Kaedah Motivasi (Guru)
description
Transcript of Kaedah Motivasi (Guru)
Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran.
Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Mengikut Brophy (1978),
pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.
http://mahirppb.tripod.com/murid.htm#Pengenalan
Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di dalam bilik darjah di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi pemusatan
guru murid-murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.
MONDAY, FEBRUARY 27, 2012
Tip P&P : "5 tip untuk menyuntik motivasi kepada pelajar anda"
Keinginan atau paksaan?
Hanya peratusan kecil pelajar yang datang ke sekolah dengan keinginan untuk belajar. Sebaliknya, ramai pula yang datang sekolah pada setiap hari kerana ibu bapa mereka yang memaksa mereka untuk berbuat demikian.
Bukannya mudah untuk memberi motivasi kepada pelajar yang tidak bermotivasi intrinsik (intrinsic motivation). Walau bagaimanapun, dengan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, para guru boleh mula menjadikan pengalaman pelajar di sekolah sebagai sesuatu yang bernilai dan menyeronokkan.
Apakah motivasi intrinsik?
Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang datang dari dalam individu itu dan bukannya dari mana-mana ganjaran luaran, seperti wang atau gred yang baik. Motivasi intrinsik ialah keinginan yang datang dari rasa seronok melakukan tugas itu sendiri atau daripada rasa kepuasan dalam melengkapkan tugasan itu.
Contohnya, seseorang yang bermotivasi intrinsik akan menyelesaikan masalah matematik kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan baginya. Seseorang yang bermotivasi intrinsik juga akan cuba menyelesaikan sesuatu masalah kerana cabaran dalam mencari penyelesaian membuatkannya rasa puas dan seronok. Di dalam kedua-dua contoh tadi, mereka bukanlah melakukannya kerana ada ganjaran yang terlibat seperti hadiah, bayaran, atau gred ujian yang baik.
Apakah contoh motivasi intrinsik?
Apabila seseorang itu mempunyai motivasi intrinsik, ini tidak bermakna bahawa dia tidak berminat untuk mendapatkan ganjaran. Ia hanya bermakna bahawa ganjaran luaran itu tidak cukup untuk memberinya motivasi. Seorang pelajar yang bermotivasi intrinsik misalnya, boleh menumpukan usahanya untuk mendapatkan gred yang baik pada suatu tugasan.
Tetapi jika pelajar itu tidak berminat kepada kandungan tugasan itu, mendapatkan gred yang baik sahaja tidak cukup untuk mengekalkan motivasi pelajar itu. Apabila pelajar itu kurang berminat, dia juga tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasn itu.
Tip untuk menyuntik motivasi intrinsik:
Tip 1 : Selidik bagaimana untuk melakukannya
Untuk membantu memberi motivasi kepada para pelajar, guru boleh agihkan kaji selidik yang ringkas. Kaji selidik ini meminta mereka nyatakan:
a) Apa yang mereka mahu belajar
b) Apa yang mereka telah belajar
c) Apa yang guru boleh lakukan untuk menjadikan pembelajaran di kelas supaya menjadi lebih menarik.
Walaupun kita mempunyai kekangan masa kerana mengejar silibus dan atas kesibukan lain-lain tugasan, carilah masa untuk mengusahakannya kerana ia memberi banyak manfaat kepada kita. Soal selidik sebegini dapat membantu kita untuk memikirkan bagaimana untuk merangka P&P dengan lebih berkesan.
Tip 2 : Wujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran
Pelajar lebih cenderung untuk memberi komitmen di dalam tugasan mereka apabila guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menarik untuk mereka. Pelajar juga mahu belajar di dalam persekitaran pendidikan di mana guru menggariskan pencapaian yang diharapkan daripada pelajar dengan jelas. Berilah pelajar peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sejajar dengan kemampuan mereka.
Guru juga boleh mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran. Galakkan pelajar untuk menerima kesilapan sebagai sesuatu yang normal dan juga mengambil pengajaran daripadanya. Sebagai contoh, elakkan keadaan di mana pelajar rasa malu kerana memberi jawapan yang salah. Pelajar juga diminta menghormati rakan-rakan yang lain dan tidak merendah-rendahkan rakan mereka yang membuat kesilapan atau memberi jawapan yang salah.
