sanjung
Sesusur hajat di kalbu abadi
Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Pn Hjh Rokhiah bt Abd Rahim
BismilLahir Rahmanir Rahim
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang,Yang dihormati En Zkaaria b Abd Rahman Pen kanan Pentadbiran SK PendangYang dihormati Pn Nor Zanita bt Bakar, Pen kanan HEM SKPYang dihormati En Mohd Nazri b Hussain, Pen Kanan KokuYang dhormati Pn Rosadah bt Ahmad PK Pend Khas.Yang diraikan Pn Hjh Rokhiah bt Ab RahimRakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum...Selamat datang ke majlis persaraan dan perpisahan Pn .............
Hadirin dan hadirat,Majlis mempersilakan Us M.Yusri b ... untuk membacakan doa aga majlis kita mendapat rahmat.
Terima kaksih diucapkan...
Hadirin sekalian,Sesungguhnya perpishaan ini bukanlah dipinta, namun hakikatnya perlu diterima jua....Seperti mana yang telah diketahui, pada hari ini merupakan hari-hari terakhir cikgu ...................berkhidmat di SK Pendang ini. Walaupu khidmat bakti beliau masih lagi kita perlukan, namun detik persaraan tidak mampu kita anjakkan.Dan.. pada saat ini, tibalah masanya Cikgu ................ untuk menamatkan khidmatnya sebagai guru.
Untuk itu, majlis mempersilakan Adik Muhd Akhalil b M.Asri mewakili seluruh pelajar sk pendang untuk menyampaikan ucapan.
T.k diucapakan kepada.....
Kini majlis mempersilakan pula Tn hj kamaludin b Saad Guru Besar SKP untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Kamaludin atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian, Kini majlis mempersilakan Pn Hjh Rokhiah b Abd rahm untuk tampil ke tempat khas yang kami sediakan.
kkita hayati bersama pengkisahan liku-liku khidupan Pn Hjh Rokhiah bt Abd rahim.
Baca biodata....
Sidang hadirin sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan,Marilah sama-sama kita mendengar bicara hati insan yang diraikan, agar esok tidak rindu-rinduan. Dengan itu majlis mempersilakan pn hjh .......................................
Begitulah rasa hati yang ada di lopak bicaranya. Banyak ingatan, banyak kenangan, banyak pengalaman yang ditinggalkan.Kerana.................BUKAN SENANG MENAMPI SELASIHSELASIH SUDAH BERCAMPUR ARANGBUKAN MUDAH BERCERAI KASIHKASIH SUDAH BERCAMPUR SAYANG.Begitulah tadi, ucapan daripada Pn ..................................................... Ia bukan sekadar nasihat, bukan hanya amanat, tetapi wajar dingat, renungan buat azimat, bekalan buat ubat, bakal meredah laluan berliku dan berselirat. Terima kasih cikgu.
Kepada Cikgu ...........................Rasanya tak mahu melepaskan cikgu pergiKhidmat cikgu masih diperlukan lagiTetapi peraturan, kata pencen
Selama cikgu berkhidmat di siniSentuhan cikgu terlalu banyak
Jejak cikgu ada di mana-manaJasa cikgu takkan dilupaTeguran cikgu menjadi ingatanNasihat cikgu jadi panduanApa yang cikgu sentuh menjadi emasApa yang cikgu pijak menajdi lubuk. ”SELAMAT BERSARA CIKGU ....................”Kita mendoakan semoga cikgu .................. akan terus berjaya meniti hari-hari persaraan.
Berikut kita saksikan persembahan khas daripada murid2 th 6 dan th 5 bestari. Sebuah lagu berjudul , bertemu dan berpisah,
Terima kasih kalian. Semoaga menjadi ingata buat cg rokhaiah.
Seterusnya ialah upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.Dipersilakan .............................................. tampil untuk menerima cenderamata dengan diiringai oleh tn hj kdin b saad gb sk pendang..
