Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

80
1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Nama saya Mohd Firdaus bin Ibrahim dan saya telah menjalani Praktikum 3 selama tiga bulan dan juga Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Clifford yang terletak di Kuala Kangsar. Saya telah diminta oleh pihak sekolah untuk membantu jurulatih sedia ada iaitu En. Ahmad Shafei bin Yusoff bagi melatih murid tahun lima yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar. Latihan bola tampar pasukan tersebut dijalankan pada hari selasa dan hari rabu setiap minggu. Pasukan bola tampar sekolah ini terdiri daripada murid tahun lima dan tahun enam. Murid tahun lima dalam pasukan ini merupakan murid yang masih baru dalam permainan bola tampar dan memiliki kelemahan dalam beberapa kemahiran dalam permainan bola tampar. Sekolah ini merupakan sekolah gred B, oleh itu tidak ramai murid yang betul-betul berkemahiran boleh dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar. Terdapat beberapa kemahiran asas yang penting untuk dikuasai seseorang individu dalam permainan bola tampar iaitu kemahiran menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang. 1.2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur Sewaktu saya melatih pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Clifford, masalah utama yang saya perhatikan adalah dalam kemahiran menyangga.

description

Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal

Transcript of Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

Page 1: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Nama saya Mohd Firdaus bin Ibrahim dan saya telah menjalani Praktikum 3

selama tiga bulan dan juga Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan

Clifford yang terletak di Kuala Kangsar. Saya telah diminta oleh pihak sekolah

untuk membantu jurulatih sedia ada iaitu En. Ahmad Shafei bin Yusoff bagi

melatih murid tahun lima yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola

tampar. Latihan bola tampar pasukan tersebut dijalankan pada hari selasa dan

hari rabu setiap minggu. Pasukan bola tampar sekolah ini terdiri daripada murid

tahun lima dan tahun enam. Murid tahun lima dalam pasukan ini merupakan

murid yang masih baru dalam permainan bola tampar dan memiliki kelemahan

dalam beberapa kemahiran dalam permainan bola tampar. Sekolah ini

merupakan sekolah gred B, oleh itu tidak ramai murid yang betul-betul

berkemahiran boleh dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola

tampar. Terdapat beberapa kemahiran asas yang penting untuk dikuasai

seseorang individu dalam permainan bola tampar iaitu kemahiran menyangga,

servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

1.2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

Sewaktu saya melatih pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Clifford,

masalah utama yang saya perhatikan adalah dalam kemahiran menyangga.

Page 2: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

2

Berikut merupakan antara kesilapan semasa menyangga yang selalu dilakukan

oleh pemain-pemain pasukan bola tampar sekolah ini :

1. Kaki yang tidak dibuka seluas bahu.

2. Lutut tidak dibengkokkan ketika kontak dengan bola.

3. Lengan dibengkokkan semasa kontak dengan bola.

4. Tiada perlakuan menyerap bola semasa lengan kontak dengan bola.

5. Tiada perlakuan ikut lajak selepas lengan kontak dengan bola.

6. Murid menyangga bola terlalu tinggi.

7. Murid melakukan kontak dengan bola pada bahagian antara pergelangan

tangan hingga jari.

Masalah ini berlaku kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan

kemahiran dan latihan psikologi bagi meningkatkan keyakinan diri (self-

confidence) dalam diri mereka. Melalui pemerhatian saya semasa sesi latihan

pasukan ini, ada antara murid-murid ini gagal untuk melakukan aktiviti

menyangga lebih daripada lima kali kerana mereka kurang yakin dapat

melakukannya. Mereka juga kelihatan sedikit gugup apabila saya meminta

mereka untuk melakukan aktiviti menyangga sebanyak lima kali secara individu.

Menurut Bandura, 1977; Feltz, 1992; Hardy, Jones Gould, 1997; Weinberg dan

Gould, 1999 (seperti mana yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee,

Page 3: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

3

2002) keyakinan diri merupakan salah satu faktor pengaruh yang paling penting

untuk meningkatkan persembahan atlet.

Masalah ini juga berpunca daripada kelemahan saya semasa sesi latihan

sebelum ini kerana tidak meminta mereka menarik nafas, tenangkan diri dan

yakin pada diri terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti menyangga. Oleh

sebab itu, saya telah memasukkan elemen psikologi dalam latihan bola tampar

pasukan sekolah ini iaitu penggunaan teknik ‘Mental Rehearsal’ dalam kajian

tindakan yang telah saya jalankan.

Subjek saya dalam kajian tindakan ini adalah terdiri daripada murid lelaki

tahun lima yang mempunyai kemahiran menyangga pada tahap paling rendah

dalam pasukan. Saya menjadikan mereka sebagai kumpulan kawalan (kumpulan

yang menggunakan latihan ‘Mental Rehearsal’). Bagi mengumpul data kajian,

saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra), temu bual dengan

jurulatih dan enam orang subjek kajian serta ujian post. Borang senarai semak

telah digunakan bagi mengumpul data ujian pra serta ujian post kajian tindakan

saya ini.

Page 4: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

4

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 Tinjauan Masalah

Daripada refleksi dalam bab 1.2, didapati murid tidak dapat menguasai dan

melakukan kemahiran menyangga dengan baik mengikut teknik dan cara yang

betul kerana mereka kekurangan keyakinan diri (self-confidence) dalam diri

mereka. Keyakinan diri adalah sangat penting dalam semua jenis sukan. Pemain-

pemain dan atlet-atlet memerlukan keyakinan diri yang secukupnya untuk

melakukan yang terbaik dalam sukan yang diceburi mereka. Menurut Bandura

(1977), definisi keyakinan diri adalah darjah kepercayaan seseorang individu

mempersembahkan sesuatu perlakuan untuk mencapai matlamat tertentu. Feltz

(1994), menyatakan bahawa keyakinan diri adalah satu kepercayaan dan

kepastian terhadap kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk mencapai sesuatu

yang diharapkan. Menurut Marcus dan Owen, 1992; Morris, 1995 (seperti mana

yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003) dalam sukan, keyakinan

diri merujuk kepada tahap kepercayaan seseorang individu mengenai kebolehan

mereka untuk mempersembahkan sesuatu persembahan yang spesifik berkaitan

dengan sukan dan sikap senaman yang ingin mereka baiki.

Jika masalah keyakinan diri ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih

teruk. Murid akan terus berasa kurang yakin dengan diri mereka sendiri

seterusnya masih gagal untuk melakukan aktiviti menyangga dengan baik. Hal

ini akan merugikan pasukan bola tampar sekolah kerana jika pemain selalu

melakukan kesalahan semasa menyangga, pasukan lawan akan mendapat mata

Page 5: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

5

secara mudah. Menurut Ahmad Sazli (2002), keyakinan diri dalam sukan adalah

faktor psikologikal yang penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan

seseorang atlet. Dalam erti kata lain, kejayaan atau kegagalan seseorang atlet

ditentukan oleh faktor keyakinan yang ada dalam dirinya sendiri. Tidak dinafikan

bahawa kemahiran menyangga adalah salah satu kemahiran yang paling sukar

untuk dikuasai dalam permainan bola tampar tidak mengira peringkat umur.

Akan tetapi melalui latihan yang betul dan dimasukkan juga elemen psikologi

semasa latihan untuk meningkatkan keyakinan diri pemain, pemain mampu

untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam menyangga.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memasukkan elemen psikologi

iaitu ‘Mental Rehearsal’ (raptai minda) semasa sesi latihan pasukan bola tampar

sekolah ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan kaedah ‘Mental Rehearsal’

bagi meningkatkan keyakinan diri pemain semasa menyangga. Deborah L. Feltz

(1988) telah menjalankan kajian ke atas seramai 27 orang peserta daripada

Persatuan Figure Skating Amerika Syarikat yang berumur antara 10 hingga 18

tahun. Beliau mendapati bahawa dua kumpulan yang menjalani kaedah latihan

mental, telah berupaya meningkatkan prestasi mereka dari segi melakukan

latihan lompatan dan pusingan. Mereka juga telah dapat meningkatkan

keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan jika dibandingkan dengan

sekumpulan peserta kawalan yang hanya menjalani aktiviti regangan.

Anne Isaac pada 1992 (seperti yang dicatatkan oleh Annie Plessinger)

telah melakukan satu kajian yang mengkaji pengaruh latihan mental pada

Page 6: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

6

kemahiran sukan. Beliau telah menggunakan 78 subjek untuk latihan kemahiran

dalam sukan dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

kawalan (menggunakan latihan mental) dan kumpulan yang tidak menggunakan

latihan mental. Kumpulan yang tidak menggunakan latihan mental akan

langsung tidak didedahkan dengan latihan tersebut manakala kumpulan kawalan

akan menjalankan latihan mental selama 5 minit selepas latihan kemahiran.

Selepas ujian dilakukan, dilihat kumpulan kawalan telah menunjukkan

peningkatan signifikan berbanding kumpulan yang tidak menggunakan latihan

mental dalam perkembangan kemahiran mereka. Tidak menghairankan

kumpulan kawalan telah mengalami peningkatan signifikan berbanding

kumpulan yang tidak menggunakan latihan mental disebabkan oleh latihan

mental yang dijalani mereka.

Keyakinan diri juga merupakan faktor yang sangat mustahak kepada

seseorang ahli sukan sama ada semasa menjalani latihan mahupun semasa

menghadapi pertandingan. Oleh itu, ahli sukan atau atlet sering melakukan

latihan mental apabila semakin hampir tiba kejohanan yang akan mereka sertai.

Pada 1990, Craig R. Hall, Wendy M. Rodgers dan Kathryn A. Barr (seperti yang

dicatatkan oleh Ahmad Sazli, 2002) telah membuat kajian ke atas 381 peserta

lelaki dan perempuan yang melibatkan diri dalam enam jenis sukan iaitu bola

sepak, hoki ais, skuasy, gimnastik dan luncur ais di Amerika. Hasil kajian

mereka mendapati bahawa atlet-atlet ini menggunakan lebih banyak latihan

berunsur persediaan mental untuk mendapatkan keyakinan diri apabila hampir

tiba pertandingan berbanding pada waktu latihan.

Page 7: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

7

Berikut merupakan beberapa jenis latihan ‘Mental Rehearsal’ yang saya

dapati daripada laman web www.articlesbase.com/ hasil penulisan Darren Hiller

(2009) :

1. Pernyataan objektif

Sebelum anda mulai latihan mental anda, tuliskan tujuan anda. Khususnya,

bagaimana anda ingin bermain atau melakukan dalam sukan yang anda

pilih. Apa rintangan yang akan anda harus mengatasi untuk mencapai tujuan

anda?