Tip 3 : Hormati sebagai seorang individu
Galakkan sekolah anda untuk mementingkan prinsip kesamaan antara pelajar. Semua pelajar perlu dipertimbangkan sama rata, tanpa mengira umur, bangsa, kepercayaan agama, kepercayaan budaya dan tahap keupayaan mereka. Jika semua pelajar merasakan mereka dilayan sama rata, mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar.
Pelajar akan terpupuk motivasi intrinsik untuk belajar apabila mereka merasa dihormati oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Seterusnya, dia akan bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat yang guru-guru dan sekolah telah garis dan sasarkan.
Tip 4 : Bina dan galakkan sistem sokongan di sekolah dan di rumah
Hubungan dua hala antara pelajar dan guru, dan juga antara pelajar dengan keluarganya juga mempengaruhi motivasi intrinsik. Apabila pelajar mempunyai sistem sokongan yang kukuh di rumah dan di sekolah, mereka sentiasa mendapat dorongan sewajarnya. Ini akan membantu mereka menjadi pelajar berprestasi tinggi.
Kebanyakan pelajar berminat untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang yang bermakna dalam hidup mereka. Jika orang-orang ini mengambil sikap sambil lewa terhadap pendidikan, pelajar pun akan mengambil sikap yang sama.
Pelajar-pelajar sekolah rendah biasanya akan melakukan sesuatu untuk ibu bapa dan guru-guru mereka tanpa banyak masalah. Walau bagaimanapun, apabila pelajar itu meningkat dewasa, ia sudah mempunyai rangkaian sosial yang agak luas. Secara beransur-ansur, ibu bapa dan guru-guru akan digantikan oleh rakan-rakan pergaulan mereka.
Remaja lebih mudah terpengaruh dengan rakan sepergaulan dan juga tunduk dengan mudah kepada cadangan dan pandangan rakan-rakan mereka. Maka dengan itu, guru-guru sekolah menengah dicadangkan untuk mewujudkan hubungan yang kuat di antara pelajar mereka. Ini dapat membantu untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam perlakuan yang membawa kepada pencapaian akademik yang baik.
Tip 5 : Galakkan pembelajaran koperatif
Guru juga boleh wujudkan dan galakkan peluang kepada pelajar untuk bekerjasama di antara satu sama lain. Kerjasama di dalam sesuatu kumpulan mampu untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar terhadap pembelajaran. Ada pelbagai manfaat yang diperolehi apabila pelajar bekerjasama di dalam satu kumpulan. Antara lain, ia menggalakkan percambahan idea, sokong-menyokong antara satu sama lain dan juga suasana yang seronok untuk belajar di samping rakan sebaya.
Pelajar bermotivasi, penunjuk keberkesanan sekolah
Marilah kita luangkan masa dan tingkatkan usaha untuk menyuntik motivasi kepada pelajar. Hasilnya, kita akan dikelilingi dengan pelajar yang betul-betul berminat dan bermotivasi intrinsik yang tinggi. Kita sekali-kali tidak mahu pelajar yang tidak berminat dengan akademik atau yang berpura-pura nampak seperti mereka minat!
Jika pelajar harus selesaikan tugasan yang mereka rasa bosan, ini hanya dilakukan untuk mematuhi arahan guru, dan bukan kerana mereka bermotivasi intrinsik. Jika kelas tidak ceria dan tidak menyeronokkan, pelajar tidak akan minat untuk belajar. Malang sekali jika semangat yang hambar ini di bawa sehingga ke tahap pendidikan yang lebih tinggi.
Cubalah laksanakan strategi dan idea-idea yang dicadangkan di atas. Semoga ini dapat membantu anda memenuhkan kelas anda dengan pelajar yang bermotivasi dan bersemangat untuk belajar!
