Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh...

24
Kad Kredit TRANSAKSI KAD DAN ANDA Kad Kredit Program pendidikan pengguna oleh:

Transcript of Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh...

Page 1: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Kad Kredit

T R A N S A K S I K A D

DA N A N DA

Kad Kredit

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 2: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

kan

du

ng

an 1 Pengenalan

2 Apakah yang dimaksudkandengan kad kredit danbagaimana pula tatacaranya?

3 Memohon kad kreditKaedah memohon

4 Syarat-syarat pemegangan kad

5 Memahami caj-caj yangberkaitan dengan kad kredit

7 Tip-tip dalam memilih kad kredit

9 Tip-tip untuk mengurangkan caj

10 Bagaimana untuk mengelakdaripada menjadi peminjam

12 Bagaimana untuk mencegahfraud kad kredit

14 Soalan yang sering ditanya

20 Glosari

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.

Tarikh: 21 Januari 2003

Page 3: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Pengenalan

Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana iaboleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannyasecara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkintelah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancahkemelut kewangan.

Buku kecil ini menyediakan panduan untuk anda memilih kad kredit yangmenepati keperluan anda dan bagaimana untuk anda menggunakan kadkredit anda secara efektif dan bijak.

Kad kredit menawarkan

kefleksibelandan keselesaan

Page 4: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

APAKAH YANG DIMAKSUDKANDENGAN KAD KREDIT DANBAGAIMANA PULA TATACARANYA?

Kad kredit merupakan satu instrumenpembayaran yang membolehkan andamemperolehi barangan dan perkhidmatantanpa melibatkan wang tunai. Anda bolehmenggunakannya di mana-mana kedaisaudagar yang mempamerkan jenama kad kredit anda, baik di dalam mahupun di luar negara.

Apabila anda menggunakan kad kredit,pengeluar kad kredit akan membuatpembayaran kepada saudagar terlebihdahulu bagi pihak anda dan menghantarbil kepada anda kemudian nanti. Sebaiksahaja menerima penyata bulanan, andadikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimumsebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluarkad kredit akan memberikan suatu tempohtanpa faedah (biasanya 20 hari) di manatiada faedah dikenakan ke atas baki belumjelas. Pengeluar kad kredit akan hanya

mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepastarikh tamat tempoh.

Kad kredit juga boleh digunakan untukmendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM (‘Automated TellerMachine’) dan di kaunter-kaunterpengeluar kad kredit. Walau bagaimanapun,selain daripada dikenakan caj kewangan,anda akan dikenakan yuran pendahuluanwang tunai setiap kali anda berbuatdemikian. Tidak ada tempoh tanpa faedahdiberikan bagi pendahuluan wang tunai.Caj kewangan akan dikira bermula daritarikh pengambilan pendahuluan wangtunai berkenaan dibuat.

Pengeluar kad kredit akan menghantarkepada anda penyata bulanan kad kredityang mencatatkan butir-butir pembeliananda termasuk pendahuluan wang tunai(jika ada), jumlah baki belum jelas, jumlahbayaran minimum dan tarikh akhir untukmembuat pembayaran.

2

Page 5: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

MEMOHON KAD KREDIT

Anda boleh memohon kad kredit daripadainstitusi-institusi yang mengeluarkan kadkredit asalkan anda berusia 21 tahun keatas, berpendapatan minimum RM18,000setahun dan memenuhi sebarang syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pengeluarkad kredit tersebut. Bagi menyokongpermohonan anda, dokumen-dokumenberikut mungkin perlu dikemukakan:

Salinan kad pengenalan

Surat perlantikan jawatan

Penyata cukai pendapatan terkini (Borang J)

Penyata bank

Slip gaji untuk bulan-bulan terdahulu

Jika anda bekerja sendiri, anda mungkindikehendaki untuk mengemukakan butir-butir pendaftaran perniagaan dandokumen-dokumen lain sebagai buktipendapatan. Anda juga mungkin akandikenakan syarat-syarat lain, sepertimembuat pelaburan dalam deposit tetap.