1. Pra2. Kelas PKBP3. Tahun 1 4. Tahun 24. Tahun 36. Tahun 57. Tahun 68. tahun 5 bestari
Kini majlis mempersilakan pula Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menyampaikan sejambak bunga sebagai simbolik kasihnya kami kepada mak long.
Terima kasih kepada semua. Semoga tanda mata itu tadi menajdi kenangan sepanjang hayat buat cikgu walaupun ianya tidak seberapa
Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, berakhirlah sudah majlis perpisahan cikgu ......... dan murid-murid SK Pendang.
Sekian, wabillah ............
TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU DAN STAF SKP YANG BERTUKAR DAN BERSARA
Bismillah......Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang,Yang dihormati En Zkaaria b Abd Rahman Pen kanan Pentadbiran SK PendangYang dihormati Pn nor Zanita bt bakar, Pen kanan HEM SKPYang dihormati En Muhd Nazri b Hussain, Pen Kanan Koku.Yang dihormati Pn Rosadah bt Ahmad PK Pend KhasYang berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman YDP PIBG SK PendangYang diraikan guru guru yang bertukar keluar,Rakan-rakan guru dan kakitangan sokongan, tn/pn yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum...dan salam sejahtera.Salam hormat dan Selamat datang ke majlis perpisahan ini yang menjadi tradisi saban tahun.Di samping meraikan rakan2 yang telah meninggalkan skp, kita juga turut meraikan kedatangan warga baru skp yang telah mendaftar pada awal januari lalu dan yang terbaru pen kanan kokurikulum en m.nazri b hussain
Hadirin dan hadirat,Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menadah tangan mengiringi doa yang akan dibacakan oleh En .....................................................................Semoga kepergian Tn GB serta Pn Hjh rokhiah menunaikan umrah mendapat perlindungan allah dan selamat sejahtera sepnajang beribadah di tanah suci.
Terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan,Bagai tak terasa masa telah pergiBagai tak perasan hari telah berlalu....Alih-alih, kita telah berpisah. Kita tidak lagi sebumbung Ibarat menanam benih, baru nak tumbuhIbarat embun di sinar pagi
Kalau dulu,Kita...MAKAN SEDULANGTIDUR SEBANTALSEKAPAL SEPELAYARANSEPADANG SEPERMAINANSEKHEMAH SEPERTIDURANSEKERETA SEPERJALANANSEGELANGGANG SEPERGURUANSEPERINDUK SEPERMAINANTapi kini SAMPAI MASANYA BERPISAh jua KITA.Sidang hadirin sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan,Marilah sama-sama kita mendengar bicara hati insan yang diraikan, agar esok tidak rindu-rinduan. Dengan itu majlis mempersilakan pn hjh jariah mewakili rakan2 yg telah bertukar.
Begitulah rasa hati yang ada di lopak bicaranya. Banyak ingatan, banyak kenangan, banyak pengalaman yang ditinggalkan.Kerana.................BUKAN SENANG MENAMPI SELASIHSELASIH SUDAH BERCAMPUR ARANGBUKAN MUDAH BERCERAI KASIHKASIH SUDAH BERCAMPUR SAYANG.
Kini majlis mempersilakan Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menitipkan kata-kata buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Kepada Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad, terima kasih diucapkan.
Buat Kak J, Faizah, Sharifah dan pak Long
Budi tuan kami tak lupaJadi kenangan sepanjang hayat.Bagai terukir di atas batuBagai luka tinggal parut.Bagai dakwat pada kertasBagai takik pada kayu.
Berikut, ialah majlis penyampaian hadiah dan cenderamata. sekali lagi dijemput ........................................... tampil untuk menerima cenderamata dengan diringi oleh ............................................................ Dipersilakan:
Demikan tadi upacara penyampaian hadiah dan cnderamata kepada insan2 yang kita raikan.terima kasih diucapkan.