2. Pusatkan diri (teknik visualization)

Dengan mata tertutup, luangkan masa untuk pusat diri dengan mengambil

nafas dalam-dalam beberapa saat menyedari pernafasan anda. Kemudian

menjadi sedar ruang di sekitar anda, apa suara yang anda dengar? Apa

sensasi yang anda rasakan?

3. Mulai latihan mental anda

Fikirkan tentang diri anda sedang berlatih sukan khusus anda. Ini adalah di

mana anda akan memulakan filem mental anda (pastikan berlatih dengan

kelajuan dan intensiti yang sama semasa bermain dalam permainan atau

pertandingan).

Page 8: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

8

4. Mencipta imej kejayaan (teknik imagery)

Sekarang buat gambaran kejayaan anda mencapai prestasi puncak ketika

bermain atau bersaing dalam sukan anda. (Satu ayunan golf yang sempurna,

proses semasa menjaringkan gol atau ketangguhan mental dan kepercayaan

diri).

5. Bawakan semua pancaindera anda

Meningkatkan prestasi puncak latihan mental dengan membawanya lebih

mendalam ke dalam filem mental anda. (Mana anda? Apa yang anda

lakukan? Apa suara yang anda dengar? Apa emosi perasaan anda? Apa yang

anda bau dan rasa?)

6. Bicara kendiri (self-talk) yang positif

Semasa anda mengalami gambaran kejayaan anda, berikan diri anda maklum

balas positif sepanjang filem mental anda. (Saya seorang pemain bola

keranjang yang percaya pada keupayaan diri dan sentiasa tenang).

7. Gambaran ganjaran

Lengkapi latihan mental anda dengan mencipta sebuah hadiah atau ganjaran

yang mewakili anda menang dan sedang menikmati hadiah anda. Bayangkan

anda meraikan kejayaan anda dengan pasukan anda, jurulatih, keluarga, dan

teman-teman.

Page 9: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

9

Hal ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis latihan dalam

kaedah ‘Mental Rehearsal’. Jenis latihan mental yang saya fokuskan adalah

latihan teknik pernafasan, latihan ‘self-talk’ (bicara kendiri), konsentrasi,

latihan ‘visualization’ (visualisasi) dan latihan ‘imagery’ (imejan).

Teknik pernafasan adalah salah satu jenis latihan mental yang sangat

penting. Berikut merupakan teknik pernafasan yang telah saya jalankan kepada

subjek kajian tindakan saya :

Teknik Pernafasan Sambil Berdiri :

1. Berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu.

2. Bengkokkan lutut sedikit mengikut keselesaan untuk merendahkan pusat

graviti.

3. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan naikkan bahagian abdomen.

4. Buang nafas tersebut melalui hidung dan mulut.

Teknik Pernafasan Sambil Duduk :

1. Duduk dalam posisi badan yang selesa, kaki dibuka seluas bahu dengan

kedua-dua tapak kaki rapat ke lantai.

2. Tangan diletakkan di atas riba secara relaks.

3. Badan tegak dan buka dada anda.

Page 10: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

10

4. Kepala terletak ringan di atas tengkuk.

5. Pastikan kepala, tengkuk dan badan anda lurus dan berada dalam keadaan

seimbang.

6. Tarik nafas melalui hidung dengan ritma yang dalam, panjang serta

perlahan.

7. Hembuskan nafas melalui hidung dan mulut secara perlahan, panjang dan

dalam.

‘Self-talk’ ataupun bicara kendiri adalah dialog yang berlangsung

dalam pemikiran kita secara dalaman (monolog dalaman) apabila berhadapan

dengan cabaran atau konflik. Manusia kadang kala pasti melakukan dialog

dalaman dalam dirinya. Contohnya, apabila seorang pemain dalam pasukan bola

tampar selalu berfikir bahawa dia merupakan pemain yang paling lemah dari segi

kemahiran dalam pasukan dan berasa dirinya hanya merosakkan pasukan. Tetapi

sebelum dia menyalahkan dirinya yang dianggap merosakkan pasukan itu, dia

perlu berdialog dengan dirinya sendiri dan berfikir dari sudut lain. Mungkin

tanpa kehadirannya dalam pasukan, posisi yang ditinggalkannya tidak dapat diisi

oleh pemain yang benar-benar layak. Ataupun dia boleh meyakinkan dirinya

bahawa dia masih mempunyai kemahiran yang tidak dimiliki oleh pemain lain

yang membolehkannya terus berada dalam pasukan. Hal ini akan meningkat

sudut pandangan positif pemain tersebut seterusnya meningkatkan keyakinan

Page 11: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

11

dirinya. Berikut merupakan skrip ‘self-talk’ (bicara kendiri) yang telah saya

berikan kepada subjek saya untuk mereka gunakan semasa latihan ‘Mental

Rehearsal’ :

“Saya memiliki keupayaan yang sama dengan pemain yang lain. Saya

yakin saya dapat melakukan kemahiran menyangga dengan baik tanpa

sebarang masalah.”

“Kemahiran menyangga bukanlah susah dilakukan seperti yang saya

fikirkan dahulu. Saya pasti saya akan dapat menguasainya pada masa

akan datang.”

“Saya yakin saya boleh melakukan teknik menyangga dengan cara yang

betul. Hanya beberapa langkah saja untuk melakukannya, saya pasti

boleh!”

“Pasukan ini memerlukan khidmat saya, oleh itu saya akan berlatih

bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kemahiran menyangga ke

tahap yang lebih baik.”

Konsentrasi menurut Albinson dan Bull (seperti mana yang dicatatkan

oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2008) merupakan proses pemilihan perhatian

yang melibatkan memberi perhatian kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan

Page 12: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

12

memberi perhatian kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan memberi

perhatian dan berapa lama untuk memberi perhatian. Sebagai contoh, pemain-

pemain sebuah pasukan bola tampar sedang berada dalam keadaan tertekan

kerana sedang bermain di tempat yang terdapat ramai penyokong pasukan lawan.

Pasukan lawan pula mengasak mereka dengan melakukan servis-servis laju dan

tajam. Keupayaan pemain-pemain tersebut yang dapat memberikan konsentrasi

yang baik terhadap permainan dapat membantu mereka menghilangkan tekanan

yang ada seterusnya membantu mereka memberikan persembahan yang baik

dalam permainan.

Aktiviti-aktiviti konsentrasi yang telah saya jalankan adalah seperti

berikut :

1. Fokus kepada objektif sukan

Untuk latihan ini, pemain perlu mempunyai objektif spesifik dalam

sukan yang berkaitan. Konsepnya adalah untuk memastikan pemain

menilai objektifnya secara terperinci dan pada masa yang sama

memastikan gangguan daripada persekitaran dan pemikiran luar tidak

mengganggu konsentrasinya. Saya telah meminta setiap subjek untuk

menyatakan objektif mereka menyertai pasukan bola tampar sekolah.

Kemudian, mereka perlu sentiasa ingat dan berusaha untuk mencapai

objektif tersebut dengan cara berlatih bersungguh-sungguh tanpa

menghiraukan pemikiran negatif yang lahir daripada diri sendiri

seperti perasaan kurang yakin terhadap kebolehan diri.

Page 13: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

13

2. Pemusatan

Pemusatan merupakan satu bentuk pengalihan perhatian atau

penumpuan semula. Contohnya apabila seorang pemain bola tampar

hendak menerima bola daripada pihak lawan. Pemain tersebut akan

memberi tumpuan kepada postur badannya semasa menerima bola.

Seterusnya pemain tersebut akan menumpukan kepada perlakuan

menyangga bola tersebut pula. Saya telah meminta subjek saya

berada dalam keadaan berpasangan (enam murid, tiga pasangan).

Kemudian mereka perlu berlatih menyangga secara berpasangan di

mana seorang murid akan bertindak sebagai ‘server’ yang akan

melambung bola kepada pasangannya. Pasangannya pula akan

memberi tumpuan akan postur badannya semasa menerima bola

dengan cara sedar akan perlakuannya kemudian mengubah tumpuan

kepada menyangga bola tersebut.

Teknik ‘visualization’ adalah sejenis teknik yang bersifat seperti

tayangan beberapa slaid gambar dalam minda individu. Apa yang dikatakan

teknik ‘visualization’ sebagai tayangan beberapa slaid gambar adalah kerana ia

merupakan bayangan yang dibuat mengenai sesuatu situasi yang boleh berubah-

ubah. Penulisan Beverly Oden dalam laman web www.about.com menyatakan

bahawa visualisasi adalah perbuatan membayangkan diri anda melaksanakan

kemahiran dengan bentuk sempurna dan pelaksanaan yang sempurna. Terdapat

Page 14: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

14

banyak cara yang berbeza untuk melaksanakannya dan tidak ada cara yang salah.

Anda boleh melakukan visualisasi di dalam bilik yang tenang atau dengan

bermain muzik. Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring. Anda boleh

melakukan visualisasi selama satu minit atau satu jam. Berkaitan dengan tajuk

kajian yang saya lakukan, skrip teknik visualization yang telah saya jalankan

kepada murid seperti berikut :

Dapatkan posisi yang selesa dan sedari pernafasan anda.

Pejamkan mata dan bayangkan diri anda dalam situasi hendak melakukan

aktiviti menyangga bola.

Tarik nafas dan lepaskan.

Tarik nafas dan sewaktu anda lepaskan nafas, rasakan tekanan mulai

keluar dari badan anda.

Tumpukan perhatian hanya pada pernafasan anda, tarik nafas dan

lepaskan.

Jika ada sesuatu yang difikirkan, biarkan dan kemudian lepaskannya

bersama hembusan nafas anda. Jangan ditentang, teruskan pernafasan

anda.

Awasi pernafasan anda, tarik nafas dan lepaskan. Rasakan diri anda

semakin relaks.

Page 15: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

15

Bayangkan diri anda sedang menghulurkan tangan untuk melakukan

kontek pada bola yang sedang jatuh, cuba sangga bola tersebut dengan

tenang.

Tarik nafas, kemudian lepaskan tekanan yang ada.

Bayangkan pula bola jatuh dari ketinggian yang lebih daripada tadi,

tenangkan diri anda kemudian bengkokkan lutut, sangga bola dengan

tangan yang lurus dan dikunci

Tarik nafas, kemudian lepaskan dan rasakan ketenangan yang dibawa.

Bayangkan anda berjaya menyangga bola tersebut dan bola tersebut

sampai kepada rakan pasukan anda dalam keadaan yang baik.