KAEDAH MEMOHON

Memohon kad kredit tidak ada bezanyadengan permohonan pinjaman. Pengeluarkad kredit perlu membuat penilaian kredit keatas anda berdasarkan maklumat yang telahanda berikan. Masa yang diambil untukmemproses permohonan anda bergantungkepada prosedur dalaman pengeluar kadkredit berkenaan.

3

Kad kredit merupakan satuinstrumen pembayaran yang

mempromosikanpembayaransecara elektronik

Page 6: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Setelah permohonan diproses, anda akandimaklumkan sama ada permohonan anda berjaya atau ditolak. Jika berjaya,kad kredit akan dihantar kepada andamelalui surat berdaftar atau anda dimintadatang sendiri untuk mengambil kadkredit tersebut di ibu pejabat atau dicawangan pengeluar kad kredit tersebut.Anda juga akan diberikan NomborPengenalan Peribadi (nombor PIN) yang,atas sebab keselamatan, akan dihantarsecara berasingan daripada kad kreditanda. Anda perlukan nombor PIN ini untuk memperoleh pendahuluan wangtunai dengan menggunakan kad kredit di mesin ATM.

SYARAT-SYARAT PEMEGANGAN KAD

Pengeluar kad kredit biasanya akanmenyerahkan satu dokumen yangmengandungi syarat-syarat pemegangankad kredit bersama-sama dengan kad kreditanda. Anda dianggap telah menerimasyarat-syarat pemegangan kad yangterkandung di dalam dokumen ini sebaik

sahaja anda mula menggunakan kad kreditatau setelah menandatangani dokumenpenerimaan kad kredit. Oleh itu, anda perlumembaca dan memahami syarat-syaratpemegangan kad tersebut sebelummemeterai apa-apa perjanjian berkenaandan menggunakan kad kredit anda keranaanda dan pengeluar kad kredit akantertakluk kepada segala syarat-syarat yangterkandung di dalam dokumen tersebut.

Pada amnya, syarat-syarat pemegangankad meliputi perkara-perkara berikut:

Jenis-jenis caj yang dikenakan

Hak-hak dan tanggungjawab pemegangkad dan pengeluar kad kreditnya

Perihal penggunaan kad kredit

Syarat-syarat pembayaran balik

Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran

Prosedur untuk membuat aduan, penyiasatan dan penyelesaiannya

Kerahsiaan maklumat

Lain-lain

4

Baca danfahamisyarat-syaratpenggunaan

kad kredit

Page 7: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Segeralah dapatkan khidmat nasihatdaripada pengeluar kad kredit anda jikaanda memerlukan penjelasan lanjutmengenai syarat-syarat pemegangan kad.Sekiranya anda tidak bersetuju dengansyarat-syarat pemegangan kad yangdinyatakan, anda ada pilihan untukmembatalkan sahaja kad kredit tersebutdengan memaklumkan pengeluar kad kreditdan memulangkannya kepada pengeluarkad kredit tersebut dengan serta-merta.

MEMAHAMI CAJ-CAJ YANG BERKAITANDENGAN KAD KREDIT

Memahami jenis-jenis caj yang terlibatdalam penggunaan kad kredit adalahpenting. Selagi anda menggunakan kadkredit secara berhemat dan menjelaskanbayaran dalam tempoh yang diberikan,anda tidak perlu risau dengan caj-cajtambahan.

5

Page 8: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya anda tidakmembuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Yuran pendahuluan wang tunai

Ini adalah yuran yang dikenakan bagisetiap kali pendahuluan wang tunaidiperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga5% daripada jumlah pendahuluan wangtunai yang diambil dan merupakantambahan kepada caj kewangan yangdikenakan ke atas jumlah pendahuluanyang diberikan kepada anda. Caj kewangandikira bermula daripada tarikh wangtersebut diambil atau apabila jumlahtersebut tercatat ke dalam akaun kadkredit anda. Jumlah pendahuluan wangtunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.