Seterusnya..Saya mewakili rakan-rakan di sini ingin memohon ampun dan maaf daripada Kak J, Faizah Hsaripah dan Pak Long Brahimkerna…ada kalanya mata salah melihattelinga silap mendengarmulut terlanjur bicarahati tersalah duga
kepada kalian....kami mendoakanmudah-mudahan tak ada angin nan berpusutak ada api nan menjilattak ada puntung nan maraktak ada hujan yang mengkelangtak ada berudu mengoyak lukahtak ada musang mencengkau ayamterangnya bagai tasikbagai urai dalam peti ditutup berkunci rapatdikongkong terjaga rapiselamat sentosa semuanya.Akhir kata buat renungan hadirin semua ,,
PERSAHABATAN ITU IBARAT MATA DAN TANGANANDAI TANGAN TERLUKA, MATA KAN MENANGISTATKALA MATA MENANGIS TANGAN JUALAH YANG MENYAPU AIR MATA....RENUNGKAN BERSAMA...Sekian, terima kasih dan selamat menjamu selera.
Kami juga memohon maaf andainya terdapat kekurangan sepanjang penganjuran majlis iniMaaf jua dipinta andainya Kuah terlebih garamGulai terlebih pedasAir terlebih gulla Nasi ada yang mentah.
Sekian wabillah………….Selamat menjamu selera.
SKRIP PENGENDALI MAJLIS PROGRAM RIMUP 2007
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hj Md Rozai b hj ShafianSpeaker Dewan undangan Negeri Kedah Darul Aman.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan.
Bismillah …….
Selawat dan salam seulas doarahmat melimpah segenap naluriSalam dihulur pembuka bicaraMoga terjalin muhibah di hati.
Sungai tiang kampungnya tenang, Unggas berbunyi hilanglah gundah,Selamat datang selamat bertandang,Ke majlis kami yang sungguh indah.
Yang Berhormat Dato’ Hj Md Rozai b Shafian, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman,
Yang Berusaha Tn Hj Abu Yazit b Zain,Pegawai Palajaran Daeah PTP
Yang Berusaha En Mutalib b HassanPengerusi Majlis Guru Besar Daerah Pendang
Yang Berusaha Tuan-tuan guru besarPengerusi-pengerusi PIBG, tetamu-tetamu jemputanGuru-guru pengiring,para pelajar yang dikasihiAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, malis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan –puan ke majlis penutupan Program Rancangan Intergrasi Untuk Perpaduan atau ringkasnya RIMUP.
Sesungguhnya kehadiran YB Dato’ serta para hadirin menterjemahkan semangat perpaduan berbilang kaum antara kita terutama dalam kalangan warga pendidikan.
Majlis pada petang ini dimulakan dengan menjemput , Tuan Hj Abu Yazit b Zain, Peg Pelajaran Daerah PTP untuk menympaikan ucapan.
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Berikut, majlis dngan besar hati menjemput, Yang Berhormat Dato’ Hj Md Rozai b Shafian Speaker DUN Negeri Kedah untuk menyampaikan ucpan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Integrasi untuk Perpaduan bagi tahun 2007.
Kepada YB Dato’ majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,Sudi apalah kiranya kita bersama-sama menyaksikan beberapa persembahan daripada para pelajar berbilang kaum dari daerah kita.
Persembahan pertama kita tampilkan para pelajar dari SK Paya Mak Insun dengan persembahan Gendang Panjang Siam. Dipersilakan..
Demikian tadi persembahan dari SK Paya Mak Insun. Terima kasih diucapkan.
Kita tampilkan pula persembahan Tarian Gendang Tradisional Cina dari murid-murid Sek Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yeang Cheng. Dipersilakan...
Terima kasih adik-adik dari SRJK (C) Yeang Cheng.
Seteusnya kita berhibur dengan persembahan daripada murid-murid Sek rendah Jenis KebangsaanTamil Ladang Bukit Jenun dengan tarian Tradisional India. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Kini, kita ke kemuncak acara iaitu upacara penyampaian hadiah.
