k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

9
KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012) Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah- langkah menangani masalah emosi murid dan kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi murid. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius. Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah berkaitan emosi murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seharusnya kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi. Manakala pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk menangani masalah emosi murid. Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru, berikan ruang dan peluang kepada murid untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada murid untuk memasuki universiti awam. Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah, ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti murid supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul. 1

Transcript of k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

Page 1: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang  langkah-langkah menangani masalah emosi murid  dan  kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi murid. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius.

Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah berkaitan emosi murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seharusnya kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi. Manakala pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk menangani masalah emosi murid. Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru, berikan ruang dan peluang kepada murid untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada murid untuk memasuki universiti awam.

Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah, ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti murid supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Emosi Pelajar 

oleh Azmy Mohamed,

1

Page 2: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Utusan Malaysia, 14 Februari 2011)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul.  [2 markah]

(ii) Berikan kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah emosi?

Kemukakan tiga punca. [4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya, rindu si pungguk ialah rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah bertukar seperti rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya dengan seribu kedutan.

Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini supaya sujud kepada- Nya?

Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu!

(Dipetik daripadacerpen ‘Memori Seorang Tua’

oleh Zahari Affandi,dalam antologi Harga Remaja

2

Page 3: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua sebab Pak Itam berasa sayu [2 markah]

(ii) Andaikan anda Pak Itam, apakah usaha anda untuk mendapatkan semula isteri dan anak-anak yang sudah lama berpisah?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada cerpen.yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka khoja Maimun pun pergilah belayar.

Hatta berapanya Khoja Maimum belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa masanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu.

(Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud terlalu elok rupanya.[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku kepada Bibi Zainab sepeninggalan suaminya, Khoja Maimun pergi belayar?.

3

Page 4: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Bibi Zainab untuk mengubati perasaan rindu terhadap suaminya Khoja Maimun yang sedang belayar?

[3 markah]

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lenabangkitlahmatahari sudah tinggidi puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi iniburung-burung berterbangan di udaradan pepohon hijau merendang daunnyaapa kau masih belum bangkit?

Bangkitlahjangan sesal nantimadu bumi yang kekeringan isi laut kekosongandan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anakesok apa yang akan kaumakan?tanah atau batu atau debu?kau mahu terus nangistanpa air mata?

Kalau tidakbangkitlahmatahari belum lagi rembangdan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I.dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka

4

Page 5: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, mengapakah penyajak menyeru anak muda supaya bangkit atau bangun dengan segera?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada generasi muda sekiranya ingin berjaya pada masa hadapan?

[3 markah]

(iii) Huraikan persoalan berdasarkan rangkap kedua dan rangkap keempat sajak tersebut.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mentah-mentah(ii) hidup-hidup(iii) diam-diam(iv) siang-siang(v) senyap-senyap(vi) jauh-jauh

[ 6 markah ]

(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) “Tuanku, janganlah berasa khuatir kerana patik akan pastikan lanun-lanun itu ditangkap dan dihukum,” kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.

(ii) “Mengapakah kamu lewat? Sudah hampir satu jam aku menunggu di sini,” kata Amira kepada Ellina.

5

Page 6: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

(iii) “Kamu salah seorang pelajar cemerlang. Tentu rugi jika kamu tidak mahu menyambung pelajaran,” kata Cikgu Ali kepada Faizal.

[ 6 markah ]

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

NGO alam sekitar telah membantah usaha sebuah syarikat pembalakan yang melakukan kerja-kerja pembalakan yang mendekati dengan kawasan menadah hujan. Bantahan mereka telah dimaklumi kepada Perdana Menteri menerusi mesin faksimili. Mereka telah mengadakan demotrasi secara aman di hadapan ibu pejabat syarikat berkenaan. Isu ini telah mendapat liputan daripada media masa di dalam dan di luar negara.

[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua penduduk yang mempunyai pendapatan hendaklah menghantar Borang Tafsiran Cukai masing-masing di Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

(ii) Beberapa orang pegawai DBKL ditugaskan untuk menyemak keadaan di tempat yang sering berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur dari masa ke semasa.

(iii) Hadiah yang mereka beli itu akan diagihkan kepada Puan Nora ketika mereka melawatnya di hospital nanti.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat yang berikut.

(i) Musliha berasa kesal menceritakan masalah rumah tangganya kepada Soleha. Dia berharap agar Soleha tidak menceritakan masalahnya itu kepada orang lain. Malangnya, Soleha tidak menepati janjinya. Kini hampir sernua rakan sepejabat tahu akan masalah rumah tangganya.

(ii) Dolah, Hakim, dan Lokman bersusah payah melukis mural di dinding sekolah. Ketua kumpulan mereka, Zahid, hanya membantu sedikit dan selalu menghilangkan diri semasa bertugas. Namun dalam perhimpunan sekolah, pengetua asyik memuji

6

Page 7: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Zahid. Hal ini menyebabkan Dolah, Hakim, dan Lokman berasa tidak puas hati kerana mereka yang bersungguh-sungguh tetapi orang lain pula yang mendapat pujian.

(iii) Setelah lima tahun bekerja di Amerika Syarikat, Jefri mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Walaupun pendapatannya di sana besar, tetapi dia berasa kurang seronok tinggal di rantau orang. Dia ingin tinggal dan bekerja di negara sendiri.

[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir(vii) Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a) Huraikan dua peristiwa yang menyedihkan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu contoh nilai keberanian daripada setiap novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

7

Page 8: k2 - Set 1 Modul Bm Spm Jpn 2012

KERTAS 2 : SET 1 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

8