Caj bayaran lewat

Ini adalah caj yang dikenakan jika andagagal untuk menjelaskan sekurang-kurangnya jumlah bulanan minimum

Berikut adalah caj-caj yang lazim dikenakanke atas anda:

Yuran penyertaan

Pengeluar kad kredit mungkin akanmengenakan yuran penyertaan kad kredit.Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuranini mungkin berbeza antara satu institusipengeluar kad kredit dengan yang lain.

Yuran tahunan

Ini adalah yuran sama rata yang perludibayar setahun sekali. Anda dikehendakimembayar yuran tersebut walaupun andatidak pernah menggunakan kad kreditanda. Yuran tahunan biasanya adalah didalam lingkungan RM60 hingga RM90untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195untuk kad emas.

Caj kewangan (faedah)

Ini adalah caj yang dikenakan kepada andaoleh pengeluar kad kredit ke atas bakiyang tidak dijelaskan selepas tarikh tamattempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkanbaki harian. Anda dinasihatkan supayameminta pengeluar kad kredit anda

6

Bil anda perludibayar

dalamtempoh

yangditetapkanbagi mengelakkan

bil dan hutangbertambah

Page 9: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

sebelum tarikh yang ditetapkan. Jikapembayaran dibuat selepas tempoh tanpafaedah berakhir, anda bukan sahajadikenakan caj kewangan ke atas baki belumjelas tetapi juga caj bayar lewat ke atasjumlah bayaran minimum bulanan.

TIP-TIP DALAM MEMILIH KAD KREDIT

Dengan pelbagai kad kredit yangditawarkan di pasaran, adalah pentinguntuk anda memilih kad kredit yangmenepati keperluan anda. Berikut adalahbeberapa tip dalam memilih kad kreditatau menilai kad kredit yang ada pada anda:

Hadiah promosi

Pengeluar kad kredit mungkin menawarkananda hadiah promosi seperti telefonbimbit, dompet kulit dan sebagainya untukmempromosikan kad kredit mereka. Walaubagaimanapun, sebelum memohon, adalahpenting untuk anda memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam tawarantersebut. Telitilah syarat-syarat yangditetapkan untuk hadiah promosi dan dendayang akan dikenakan jika syarat-syarattersebut tidak dipatuhi.

7

Page 10: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah

Sebahagian besar keuntungan perniagaankad kredit adalah berpunca daripada cajkewangan. Anda akan dikenakan cajkewangan jika anda tidak membayarsepenuhnya baki belum jelas selepas tamattempoh masa tanpa faedah berakhir.Walau bagaimanapun, bagi pendahuluanwang tunai dan pemindahan baki, andamungkin dikenakan yuran dan cajkewangan bermula dari tarikh urus niagatersebut dibuat. Halakan tumpuan andakepada yuran pendahuluan wang tunaidan pemindahan baki, caj kewangan dantempoh tanpa faedah yang ditawarkanoleh pengeluar kad kredit tersebut.

Tempoh tanpa faedah

Pengeluar kad kredit menawarkan tempohtanpa faedah, yang biasanya 20 hari, dari tarikh urus niaga mula direkodkanatau tarikh penyata sehingga tamattempoh berakhir, kecuali dalam transaksipendahuluan wang tunai dan pemindahanbaki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yangmenawarkan tempoh tanpa faedah yanglebih panjang.

Kadar caj rendah sementara

Untuk menarik perhatian anda, pengeluarkad kredit mungkin mengenakan yurandan caj kewangan pada kadar rendah ataumemansuhkan caj-caj tersebut sama sekaliuntuk sesuatu tempoh masa yang tertentu.Risalah promosi mungkin menitikberatkankadar faedah permulaan yang rendahdengan saiz fon yang besar dan mudahdibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkantarikh luput. Kadar faedah selepas tamattempoh promosi pula tidak dinyatakandengan begitu jelas, iaitu denganmenggunakan saiz fon yang kecil danmungkin hanya tercatat di sebelahbelakang borang permohonan atau dimuka surat terakhir risalah promosi yangmengandungi banyak muka surat.

Anda perlu memahami syarat-syaratpromosi dan menyedari bila tempohpromosi akan tamat kerana anda mungkindikenakan caj seperti biasa atau padakadar yang jauh lebih tinggi setelahtempoh tersebut berakhir.