Relakskan muka anda dan sentiasa pastikan diri dalam keadaan yang

tenang.

Tarik nafas dalam-dalam, pastikan anda sedar yang anda sedang menarik

nafas.

Kemudian lepaskan, pernafasan anda sudah semakin perlahan.

Tarik nafas, anda sedar akan diri anda.

Lepaskan, anda sedar badan anda sedang relaks.

Teruskan pernafasan anda.

(Berhenti sejenak)

Page 16: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

16

Bila anda sudah bersedia, tarik nafas dalam-dalam, relaks, buka mata

anda, dan kembali ke situasi nyata.

Teknik ‘imagery’ (imejan) pula bersifat seperti tayangan video dalam

minda individu. Teknik ‘imagery’ dikatakan sebagai tayangan video kerana

seseorang individu dapat membayangkan sesuatu turutan proses tertentu melalui

teknik ini. Menurut Richardson, 1967; Weinberg dan Gould, 1999 (seperti mana

yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2001) definisi ‘imagery’ adalah

ia merupakan satu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara

simbolik dalam minda.

Sebagai contoh, seorang pemain bola tampar yang akan bermain dalam

perlawanan penting pada keesokan harinya akan menggambarkan dalam

mindanya turutan proses untuknya melakukan rejaman bola (spike) kepada pihak

lawan. Pemain tersebut terlebih dahulu akan membayangkan dirinya sedang

melihat bola servis yang dipukul oleh pihak lawan masuk ke dalam kawasan

gelanggang pasukannya. Pemain tersebut akan membayangkan rakan

sepasukannya, A1 menyangga bola tersebut kepada seorang lagi rakan

sepasukannya, A2. Seterusnya pemain tersebut akan membayangkan pemain A2

menyangga bola kepadanya. Pemain tersebut yang telah berada dalam keadaan

bersedia pun melompat tinggi kemudian merejam bola tersebut sekuat hati ke

dalam kawasan gelanggang pihak lawan. Latihan ini dapat membantu pemain

Page 17: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

17

tersebut bersedia untuk menghadapi situasi sebenar keesokan hari seterusnya

meningkatkan keyakinan dirinya.

Semasa latihan ‘imagery’, saya telah meminta subjek saya duduk di

kawasan lapang dan tenang di luar bilik darjah. Tempat yang saya pilih adalah

tempat duduk di bawah pohon yang rendang dalam kawasan sekolah serta di atas

gelanggang bola tampar. Saya meminta setiap subjek saya supaya memejamkan

mata dan mula membayangkan perlakuan mereka melakukan kemahiran

menyangga mengikut turutan perlakuan yang telah saya ajarkan kepada mereka

mengikut teknik perlakuan yang betul.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Dalam bab ini, saya akan membincangkan mengenai analisis yang telah saya

buat terhadap cara-cara mendapatkan data awal selepas melakukan tinjauan

masalah. Cara untuk mendapatkan data awal dalam kajian ini adalah melalui

temu bual dengan jurulatih pasukan, ujian pemerhatian awal dan juga temu bual

dengan subjek kajian.

2.2.1 Temu Bual Jurulatih Pasukan

Bagi mendapatkan data awal, saya telah menjalankan temu bual dengan jurulatih

pasukan, En. Ahmad Shafei bin Yusoff bagi mengetahui kaedah pengajaran yang

pernah digunakan beliau semasa melatih pasukan bola tampar sekolah khususnya

berkaitan teknik menyangga. Skrip temu bual tersebut boleh didapati pada

Page 18: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

18

Lampiran 1. Daripada data temu bual yang diperoleh semasa temu bual dengan

jurulatih pasukan, saya dapati jurulatih pernah menggunakan kaedah pengajaran

demonstrasi serta latih tubi kepada pemain-pemainnya. Beliau juga telah

menyatakan bahawa kurangnya keyakinan diri (self-confidence) dalam diri

pemain-pemain menyebabkan mereka sukar untuk melakukan kemahiran

menyangga mengikut cara yang betul. Menurut beliau, cara menyangga murid

yang salah telah menyebabkan tangan mereka berasa sakit, seterusnya mereka

hilang keyakinan untuk melakukan kemahiran tersebut. Purata pemain pasukan

bola tampar pasukan sekolah tersebut dapat melakukan kemahiran menyangga

secara individu adalah sebanyak lima kali. Walau bagaimanapun, teknik

menyangga perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum bilangan kali

menyangga dapat dipertingkatkan.

2.2.2 Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)

Selain itu, saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra) terhadap

lima belas orang murid tahun lima yang merupakan pemain bola tampar sekolah

semasa sesi latihan pasukan bola tampar tersebut. Sebelum ujian tersebut

dijalankan, saya telah perhatikan bahawa beberapa orang murid mempunyai

kemahiran yang rendah dalam menyangga dan mereka hanya dapat menyangga

lebih kurang dua hingga tiga kali sahaja semasa latihan menyangga secara

individu.

Page 19: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

19

Ujian pemerhatian awal yang saya jalankan itu adalah tertumpu kepada

bilangan perlakuan menyangga dan lima teknik menyangga (rujuk Lampiran 3)

yang mampu dilakukan oleh tiap-tiap 15 orang pemain bola tampar sekolah

tersebut dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda

(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Murid perlu melakukan aktiviti

menyangga dengan ketinggian lambungan bola adalah lebih kurang 2 meter

selepas kontak dengan lengan. Murid hanya diberikan sekali sahaja percubaan.

Saya bertindak selaku ‘server’ iaitu melambung bola kepada murid untuk

disangga. Saya telah menetapkan markah bagi ujian yang dijalankan ini.

Markah tersebut ditentukan berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah

bilangan kali boleh menyangga serta markah teknik menyangga. Kriteria

pemarkahan ujian yang saya jalankan adalah seperti Jadual 1 di halaman

sebelah :

Page 20: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

20

Jadual 1

Kriteria Pemarkahan Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)

Markah bilangan kali

menyangga

Markah teknik menyangga

1 kali = 10 markah

2 kali = 20 markah

3 kali = 30 markah

4 kali = 40 markah

5 kali atau lebih = 50

markah

Berdiri tegak, kaki dibuka seluas

bahu = 10 markah

Lutut direndahkan sedikit

mengikut keselesaan = 10

markah

Lengan diluruskan dan siku

dikunci semasa kontak dengan

bola = 10 markah

Menyerap bola semasa lengan

kontak dengan bola = 10 markah

Ikut lajak selepas lengan kontak

dengan bola = 10 markah

Markah bilangan kali menyangga dan markah teknik menyangga

dicampurkan untuk mendapatkan markah penuh ujian. Markah penuh bilangan

kali menyangga adalah 50 manakala markah penuh teknik menyangga juga 50

Page 21: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

21

menjadikan markah penuh ujian ini adalah 100. Enam orang murid yang

mendapat markah paling rendah telah dijadikan subjek kajian tindakan saya.

Data ujian pemerhatian awal saya dicatatkan di dalam borang senarai semak dan

boleh dirujuk pada Lampiran 3. Analisis data ujian pemerhatian awal yang telah

dijalankan ditunjukkan dalam Rajah 1 berikut :

Rajah 1. Graf Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)

Berdasarkan data dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa markah

keseluruhan tertinggi adalah 90/100 manakala markah keseluruhan terendah

adalah 30/100. Selain itu dapat diperhatikan juga bahawa sembilan orang murid

telah melepasi separuh daripada markah keseluruhan ujian (50 markah) manakala

baki enam orang murid mendapat markah di bawah separuh daripada markah

keseluruhan. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil enam orang murid

20

40

Page 22: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

22

untuk dijadikan subjek kajian tindakan saya. Dalam rajah di atas, enam murid

yang dipilih adalah murid 2, murid 3, murid 7, murid 10, murid 12 dan murid 13.

Bagi memudahkan saya membandingkan data ujian pra dan ujian post, murid 2

diberi nama Subjek 1 (S1), murid 3 sebagai Subjek 2 (S2), murid 7 sebagai

Subjek 3 (S3), murid 10 sebagai Subjek 4 (S4), murid 12 sebagai Subjek 5 (S5)

dan murid 13 sebagai Subjek 6 (S6). Enam orang subjek kajian tersebut

diberikan latihan ‘Mental Rehearsal’ dalam sesi latihan yang seterusnya. Setelah

enam orang subjek kajian saya dipilih, saya memasukkan data ujian pra mereka

ke dalam jadual yang boleh dirujuk dalam Lampiran 4.

Daripada Rajah 1 juga, dapat dibuat analisis bahawa dua belas orang

murid tidak mendapat markah penuh dalam kriteria bilangan menyangga bola.

Hanya tiga orang murid sahaja mendapat markah penuh dalam kriteria bilangan

menyangga bola. Dalam kriteria teknik menyangga pula, kesemua lima belas

orang murid tidak mendapat markah penuh. Oleh hal yang demikian, dapat

dibuat kesimpulan bahawa masalah utama murid dalam menyangga adalah

teknik perlakuan yang salah. Hal ini seterusnya menyebabkan murid sukar untuk

mencapai bilangan menyangga bola yang banyak.

2.2.3 Temu Bual Subjek Kajian

Setelah ujian pemerhatian awal (ujian pra) dilaksanakan dan enam orang subjek

kajian saya dipilih, saya menemu bual enam orang subjek kajian tersebut bagi

mendapatkan maklumat berkaitan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam

Page 23: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

23

teknik menyangga. Skrip penuh temu bual tersebut boleh didapati pada

Lampiran 2. Daripada temu bual yang dijalankan, subjek kajian saya ataupun

responden berasakan bahawa teknik menyangga merupakan satu teknik yang

susah dilakukan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sedutan temu bual berikut :

G : Adakah kamu rasa teknik menyangga ataupun ‘digging’ adalah satu teknik yang susah dilakukan?

S1 : “Susah.”

S2 : “Susah.”

S3 : “Susah.”

S4 : “Susah.”

S5 : “Ya.”

S6 : “Susah.”

Hal ini mungkin terjadi kerana mereka mempunyai masalah kekurangan

keyakinan diri (self-confidence) dalam melakukan kemahiran menyangga.

Masalah keyakinan diri yang rendah mungkin merupakan faktor utama terhadap

kesukaran responden untuk menguasai kemahiran menyangga mengikut

perlakuan teknik yang betul. Dapatan ini diperoleh melalui sedutan temu bual

berikut :

Page 24: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

24

G : Adakah kamu mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah menyebabkan kamu sukar melakukan teknik menyangga dengan cara yang betul?

