jwp it dlm pddk
-
Upload
vincent1103 -
Category
Documents
-
view
268 -
download
7
description
Transcript of jwp it dlm pddk
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN
HBEF 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER JANUARI 2015
Name : LENNY GAN GEAK SIEW
Matric number : 861128296256001
NRIC : 861128296256
E-mail address : [email protected]
Learning Centre : KELANTAN LEARNING CENTRE
1
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0
Tugasan (a):
Jadual Garis Masa – Perkembangan teknologi Internet, seiring
dengan lima zaman perkembangan teknologi maklumat.
3
2.0
Tugasan (b):
Kertas cadangan bagi penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Pengenalan 4 – 6
2.2 Cadangan kaedah penyampaian kandungan melalui Internet
dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer
(PPBK).
6 – 12
2.3 Cadangan perkakasan dan bajetnya. 13 – 17
2.4 Rumusan 17 - 19
3.0 Rujukan 20
2
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Tugasan (a):
1.0 Jadual Garis Masa – Perkembangan teknologi Internet, seiring dengan lima zaman
perkembangan teknologi maklumat.
3
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Tugasan (b):
2.0 Kertas cadangan bagi penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.1 Pengenalan
Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) bermaksud menggunakan
komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada dalam proses pengajaran,
melatih, membimbing ataupun menilai prestasi pelajar. Dengan menggunakan komputer
untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan pengajaran.
Siti Fatimah (2001) mendefinisikan pengajaran berasaskan komputer sebagai perisian
pendidikan dan latihan yang dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan
(programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia
authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.
Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan pengajaran berasaskan komputer dengan
penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Dalam PPBK, pelajar diberi peluang untuk belajar secara interaktif dengan komputer
dalam keadaan tidak membebankan. Ini adalah kerana pelajar belajar mengikut kemampuan
sendiri dari satu langkah demi langkah dan boleh mengulangi semula tentang sesuatu topik
jika tidak difahami.
Pada tahun 1986, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan projek rintis
literasi komputer di 20 buah sekolah di seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek
Pengenalan Kepada Komputer. Setelah setahun, projek tersebut tidak dilanjutkan disebabkan
gagal mencapai matlamat dan keperluan masyarakat pada ketika itu.
Pada tahun 1990, satu projek yang baru pula dilancarkan yang diberi nama
"Pembelajaran dengan Komputer". Projek ini menjadikan komputer sebagai alat
pembelajaran dan membantu guru-guru menjalankan tugas harian khususnya dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1994, projek perintis melibatkan 15 buah sekolah rendah di negeri
Selangor. Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk:
4
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui penggunaan komputer
dalam P&P.
mempelbagaikan teknik pegajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu
pendidikan.
mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer.
Kesemua 15 buah sekolah ini telah dibekalkan dengan komputer PC 386 DX-66MHz
dengan keupayaan 1 MB RAM, tanpa cakera keras. Untuk guru pula disediakan komputer
dengan konfigurasi yang sama berserta cakera keras 40 MB.
Selain daripada itu, sekolah-sekolah ini juga dibekalkan dengan 40 topik perisian
kursus pendidikan termasuk 32 topik Matematik tahap dua dan 8 topik Bahasa Inggeris yang
telah dibangunkan oleh Unit Komputer Dalam Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kerajaan Malaysia memang memandang serius dalam usaha pembangunan
pendidikan untuk generasi yang akan datang. Ini dapat dilihat melalui Belanjawan Negara
setiap tahun yang menyalurkan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan sistem
dan jentera pendidikan negara. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat
di seluruh dunia, sistem pendidikan Malaysia akan mengalami perubahan di mana keperluan
penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi penekanan
(Cheah 2002).
Jadi, guru harus bersedia menerima perubahan paradigma ini dan mula berusaha
menggunakan komputer dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) mendorong pelajar menanam sifat berdikari
sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Oleh itu, sumbangan dan
penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan-bahan PPBK akan membantu
mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya.
Sebagai contoh, semasa program perdana negara iaitu Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilangsungkan pada tahun 2003 dan
dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012, memang banyak perisian seperti CD-ROM
multimedia interaktif untuk kedua-dua subjek tersebut diwujudkan dan pelbagai alat bantu
mengajar termasuk komputer riba, projektor, skrin paparan dan sebagainya telah dibekalkan
5
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
kepada setiap sekolah untuk memaksimumkan keberkesanan P&P guru. Selain itu, guru-guru
juga dihantar mengikuti kursus mengikut kohort-kohort tertentu agar dapat mempersiapkan
diri untuk memikul tugas dan tanggungjawab tersebut. Malah guru yang terlibat dalam
PPSMI juga diberi elaun sebanyak 10 peratus tambahan sebagai insentif atas usaha yang
dicurahkan. Sekali lagi menunjukkan keikhlasan pentadbir negara dalam memainkan peranan
sebagai perancang yang mempunyai pandangan jauh bahawa menguasai Bahasa Inggeris
merupakan sesuatu yang wajib untuk setiap anak muda generasi yang akan datang. Walaupun
pada akhirnya program perdana ini dihentikan secara berperingkat dan hanya akan
dilaksanakan di sekolah menengah, namun kita tidak dapat menafikan bahawa ia memang
telah membawa perubahan yang ketara kepada pelajar yang pernah melaluinya.
Balik kepada keberkesanan PPSMI yang berpandukan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK), sebenarnya guru lebih cenderung kepada
sebagai fasilitator yang membimbing murid dalam proses pembelajaran. Setelah penerangan
oleh guru, murid dibekalkan dengan CDI yang merangkumi topik-topik tertentu agar dapat
meneroka dengan sendiri dan menguji pemahaman mereka terhadap topik tersebut. Ia
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh
memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang
belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Perisian yang diuruskan
dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk
rujukan pelajar dan juga untuk guru. Tambah pula dengan cara penyampaian aktiviti dan
latihan dalam CD yang cukup menarik termasuk animasi, teks, audio dan grafik yang dapat
menghasilkan suasana pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan
pelajar. Oleh itu, PPBK adalah satu pendekatan yang cukup kreatif dalam dunia pendidikan
pada masa kini dan akan datang.
2.2 Cadangan kaedah penyampaian kandungan melalui Internet dari sudut Pengajaran
dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK).
Menurut Jonassen (1996), para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui
komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar.
Oleh itu, untuk keberkesanan pengajaran, 4 fasa berikut perlu dititikberatkan:
1. Menyampaikan maklumat
6
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
2. Membantu pelajar
3. Latihan oleh pelajar
4. Mengukur pencapaian pelajar
Jenis atau Kaedah PPBK
Antara lima pendekatan atau kaedah PPBK yang ada seperti rajah di bawah:
Rajah 1
Oleh dengan itu, akan dicadangkan satu kaedah untuk sistem penyampaian kandungan
melalui Internet dari sudut PPBK, iaitu Latih Tubi.
Latih Tubi (Drill and Practice)
Teori pembelajaran Behaviourisme yang mementingkan ransangan dan pengukuhan.
Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Latih tubi ini
berdasarkan teori behavioris. Tujuan utama untuk memberi latihan dan pengulangan yang
bersifat peneguhan dan penekanan terhadap sesuatu konsep yang telahpun dipelajari.
Mengaplikasikan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan pelajar. Komputer akan merakamkan semua jawapan tanpa
mengira jawapan tersebut betul dan salah di samping memberikan maklum balas kepada
pelajar.
Motivasi pelajar untuk menguasai konsep tertentu juga mampu ditingkatkan melalui
maklum balas yang diberi oleh komputer. Pelajar dapat mempelajari mengikut tahap sendiri
7
Jenis PPBK
Latih Tubi
Simulasi
TutorialPermainan
Penyelesaian Masalah
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
pada bila-bila masa sahaja. Biasanya latih tubi ini digunakan pada bahan-bahan pelajaran
yang telah dipelajari. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latih
tubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih membuat soalan berkaitan tambah dalam
Matematik sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang topic tersebut.
Kelebihan Pendekatan Latih Tubi dari sudut PPBK
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka.
Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan.
Kelemahan Pendekatan Latih Tubi dari sudut PPBK
Kos tinggi.
Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian.
Dalam usaha untuk membina perisian bagi aktiviti PPBK, menurut Tay Vaughan
(1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian harus terdiri daripada:
i) seorang ketua projek,
ii) pakar pedagogi,
iii) pakar pengaturcara,
iv) pakar grafik,
v) pakar audio dan
vi) pakar video.
Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu :
i) bahasa pengatucaraan atau
ii) alat pengarangan.
Peringkat-peringkat pembinaan yang perlu di ambil ialah:
8
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
i) Perancangan perlu dibuat seperti tajuk, anggaran perbelanjaan dan tarikh-tarikh mengikut
jangkaan fasa yang perlu disiapkan.
ii) Peringkat menyediakan rekabentuk skrin seperti skrip, storyboard .
iii) Menjalankan pengaturcaraan di dalam komputer.
iv) Apabila selesai dibina, bahan PPBK tersebut hendaklah diuji kesesuaiannya. Segala
kekurangan perlulah dibuat penambahbaikan.
v) Membuat dokumentasi.
vi) Seterusnya barulah ianya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar.
Sebagai contoh, untuk mata pelajaran Matematik Tahun 1, murid-murid digalakkan
untuk membuat latih tubi bagi setiap topik yang merangkumi aktiviti pemulihan dan
pengayaan yang dapat menilai prestasi dan tahap kefahaman terhadap topik tertentu.
Seandainya sekolah menghadapi masalah dalam pelaksanaan PPBK atas sebab
kekurangan kemudahan komputer atau tiada talian internet, maka alternatif perlu diambil agar
pelajar berpeluang juga untuk mendapat sedikit pengalaman “hands-on”. Kesemua ini
bergantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan yang sedia ada di sekolah.
Bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkualiti tinggi
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sedang dihasilkan
di bawah Projek Rintis Sekolah Bestari. Buat masa ini penggunaannya terhad di sekolah-
sekolah projek rintis sahaja.
Manakala pihak swasta pula berusaha untuk menghasilkan bahan ‘e-learning’ bagi
pasaran tempatan. Ada yang mengenakan yuran pendaftaran untuk akses kepada bahan
sumber berkenaan. Namun ada juga modul yang diberikan secara percuma. Selain daripada
itu, CD-ROM yang dihasilkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN), Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru(PKG) juga merupakan hasil
titik peluh yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar. Untuk sekolah yang tanpa talian
internet, CD-ROM merupakan alternatif terdekat untuk menjayakan pelaksanaan PPBK.
9
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Berikut merupakan laman web yang menyediakan bahan-bahan untuk PPBK secara
atas talian. Guru boleh membuat soalan untuk murid-murid dengan begitu senang sekali
tanpa memerlukan kepakaran yang tertentu.
Rajah 2
Aktiviti untuk latih tubi dapat disediakan dengan cara persembahan yang kreatif
menggunakan perisian yang sedia ada.
10
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 3
Contoh soalan Matematik Tahun Satu.
Rajah 4
Perisian yang cukup mesra pengguna.
11
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 5
Guru hanya perlu membina soalan dengan mengisi ruang tertentu sahaja.
Rajah 6
Guru sediakan soalan dan murid daftar masuk untuk menjalani ulangkaji latih tubi secara atas
talian. Memang ideal untuk sistem penyampaian melalui internet dari sudut PPBK.
12
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
2.3 Cadangan perkakasan dan bajetnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha untuk menghasilkan perisian pengajaran
memerlukan kos yang tinggi. Namun, terdapat juga laman web yang membekalkan
kemudahan untuk menyediakan pelbagai jenis aktiviti atau latihan secara percuma. Sekiranya
tidak memadai dengan versi percuma, barulah pertimbangkan untuk melanggani pakej yang
sesuai dengan bayaran yang berpatutan. Melalui laman web tersebut, aktiviti dapat disediakan
dengan cukup mudah kerana pada lazimnya, proses untuk membina bahan perisian
memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tertentu.
Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware yang
merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8,
Adobe Photoshop CS2, Print Artist 4.0, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Dan untuk yang
lebih asas, boleh sekadar menggunakan Microsoft Powerpoint yang dibangunkan dengan
pelbagai aktiviti yang menarik ditambah dengan grafik, audio dan sebagainya.
Gabungan perisian-perisian ini berupaya menyepadukan pelbagai media seperti teks,
grafik, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran
multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan para pelajar.
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita dapati melalui internet yang boleh
digunakan untuk membantu guru atau murid bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Samada berupa isi kandungan pelajaran, jenis permainan, latihan pengukuhan, penerangan
dan lain-lain.
Walaupun terdapat laman web yang menyediakan platform untuk guru-guru
menyediakan soalan latih tubi untuk murid-murid dengan begitu mudah sekali tanpa perlu
menguasai kemahiran tertentu seperti Macromedia Authorware dan sebagainya. Namun
adalah lebih baik untuk guru mempertingkatkan nilai kompetensi diri dalam karier sebagai
seorang warga pendidik yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
Contoh-contoh Perisian/ Perkakasan PPBK Di Pasaran
Terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Di antara perisian-perisian yang sesuai bagi mata pelajaran Matematik adalah
seperti berikut:
13
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
i) ProProfs
Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia
mengandungi teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik
minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang
menarik dan menyeronokkan. Ia boleh dilanggan dengan empat pakej yang menawarkan
harga yang berpatutam dengan penggunaan pihak tertentu, dalam lingkungan RM30 bulanan
untuk pelan yang paling asas.
Rajah 7
ii) Fun Math With Arti Level 1/Level 2
Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik pelajar dengan cara
menyeronokkan seiring dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.
14
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 8
iii) Help Teaching
Perisian ini berupaya membantu guru untuk membina aktiviti yang dapat memupuk
minat belajar di kalangan murid-murid. Juga disediakan dalam empat pelan malah dapat
gunakan dengan percuma berserta syarat yang terhad. Manakala langganan pelan asas hanya
serendah RM 30 tahunan. Maka ia merupakan bajet yang dapat ditampung oleh pihak sekolah
ataupun guru-guru sendiri.
15
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 9
iv). Score A
Perisian ini dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan
menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware
(MEC) yang canggih mengikut sukatan KSSR Malaysia. Bayaran untuk 3 bulan langganan
hanya RM198.00, murid-murid dapat menggunakan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti
menarik yang disediakan.
16
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 10
v). Online quiz creator
Pelbagai jenis kuiz dan aktiviti dapat dihasilkan dengan tawaran istimewa untuk guru
dengan hanya RM60 tahunan. Dan untuk sekolah yang ingin menggalakkan guru melibatkan
diri dalam penggunaan PPBK, lingkungan RM 900 untuk tahunan.
17
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 11
2.4 Rumusan
Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan PPBK yang baik ialah :
Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap kognitif
pelajar.
Arahan yang mudah digunakan dan jelas.
Penggunaan grafik yang menarik.
Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklum balas dapat diberi
secara serta merta.
Walaupun PPBK belum berkembang dengan meluas, perkembangannya perlulah
diberi perhatian yang mendalam dan dikawal. Walaupun komputer mempunyai potensi
untuk memberkesankan pembelajaran, kita perlu sediakan perisian kursus PPBK yang
bermutu untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia tidak pernah berhenti untuk menaiktarafkan kemudahan di sekolah demi
kebaikan generasi yang akan datang.
18
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Rajah 12
Melalui PPBK pelajar dapat mempelajari sesuatu dengan cepat, mempunyai daya
ingatan yang lebih baik, memperolehi sikap positif terhadap komputer, berinteraksi
dengan komputer secara aktif, dan dapat menentukan cara mereka belajar dengan
perisian PPBK berkenaan. Kejayaan agenda PPBK amat bergantung kepada pelaksanaan
ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan perisian atau aktiviti
kandungan malalui Internet dengan cara yang berfaedah, maka ianya akan mengurangkan
penyalahgunaan yang lain.
Guru merupakan tonggak kepada pembangunan dan perkembangan kepada
pendidikan di samping menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran melalui internet.
Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat
dalam P&P merupakan langkah utama untuk kebaikan pendidikan di Malaysia. Kesediaan
guru cukup penting dari tiga aspek iaitu: pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Kemahiran guru dalam teknologi maklumat diberi penekanan. Mengikut statistik
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke Lapan iaitu dari
tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran
ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini diambil kira ia menghampiri
jumlah keseluruhan guru di Malaysia.
19
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
Menurut Levine dan Donitsa-Schmidit (1998), pengetahuan serta sikap terhadap
komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap
seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin
meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-
kursus teknologi maklumat. Dengan pendek kata, pengetahuan guru dalam bidang teknologi
maklumat boleh diasah melalui pelbagai latihan atau bengkel serta kursus yang dihadiri ke
arah peningkatan ilmu demi menjayakan PPBK.
Selain daripada pengetahuan dan kemahiran, sikap guru juga memainkan peranan
dalam pelaksanaan PPBK. Sikap guru yang positif dan aktif melibatkan diri dalam
pembinaan bahan untuk PPBK akan mendorong keberkesanan program tersebut.
Akhir sekali, yang paling penting ialah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-
kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan hari ini adalah
untuk kecemerlangan masa hadapan.
20
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF2303
3.0 Rujukan
1. http://sabri23.tripod.com/doc1.htm
2. http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/PENDEKATAN/pbt/ppbk-
faharol.pdf
3. Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2000).
Teknologi Maklumat: Dari Yang Tradisi Kepada Yang Terkini. Johor: Penerbit UTM.
4. Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar. 1997. Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan. Komputer, Berita Harian , Ogos.
5. Yong Soe Han .1993. Literasi Komputer. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
6. Zoraini Wati Abas . 1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7. http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=latihan-1_10
8. http://www.proprofs.com/quiz-school/create-a-quiz.php
9. http://www.helpteaching.com/create.htm
10. http://www.classmarker.com/a/tests/qb/manage/?test_id=514992&qtype=mcsa
11. http://quizstar.4teachers.org/
12. http://worksheets.theteacherscorner.net/make-your-own/math-worksheets/basic-math/
math.php
13. http://pricing.onlinequizcreator.com/pricing-teachers/
14. Adenan Husin. (1999). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
15. Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for
Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.
21