8

••

a.

Page 11: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Caj untuk pendahuluan wang tunai /pemindahan baki

Kebanyakan pengeluar kad kreditmengenakan yuran di samping cajkewangan apabila anda menggunakan kadkredit untuk mendapatkan pendahuluanwang tunai atau pemindahan baki. Yuranbagi pendahuluan wang tunai mungkindalam lingkungan 3% hingga 5% daripadajumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu,pilihlah kad kredit yang mengenakan yuranyang rendah bagi pendahuluan wang tunaidan pemindahan baki.

TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJ

Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh mengecapi manfaat yangdiperolehi daripada penggunaan kad kredit. Berikut adalah beberapa tipuntuk merealisasikannya:

9

Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluarkad kredit yang tidak mengenakan sebarangyuran tahunan dan yuran penyertaan,sekurang-kurangnya untuk tahun pertama

Gunakan kad ATM anda untuk membuatpengeluaran tunai. Pendahuluan wang tunai melalui kad kredit harus dilakukansebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagipendahuluan wang tunai adalah tinggi

Elakkan daripada dikenakan kos kad kredityang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaransebelum tarikh yang ditetapkan seperti yangtercatat pada penyata kad kredit. Pastikanalamat anda yang disimpan oleh pengeluarkad kredit adalah tepat agar penyata bulananditerima dengan secepat mungkin

Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahapminimum akan melengahkan tempohpembayaran balik dan meningkatkan jumlahfaedah yang harus anda bayar. Langsaikanbaki belum jelas anda supaya faedah tidakakan dikenakan

Hadkan jumlah kad kredit yang dipegangberasaskan keperluan dan kemampuanpembayaran anda

b. •

Page 12: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

10

Berwaspada terhadap sebarangperubahan pada dasar dan kadarfaedah. Sebagai contoh, pengeluar kadkredit anda mungkin akan menaikkanyuran atau menukar syarat-syaratpemegangan kad kredit

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKDARIPADA MENJADI PEMINJAM

Strategi pemasaran kad kredit adalahsemakin agresif dan inovatif untukmenggoda pemegang kad kredit agartidak membayar baki belum jelassepenuhnya dan sentiasa meninggalkanbaki bulanan. Peminjam atau ‘pemusing’ini mungkin beranggapan bahawa ianyalebih bermanfaat dan selesa dengan hanyamembayar amaun bulanan minimumsahaja, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Anda harus menyedari akibat membuatpembayaran sebelum tarikh tamat tempohberakhir setiap bulan mengikut amaunminimum. Anda bukan sahaja dikenakan caj faedah yang bertambah bahkan

Page 13: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

11

tempoh pembayaran balik turut bertambah.Ramai yang tidak menyedari kesan menambahbaki bulanan kad kredit sehingga merekamenghadapi bebanan hutang yang banyak.

Di bawah ini adalah jadual yang menghuraikantempoh pembayaran balik dan jumlah faedahyang dikenakan jika anda hanya membayaramaun minimum setiap bulan, iaitu 5%daripada baki belum jelas. Sebagai contoh,jika baki belum jelas anda ialah RM1,000 dananda hanya menjelaskan bayaran bulananminimum, anda akan mengambil masa selama 5.8 tahun untuk menjelaskan kesemuahutang anda, di mana jumlah faedah yangdikenakan adalah RM382, berdasarkan kadarfaedah sebanyak 18% setahun.

BAKI BELUM JELAS

RM500 RM1,000 RM5,000 RM10,000

Tahun Faedah Tahun Faedah Tahun Faedah Tahun Faedah(RM) (RM) (RM) (RM)

4.2 168 5.8 382 9.6 2,097 11.2 4,240

Ketahuilah akibathanya membayaramaunminimumsahaja setiap bulan

Page 14: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAHFRAUD KAD KREDIT

Gejala fraud kad kredit adalah satuancaman kepada pelanggan dalammenggunakan kad kredit. Fraud kadkredit boleh mengakibatkan anda danpengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasamengambil sikap berwaspada terhadapkomplot fraud dan telah mengambillangkah-langkah keselamatan untukmelindungi anda daripada kemungkinanberlakunya fraud sedemikian. Walaubagaimanapun, anda juga harusmengambil langkah-langkah yang perluuntuk mengurangkan risiko menjadimangsa fraud.

