KAEDAH KAJIAN

download KAEDAH KAJIAN

of 1

description

kaedah kajian ekonomi

Transcript of KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIANKaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan data ke atas bahan-bahan rekod - rekod pengangguran dari buku-buku ilmiah iaitu buku tahunan jabatan perangkaan Malaysia . Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini pengkaji mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan kajian. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu mengumpulkan data dan menganalisis dan menggunakan internet untuk mencari kadar pengangguran. Selepas mendapatkan data dengan menggunakan kaedah di atas, iaitu kajian kepustakaan dan internet. Pengkaji akan mengumpul data dan menggunakan data tersebut dalam dapatan kajian. pengkaji mencatatkan nota yang diperlukan semasa membuat penyelidikan dan mencari bahan rujukan di perpustakaan. pengkaji juga menggunakan maklumat kadar inflasi daripada internet dari Laporan Bank Negara Malaysia.pengkaji menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulkan. Pengkaji akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang siap akan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam kajian tersebut. Rujukkan bahan baca dari perpustakaan dan laman sesawang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar inflasi, dan hubungan kadar inflasi dan kadar pengangguranRumus untuk menghitung kadar inflasi:= IHP1-IHPoX 100IHPo

2006 = 103.6-100 X100100= 3.6%

Rumus untuk menghitung kadar pengangguran= jumlah tenaga buruh jumlah guna tenaga X 100%Jumlah tenaga buruh