Bacaan tambahan:
https://www.msu.edu/~dwong/StudentWorkArchive/CEP900F01-RIP/Webber-IntrinsicMotivation.htm
http://education.calumet.purdue.edu/vockell/EdPsyBook/Edpsy5/Edpsy5_summary1.htm
http://www.highlandschools-virtualib.org.uk/ltt/inclusive_enjoyable/environment.htm
http://www.teachingexpertise.com/topic/learning-environment
http://www.educationworld.com/a_curr/profdev/profdev124.shtml
http://alumni.media.mit.edu/~andyd/mindset/design/clc_rsch.html
Photo credit:
http://i.istockimg.com/file_thumbview_approve/2060586/2/stock-photo-2060586-child-going-to-school-in-primary-colors.jpg
http://sharmin8r.files.wordpress.com/2011/07/hate-school-calvin-and-hobbes.jpg?w=276
http://aparentinsilverspring.com/wp-content/uploads/2012/02/alphabet-chalkboard.png
http://www.courant.com/media/photo/2012-02/67896998.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YVP9Dbet-c4/TVhrU6tcpzI/AAAAAAAAACA/2S_hrYcJZGE/s1600/Student_motivation21.jpg
http://www.smartclassroommanagement.com/wp-content/uploads/2010/06/enthusiasm1.jpg
http://butterfly88.blog.com/files/2011/08/respect.jpg
http://lh6.ggpht.com/_CuCiCj6IOFs/TOtHHa0FptI/AAAAAAAAAi0/LdDSSftjMxA/s288/China_visit_Global_Exchange.jpg
http://miguelbengoa.com/elt/wp-content/uploads/2008/02/cooperative_learning_1_imagelarge.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YVP9Dbet-c4/TVhrU6tcpzI/AAAAAAAAACA/2S_hrYcJZGE/s1600/Student_motivation21.jpg
Posted by Nor Azhar Ishak at 12:42 AM
http://norazharishak.blogspot.com/2012/02/tip-p-tip-untuk-menyuntik-motivasi.html
SUNDAY, 7 OCTOBER 2012
KAEDAH BERPUSATKAN GURU
Berbeza dengan kaedah berpusatkan murid, kaedah ini merupakan satu
pendekatan pengajaran di mana aktiviti kelas tertumpu hanya kepada
guru.Pelajaran berpusatkan guru amnya
dikaitkan dengan pendekatan tradisional kepada pembelajaran
bahasa, tetapi aktiviti berpusatkan guru boleh menjadiberguna
dalam pelbagai cara dalam pengajaran.
Ada waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan guru,
berdasarkan kepada ciri pelajar, suasana persekitaran dan isi kandungan
pelajaran.
Ciri-ciri pendekatan ini ialah :
Guru memainkan peranan penting. Komunikasi sehala di mana guru banyak bercakap. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran adalah berbentuk mengingat isi pelajaran.
Antara kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan guru ialah :
Demonstrasi – satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid. Soal jawab – merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid. Bercerita – Guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan pengajaran.Posted by Lovely VirusChinta at 02:15
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kaedah-berpusatkan-guru.html
MOTIVASI GURU PENYUMBANG KEMENJADIAN PELAJAROleh
Ammar bin Othman
ABSTRAK
Perkataan ‘motivasi’ diambil daripada perkataan Latin ‘movere’ yang membawa maksud ‘to move’ atau untuk bergerak. Manakala menurut Kamus Dewan (1994), istilah motivasi ini didefinisikan sebagai sesuatu yang membuat dan mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu dengan penuh minat. Ramlah (2004) pula mentakrifkan motivasi sebagai sesuatu kuasa yang menggerakkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Selain itu, motivasi juga dilihat sebagai satu rancangan untuk mengelakkan daripada kegagalan. Apabila seseorang individu itu dikatakan sebagai seorang yang bermotivasi, maka ia bererti bahawa ia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan hidup (dunia dan akhirat).