Jaga kad kredit anda

– Tandatangani kad kredit anda sebaiksahaja ianya diterima

– Simpan kad kredit anda pada tempatyang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang ataudicuri, anda akan menyedarinya denganserta-merta

– Usah pinjamkan kad anda kepada sesiapa saja

– Jangan berikan butir-butir kad kreditanda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidakdikenali kerana ada kemungkinanmaklumat tersebut digunakan untukmembuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet

– Hafal nombor PIN anda dan jangancatatkan nombor PIN tersebut di belakangkad, menyimpannya di dalam dompetatau mendedahkannya kepada orang lain

– Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapatmenghubunginya dengan serta-mertauntuk melaporkan sebarang kehilangan/kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaranatau pendedahan PIN kepada pihak ketiga

– Pastikan anda telah memotong kad kredityang telah luput kepada dua bahagianapabila anda menerima kad baru

12

Page 15: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Semak urus niaga kad kredit anda

– Sila teliti semua butir-butir pada urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga yang dibuat

– Simpan semua slip urus niaga anda danbandingkan dengan penyata kad kreditanda sebaik sahaja ianya diterima

– Beritahu pengeluar kad kredit andadengan serta-merta jika terdapat sebarangkesilapan atau kemungkinan berlaku urusniaga tanpa kebenaran berhubung dengankad kredit atau PIN anda dan diikuti olehlaporan bertulis

– Musnahkan semua slip-slip urus niaga andasebelum anda membuangnya

Jagalah kad dan

semak transaksi anda sentiasa

13

Page 16: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

S&JApakah jenis-jenis kad kredityang ada?

Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit, iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan tahap pendapatan seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad kredit.

Apakah jenis-jenis kadpembayaran lain yang terdapatdi Malaysia?

Kad kredit dwijenama ialah kad yang dikeluarkan secara bersama oleh pengeluar kadkredit dan saudagar di bawah satu jenama yang terkenal. Peniaga tersebut biasanyamenawarkan manfaat tambahan lain kepada pemegang kad, seperti diskaun ke atasbarangan tertentu dan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Contoh kad kreditdwijenama termasuk Maybank-Sogo Visa dan Public Bank-Esso Visa.

Selain kad kredit, kad-kad pembayaran lain yang terdapat di Malaysia adalah sepertikad debit, kad caj dan kad simpanan nilai.

Kad debit adalah sejenis kad pembayaran di mana baki di dalam akaun tabungan atausemasa anda akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urus niaga yangdibuat. Terdapat beberapa jenis kad debit di Malaysia. Sebagai contoh, MaybankKawanku e-POS. Terdapat juga kad debit antarabangsa seperti VISA Electron danMasterCard Electronic yang boleh digunakan di kedai saudagar yang mempamerkanlogo yang berkaitan.

Kegunaan kad caj adalah sama dengan kad kredit, kecuali anda harus menjelaskankeseluruhan baki belum jelas yang tercatat dalam penyata bulanan anda sebelumtarikh tamat tempoh. American Express dan Diners adalah dua daripada jenama kad caj yang terkemuka di Malaysia.

Apakah kad kredit dwijenama?

SOALAN YANG SERING DITANYA

14

Page 17: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Apakah yang dimaksudkan denganhad kredit?

Had kredit adalah jumlah kredit maksimum yang diberikan kepada anda oleh pengeluar kad kredit. Had tersebut ditentukan berdasarkan penilaian terhadapmaklumat yang terkandung di dalam borang permohonan. Had kredit mungkin bolehberubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pola perbelanjaan dankemampuan anda untuk membayar balik. Anda harus mempunyai had kredit yangberpadanan dengan kemampuan anda membayar balik untuk memastikan anda tidak terlalu boros berbelanja tanpa sebab dan untuk mengurangkan liabiliti andasekiranya berlaku fraud.