Majlis dengan besar hati menjemput Yang Berhormat Dato’ Hj Md Rozai b Shafian Speaker DUN Negeri Kedah Darul Aman dengan diiringai oleh Yang Berusaha Tn Hj Abu Yazit b Zain Peg Pelj Daerah PTP untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta.
*** ikut senarai
Demikian tadi penyampaian hadiah kepada para peserta. Penghargaan terima aksih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ kerana menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Hadirin dan hadirat,
Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Abu Yazit b Zin Peg Pelj Daerah PTP untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato’ Hj Md Rozai b Shafian.
Terima kasih diucapkan.
Menutup tirai majlis, dipersilakan Ustaz Mohd Nizar b Jaafar untuk melafazkan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Nizar atas bacaan doa itu tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis dah ke hujung Tetamu kami junjung Hadirin kami sanjungTerima kasih datang mengunjung
Yang Keluk ke penarikKeluk tumbuh pohon kuiniYang elok bawalah balikYang lemah kelemahan kami.
Majlis menjemput Yang Berhormat Dato’ hj Md Rozai b Shafian dengan diiringi oleh Tn Hj Abu Yazit b Zin serta para tetamu ke majlis jamuan.
Sekian, wabillah......Terima kasih.
TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 6 2007
Bismillah......Yang berusaha Tn Hj Kamaluddin b Saad GB SKPYang dohormati En Zakaria b Abd Rahman PK Pentadbiran SKPYang dihormati Tn Hj Abd Rahman b Ahmad PKHEM SKPYang dihormati En Mohd Asri b Mahmud PKKK SKPYang dihormati Pn Norashikin bt mohd Tajuddin Pen Kanan Petang Guru-guru tahun 6Murid-murid yang dirahmati Allah sekalian....Assalmualaikum......... salam sejahtera
Salam hormat dan selamat datang ke majlis perpisahan murid-murid tahun 6 sesi 2007. Terlebih dahulu diucapkan terima kasih atas kesudian pihak pengurusan dan guru-guru semua yang sudi hadir memenuhi jemputan kami.
Alhamdulillah bersyukurkehadrat ilahi kerana papda hari ini kami dapat menjayakan satu lagi agenda program tahun 6 iaitu salam pperpisahan....
Bagi memberkati majlis, sama-samalah kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan disampaikan oleh En Zulkifli b Hassan.
Terima kasih diucapkan kepada ustaz Zulkifli b Hassan atas bacaan doa itu tadi.
Murid-murid dan Hadirin sekalian,Saat perpisahan kian menjelma. Detik pertemuan berakhir jua. Erti persahabatan baru terasa.... sebak di dada pasti melanda..Namun ..... ia pasti kan tiba... usah dikesal perpisahan itu, kerana tanpa pertemuan, pasti tiada perpisahan.
Majlis mempersilakan adik Iffa Syakirah bt Mohd Lani untuk menyampaikan ucapan mewakili murid-murid tahun 6.
Begitulah rasa hati daripada wakil murid tahun 6 sesi 2007.
Kini, majlis mempersilakan, tn Hj Kamaluddin b Saad GB SKP untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucapkan. Semoaga segala nasihat tuan GB akan menjadi bekalan buat mengharungi masa hadapan yang kian mencabar.
Seterusnya, majlis mempersilakan tuan GB untuk menyampaikn hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan selepas UPSR.
Bagi pertandingan membuat buku skrap sepanjang bulan ramadan yang lalu.
1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.
Seterusnya ialah hadiah bagi pertandingan membuat buku skrap kemerdekaan yang telah diadakan selepas peperiksaan UPSR baru-baru ini.
1.2.3.4.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Kamaludin b Saad.
Hadirin semua,Makanan telah tersedia, eloklah kita menikmatinya bersama-sama. Sambil menikmati juadah tersedia, marilah smaa-sama kita berhibur dengan persembahan daripada murid-murid tahun 6.Dipersilakan murikd-murid dari kelas 6.....