Ainon (2004), menyatakan pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga persoalan iaitu dari sudut keamatan, arah perbuatan dan ketekunan. Menurut beliau darjah keamatan atau intensiti motivasi seseorang dirujuk sebagai darjah kesanggupan seseorang menggunakan tenaganya untuk melakukan sesuatu perbuatan. Arkes Gaske (1982) dan Mitchell
(1982) menyatakan konsep motivasi adalah sesuatu kuasa yang membangun, menentukan arah dan tahap kerelaan tingkah laku sesseorang individu untuk mencapai sesuatu matlamat. Schunk (1990) dan Greenberg (1999) pula berpendapat bahawa konsep motivasi ialah satu proses dalaman yang membangkit, menumpu dan mengekalkan tingkah laku seseorang individu.
PENGENALAN
Terminologi motivasi bukanlah acapkali dikaitkan dengan bidang kemanusiaan. Menurut (Ainon, 2004), motivasi dilihat sebagai kuasa dorongan yang datang daripada dalam diri seseorang dan juga dorongan yang dipergunakan ke atas individu-individu lain supaya meningkatkan daya usahanya. Tambahan itu, motivasi juga mempunyai hubungan dengan segala tingkah laku atau tindakan yang baik yang mana ianya mampu mempengaruhi perlakuan atau prestasi kerja seseorang.
Motivasi seseorang guru sering dikaitkan dengan sikap guru terhadap kerjayanya. Ia juga dilihat sebagai kesungguhan ataupun keinginan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan persekitaran sekolah. Disamping penglibatan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi yang biasanya dikaitkan dengan guru turut merangkumi kepekaan guru dalam mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Lantas, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa motivasi guru memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan dalam sesebuah sekolah. Malahan, guru juga dilihat sebagai agen motivasi yang utama dalam menggerakkan para pelajar untuk memajukan diri mereka.
Profesion perguruan adalah berpaksikan kepada falsafah dan objektif pendidikan negara dimana guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan segala perkataan yang telah termaktub di dalam falsafah dan objektif pendidikan tersebut melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat bergantung kepada motivasi seseorang guru tersebut. Manakala motivasi guru tesebut pula dipengaruhi oleh beberapa keadaan. Salah satu daripadanya adalah suasana bilik darjah. Ofoegbu (2004) menyatakan bahawa, jika suasana kelas di mana guru mengajar dalam keadaan selamat, sihat, ceria dan mempunyai bahan sumber dan kemudahan pengajaran yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang optima, guru itu akan cenderung untuk terlibat sama dengan pengurusan dan pentadbiran penambahbaikan keseluruhan sekolah. Tambahan beliau lagi motivasi guru juga dipengaruhi oleh gaji, elaun, kemudahan teknologi untuk pengurusan kelas dan penambahbaikan sekolah.
Terdapat dua jenis motivasi yang biasanya dibincangkan, motivasi dalaman dan luaran. Justeru, seorang guru seharusnya mempunyai motivasi dalaman dan luaran dalam menjalankan dan melaksanakan tugas mereka. Guru yang mempunyai keperluan motivasi dalaman akan menjalankan tugas dengan ikhlas dan tulus hati tanpa mengharapkan ganjaran. Malah, hanya kejayaan anak-anak didiknya yang didambakan dan ianya sudah cukup untuk memberi kepuasan hati dan kendirinya. Sebaliknya pula bagi guru-guru yang mempunyai motivasi luaran di mana mereka melakukan tugas untuk mendapat ganjaran. Tuntasnya, matlamat utama penambahbaikan mesti menekankan kepada motivasi dalaman guru untuk mengajar dengan berkesan di samping menyediakan beberapa kemudahan untuk memenuhi motivasi luarannya (Glatthorn, 2006).