S1 : “Ya.”

S2 : “Ada.”

S3 : “Ya.”

S4 : “Ya.”

S5 : “Ya.”

S6 : “Ya.”

Kemungkinan juga selain daripada masalah keyakinan diri murid dalam

melakukan kemahiran menyangga, murid turut mempunyai kesalahan kefahaman

terhadap teknik perlakuan menyangga yang sebenarnya. Murid kelihatan masih

lagi kabur tentang teknik melakukan kemahiran menyangga yang betul melalui

jawapan yang diberikan mereka. Dapatan ini diperoleh melalui sedutan temu

bual berikut :

G: Terangkan cara kamu menyangga.

S1 : “…..renggangkan tangan, rapatkan tangan dan pukul.”

S2 : “Tak tahu.”

S3 : “Renggang, tutup, rapat, pukul.”

S4 : “Tutup, rapatkan tangan.”

S5 : “Angkat tangan, tutup, rapat, pukul.”

S6 : “Renggangkan tangan, rapatkan tangan, pukul.”

Page 25: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

25

Saya dapati, masalah menyangga responden tetap berlaku walaupun

mereka selalu bermain bola tampar dan kali terakhir mereka bermain adalah

dalam lingkungan seminggu yang lepas.

G : Adakah kamu selalu bermain bola tampar? Bilakah kali terakhir kamu bermain bola tampar?

S1 : “Selalu juga. Hari khamis lepas.”

S2 : “Selalu. Semalam.”

S3 : “Selalu masa latihan. Selasa, minggu lepas.”

S4 : “Selalu juga. Hari ahad lepas.”

S5 : “Petang selasa dan rabu. Minggu lepas.”

S6 : “Selalu. Semalam.”

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada temu bual dengan responden

yang telah saya jalankan ialah responden menanamkan kepercayaan dalam diri

mereka bahawa kemahiran menyangga merupakan satu kemahiran yang sukar

untuk dilakukan disebabkan kurang keyakinan (self-confidence) dalam diri setiap

responden tersebut. Faktor lain ialah mereka tidak mempunyai pengetahuan yang

cukup mengenai cara perlakuan teknik menyangga yang betul, mungkin akibat

tidak diberikan penerangan yang terperinci oleh jurulatih walaupun mereka

sering bermain bola tampar terutamanya semasa sesi latihan pasukan.

Page 26: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

26

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Am

Secara amnya diharap kajian tindakan yang saya jalankan akan dapat membantu

pengajaran dan program latihan jurulatih atau sesiapa sahaja yang menjalankan

program latihan sukan agar lebih efisien dan bermutu.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya diharap :

1. Murid akan dapat meningkatkan tahap kemahiran menyangga mereka.

2. Murid dapat meningkatkan keyakinan diri (self-confidence) dalam diri

mereka.

3. Murid akan menerapkan penggunaan teknik psikologi (Mental Rehearsal)

untuk meningkatkan kemahiran menyangga.

4. Guru dapat meningkatkan keberkesanan program latihan mereka agar

mendatangkan kesan yang positif terhadap kemahiran murid dan juga

psikologi mereka.

Page 27: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

27

3.3 Soalan Kajian

Adakah kaedah ‘Mental Rehearsal’ dapat membantu menaikkan keyakinan diri

(self-confidence) murid seterusnya meningkatkan kemahiran menyangga murid?

Page 28: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

28

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan enam orang murid lelaki tahun 5 daripada pasukan bola

tampar Sekolah Kebangsaan Clifford. Enam orang murid ini merupakan subjek

dalam kajian tindakan saya dan mereka telah mencatatkan markah bawah

separuh daripada markah keseluruhan ujian pemerhatian awal (ujian pra) yang

dijalankan terhadap 15 orang pemain bola tampar tahun 5 sekolah tersebut. Saya

telah memilih enam murid ini sebagai kumpulan kawalan (menggunakan latihan

‘Mental Rehearsal’). Saya sangat berharap dapat meningkatkan tahap keyakinan

diri setiap pelajar dalam kumpulan kawalan ini seterusnya meningkatkan tahap

kemahiran menyangga murid-murid tersebut menggunakan pendekatan psikologi

iaitu kaedah ‘Mental Rehearsal’.

Saya memilih subjek yang tidak terlalu ramai bagi memudahkan saya

memberi fokus terhadap usaha membantu mereka meningkatkan tahap kemahiran

menyangga dengan menggunakan kaedah ‘Mental Rehearsal’. Murid-murid ini

merupakan pemain yang mewakili sekolah dalam permainan bola tampar dan

masih berpeluang mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar pada tahun

hadapannya kerana masih berada pada tahun lima. Oleh itu, saya sangat berharap

agar mereka dapat menggunakan segala input yang telah saya berikan semasa

latihan agar dapat diaplikasikan dalam pertandingan pada masa akan datang.

Melalui pemerhatian saya ketika sesi latihan terdahulu iaitu sebelum

mempraktikkan kaedah ‘Mental Rehearsal’, terdapat beberapa orang murid masih

tidak dapat meningkatkan kemahiran menyangga mereka walaupun sudah

Page 29: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

29

menjalani sesi latihan pasukan untuk kali yang ke empat di bawah tunjuk ajar

jurulatih pasukan, En. Ahmad Shafei bin Yusoff. Mereka dilihat masih lagi gagal

untuk melakukan kemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul dan

sering mengulangi kesalahan yang sama. Oleh sebab itu, saya telah menjalankan

kajian tindakan dengan memberi tumpuan kepada enam orang murid sahaja untuk

dimasukkan dalam kumpulan kawalan dan saya akan lihat sama ada mereka dapat

untuk meningkatkan kemahiran menyangga dari semasa ke semasa melalui ujian

yang telah saya jalankan ataupun sebaliknya.

Page 30: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

30

5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan model kajian

tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang saya peroleh daripada penulisan blog

bertajuk Tugasan Kelas: Model Kajian Tindakan oleh Aini (2009) sebagai

panduan prosedur perlaksanaan. Terdapat lima langkah penting dalam model ini

untuk menjalankan sesebuah kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut adalah

‘plan’ (merancang), ‘action’ (bertindak), ‘observe’ (memerhati), ‘reflect’

(membuat refleksi) dan ‘revised plan’ (merancang semula). Saya perlu

menjalankan kajian tindakan ini mengikut urutan-urutan prosedur yang terdapat

dalam model tersebut. Turutan langkah-langkah yang terdapat dalam model

Kemmis & McTaggert (1988) ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :

Rajah 2. Langkah-langkah Model Kemmis & McTaggart (1988)

Page 31: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

31

5.1.1 Langkah ‘Plan’ (Merancang)

Semasa langkah ‘plan’, saya telah merancang suatu kaedah yang boleh digunakan

bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid saya dalam pasukan bola tampar

sekolah. Saya dapati masalah utama mereka adalah dalam kemahiran menyangga

bola. Setelah diperhatikan mimik muka dan perlakuan menyangga mereka yang

kelihatan seakan-akan tiada keyakinan serta hasil temu bual yang telah saya

jalankan, saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid tersebut mempunyai

masalah keyakinan diri (self-confidence) yang rendah untuk melakukan

kemahiran menyangga bola menyebabkan mereka tidak dapat menyangga dengan

teknik yang betul. Oleh hal yang demikian, saya telah merancang untuk

menggunakan kaedah ‘Mental Rehearsal’ bagi meningkatkan kemahiran

menyangga murid yang saya latih. Saya telah mengambil 6 orang murid lelaki

tahun 5 daripada pasukan bola tampar sekolah untuk dijadikan subjek dalam

kajian tindakan saya. Mereka merupakan murid yang gagal mendapat markah

melepasi separuh daripada markah penuh ujian (bawah 50 markah) selepas

dijalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra). Semasa langkah ‘pelan’ ini, saya

merancang untuk memberikan latihan-latihan yang terdapat dalam kaedah

‘Mental Rehearsal’ iaitu latihan teknik pernafasan, latihan ‘self-talk’ (bicara

kendiri), latihan konsentrasi, latihan ‘visualization’ (visualisasi) dan latihan

‘imagery’ (imejan). Mengikut perancangan yang telah saya buat, latihan teknik

pernafasan dijalankan terlebih dahulu semasa sesi latihan subjek kajian, diikuti

latihan ‘self-talk’ pada sesi latihan berikutnya, dan seterusnya latihan konsentrasi,

latihan ‘visualization’ dan juga latihan ‘imagery’.

Page 32: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

32

5.1.2 Langkah ‘Action’ (Bertindak)

Semasa langkah ‘action’ pula, saya telah menjalankan lima jenis latihan yang

terdapat dalam kaedah ‘Mental Rehearsal’ kepada enam orang subjek kajian saya

yang dipilih hasil daripada ujian pemerhatian awal mengikut perancangan yang

telah dibuat. Saya telah menjalankan latihan kaedah ‘Mental Rehearsal’ selepas

setiap sesi latihan pasukan bola tampar kepada enam orang subjek tersebut. Setiap

sesi latihan ‘Mental Rehearsal’ dijalankan selama 30 minit selepas latihan

pasukan selama dua jam. Latihan pasukan bola tampar sekolah tersebut adalah

pada hari selasa dan rabu setiap minggu. Melalui sebuah jurnal yang saya dapati

daripada laman web yang ditulis oleh J. Driskell, C. Copper, & A. Moran (1994)

dalam “Mental Practice Enhance Performance?” yang diterbitkan oleh The

American Psychological Association, Inc., tempoh masa untuk menjalankan

sesuatu latihan mental adalah berubah-ubah antara 30 saat (Weinberg & Jackson,

1985) hingga 80 minit (Kelly, 1965).

Bagi latihan yang pertama iaitu latihan pernafasan, saya menjalankan

dua cara latihan pernafasan iaitu latihan pernafasan sambil duduk dan latihan

pernafasan sambil berdiri. Tempat saya menjalankan latihan ini adalah di dalam

bilik yang ditutup dan di kawasan yang tenang berhampiran taman bunga sekolah.

Cara perlakuan latihan tersebut adalah seperti berikut :

Teknik Pernafasan Sambil Berdiri :

1. Berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu.

Page 33: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

33

2. Bengkokkan lutut sedikit mengikut keselesaan untuk merendahkan pusat

graviti.

3. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan naikkan bahagian abdomen.

4. Buang nafas tersebut melalui hidung dan mulut.

Teknik Pernafasan Sambil Duduk :

1. Duduk dalam posisi badan yang selesa, kaki dibuka seluas bahu dengan

kedua-dua tapak kaki rapat ke lantai.