Dedikasi buat semua guru:
Guru dahulu murid sekarang
Guru...Sekeping papan batu5 sen queen elezabethsebatang rotan berbulu sepasang sepatu kelabuanak kecil menapak mencapai gurupedas rotanmu itumengukir anak korporat melangkau ke tangga konglemerat
kini...
seragam baju baru dan sepatu palsusekayuh mountain bike biruhanya senilai gaji guru baruseorang guru yang menerima saman bertaluanak kecil tidak mengenang jasa gurupelita guru kian padam tak bersumbupesan guru sudah lama berlaluanak dewasa terpalit lara sembiludan baru ku tahu guru itupelita bangsa
Bismillah....................
Terima kasih kepada Pengacara Majlis,
Yang Berusaha ......................................................................................................
Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang
Yang Berusaha ......................................................................................................
Pegawai daerah Pendang
Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang
Yang Berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman Yang Dipertua PIBG SK Pendang,
yang Berusaha Ketua-ketua jabatan,
Yang Berusaha Tuan-tuan pengetua dan guru-guru besar
Guru-guru Penolong Kanan SK Pendang,
Pegawai-pegawai kejohanan,
guru-guru dan kakitangan SK Pendang
Peserta-peserta kejohanan
Hadirin dan hadirat,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama
menghadiri dan seterusnya menyempurnakan kejohanan olahraga pada petang ini.
Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kesudian mengundang saya untuk menyempurnakan majlis pembukaan kejohanan pada
petang ini.
Sesungguhnya penganjuran kejohanan olahraga seumpama ini merupakan satu usaha
yang baik selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran untk melahirkan modal insan
yang seimbang jasmani dan rohaninya.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pegawai serta jawatankuasa penganjur atas kejayaan menjayakan kejohanan kali ini.
Ucapan dan tahniah juga ingin saya rakamkan kepada atlit yang bakal bertanding pada
petang ini.
Anak-anak yang dikasihi,
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum khususnya bidang sukan amatlah digalakkan.
Pada hari ini, sukan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesihatan tetapi telah
menjadi wadah untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim. Dengan
adanya kerjasama dan persefahaman yang dipupuk melalui penyertaan sukan yang
tidak mengira latar belakang murid, ia berjaya membentuk sebuah masyarakat yang
maju dan progresif. Sukan merupakan landasan yang boleh melahirkan insan yang
sihat fizikal dan cergas.
Selain itu, melalui sukan juga ia berjaya membentuk jati diri yang tinggi di
samping menaikkan imej diri dan sekolah. Saya berharap agar kegemilangan
sukan di SK Pendang ini akan terus bersinar dan gemilang.
Anak-anak yang dikasihi,
Kejohanan pada hari ini diharap bukan sekadar bertanding untuk merebut pingat
tetapi ia juga harus ’lari’ daripada rutin itu iaitu untuk merehatkan minda setelah
penat belajar dan selepas ini anak-anak pasti perlu menumpukan sepenuh
perhatian kepada pelajaran.
Penglibatan yang aktif dalam bidang sukan juga merupakan satu bonus kepada
para pelajar. Lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang bakal melangkah ke
peringkat sekolah menengah. Sudah barang tentu, kecemerlangan dalam
bidang kokurikulum menjadi pelengkap kepada kecemerlangan akademik.
Justeru, rebutlah peluang yang ada pada anak-anak hari ini untuk mencungkil
bakat dan mencipta kegemilangan dalam bidang sukan. Peluang-peluang
pekerjaan juga turut terbuka luas dengan adanya kebolehan dalam aktiviti
sukan. Kepada para guru, teruskan usaha mencipta bakat-bakat baru dalam
dunia sukan. Harapan saya kepada para waris, berikanlah sepenuh kerjasama
kepada pihak sekolah dalam menggerak dan membangunkan kecemerlangan
sukan di peringkat sekolah.