Menurut Pintrich (2002), tahap motivasi guru mempengaruhi motivasi pelajar-pelajarnya untuk belajar. Tahap motivasi guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan melalui perancangan pengajaran dan interaksi guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Mengikut beliau lagi guru yang bemotivasi tinggi akan sentiasa memotivasikan pelajar-pelajarnya agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengajarannya. Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai cara guru meningkatkan motivasi pelajar. Namun demikian, kajian-kajian yang terdahulu banyak mengaitkan dengan kaedah ganjaran untuk memotivasikan pelajar. Mengikut Keller (1983), banyak kajian lepas hanya berfokus kepada teori pengukuhan operan yang melibatkan ganjaran dalam bentuk gred, keistimewaan, pujian, hadiah dan pelekat.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Stipek (1996) menyatakan yang sebaliknya di mana beliau mendapati semua perkara yang dilakukan oleh guru di kelas sebenarnya mempunyai impak kepada motivasi pelajar. Beliau mengulas dengan lebih lanjut bahawa ianya bukan sahaja yang berkaitan dengan tindakan motivasi yang biasa seperti menentukan matlamat dan memberi ganjaran kepada pencapaian yang baik sahaja tetapi meliputi semua aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran. Sebagai contoh, seperti membentuk kumpulan pelajar, teknik menyoal dan bagaimana usaha guru menguruskan kelas serta bagaimana mereka menangani disiplin kelas.
PERBINCANGAN
Kajian tentang motivasi guru dan kaitannya dengan motivasi para pelajar dilihat sebagai satu topik yang kurang diminati dan kurang menarik minat para pengkaji di Malaysia namun ianya agak popular di luar negara. Sebagai contoh ialah kajian yang dilakukan oleh Goodlad (1984) dan Goodlad & Klein (1970). Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan guru-guru yang rendah motivasinya kerap menggunakan kaedah syarahan yang membosankan dan menjejaskan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Namun demikian, kita masih tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai permasalahan ini di Malaysia tetapi, saya yakin bahawa kita mampu
mengupas isu ini dengan lebih lanjut dengan berpaksikan kepada rekod pencapaian calon-calon peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Guru merupakan salah seorang individu yang memainkan peranan paling penting dalam perkembangan pendidikan seseorang pelajar. Guru juga merupakan orang dewasa pertama ‘yang bukan saudara’ yang berhubung terus dengan kanak-kanak (Smith, 1979). Tambahan beliau lagi, melalui guru kanak-kanak didedahkan dengan nilai dan budaya sesuatu masyarakat. Peranan guru di Malaysia bukan sebagai pendidik yang menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya sahaja tetapi juga sebagai pembentuk tingkah laku, sahsiah, sikap dan nilai pelajar-pelajarnya (Ramlah, 2004). Hal ini adalah bertetapan dengan garis panduan yang telah digazetkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan kamil yang serba boleh, baik budi pekertinya, berilmu dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya.
Seperti yang dinyatakan, tugas utama guru bukan sahaja setakat mengajar para pelajar tetapi juga perlu mendorong pelajar untuk belajar. Oleh itu, untuk menyiapkan diri sebagai seorang pendorong pelajar yang terbaik, seseorang guru tersebut harus mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan motivasi dan perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya agar mampu menjadi contoh yang unggul kepada para pelajarnya. Hal ini adalah penting kerana motivasi dalam pembelajaran sangatlah penting terutama dalam mencapai matlamat pembelajaran. Slavin (1997) mengatakan bahawa .... “Students who are acdemically unmotivated to learn do not learn”. Tambahan itu juga, guru merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar (Khairina Yasin, 2001). Manakala aspek pengaruh pula, guru adalah insan yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik dan penuh semangat (Abdullah Hassan, Ainon Mohd., 2004). Mengikut beliau lagi, guru hanya dapat menjadi pendorong kepada murid-muridnya apabila terdapat hubungan yang sihat dan positif. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa guru yang berkesan adalah guru yang mampu membina dan menjalin hubungan yang baik dengan para pelajarnya secara sihat dan positif bukannya melalui ugutan dan paksaan. Dill (1990) menyatakan bahawa jika pengajaran guru hanya setakat menyampaikan maklumat dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik respon pelajar terhadap apa yang disampaikannya maka pengajaran guru menjadi kurang berkesan. Jadi,
selain daripada melengkapkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi mengenai subjek yang diajar, seseorang guru itu haruslah mempunyai motivasi yang tinggi dalam penyampaikan ilmunya. Hal ini kerana motivasi guru turut mempengaruhi kualiti pengajaran guru itu.