2. Tangan diletakkan di atas riba secara relaks.

3. Badan tegak dan buka dada anda.

4. Kepala terletak ringan di atas tengkuk.

5. Pastikan kepala, tengkuk dan badan anda lurus dan berada dalam keadaan

seimbang.

6. Tarik nafas melalui hidung dengan ritma yang dalam, panjang serta

perlahan.

7. Hembuskan nafas melalui hidung dan mulut secara perlahan, panjang dan

dalam.

Page 34: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

34

Kemudian, bagi sesi latihan seterusnya saya telah menggunakan latihan

‘self-talk’ (bicara kendiri) pula. Latihan ‘self-talk’ adalah latihan yang

memerlukan dialog dalaman subjek kajian. Oleh itu, saya meminta setiap subjek

kajian saya supaya berdialog ataupun bercakap dengan diri mereka sendiri tanpa

mengeluarkan suara. Latihan ini juga dijalankan di dalam bilik yang tertutup dan

di kawasan yang berdekatan dengan taman bunga sekolah. Saya membacakan

skrip ‘self-talk’ ketika mereka duduk dan mereka hanya perlu memejamkan mata

dan bersoal jawab dengan diri sendiri menerusi skrip yang diberikan. Saya telah

menetapkan skrip ‘self-talk’ seperti berikut :

“Saya memiliki keupayaan yang sama dengan pemain yang lain. Saya

yakin saya dapat melakukan kemahiran menyangga dengan baik tanpa

sebarang masalah.”

“Kemahiran menyangga bukanlah susah dilakukan seperti yang saya

fikirkan dahulu. Saya pasti saya akan dapat menguasainya pada masa

akan datang.”

“Saya yakin saya boleh melakukan teknik menyangga dengan cara yang

betul. Hanya beberapa langkah saja untuk melakukannya, saya pasti

boleh!”

“Pasukan ini memerlukan khidmat saya, oleh itu saya akan berlatih

bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kemahiran menyangga ke

tahap yang lebih baik.”

Page 35: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

35

Dalam latihan yang seterusnya iaitu latihan konsentrasi, saya telah

menjalankan aktiviti-aktiviti berikut iaitu :

1. Fokus kepada objektif sukan

Saya telah meminta setiap subjek untuk menyatakan objektif mereka

menyertai pasukan bola tampar sekolah. Kemudian, mereka perlu

sentiasa ingat dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut dengan

cara berlatih bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan pemikiran

negatif yang lahir daripada diri sendiri seperti perasaan kurang yakin

terhadap kebolehan diri.

2. Pemusatan

Saya telah meminta subjek saya berada dalam keadaan berpasangan

(enam murid, tiga pasangan). Kemudian mereka perlu berlatih

menyangga secara berpasangan di mana seorang murid akan bertindak

sebagai ‘server’ yang akan melambung bola kepada pasangannya.

Pasangannya pula akan memberi tumpuan akan postur badannya

semasa menerima bola dengan cara sedar akan perlakuannya kemudian

mengubah tumpuan kepada menyangga bola tersebut. Latihan ini

dijalankan secara ansur maju iaitu dimulakan tanpa bola terlebih

dahulu kemudian dijalankan secara dengan bola.

Page 36: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

36

Kemudian, saya menjalankan latihan ‘visualization’ kepada subjek

kajian. Latihan visualization’ adalah bayangan yang dibuat mengenai situasi

yang berubah-ubah. Skrip teknik visualization yang telah saya jalankan kepada

subjek kajian saya seperti berikut :

Dapatkan posisi yang selesa dan sedari pernafasan anda.

Pejamkan mata dan bayangkan diri anda dalam situasi hendak melakukan

aktiviti menyangga bola.

Tarik nafas dan lepaskan.

Tarik nafas dan sewaktu anda lepaskan nafas, rasakan tekanan mulai

keluar dari badan anda.

Tumpukan perhatian hanya pada pernafasan anda, tarik nafas dan

lepaskan.

Jika ada sesuatu yang difikirkan, biarkan dan kemudian lepaskannya

bersama hembusan nafas anda. Jangan ditentang, teruskan pernafasan

anda.

Awasi pernafasan anda, tarik nafas dan lepaskan. Rasakan diri anda

semakin relaks.

Bayangkan diri anda sedang menghulurkan tangan untuk melakukan

kontak pada bola yang sedang jatuh, cuba sangga bola tersebut dengan

tenang.

Page 37: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

37

Tarik nafas, kemudian lepaskan tekanan yang ada.

Bayangkan pula bola jatuh dari ketinggian yang lebih daripada tadi,

tenangkan diri anda kemudian bengkokkan lutut, sangga bola dengan

tangan yang lurus dan dikunci

Tarik nafas, kemudian lepaskan dan rasakan ketenangan yang dibawa.

Bayangkan anda berjaya menyangga bola tersebut dan bola tersebut

sampai kepada rakan pasukan anda dalam keadaan yang baik.

Relakskan muka anda dan sentiasa pastikan diri dalam keadaan yang

tenang.

Tarik nafas dalam-dalam, pastikan anda sedar yang anda sedang menarik

nafas.

Kemudian lepaskan, pernafasan anda sudah semakin perlahan.

Tarik nafas, anda sedar akan diri anda.

Lepaskan, anda sedar badan anda sedang relaks.

Teruskan pernafasan anda.

(Berhenti sejenak)

Bila anda sudah bersedia, tarik nafas dalam-dalam, relaks, buka mata

anda, dan kembali ke situasi nyata.

Page 38: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

38

Latihan yang berikutnya adalah latihan ‘imagery’. Semasa latihan

‘imagery’, saya telah meminta subjek saya duduk di kawasan lapang dan tenang

di luar bilik darjah. Tempat yang saya pilih adalah tempat duduk di bawah pohon

yang rendang dalam kawasan sekolah serta di atas gelanggang bola tampar. Saya

meminta setiap subjek saya supaya memejamkan mata dan mula membayangkan

perlakuan mereka melakukan kemahiran menyangga mengikut turutan perlakuan

yang telah saya ajarkan kepada mengikut teknik yang betul. Latihan ini

dijalankan secara ansur maju di mana murid perlu membayangkan dalam minda

mereka tentang perlakuan menyangga bola tanpa perlakuan fizikal kemudian

pada tahap seterusnya, mereka perlu membayangkan dalam minda mereka

tentang perlakuan menyangga bola dengan perlakuan fizikal.

5.1.3 Langkah ‘Observe’ (Memerhati)

Semasa langkah ‘observe’ saya telah menjalankan ujian pos terhadap enam orang

subjek kajian saya. Ujian pos yang saya jalankan adalah ujian yang sama seperti

ujian pra yang terdahulu iaitu untuk menguji bilangan perlakuan menyangga

yang mampu dilakukan murid dan lima teknik menyangga yang sepatutnya

dilakukan mereka dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan

penanda (marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Murid perlu melakukan aktiviti

menyangga dengan ketinggian lambungan bola adalah lebih kurang 2 meter

selepas kontak dengan lengan. Murid hanya diberikan sekali sahaja percubaan.

Saya bertindak selaku ‘server’ iaitu melambung bola kepada murid untuk

Page 39: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

39

disangga. Saya telah menetapkan markah bagi ujian yang dijalankan ini. Markah

tersebut ditentukan berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan

kali boleh menyangga serta markah teknik menyangga. Data ujian pos dicatatkan

di dalam borang senarai semak.

5.1.4 Langkah ‘Reflect’ (Membuat Refleksi)

Selepas menjalankan ujian post, saya telah membuat refleksi sama ada kajian

yang saya jalankan berjaya ataupun tidak. Refleksi yang dibuat menjelaskan

aspek-aspek merangkumi kekuatan serta kelemahan kajian yang telah saya

jalankan ini. Sekiranya kajian saya tidak mencapai kejayaan, saya perlu

melakukan refleksi mengapa kajian tersebut tidak berjaya serta menyatakan

cadangan penambahbaikannya. Sekiranya kajian saya berjaya, saya boleh

mengutarakan kajian saya ini sebagai panduan pengkaji-pengkaji atau guru-guru

untuk mereka gunakan dalam kajian mereka kelak atau untuk dipraktikkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

5.1.5 Langkah ‘Revised Plan’ (Merancang Semula)

Sekiranya selepas dijalankan ujian pos, subjek kajian saya mencatatkan markah

yang lebih rendah berbanding semasa ujian pra, atau tiada peningkatan ataupun

mencatatkan markah bawah separuh daripada markah penuh (bawah 50 markah),

saya akan menjalankan langkah ‘revised plan’ iaitu merancang semula sebuah

Page 40: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

40

kaedah baru yang boleh digunakan sebagai alternatif lain bagi meningkatkan

kemahiran menyangga subjek yang masih gagal mencatatkan pencapaian

melepasi 50 markah dalam ujian pos. Langkah ‘revised plan’ merupakan sebuah

langkah yang terdapat dalam gelungan kedua Model Kemmis. Pengkaji perlu

menjalankan semula ujian pos yang baru setelah melaksanakan kaedah baru ke

atas subjek yang gagal dalam ujian pos sebelum itu. Kaedah baru yang saya

rancang adalah penggunaan tayangan video bagi meningkat keyakinan diri

murid seterusnya membantu mereka melakukan kemahiran menyangga

bola tampar dengan cara yang betul. Menurut Robert W. Christina, Jamie V.

Barresi dan Paul Shaffner (seperti mana yang dicatatkan oleh Suhaimi, 2003),

latihan menggunakan tayangan video yang menggambarkan permainan sebenar

seperti yang dilihat di dalam pertandingan, dipercayai merupakan suatu kaedah

yang sangat berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya dapat

membantu meningkatkan ketepatan persepsi.

Setelah dijalankan ujian pos, sememangnya terdapat subjek yang gagal

mendapat markah melepasi separuh daripada markah penuh ujian. Terdapat dua

orang subjek yang gagal dalam ujian pos; salah seorang mencatatkan

peningkatan dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra tetapi markahnya

masih bawah 50 markah manakala seorang lagi tidak mencatatkan sebarang

peningkatan. Kedua-dua orang subjek tersebut diberikan kaedah tayangan video

mengenai cara-cara untuk melakukan kemahiran menyangga dengan cara yang

betul selain tayangan pemain-pemain bola tampar profesional melakukan

kemahiran menyangga semasa pertandingan. Setelah ditunjukkan tayangan

Page 41: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

41

video, dua orang subjek tersebut diminta melakukan semula kemahiran

menyangga seperti yang dilihat dalam video.