Sebelum mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan
syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Kejohanan Olahraga SK
Pendang tahun 2008. Kepada para pelajar yang bakal diiktiraf sebagai
olahragawan dan olahragawati pada petang ini, janganlah sia-siakan
pengiktirafan itu. Semoga ia akan terus mendorong para atlet untuk membawa
cabaran ke peringkat lebih tinggi.
Dengan itu, dengan lafaz Bismillah.................
”SAYA DENGAN INI MENGISYTIHAR RASMI PEMBUKAAN KEJOHANAN
OLAHRAGA KALI KE-40 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDANG TAHUN
2008”
Sekian terima kasih.
TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN PN HJH HASNAH BT ABDULLAH DENGAN MURID-MURID SKP
Bismillah......Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang,Yang dihormati En Zkaaria b Abd Rahman Pen kanan Pentadbiran SK PendangYang dihormati Tn hj Abd rhmn b Ahmad, Pen kanan HEM SKPYang dihormati Pn Norashikin bt Mohd Tajudin Pen kanan Petang SK PendangYang diraikan Pn Hjh Hasnah bt Abdullah Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum...Salam hormat dan Selamat datang ke majlis meraikan perpisahan Pn Hjh Hasnah bt Abdullah, Pen. Kanan Kokurikuluum SK Pendang.
Hadirin dan hadirat,Sesungguhnya perpishaan ini bukanlah dipinta, namun hakikatnya perlu diterima jua....Seperti mana yang telah diketahui, pada hari ini merupakan hari terakhir Pn Hjh Hasnah bt Abdullah berkhidmat di SK Pendang ini. Walaupu khidmat bakti beliau masih lagi kita perlukan, namun, atas hasrat beliau ingin kembali ke daerah asalnya tidak mampu kita halang lagi.Dan.. pada saat ini, tibalah masanya Cikgu Hjh Hasnah untuk menamatkan khidmatnya sebagai Pen Kanan Kokuriukulum di SK Pendang.
Untuk itu, majlis mempersilakan Tn hj kamaludin b Saad Guru Besar SKP untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Kamaludin atas ucapan itu tadi.
Kini, marilah kita dengar pula kata-kata dan amanat terakhir Pn Hjh Hsnah bt Abdullah sebagai guru di SK Pendang ini.
Begitulah tadi, ucapan daripada Pn Umi Kalsom bt taib. Ia bukan sekadar nasihat, bukan hanya amanat, tetapi wajar dingat, renungan buat azimat, bekalan buat ubat, bakal meredah laluan berliku dan berselirat. Terima kasih cikgu.
Kepada Cikgu Hasnah,Rasanya tak mahu melepaskan cikgu pergiKhidmat cikgu masih diperlukan lagiTetapi pertukaran itu amat dinantikan oleh cikgu
Selama cikgu berkhidmat di siniSentuhan cikgu amat banyakJejak cikgu ada di mana-manaJasa cikgu takkan dilupaTeguran cikgu menjadi ingatanNasihat cikgu jadi panduan”SELAMAT BERPISAH CIKGU HJH HASNAH”Kami mendoakan semoga cikgu Hjh Hasnah akan terus berjaya meniti hari-hari muka.
Seterusnya,
ialah upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.Dipersilakan Pn Hjh Hasnah tampil untuk menerima cenderamata. 1. 2. 3.4.5.
Terima kasih kepada semua. Semoga tanda mata itu tadi menajdi kenangan buat Cikgu Hansah
Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, berakhirlah sudah majlis perpisahan Cikgu Hjh Hasnah dan murid-murid SK Pendang.
Kita akan teruskan majlis dengan upacara murid-murid bersalaman dengan cikgu Hjh hasnah bt Abdullah.
Sekian, wabillah ............
TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN PN HJH HASNAH BT ADBULLAH DENGAN GURU-GURU DAN STAF SKP
Bismillah......Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad Guru Besar SK Pendang,Yang dihormati En Zkaaria b Abd Rahman Pen kanan Pentadbiran SK PendangYang dihormati Tn hj Abd rhmn b Ahmad, Pen kanan HEM SKPYang dihormati Pn Norashikin bt Mohd Tajudin Pen kanan Petang SK PendangYang berbahagia En Md Zalli b Abd Rahman YDP PIBG SK PendangYang diraikan Pn Hjh Hasnah bt Abdullah dan guru yang bertukar keluar,Rakan-rakan guru dan kakitangan sokongan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum...dan salam sejahtera.Salam hormat dan Selamat datang ke majlis perpisahan Pn Hjh Hasnah bt Abdullah
Hadirin dan hadirat,Seperti mana yang telah diketahui, pada hari ini merupakan hari terakhir cikgu Hjh Hasnah bt Abdullah berkhidmat di SK Pendang ini. Walaupu khidmat bakti beliau masih lagi kita perlukan, namun prtukaran ini tidak mampu kita anjakkan.
Hadirin dan hadirat,Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menadah tangan mengiringi doa yang akan dibacakan oleh En Zairi b Abdullah Aisha.
Terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan,Bagai tak terasa masa telah pergiBagai tak perasan hari telah berlalu....Alih-alih, kita kan berpisah. Kita tidak lagi sebumbung Ibarat menanam benih, baru nak tumbuhIbarat embun di sinar pagi
Sidang hadirin sekalian, Terlebih dahulu dipersilakan En Mohd Asri b Mahmud, pengerusi Kelab PSKPPK SKP menyampaikan sepatah dua kata.
Terima kasih diucapkan kepada en mohd asri atas ucapan itu tadi.Tuan-tuan dan puan-puan,Marilah sama-sama kita mendengar bicara hati insan yang diraikan, Pn Hjh Hasnah bt Abdullah agar esok tidak rindu-rinduan.
Begitulah rasa hati yang ada di lopak bicaranya. Banyak ingatan, banyak kenangan, banyak pengalaman yang ditinggalkan.Kerana.................BUKAN SENANG MENAMPI SELASIHSELASIH SUDAH BERCAMPUR ARANGBUKAN MUDAH BERCERAI KASIHKASIH SUDAH BERCAMPUR SAYANG.
Kini majlis mempersilakan Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menitipkan kata-kata buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Kepada Yang Berusaha Tn Hj Kamaludin b Saad, terima kasih diucapkan.
Buat Pn Hjh Hasnah,
Budi puan kami tak lupaJadi kenangan sepanjang hayat.Bagai terukir di atas batuBagai luka tinggal parut.Bagai dakwat pada kertasBagai takik pada kayu.
Berikut, dipersilakan Tn Hj Kamaludin b Saad untuk menyampaikan cenderamta kepada :
1. En. Zamrol b Yaakob2. En. Ismail b Ahmad3. Pn. Asak bt Mohd Noor4. Pn. Hjh Hansah bt Abdullah5.
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya..Saya mewakili rakan-rakan di sini ingin memohon ampun dan maaf daripada Pn Hjh Hasnah kerna…ada kalanya mata salah melihattelinga silap mendengarmulut terlanjur bicarahati tersalah duga
kepada Hjh Hasnah,kami mendoakanmudah-mudahan tak ada angin nan berpusutak ada api nan menjilattak ada puntung nan maraktak ada hujan yang mengkelangtak ada berudu mengoyak lukahtak ada musang mencengkau ayamterangnya bagai tasikbagai urai dalam peti ditutup berkunci rapatdikongkong terjaga rapiselamat sentosa semuanya.Akhir kata buat renungan hadirin semua ,,
PERSAHABATAN ITU IBARAT MATA DAN TANGANANDAI TANGAN TERLUKA, MATA KAN MENANGISTATKALA MATA MENANGIS TANGAN JUALAH YANG MENYAPU AIR MATA....RENUNGKAN BERSAMA...Sekian, terima kasih dan selamat menjamu selera.