Guru-guru yang bermotivasi juga lebih berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam tindakan dan lebih komited daripada guru-guru yang tidak bermotivasi. Menurut Ramlah (2004) guru-guru yang bermotivasi akan membangkitkan dorongan atau motivasi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Tambahan itu juga, motivasi guru turut dipengaruhi oleh sikap dan minat seseorang itu di dalam profesion tersebut. Pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan persekitaran serta prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah boleh meningkatkan motivasi guru. Sementara penyelidikan yang dilakukan oleh Brown dan McIntyre (1993) mengenai pengajaran berkesan mendapati bahawa guru yang bermotivasi tinggi dapat mencipta persekitaran bilik darjah yang menyeronokkan dan tenang. Guru yang bermotivasi tinggi akan menjadikan mata pelajaran yang diajarnya bertambah menarik dan tidak membosankan serta mudah difahami dan guru tersebut mampu mengawal diri dari dibelenggu perasaan marah. Sebaliknya suasana kelas guru-guru yang bermotivasi rendah agak membosankan. Mereka tidak merancang pengajaran dan pelajar-pelajarnya bersikap pasif dan tidak bermotivasi (Glatthorn dan Fox, 1996).
Menurut Ramlah (2004), usaha guru untuk mendorong pelajar agar bermotivasi bukanlah satu tugas yang mudah. Tileston (2004) pula menyatakan tahap motivasi pelajar adalah penting kerana ia mempengaruhi proses pembelajaran dalam kelas. Menurut beliau lagi, motivasi merupakan sebahagian daripada bakat dalam sistem kendiri dan sistem metakognitif dalam otak manusia yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran, memulakan sesuatu tugasan dan menyiapkannya. Beliau mengulas, guru boleh menjana motivasi pelajar melalui kaedah ganjaran intrinsik dan ektrinsik. Tambah beliau lagi, pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik akan berusaha kuat dan belajar bersungguh-sungguh untuk kepuasan dirinya. Sebaliknya pelajar yang mempunyai motivasi ektrinsik akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat ganjaran luaran.
Seseorang guru sebenarnya tidak dapat memotivasikan para pelajar kerana mereka sendiri yang bertanggungjawab untuk mencari motivasi (Tileston, 2004). Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh seseorang guru tersebut ialah dengan mengambil pendekatan untuk mengajar para pelajarnya teknik atau pun kemahiran yang dapat membimbing mereka melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala menurut cendekiawan Marzano (1992), guru boleh membina motivasi intrinsik pelajar dengan cara memberi motivasi ekstrinsik terlebih dahulu. Sebagai gambaran, guru boleh memulakan pengajarannya dengan memberi ganjaran
ektrinsik bagi menarik minat pelajar. Kemudian, apabila pembelajaran menjadi lebih menarik, sudah tentu rasa ingin tahu dalam diri pelajar meningkat. Namun demikian, Jensen (1997) berpendapat bahawa . Bagi pelajar berisiko atau pelajar berpencapaian rendah pula pergantungannya kepada kaedah ganjaran dalam meningkatkan motivasinya akan berterusan sepanjang hayat dan mereka tidak akan berupaya sepenuhnya menggunakan motivasi intrinsik semula jadi yang dikawal oleh kendiri dan sistem metakognitifnya
Tugas seorang guru bukan setakat untuk meningkatkan motivasi pelajar tetapi juga mengenalpasti, menggalak dan memandu motivasi pelajar untuk belajar dan menarik perhatian mereka dalam aktiviti ke arah pembelajaran (Slavin, 1997). Pendapat ini turut disokong oleh Gage dan Berliner (1984) di mana mereka berpendapat bahawa motivasi pelajar berubah mengikut darjah keamatan dan arah. Darjah keamatan motivasi pelajar untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti pengajaran bergantung kepada arah motivasi pelajar untuk tertarik kepada aktiviti alternatif yang terdapat dalam pengajaran guru. Disamping itu, motivasi bukan sahaja penting bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran tetapi yang lebih penting lagi ialah untuk menentukan sejauh mana pencapaian pelajar dalam aktiviti yang disertai atau berapa banyak maklumat yang telah didedahkan kepada mereka (Fenstermacher dan Soltis, 1998). Sebelum seorang guru yang menyandar jawatan sebagai pendidik yang profesional, beliau haruslah mengikuti kursus perguruan terlebih dahulu. Selain itu, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang wajib dipelajari seperti kaedah mengajar yang tepat, kemahiran mengurus bilik darjah dan sebagai seorang pembimbing yang bermotivasi tinggi amatlah penting sekali untuk dipelajari. Latihan-latihan yang telah diterima semasa melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) atau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang penting dalam menggarap motivasi seseorang guru tersebut. Malah, para guru juga dikehendaki mengikuti dan menghadirikan diri ke kursus-kursus pendek anjuran sekolah mahupun yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Namun begitu, acapkali kita lihat bahawa motivasi yang dahulunya dilihat berada dipuncak kini kian merudum apabila para guru menjalankan tugasan mereka di sekolah. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini dan antaranya ialah prasarana di sekolah yang tidak lengkap atau usang yang tidak dapat menyokong pengajaran berkualiti dan sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan mereka.