Secara ringkasnya, turutan langkah dalam gelung kedua model Kemmis

adalah ‘revised plan’ (merancang semula), ‘action’ (bertindak), ‘observe’

(memerhati), dan ‘reflect’ (membuat refleksi). Setelah dirancang kaedah yang

baru, pengkaji perlu menjalankan prosedur pelaksanaan kaedah tersebut, diikuti

melakukan pemerhatian atau ujian, seterusnya melakukan refleksi.

5.2 Cara Mengumpul Data

Dalam bab ini saya akan menghuraikan kaedah mengumpul data mengikut

turutan kajian seperti berikut :

5.2.1 Temu Bual Jurulatih Pasukan

Temu bual telah saya jalankan temu bual dengan jurulatih pasukan, En. Ahmad

Shafei bin Yusoff bagi mengetahui kaedah pengajaran yang pernah digunakan

beliau semasa melatih pasukan bola tampar sekolah khususnya berkaitan teknik

menyangga. Cara mengumpul data temu bual dengan jurulatih pasukan telah

saya terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan Masalah.

Page 42: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

42

5.2.2 Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)

Selain itu, saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra) terhadap

lima belas orang murid tahun 5 yang merupakan pemain bola tampar sekolah

semasa sesi latihan pasukan bola tampar tersebut. Ujian pemerhatian awal yang

saya jalankan itu adalah tertumpu kepada bilangan perlakuan menyangga dan

lima teknik menyangga yang mampu dilakukan oleh tiap-tiap lima belas orang

pemain bola tampar sekolah tersebut dalam grid segi empat sama yang dibentuk

menggunakan penanda (marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Markah bilangan

perlakuan menyangga yang mampu dilakukan dan markah lima teknik

menyangga yang betul dikumpulkan untuk mendapatkan markah akhir. Setelah

data ujian diperoleh, enam orang murid yang mendapat markah terendah dipilih

sebagai subjek dalam kajian tindakan saya. Cara mengumpul data ujian

pemerhatian awal telah saya terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan

Masalah.

5.2.3 Temu Bual Subjek Kajian

Setelah ujian pemerhatian awal (ujian pra) dilaksanakan dan enam orang subjek

kajian saya dipilih, saya menemu bual enam orang subjek kajian tersebut bagi

mendapatkan maklumat berkaitan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam

teknik menyangga. Cara mengumpul data temu bual subjek kajian telah saya

terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan Masalah.

Page 43: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

43

5.2.4 Ujian Pos

Saya menjalankan ujian pos bagi mendapatkan data selepas latihan kaedah

‘Mental Rehearsal’ diberikan kepada enam orang subjek kajian saya. Ujian pos

yang saya jalankan adalah bagi menguji bilangan perlakuan menyangga yang

mampu dilakukan murid dan lima teknik menyangga yang sepatutnya dilakukan

mereka dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda

(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Tinggi lambungan bola selepas kontak

dengan lengan adalah lebih kurang 2 meter. Saya bertindak selaku ‘server’ iaitu

melambung bola kepada murid untuk disangga. Saya telah menetapkan markah

bagi ujian yang dijalankan ini. Markah tersebut ditentukan berdasarkan dua

kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan kali boleh menyangga serta markah

teknik menyangga. Kriteria pemarkahan ujian ini adalah seperti dalam Jadual 2

halaman sebelah :

Page 44: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

44

Jadual 2

Kriteria Pemarkahan Ujian Pos

Markah bilangan kali

menyangga

Markah teknik menyangga

1 kali = 10 markah

2 kali = 20 markah

3 kali = 30 markah

4 kali = 40 markah

5 kali atau lebih = 50

markah

Berdiri tegak, kaki dibuka seluas

bahu = 10 markah

Lutut direndahkan sedikit

mengikut keselesaan = 10

markah

Lengan diluruskan dan siku

dikunci semasa kontak dengan

bola = 10 markah

Menyerap bola semasa lengan

kontak dengan bola = 10 markah

Ikut lajak selepas lengan kontak

dengan bola = 10 markah

Markah bilangan kali menyangga dan markah teknik menyangga

dicampurkan untuk mendapatkan markah penuh ujian. Markah penuh bilangan

kali menyangga adalah 50 manakala markah penuh teknik menyangga juga 50

Page 45: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

45

menjadikan markah penuh ujian ini adalah 100. Saya mengumpulkan data ujian

pos kajian saya dalam borang senarai semak. Borang senarai semak ujian pos

kajian saya boleh didapati dalam Lampiran 5. Analisis data ujian pemerhatian

awal yang telah dijalankan ditunjukkan dalam Rajah 3 berikut :

Rajah 3. Graf Ujian Pos Subjek Kajian

Berdasarkan data dalam Rajah 3, dapat diperhatikan bahawa markah

keseluruhan tertinggi yang dicatatkan subjek kajian adalah 80/100 manakala

markah keseluruhan terendah subjek kajian adalah 40/100. Selain itu dapat

diperhatikan juga bahawa empat orang subjek kajian telah melepasi separuh

daripada markah keseluruhan ujian (50 markah) manakala baki dua orang murid

mendapat markah di bawah separuh daripada markah keseluruhan.

Page 46: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

46

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Dalam bab ini saya akan membincangkan mengenai cara saya menganalisis dan

menginterpretasikan data ujian pos yang telah saya jalankan kepada enam orang

subjek kajian. Saya juga akan membandingkan peratus pencapaian markah

subjek kajian secara individu dan keseluruhan.

6.1 Analisis Data Individu

Dalam bahagian ini, saya akan menganalisis data setiap subjek kajian dengan

cara membandingkan pencapaian ujian pos dengan ujian pra dan mendapatkan

peratusannya.

6.1.1 Analisis Data Subjek 1 (S1)

Bagi subjek kajian pertama, S1 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 4 berikut :

Rajah 4. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 1

Page 47: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

47

Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat bahawa S1 telah mencapai

peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah

penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).

Markah akhir S1 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.

Markah akhir S1 dalam ujian pos pula adalah 70 menjadikannya 70 peratus. Ini

menunjukkan bahawa S1 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 30

markah bersamaan peningkatan sebanyak 30 peratus.

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S1 telah

mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 50

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S1 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti

berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S1 = 30 × 100

= 60%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S1 = 50 × 100

= 100%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S1 = 100% - 60%

= 40%

50

50

Page 48: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

48

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S1 telah

mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S1 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S1 = 10 × 100

= 20%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S1 = 20 × 100

= 40%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S1 = 40% - 20%

= 20%

50

50

Page 49: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

49

6.1.2 Analisis Data Subjek 2 (S2)

Bagi subjek kajian kedua, S2 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 5 berikut :

Rajah 5. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 2

Berdasarkan Rajah 5, dapat dilihat bahawa S2 telah mencapai

peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah

penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).

Markah akhir S2 dalam ujian pra adalah 30 markah menjadikannya 30 peratus.

Markah akhir S2 dalam ujian pos pula adalah 40 menjadikannya 40 peratus. Ini

menunjukkan bahawa S2 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 10

markah bersamaan peningkatan sebanyak 10 peratus.

Page 50: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

50

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S2 telah

mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S2 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti

berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S2 = 10 × 100

= 20%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S2 = 20 × 100

= 40%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S2 = 40% - 20%

= 20%

50

50

Page 51: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

51

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S2 telah

mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus perubahan

markah S2 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S2 = 20 × 100

= 40%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S2 = 20 × 100

= 40%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S2 = 40% - 40%

= 0% (Tiada perubahan)

50

50

Page 52: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

52

6.1.3 Analisis Data Subjek 3 (S3)

Bagi subjek kajian ketiga, S3 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 6 berikut :

Rajah 6. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 3

Berdasarkan Rajah 6, dapat dilihat bahawa S3 telah mencapai

peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah

penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).

Markah akhir S3 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.

Markah akhir S3 dalam ujian pos pula adalah 80 menjadikannya 80 peratus. Ini

menunjukkan bahawa S3 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 40

markah bersamaan peningkatan sebanyak 40 peratus.

Page 53: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

53

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S3 telah

mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S3 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti

berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S3 = 20 × 100

= 40%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S3 = 40 × 100

= 80%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S3 = 80% - 40%

= 40%

50

50

Page 54: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

54

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S3 telah

mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S3 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S3 = 20 × 100

= 40%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S3 = 40 × 100

= 80%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S3 = 80% - 40%

= 40%

50

50

Page 55: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

55

6.1.4 Analisis Data Subjek 4 (S4)

Bagi subjek kajian keempat, S4 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 7 berikut :

Rajah 7. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 4

Berdasarkan Rajah 7, dapat dilihat bahawa S4 telah mencapai

peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah

penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).

Markah akhir S4 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.

Markah akhir S4 dalam ujian pos pula adalah 60 menjadikannya 60 peratus. Ini

menunjukkan bahawa S4 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 20

markah bersamaan peningkatan sebanyak 20 peratus.

Page 56: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

56

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S4 telah

mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S4 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti

berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S4 = 30 × 100

= 60%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S4 = 40 × 100

= 80%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S4 = 80% - 60%

= 20%

50

50

Page 57: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

57

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S4 telah

mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S4 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S4 = 10 × 100

= 20%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S4 = 20 × 100

= 40%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S4 = 40% - 20%

= 20%

50

50

Page 58: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

58

6.1.5 Analisis Data Subjek 5 (S5)

Bagi subjek kajian kelima, S5 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 8 berikut :

Rajah 8. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 5

Berdasarkan Rajah 8, dapat dilihat bahawa S5 telah mencapai

peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah

penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).

Markah akhir S5 dalam ujian pra adalah 30 markah menjadikannya 30 peratus.

Markah akhir S5 dalam ujian pos pula adalah 50 menjadikannya 50 peratus. Ini

menunjukkan bahawa S5 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 20

markah bersamaan peningkatan sebanyak 20 peratus.

Page 59: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

59

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S5 telah

mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

perubahan markah S5 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S5 = 20 × 100

= 40%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S5 = 20 × 100

= 40%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S5 = 40% - 40%

= 0% (Tiada perubahan)

50

50

Page 60: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

60

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S5 telah

mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 30

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S5 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S5 = 10 × 100

= 20%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S5 = 30 × 100

= 60%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S5 = 60% - 20%

= 40%

50

50

Page 61: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

61

6.1.6 Analisis Data Subjek 6 (S6)

Bagi subjek kajian keenam, S6 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos

ditunjukkan dalam Rajah 9 berikut :

Rajah 9. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 6

Berdasarkan Rajah 9, dapat dilihat bahawa markah S6 adalah sekata

antara ujian pos dengan ujian pra. Markah penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan

ujian pos adalah 100 markah (100 peratus). Markah akhir S6 dalam ujian pra

adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus. Markah akhir S6 dalam ujian pos

pula adalah 40 menjadikannya 40 peratus. Ini menunjukkan bahawa S6 tidak

mencatatkan perubahan markah keseluruhan.