Adakah sesiapa sahaja bolehmemohon kad tambahan?

Pemegang kad utama boleh mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemegangkad tambahannya, bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pengeluarkad kredit.

Siapakah yang bertanggungjawabterhadap pembelian yang dibuatmelalui kad tambahan?

Pemegang kad utama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskanpembelian yang dibuat oleh pemegang kad tambahan selain daripada pembelianmelalui kad kredit yang dibuat oleh dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, anda perlumemeriksa syarat-syarat yang dikenakan sama ada pemegang kad tambahan turutbertanggungjawab ke atas hutang-hutang kad kredit oleh pemegang kad utama.

Kad simpanan nilai ialah sejenis kad bayar dahulu. Kad tersebut telah dimuatkandengan nilai kewangan terlebih dahulu oleh pengeluar kad. Sesetengah skim kadsimpanan nilai mungkin membenarkan pemegang kad untuk memuatkan semula nilaikewangan ke dalam kadnya. Apabila pembelian dibuat, nilai tersebut akan ditolaksecara automatik daripada amaun yang tersimpan di dalam kad tersebut.

15

Page 18: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

16

Bagaimanakah untuk sayamemperoleh pendahuluanwang tunai denganmenggunakan kad kredit?

Anda boleh memperoleh pendahuluan wang tunai di kaunter pengeluarkad kredit yang terbabit atau melalui mesin-mesin ATM yang mempamerkanlogo jenama kad kredit anda. Anda juga perlu mematuhi syarat-syarat lainyang ditetapkan.

Kenapakah saudagar perlumendapatkan keizinanpengeluar kad kredit sebelumkad kredit saya diterima?

Saudagar perlu mendapatkan keizinan daripada pengeluar kad kredit andauntuk memastikan jumlah belian tidak melebihi had kredit anda. Urus niagaanda akan ditolak atas sebab-sebab tertentu seperti melebihi had kredit yang dibenarkan. Anda mungkin ingin menghubungi pengeluar kad kredit jika hal ini terjadi kepada anda.

Apakah langkah-langkahyang perlu saya ambil ketikamembuat pembelian?

Jangan sesekali membiarkan kad kredit anda terlepas daripada pandangananda. Ketika membuat pembayaran di kedai peniaga, hotel atau restoran,pastikan kad kredit anda digunakan (‘swipe’) di hadapan anda. Maklumatpada kad kredit anda boleh disalin oleh orang lain dengan menggunakanalat tertentu.

Page 19: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Adakah terdapat perbezaan dari segi proses mendapatkankebenaran, yuran dan caj yangdikenakan apabila saya membuatpembelian menggunakan kadkredit di dalam atau di luarnegara? Bagaimanakah kadarpertukaran mata wang ditentukan?

Proses mendapatkan keizinan, yuran dan caj yang dikenakan adalah sama di mana sahaja pembelian dibuat dengan menggunakan kad kredit tanpa mengira di mana anda berada. Walau bagaimanapun, bagi pembelian yang dibuat di luarnegara, jumlah transaksi adalah tertakluk kepada kadar pertukaran mata wangyang ditentukan oleh skim pembayaran kad kredit berkenaan seperti Visa danMasterCard. Pertukaran mata wang dilakukan secara automatik apabila urus niagadilakukan. Kadar pertukaran mata wang biasanya ditentukan berasaskan titikpertengahan di antara kadar jualan dan belian pertukaran mata wang asingsemasa berbanding Ringgit.

Apakah perlu saya buat jikanombor PIN saya sudah diketahuioleh orang lain?

Jika anda percaya nombor PIN anda telah dikompromi, anda hendaklah merujuk kepada pengeluar kad kredit anda.

17

Perlukah saya membayar kostambahan kepada saudagar jikasaya menggunakan kad kredituntuk membuat pembelian?

Tiada kos tambahan dikenakan jika membeli dengan kad kredit. Sekiranya andadikenakan caj tambahan oleh saudagar, sila hubungi pengeluar kad kredit anda untuk mendapatkan penjelasan.

