Persaudaraan dlm islam

33
Disediakan Oleh: DR. HJ. ABDUL RAZAK BIN HJ. KECHIK Pengarah Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan Tarikh: 18.6.2002 Dihias dan disampaikan oleh SHAHABUDDIN ASHARI

Transcript of Persaudaraan dlm islam

Page 1: Persaudaraan dlm islam

Disediakan Oleh: DR. HJ. ABDUL RAZAK BIN HJ. KECHIK

Pengarah Kesihatan Negeri

Perak Darul Ridzuan

Tarikh: 18.6.2002

Dihias dan disampaikan oleh SHAHABUDDIN ASHARI

Page 2: Persaudaraan dlm islam

11

Page 3: Persaudaraan dlm islam
Page 4: Persaudaraan dlm islam

Cerita 3 sahabatCerita 3 sahabat

1.1. KekayaanKekayaan2. Kejayaan 2. Kejayaan

3. A , 3. A , kekayaan ,kekayaan , kejayaankejayaan

(kasih sayang)(kasih sayang)

Page 5: Persaudaraan dlm islam

We only love themWe only love them

Page 6: Persaudaraan dlm islam

THE POWER OFTHE POWER OF

LOVELOVE

TRA

NSFO

RM

TRA

NSFO

RM

““Umpama orang-orang yang Umpama orang-orang yang beriman itu dalam kasih-beriman itu dalam kasih-sayang mereka, belas-sayang mereka, belas-kasihan mereka, serta kasihan mereka, serta rahmat-merahmati mereka, rahmat-merahmati mereka, umpama tubuh, yang jika umpama tubuh, yang jika salah satu anggotanya salah satu anggotanya mengaduh sakit, akan mengaduh sakit, akan menurut semua tubuh itu menurut semua tubuh itu dengan berjaga malam dan dengan berjaga malam dan menanggung demam.”menanggung demam.”

(HR Muslim, (HR Muslim, Ahmad)Ahmad)

““Umpama orang-orang yang Umpama orang-orang yang beriman itu dalam kasih-beriman itu dalam kasih-sayang mereka, belas-sayang mereka, belas-kasihan mereka, serta kasihan mereka, serta rahmat-merahmati mereka, rahmat-merahmati mereka, umpama tubuh, yang jika umpama tubuh, yang jika salah satu anggotanya salah satu anggotanya mengaduh sakit, akan mengaduh sakit, akan menurut semua tubuh itu menurut semua tubuh itu dengan berjaga malam dan dengan berjaga malam dan menanggung demam.”menanggung demam.”

(HR Muslim, (HR Muslim, Ahmad)Ahmad)

Page 7: Persaudaraan dlm islam

Tidak Usah Kami Diberi Kata,Tidak Usah Kami Diberi Kata,Dipakai Kata Akan Luntur,Dipakai Kata Akan Luntur,Tidak Usah Kami Diberi nasi,Tidak Usah Kami Diberi nasi,Dimakan Nasi Akan Habis,Dimakan Nasi Akan Habis,Berilah Kami Hati Yang Suci,Berilah Kami Hati Yang Suci,Muka Jernih,Muka Jernih,Baik Budi dibawa Mati……….Baik Budi dibawa Mati……….

HAMKAHAMKA

Keperluan Pelanggan Dalaman dan LuaranKeperluan Pelanggan Dalaman dan Luaran

Page 8: Persaudaraan dlm islam

1. Matlamat Kejadian Berbagai Bangsa dan Puak:

1.1. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku – puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(Al-Hujurat: 13)

Page 9: Persaudaraan dlm islam

1.2. “Hanyasanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”.

(Al-Hujurat: 10)

1.3. “Seorang Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain, tiada boleh menganiayainya, menyerahkannya kepada musuh, mencuaikannya dan menghinakannya. Memadailah seseorang itu dikira membuat kejahatan dengan menghinakan saudaranya yang Muslim. Semua orang Muslim atas Muslim yang lain, haram darahnya, hartanya, dan kehormatan dirinya. Taqwa itu di sini (diucapkannya tiga kali) seraya jarinya menunjuk ke dadanya.”

(HR Muslim)

Page 10: Persaudaraan dlm islam

1.4. “Kamu belum lagi beriman, sehingga kamu menyayangi (orang lain). Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami sekalian penyayang. Ujar baginda pula: Sesungguhnya ia bukanlah dengan kesayangan seseorang kamu terhadap saudaranya semata, tetapi mestilah ia kesayangan terhadap seluruh manusia.”

(HR: Attabarani)

Page 11: Persaudaraan dlm islam

2. Tanggungjawab Seorang Saudara:

2.1. Sayang kepada saudaranya:

• “Tiada beriman seseorang kamu, sehingga dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

(HR Bukhari, Muslim)

Page 12: Persaudaraan dlm islam

• “Orang-orang yang merahmati orang lain akan dirahmati oleh Allah Maha Pengasih. Rahmatilah yang di atas bumi, niscaya kamu akan dirahmati oleh yang di langit.”