Page 62: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

62

Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S6 telah

mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 30

markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus

perubahan markah S6 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S6 = 30 × 100

= 60%

Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S6 = 30 × 100

= 60%

Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S6 = 60% - 60%

= 0% (Tiada perubahan)

50

50

Page 63: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

63

Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S6 telah

mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 10

markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus

peningkatan markah S6 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :

Peratus markah teknik menyangga ujian pra S6 = 10 × 100

= 20%

Peratus markah teknik menyangga ujian pos S6 = 10 × 100

= 20%

Peratus peningkatan markah teknik menyangga S6 = 20% - 20%

= 0% (Tiada perubahan)

50

50

Page 64: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

64

6.2 Analisis Data Keseluruhan

Dalam bahagian ini, saya akan menganalisis data keseluruhan subjek kajian

dengan cara membandingkan pencapaian ujian pos dengan ujian pra dan

mendapatkan peratusannya. Jadual 3 berikut menunjukkan pencapaian subjek

dalam ujian pra berserta peratusannya :

Jadual 3

Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pra

SUBJEK JUMLAH MARKAH PERATUS (%)

Subjek 1 40 40

Subjek 2 30 30

Subjek 3 40 40

Subjek 4 40 40

Subjek 5 30 30

Subjek 6 40 40

Page 65: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

65

Jadual 4 berikut pula menunjukkan pencapaian subjek dalam ujian pos

berserta peratusannya :

Jadual 4

Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pos

SUBJEK JUMLAH MARKAH PERATUS (%)

Subjek 1 70 70

Subjek 2 40 40

Subjek 3 80 80

Subjek 4 60 60

Subjek 5 50 50

Subjek 6 40 40

Dalam Jadual 4 tersebut, menunjukkan peratus pencapaian enam orang

subjek kajian dalam ujian pos yang telah dijalankan. Markah terendah subjek

kajian dalam ujian pos adalah 40 manakala markah tertinggi subjek kajian dalam

ujian pos adalah 80. Terdapat dua orang subjek kajian yang mendapat markah

40, seorang mendapat markah 50, seorang mendapat markah 60, seorang

mendapat markah 70 dan seorang juga mendapat markah 80. Empat orang subjek

berjaya melepasi separuh daripada markah penuh ujian (50), manakala dua yang

Page 66: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

66

lain mencatatkan bawah daripada separuh markah penuh ujian. Kedua-dua murid

yang mencatatkan markah bawah separuh daripada markah penuh ujian tersebut

mencatatkan 40 markah.

Jadual 5 berikut menunjukkan peningkatan pencapaian responden dalam

ujian pra-pos serta peratusannya :

Jadual 5

Peratus Peningkatan Subjek Kajian Dalam Ujian Pra-Pos

SUBJEK

KAJIAN

MARKAH

UJIAN PRA UJIAN POS

PERATUS

PENINGKATAN

(%)

Subjek 1 40 70 30

Subjek 2 30 40 10

Subjek 3 40 80 40

Subjek 4 40 60 20

Subjek 5 30 50 20

Subjek 6 40 40 0

Page 67: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

67

Data dalam Rajah 10 berikut dapat mewakili data perbandingan markah

yang dicatatkan kesemua subjek dalam ujian pra-pos yang terdapat dalam Jadual

5 tadi:

Rajah 10. Graf Peningkatan Pencapaian Subjek Dalam Ujian Pra-Pos

Bilangan subjek yang meningkat pencapaian = 5 orang

Peratus subjek yang meningkat pencapaian = 5 × 100

= 83.33%

6

Page 68: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

68

Bilangan subjek yang tidak meningkat pencapaian (sama) = 1 orang

Peratus subjek yang tidak meningkat pencapaian (sama) = 1 × 100

= 16.67%

Data dalam Jadual 5 dan Rajah 10 telah menunjukkan perbandingan

peratus pencapaian subjek antara ujian pra dengan ujian pos yang telah

dijalankan. Berdasarkan jadual berkenaan, didapati bahawa kadar peningkatan

pencapaian adalah antara 0% hingga 40%. Terdapat dua orang subjek yang

pencapaiannya bawah 50% daripada markah penuh ujian dan salah seorang

subjek tersebut tidak mengalami sebarang peningkatan (0%) dalam ujian pos

yang dijalankan. Seorang subjek mencatat peningkatan pencapaian markah

sebanyak 10%, dua orang mencatat pencapaian peningkatan markah sebanyak

20%, seorang mencatat peningkatan pencapaian markah sebanyak 30% dan

seorang mencatat peningkatan pencapaian markah yang tertinggi keseluruhan

iaitu sebanyak 40%.

Secara keseluruhannya, seramai 5 orang subjek iaitu 83.33% daripada

jumlah keseluruhan subjek menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

menyangga bola tampar menerusi latihan kaedah ‘Mental Rehearsal’ manakala

seorang subjek mewakili 16.67% daripada jumlah keseluruhan subjek tidak

menunjukkan sebarang peningkatan menerusi latihan kaedah ‘Mental Rehearsal’

ini. Data ini boleh diwakili oleh carta pai dalam Rajah 11 berikut :

6

Page 69: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

69

`

Rajah 11. Peratusan Peningkatan Pencapaian Subjek

Majoriti subjek iaitu seramai lima orang subjek menunjukkan

peningkatan dalam ujian menyangga bola tampar. Hanya dua orang murid sahaja

masih tidak berjaya mencatatkan markah melepasi separuh daripada markah

keseluruhan ujian (50 markah) dan salah seorang daripadanya tidak mencatatkan

peningkatan markah ujiannya. Secara keseluruhannya, kaedah ‘Mental

Rehearsal’ yang dijalankan berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri pemain

Page 70: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

70

bola tampar lelaki tahun 5 Sekolah Kebangsaan Clifford dalam kemahiran

menyangga bola. Perbincangan selanjutnya adalah dalam bab 7.0.

6.3 Analisis Data ‘Revised Plan’

Berdasarkan data yang direkodkan dalam ujian pos, dua orang subjek telah gagal

untuk mencapai keputusan 50 markah dan ke atas. Salah seorang mencatatkan

peningkatan markah ujian pos berbanding semasa ujian pra tetapi masih lagi di

bawah 50 markah manakala seorang lagi tidak mencatatkan sebarang

peningkatan. Oleh hal itu, saya telah mengecilkan jumlah subjek kepada dua

orang sahaja untuk dilaksanakan kaedah yang baru bagi mengatasi masalah

tersebut. Subjek 2 dan Subjek 6 yang memperoleh 40 markah dalam ujian pos

terdahulu telah dipilih sebagai subjek dalam penggunaan kaedah baru yang saya

gunakan. Kaedah baru yang saya jalankan adalah penggunaan tayangan video

bagi meningkat keyakinan diri murid seterusnya membantu mereka melakukan

kemahiran menyangga bola tampar dengan cara yang betul.

Prosedur ujian pos ‘Revised Plan’ yang saya jalankan untuk kaedah ini

adalah sama seperti prosedur ujian pos yang terdahulu. Keputusan ujian pos

‘Revised Plan’ bagi dua orang subjek kajian tersebut dapat dirujuk dalam

Lampiran 6. Data hasil ujian pos ‘Revised Plan’ yang saya jalankan ditunjukkan

dalam Jadual 6 di halaman sebelah :

Page 71: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

71

Jadual 6

Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pos ‘Revised Plan’

SUB

JEK

MA

RK

AH

B

ILA

NG

AN

M

EN

YA

NG

GA

MA

RK

AH

T

EK

NIK

M

EN

YA

NG

GA

JUM

LA

H

MA

RK

AH

PEN

ING

KA

TA

N

(%)

Subjek 2 30 20 50 10

Subjek 6 30 30 60 20

Daripada Jadual 6 tersebut, dapat dilihat bahawa Subjek 2 dan Subjek 6

telah berjaya mencapai keputusan melepasi 50 markah setelah dijalankan ujian

pos ‘Revised Plan’. Markah keseluruhan Subjek 2 dalam ujian pos ‘Revised

Plan’ adalah 50 berbanding markahnya semasa ujian pos terdahulu. Markah

keseluruhan Subjek 6 pula dalam ujian pos ‘Revised Plan’ adalah 60 berbanding

semasa ujian pos yang terdahulu. Subjek 2 telah mencatatkan peningkatan

markah sebanyak 10% manakala Subjek 6 mencatat peningkatan markah

sebanyak 20%. Hal ini membuktikan bahawa kaedah tayangan video sedikit

sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid untuk melakukan

kemahiran menyangga bola tampar dengan cara yang betul di samping

penggunaan kaedah ‘Mental Rehearsal’.

Page 72: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

72

7.0 DAPATAN

Dalam bab ini, saya akan membincangkan mengenai dapatan daripada hasil

keputusan dan penganalisisan data yang telah diperoleh daripada bab 6.0

(Analisis dan Interpretasi Data). Setiap persoalan akan dijawab secara terperinci

dengan merujuk dan menghubungkaitkan kajian-kajian lepas yang bersesuaian.

7.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Persoalan kajian ini ialah adakah kaedah ‘Mental Rehearsal’ dapat membantu

meningkatkan keyakinan diri (self-confident) murid seterusnya meningkatkan

kemahiran menyangga murid. Jadual 3 (rujuk bab 6.2 iaitu Analisis Data

Keseluruhan) menunjukkan jumlah markah dan peratus pencapaian keseluruhan

subjek semasa ujian pra. Kesemua mereka dipilih daripada 15 orang pemain bola

tampar lelaki Sekolah Kebangsaan Clifford tahun 5. 15 orang pemain tersebut

telah menjalani ujian pemerhatian awal (ujian pra). Mereka diuji dengan cara

menyangga dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda

(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Markah keseluruhan ujian ditentukan

berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan kali boleh

menyangga serta markah teknik menyangga. Dalam ujian pra ini, keenam-enam

murid tersebut mencatatkan markah kurang separuh daripada markah penuh iaitu

bawah 50 markah. Oleh hal yang demikian, mereka telah dipilih sebagai subjek

kajian ini. Markah tertinggi yang dicatatkan oleh subjek kajian dalam ujian pra

adalah 40 markah dan markah terendah pula adalah 30 markah. Kesemua enam

subjek tersebut telah diberikan latihan kaedah ‘Mental Rehearsal’ selepas dipilih.