Page 20: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

18

Adakah saya bertanggungjawab ke atas urus niaga tanpakebenaran selepas kad kredit sayadidapati hilang ataupun dicuri?

Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnyauntuk mengelakkan kehilangan kad kredit anda. Dengan berbuat demikian,anda tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urus niaga yang berlakusetelah anda melaporkan kehilangan kad kredit anda kepada pengeluar kad kredit, sama ada secara lisan atau bertulis. Walau bagaimanapun, bagilaporan lisan, sesetengah pengeluar kad kredit mungkin menghendaki andamengemukakan pengesahan bertulis dan laporan polis kepada mereka.Sebaliknya, jika berlaku sesuatu urus niaga tanpa kebenaran denganmenggunakan kad kredit anda sebelum laporan dibuat, anda mungkinbertanggungjawab sehingga jumlah tertentu, bergantung kepada syarat-syarat pengeluar kad kredit.

Perlukah saya menyemakpenyata kad kredit saya?

Ya. Jadikan satu amalan biasa untuk sentiasa menyemak penyata kad kreditanda bagi mengesan sebarang percanggahan atau urus niaga tanpakebenaran. Meluangkan masa beberapa minit untuk meneliti maklumat-maklumat di dalam penyata bulanan kad kredit anda adalah sangat pentingdan merupakan cara yang berkesan untuk mengesan penggunaan kad kreditanda tanpa kebenaran.

Page 21: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Apakah yang perlu saya lakukanjika terdapat kesilapan padapenyata kad kredit saya?

Anda hendaklah memberitahu pengeluar kad kredit anda secepat mungkin jika terdapatsebarang kesilapan pada penyata bulanan kad kredit anda atau kemungkinanberlakunya urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan kad atau nombor PIN andasecara lisan dan kemudian melaporkannya secara bertulis.

Bagi pengeluar kad kredit dari kalangan institusi perbankan, maklumat mengenaipegawai yang boleh anda hubungi atau alamat e-mel boleh diperolehi di laman webBank Negara Malaysia iaitu www.bnm.gov.my. Di samping itu, bagi urus niaga tanpakebenaran, jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas institusi perbankantersebut, bolehlah anda merujuk kepada Biro Pengantaraan Perbankan:

PengantaraBiro Pengantaraan PerbankanTingkat 5 MUI PlazaJalan P. Ramlee50250 Kuala Lumpur

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atas institusiperbankan, sila rujuk kepada buku kecil ‘Membuat Aduan Perihal Perbankan’.

19

Page 22: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

20

GLOSARI

Kad Kredit Luput

Kad kredit yang di mana tarikh sah laku yang

dicetak padanya telah tamat.

Pembekal Rangkaian Kad Kredit

Persatuan kad kredit seperti Visa dan MasterCard

yang menyediakan infrastruktur kad kredit bagi

kemudahan memperolehi keizinan dan

penyelesaian transaksi-transaksi kad kredit.

Pemusing

Pemegang kad yang gemar menjelaskan

sekurang-kurangnya amaun bulanan minimum

yang dikehendaki oleh pengeluar kad kredit,

tanpa menyelesaikan sepenuhnya jumlah baki

belum jelas.

Pengeluar Kad Kredit

Organisasi seperti institusi kewangan yang

mengeluarkan kad kredit.

PIN

Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification

Number) – Susunan nombor yang digunakan

untuk mengesahkan identiti pemegang kad. Ianya

samalah seperti kata laluan.

Saudagar

Sebarang perniagaan yang menerima kad kredit

sebagai kaedah pembayaran untuk mendapatkan

barangan atau perkhidmatan mereka.

Urus Niaga Fraud

Transaksi yang tidak dibenarkan oleh pemegang

kad. Transaksi tersebut berlaku disebabkan kad

kredit hilang, dicuri, tidak diterima, pengeluaran

kad kredit berasaskan permohonan fraud,

pemalsuan atau lain-lain bentuk fraud menurut

tafsiran pengeluar kad kredit.

Page 23: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 24: Kad Kredit - bankinginfo Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun,

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama