k1-Pengenalan Intervensi Dan Terapi

download k1-Pengenalan Intervensi Dan Terapi

of 17

description

n

Transcript of k1-Pengenalan Intervensi Dan Terapi

PENGENALAN INTERVENSI DAN TERAPI

PENGENALAN INTERVENSI DAN TERAPIIntervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalm membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif.

Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan.

Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.

KONSEP INTERVENSI DAN TERAPIINTERVENSITerapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan.terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,emosi, sosial atau psikomotor.

TERAPIKEPENTINGAN TERAPIMeningkatkan kemahiran pengamatanMembantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial muridMemperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diriMengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosiMembantu dan merangsang pertuturan dan komunikasiMerangsang pemikiran dan kreativiti muridMembantu perkembangan fizikal dan tubuh badanMembantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Intervensi kaunseling kanak-kanak terbahagi kepada dua perspektif iaitu terapi bermain dan terapi seni kreatif.

JENIS-JENIS TERAPITerapi BermainTerapi MuzikTerapi SeniTerapi PasirTerapi BiblioTerapi PsikodramaTerapi BerceritaTerapi Hipnosis Terapi Bermain

Adalah satu model pelbagai dimensi yang berdasarkan konsep-konsep seperti berikut:Melalui aktiviti main, kanak-kanak lebih memahami dunia iniUntuk menemui dan meneroka identiti masing-masing.Untuk mengkaji serta menguji pilihan-pilihan secara imaginasiRuang fizikal serta teraputik dibekalkan melalui aktiviti bermain.

Terapi Muzik

Mempunyai konsep utama seperti berikut:Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian daripada budaya kita.Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendamMempunyai struktur asas seperti ritma, melodi,pic, dan tempo yang dapat menstruktur semulan pemikiran kanak-kanak yang bercelaruan.

Terapi Seni

Seni dianggap sebagai sublimasi di mana kehendak tidak sedar kanak-kanak ditunaikan.Mempunyai lambang visual seperti lukisan yang boleh digunakan sebagai alat diagnosis.Mendorong luahan pemikiran positif dan negatif tentang diri mereka, keluarga dan dunia.Melahirkan keunikan, dan kreativiti kanak-kanak.

Satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.

Apa itu terapi pasir??

Terapi Pasir secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka sama adamarah benci sayang

Terapi Biblio Penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah. Bahan bacaan penulisan yang terbimbing.

Memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan.

Tujuan Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan-bahan bertulis untuk membantu pembacaberkembang dari segi kesedaran kendiri.

Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.

Terapi PsikodramaPengasas psikodrama adalah Moreno, sejenis drama yang terawal sekali digunakan.Kemudian, terapi drama muncul sebagai satu alternatif yang difikirkan lebih sesuai.Johnson (dalam Nystul,2003) mentakrifkan terapi drama sebagai penggunaan drama kreatif bertujuan mencapai matlamat psikoterapi, iaitu integrase emosi dan fizikal, rawatan symptom yang muncul dan pertumbuhan kendiri.

Terapi BerceritaBercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi.Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara.

Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.Semasa bercerita, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka. Melalui cerita yangdisampaikan, mereka melahirkan perasaan terpendam.Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik kanak-kanak.

Terapi HipnosisHypnosis banyak digunakan dibidang seperti pengubatan dan olahraga untuk mengubah mekanisme otak manusia dalam menginterprestasikan pengalaman dan menghasilkan perubahan pada persepsi dan tingkah laku. Aplikasi hypnosis untuk tujuan perbaikan (therapeutic) dikenal sebagai hypnotherapy.Hipnotherapi telah terbukti memiliki pelbagai kegunaan untuk mengatasi permasalahan yang berkenaan dengan emosi dan perilaku.