Page 73: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

73

Kesemua enam subjek telah menjalani ujian pos setelah diberikan latihan

kaedah ‘Mental Rehearsal’. Jadual 4 (rujuk bab 6.2 iaitu Analisis Data

Keseluruhan) menunjukkan jumlah markah dan peratus pencapaian keseluruhan

subjek semasa ujian pos. Dilihat, kesemua subjek kecuali seorang, telah

mencatatkan peningkatan dalam ujian pos yang dijalankan. Subjek yang tidak

mencatatkan peningkatan markah tersebut mencatatkan markah yang sama

seperti semasa ujian pra iaitu 40 markah. Walau bagaimanapun, subjek tersebut

bersama seorang lagi subjek yang mencatatkan peningkatan markah, masih lagi

gagal untuk mencapai markah 50 dan ke atas.

Berdasarkan data yang dikemukakan, jelas menunjukkan pada peringkat

awal sebelum kaedah ‘Mental Rehearsal’ diberikan, hampir semua subjek

mencatatkan pencapaian markah yang rendah berbanding selepas kaedah tersebut

diperkenalkan kepada mereka. Hal ini dibuktikan oleh kejayaan 5 orang subjek

(83.33% daripada jumlah keseluruhan) yang berjaya meningkatkan pencapaian

markah masing-masing dalam ujian pos yang telah dijalankan. Oleh yang

demikian, secara langsung kajian ini membuktikan bahawa latihan kaedah

‘Mental Rehearsal’ telah berjaya meningkatkan keyakinan diri murid-murid.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nyata kini bahawa aspek persediaan

mental adalah sangat signifikan bagi menzahirkan keyakinan diri dalam diri atlet.

Feltz (1994), menyatakan bahawa keyakinan diri adalah satu kepercayaan dan

kepastian terhadap kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk mencapai sesuatu

yang diharapkan.

Page 74: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

74

Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Mohd Sofian (2001), yang

menyatakan bahawa faktor keyakinan diri ini dapat memberi dorongan kepada

seseorang murid itu untuk mencapai prestasi yang lebih baik jika dibandingkan

dengan murid yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Meskipun rata-rata 83.33% daripada jumlah keseluruhan subjek

mencatatkan peningkatan dari segi pencapaian markah dalam ujian pos, namun

begitu dapatan yang diperoleh menunjukkan jumlah peningkatan yang

direkodkan tidak berskala besar kecuali dua orang subjek sahaja yang

mencatatkan peningkatan yang agak besar iaitu 30% dan 40%. Lain-lain subjek

mencatatkan peningkatan markah julat antara 10% hingga 20% sahaja. Ini secara

tidak langsung menunjukkan bahawa kaedah ‘Mental Rehearsal’ ini mempunyai

upaya bagi meningkatkan tahap keyakinan diri individu namun begitu masih

terdapat beberapa faktor lain yang mampu menyekat keefisienan teknik ini.

Selain daripada itu, jumlah julat peningkatan pencapaian ujian pra dan

pos yang agak kecil bagi kebanyakan subjek serta kegagalan sebahagian kecil

subjek (16.67 daripada keseluruhan subjek ataupun 1 daripada 6 orang) untuk

mencatatkan peningkatan dalam ujian pos mungkin disebabkan oleh beberapa

faktor berikut :

Page 75: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

75

1. Masa

Kajian ini dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan masa ini dirasakan agak kurang sesuai dan

mengganggu tumpuan dan prestasi murid. Kajian ini

kebiasaannya dimulakan sekitar pukul 5.00 petang (2 jam selepas

latihan pasukan bola tampar) yang mana pada ketika itu subjek

sudah pun mengalami keletihan mental serta fizikal ditambah juga

dengan keadaan cuaca yang agak panas dan tidak selesa pada

waktu tersebut.

Ujian pra dan pos yang dijalankan tatkala cuaca panas terik

sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan kepada subjek

untuk beraksi baik.

Masa yang diperuntukkan bagi program ‘Internship’ iaitu hanya

sebulan tidak cukup bagi memberikan kesemua teknik dalam

kaedah ‘Mental Rehearsal’ secara 100 peratus kepada subjek.

2. Kesediaan / Kemampuan Subjek

Subjek yang boleh dianggap masih kecil (11 tahun) dilihat masih

belum mampu untuk menganalisis maklumat yang dibekalkan

mengenai latihan ‘Mental Rehearsal’. Ada antara mereka tidak

benar-benar mengerti tujuan sebenar dan apa yang akan mereka

Page 76: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

76

peroleh daripada latihan ‘Mental Rehearsal’ yang diberikan

kepada mereka.

Subjek melakukan latihan kaedah ‘Mental Rehearsal’ secara

bersahaja tanpa bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan

pengalaman daripada latihan ‘Mental Rehearsal’ sebagai pedoman

yang dapat digunakan dalam ujian atau situasi sebenar.

Subjek juga tidak mampu mengingati semua teknik serta kaedah

yang terdapat dalam latihan-latihan ‘Mental Rehearsal’ yang

banyak bagi digunakan semasa situasi sebenar. Latihan yang

mengambil masa yang agak lama diperlukan bagi membolehkan

murid mengingati semua teknik serta kaedah yang terdapat dalam

latihan-latihan ‘Mental Rehearsal’.

3. Emosi

Emosi merupakan satu aspek penting yang tidak dapat dikawal

dalam kajian ini. Sepanjang kajian dijalankan, terdapat segelintir

subjek yang kelihatan muram serta menjauhkan diri dari

kelompok subjek lain.

Terdapat juga subjek yang dilihat kurang memberi motivasi

kepada rakan serta mengejek subjek lain yang sedang melakukan

perlakuan menyangga bola ketika ujian pos. Ini merupakan

Page 77: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

77

limitasi atau batasan yang tidak dapat dikawal tetapi dilihat

mampu memberikan kesan kepada mutu persembahan dan

pencapaian subjek.

7.2 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dijangka akan dapat memberi manfaat dan panduan kepada

beberapa pihak. Ini termasuklah pihak sekolah khususnya guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi jurulatih pasukan

amnya kepada pelajar-pelajar, murid-murid serta pihak berkuasa yang

berperanan menggubal sukatan pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Selain

itu, organisasi sukan juga dapat menjadikan hasil kajian ini sebagai panduan

dalam menentu dan merancangkan sesuatu program latihan sukan sama ada

dalam tempoh jangka panjang, sederhana atau pendek.

1. Murid-murid

Melalui kajian ini, murid-murid telah menerima sesi latihan yang

baru iaitu ‘Mental Rehearsal’ selepas dijalankan sesi latihan bola

tampar berbanding sesi latihan bola tampar biasa yang selalu

dijalankan sebelum ini. Ini kerana latihan ‘Mental Rehearsal’

banyak memfokuskan kepada ketenangan minda serta

penggunaan kaedah tersebut bersifat lebih relaks.

Page 78: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

78

2. Guru / Jurulatih Pasukan Sekolah

Kajian ini dapat menjadi panduan di samping memberikan idea

baru kepada guru-guru khususnya yang mengajar subjek mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan melatih pasukan sekolah. Guru

dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran mereka supaya

murid-murid terus berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan juga bermotivasi serta mempunyai keyakinan diri

yang tinggi untuk mewakili sekolah.

3. Pihak Penggubal Dasar Sukan

Pihak Kementerian Pelajaran perlu memberikan perhatian dalam

merangka semula struktur pengajaran dan pembelajaran yang

diamalkan di sekolah-sekolah dengan menyerapkan kaedah atau

teknik yang melibatkan latihan minda ataupun ‘Mental Rehearsal’

ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang.

Kaedah ‘Mental Rehearsal’ ini berupaya meningkatkan keyakinan

diri dalam diri setiap murid seterusnya dapat mengatasi masalah

kurang motivasi serta kurang percaya akan kebolehan diri mereka

sendiri.

Page 79: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

79

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian yang telah dijalankan adalah merupakan satu kajian kecil yang

dilaksanakan dalam tempoh masa yang agak singkat. Sampel kajian yang

digunakan juga kecil. Oleh sebab bidang kajian yang kecil, terdapat beberapa

pemboleh ubah yang signifikan terhadap kajian ini yang telah diabaikan. Setelah

saya meneliti kajian yang telah dijalankan, saya dapati terdapat limitasi yang

mempengaruhi dapatan kajian. Maka, hal ini perlu diberikan keutamaan agar

dapat memastikan kelancaran dalam menganalisis data secara keseluruhan.

Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan boleh dikemukakan bagi

membolehkan proses penambahbaikan dilakukan dalam kajian lanjutan akan

datang. Cadangan-cadangan penambahbaikan kajian ini adalah seperti berikut :

1. Bilangan subjek hendaklah ditambah supaya dapatan kajian yang

diperoleh dapat digeneralisasikan kepada populasi yang mencukupi.

Ini bertujuan bagi memastikan hasil dapatan yang diperoleh adalah

efektif dan tepat.

2. Pemilihan subjek perlu dijalankan dengan lebih sistematik. Kajian

haruslah dipelbagaikan pada setiap peringkat umur ataupun

kumpulan, mengandungi murid yang terdiri daripada pelbagai tahap

Page 80: Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal.pdf

80

kecerdasan minda serta kecergasan tubuh. Hal ini adalah bagi

mendapatkan dapatan kajian yang lebih relevan dan jitu.

3. Kajian lanjutan hendaklah dilaksanakan bagi melihat tahap keyakinan

diri dalam sukan yang mempunyai subjek yang berbeza daripada segi

bangsa, umur, peringkat pencapaian serta pengalaman dalam sukan.

4. Tempoh masa kajian boleh ditambah atau dipanjangkan lagi bagi

membolehkan kesan pengaplikasian kaedah ‘Mental Rehearsal’ ini

dapat dilihat dengan lebih jelas.

5. Pembahagian masa merupakan aspek yang sangat penting semasa

menjalankan kajian. Penyelidik perlu bijak membahagikan masa

terutamanya sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian,

merancang pelaksanaan instrumen kajian serta menganalisis data.

6. Instrumen atau metodologi kajian yang digunakan hendaklah

mempunyai kesahan kandungan serta kebolehpercayaan yang tinggi

dan juga diperakui oleh pakar dalam bidang tersebut.