(HR Ar Tarmizi, Abu Daud & Ahmad)

Page 13: Persaudaraan dlm islam

2.2. Berkorban untuk saudaranya:

• “Dan orang-orang yang lebih dahulu dari mereka bertempat tinggal dalam kampung (Madinah) serta beriman, mereka menunjukkan kasih-sayang kepada orang-orang yang berpindah ke kampung mereka, dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (yang berpindah itu), bahkan mereka mengutamakan (kawannya) lebih dari diri mereka sendiri, meskipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang terpelihara dari kekikiran jiwanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

(Al-Hasyr: 9)

Page 14: Persaudaraan dlm islam

• Berkata Al-Adawi: Pada hari peperangan Yarmuk, saya membawa sedikit air pergi mencari-cari sepupuku di medan perang. Dalam

hatiku berkata: Kalau barangkali dia merasa dahaga, bolehlah aku berikan air ini. Saya

pun menemuinya, dan saya berkata: Saya ada membawa sedikit air untuk memberimu

minum. Sepupuku menganggukkan kepalanya. Tiba- tiba kedengaran olehnya seorang lain sedang mengeluh: Aah…aah..! Sepupuku pun tidak jadi minum air itu, lalu mengisyaratkanku untuk memberi minum kepada orang yang mengeluh itu.

Page 15: Persaudaraan dlm islam

Saya pun pergi mendapati orang yang mengeluh itu, rupa-rupanya dia Hisyam bin Al-Ash. Saya pun berkata kepada Hisyam: Ini saya ada sedikit air untuk kau minum. Ketika dia baru hendak minum, kedengaran pula olehnya seorang lain sedang mengeluh: Aah… aah….! Hisyam tidak jadi meminumnya, lalu mengisyaratkanku kepada orang yang mengeluh itu.

Saya pun pergi mendapati orang itu, dan sebelum sempat dia minum air, saya dapati dia telah mati. Maka saya pun segera kembali kepada Hisyam untuk memberinya air itu. Saya dapati dia juga sudah mati.

Page 16: Persaudaraan dlm islam

Saya pun berlari kepada sepupuku, dan saya dapati dia juga sudah mati. Tiada seorang pun di antara orang-orang itu yang sempat meminum air yang saya bawa itu, disebabkan tiap-tiap seorang di antara mereka telah mengutamakan temannya dari dirinya sendiri, padahal dia sedang memerlukannya.

( Al Qurthubi)

Page 17: Persaudaraan dlm islam

2.3. Mengucap salam dan berjabat tangan apabila bertemu:

“Kamu tidak akan memasuki syurga, sehingga kamu beriman. Dan kamu tiada beriman, sehingga kamu kasih-mengasihi. Mahukah kamu, aku tunjukkan kepada suatu perkara, jika kamu membuatnya niscaya kamu akan kasih mengasihi? Sebarkan salam antara sesama kamu!”

(HR Muslim)

“Sesungguhnya orang yang paling utama di sini Allah, ialah orang yang memulakan memberi salam.”

(HR Abu Daud)

Page 18: Persaudaraan dlm islam

• “Apabila dua orang Muslim bertemu, lalu berjabat tangan serta memuji Allah Ta’ala, dan beristighfar kepadaNya, niscaya Allah akan mengampuni dosa keduanya.”

(HR Ibnu As Sunni dan Abu Daud)

• “Tiada dua orang Muslim yang bertemu, lalu berjabat tangan, melainkan diampuni keduanya sebelum mereka berpisah.”

(HR At-Tarmizi dan Ibn Majah)

Page 19: Persaudaraan dlm islam

2.4. Menziarahi saudaranya, terutama ketika sakit:

• Bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi temannya kerana Allah di sebuah kampung lain, maka Allah Ta’ala telah mengutus seorang

Malaikat untuk menemuinya di perjalanan, lalu dia bertanya: Ke

mana engkau hendak menuju? Jawab lelaki itu: Aku hendak menziarahi seorang temah di Kampung ini. Tanya Malaikat: Apakah engkau mempunyai sesuatu hajat dari orang itu? Jawab lelaki itu: Tidak! Hanya dia teman yang aku

Page 20: Persaudaraan dlm islam

sayangi kerana Allah. Kata Malaikat: Aku ini adalah utusan Allah kepadamu, untuk memberitahumu, bahawa Allah menyayangimu, sebagaimana engkau menyayanginya kerana Allah.”

(HR Muslim)

• “Barang siapa yang menziarahi seorang pesakit, ataupun menziarahi seorang teman kerana Allah, akan berteriak suatu suara: Moga-moga engkau menjadi baik, dan baik pula langkahmu, dan engkau telah memperoleh sebuah rumah di dalam syurga”.

(HR Ibnu Majah dan At-Tarmizi)

Page 21: Persaudaraan dlm islam

2.5. Berlapang dada dan memaafkan saudara kita:

• “Dan mereka yang menahan marah, dan memaafkan orang lain, dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik.”

(Ali Imran: 134)

• “Mahukah kamu, aku memberitahu, dengan apa Allah akan memuliakan kedudukan, dan meninggikan darjat? Para sahabat menjawab: Mahu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Anda menyantuni orang yang melupakanmu, anda memaafkan orang menzalimimu, anda memberi

Page 22: Persaudaraan dlm islam

orang yang menahan hakmu, dan anda memperhubungi orang yang memutuskan tali kerabatmu.”

(HR Attabarani)

2.6. Menjalin Silaturrahim:

• “Sesungguhnya sedekah dan Silaturrahim itu, Allah akan menambahkan dengan keduanya umur (manusia), dan menolak dengan keduanya kematian yang dibenci dan yang ditakuti.”

(HR Abu Ya’ala)

Page 23: Persaudaraan dlm islam

• “Sesungguhnya Allah akan memakmurkan untuk sesuatu kaum itu rumah-rumah, dan mempergandakan bagi mereka harta, dan tiadalah Dia memandang kepada mereka sejak mencipta mereka dengan pandangan benci. Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh mencapai begitu, wahai Rasulullah! Jawab baginda: Dengan memperhubung silaturrahim!.”

(HR Attabarani)

• “Tiga perkara, siapa yang memilikinya, Allah akan menghisabkannya dengan hisab yang ringan, dan dimasukkannya ke dalam syurga dengan rahmatNya. Mereka bertanya: Demi ayahku,

Page 24: Persaudaraan dlm islam

engkau, dan ibuku! Apa dia itu, duhai Rasulullah! Jawab Baginda: Engkau memberi orang yang menahan hakmu, engkau menghubungi orang yang memutuskan perhubungan denganmu, engkau memaafkan orang yang menganiayaimu. Apabila engkau dapat berbuat semua itu, Allah akan memasukkan engkau ke dalam syurga.”

(HR Al Bazzar, Attabarani dan Al Hakim)

• “Tiada halal bagi seorang Muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga hari, mereka keduanya berjumpa lalu yang satu memalingkan muka dari yang lain, dan adalah

Page 25: Persaudaraan dlm islam

sebaik-baik orang di antara keduanya ialah orang yang memulakan salam terlebih dahulu.”

(Ihya’ Ulumuddin m.s.297)

Page 26: Persaudaraan dlm islam

2.7. Membantunya diwaktu susah:

• “Seorang Muslim itu saudara Muslim yang lain, tiada boleh menganiayainya, tiada boleh dibiarkan tanpa ditolong. Barangsiapa mengambil berat terhadap keperluan saudaranya, maka Allah akan mengambil berat terhadap keperluannya. Dan barangsiapa yang melepaskan seorang Muslim dari suatu kesusahan, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat.

Page 27: Persaudaraan dlm islam

Barangsiapa menutup keaiban seorang Muslim, niscaya Alla akan menutup keaibannya di hari

kiamat.”

(HR Al Bukhari & Muslim)

2.8. Menghadiri jemputan kenduri:

“Hak seseorang Muslim ke Muslim yang lain adalah lima perkara: Menjawab salam, menziarahi pesakit, mengikuti jenazah, menerima undangan, dan mengucap rahmat terhadap orang yang bersin.”

(HR Al Bukhari & Muslim)

Page 28: Persaudaraan dlm islam

2.9. Berdoa untuk saudaranya:

• Apabila seseorang mendoakan saudaranya dari jauh (tidak diketahuinya) malaikat akan berkata kepadanya ‘untukmu seperti itu juga.”

(HR Muslim)

• Wahai Tuhan kami: ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

(Al Hasyr: 10)

Page 29: Persaudaraan dlm islam

2.10. Mengucap Tahniah dan Takziah:

“Tahukah kamu, apa dia hak tetangga? Jika dia meminta bantuan, engkau membantunya. Jika dia minta pinjaman, engkau meminjamkannya. Jika berlaku sesuatu yang baik baginya, engkau memberinya tahniah. Dan jika dia ditimpa musibah engkau sampaikan ta’ziah.”

(Hadis dari Kitab Al Jam’l Ash-Shaghir)

Page 30: Persaudaraan dlm islam

2.11. Saling memberi hadiah:

• “Wahai kaum wanita yang Mu’minat! Bertukar-tukar hadiahlah, meskipun dengan sebilah kulit tapak kaki kambing, kerana sesungguhnya yang demikian itu akan menimbulkan kasih-sayang, dan menghapuskan permusuhan.”

(HR Attabarani)

• “Bertukar-tukar hadiahlah, sesungguh-nya hadiah itu akan menghapuskan bengkak di dada.”

(HR Al-Bukhari)

Page 31: Persaudaraan dlm islam

• “Bertukar-tukarlah hadiah, niscaya timbul semangat saling sayang-menyayangi.”

(HR Attabarani)

2.12. Menggembirakan saudaranya:

• “Sesiapa yang menemui saudaranya dengan sesuatu yang boleh menggembirkan hatinya, niscaya Allah azzawajalla akan menggembirakannya kelak di hari kiamat.”

(HR Attabarani)

Page 32: Persaudaraan dlm islam
Page 33: Persaudaraan dlm islam