Tambahan itu lagi, keadaan bilik darjah yang panas dan sempit dan alat bantu mengajar tiga dimensi yang kurang merupakan contoh persekitaran yang melemahkan motivasi pengajaran guru. Lebih memburukkan keadaan, tingkah laku para pelajar masa kini yang sangat dimanjakan oleh ibu bapa dan para pelajar yang tidak berdisiplin dan pemalas menyumbang kepada penurunan motivasi seseorang guru dan mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran semakin sukar serta mencabar. Selain itu guru juga dibebankan
dengan tugas bukan mengajar seperti kerja-kerja pengkeranian, mengecat sekolah, menjaga kesihatan pelajar, membekalkan maklumat kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri menyebabkan guru kekurangan masa untuk membuat persediaan rapi sebelum masuk ke kelas (Yong, 2006). Oleh yang demikian, apabila para guru dibebankan dengan bebanan tugas yang bercambah, maka mereka akan menjadi kurang bersedia untuk mengajar dan akhirnya fokus untuk mengajar terus lenyap. Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan menyumbang kepada kemerosotan pencapaian para pelajar.
Selain itu, sikap para guru terhadap profesion perguruan itu sendiri turut menyumbang kepada prestasi kerja dan motivasi yang ditunjukkan oleh mereka. Antaranya, bidang perguruan ini mempunyai cuti yang agak panjang dan pendapatannya juga terjamin menarik minat orang ramai untuk memohon menjadi guru. Oleh itu, tujuan mereka untuk menjadi guru bukan lagi atas niat yang ikhlas dan bermakna kerana mereka menceburi bidang ini semata-mata untuk mendapat jaminan pekerjaan dan pendapatan sahaja. Lebih menyedihkan, ada segelintir di kalangan mereka ini yang hanya ke kelas untuk menyampaikan pengajaran mereka dan menghabiskan sukatan pelajaran. Mereka langsung tidak endah sama ada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu berkesan atau tidak. Lebih teruk lagi sekiranya mereka ini diberikan mandat untuk mengajar kelas yang lemah. Sudah semestinya mereka tidak berusaha gigih untuk memotivasikan para pelajar dalam kelas tersebut kerana mereka sendiri tidak bersemangat untuk mengajar. Akhirnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dan para pelajar tidak dapat mencapai pencapaian yang cemerlang.
Kajian yang dijalankan oleh Glatthorn (1996) di Amerika Syarikat mendapati bawaha sesetengah guru turut menceburkan diri dalam melakukan kerja sambilan seperti mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjual insurans dan juga menjadi agen syarikat jualan langsung bagi mencari pendapatan lebih turut menyumbang kepada kemerosotan motivasi seseorang guru tersebut. Tambahan beliau lagi, keadaan ini juga turut menyumbang kepada perlakuan pasif yang ditunjukkan oleh para pelajar hasil daripada sikap yang negatif yang ditonjolkan oleh guru yang tidak bermotivasi ini. Hasil dapatan kajian yang dilakukan ini dilihat turut mempunyai persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Azman (1999) di mana beliau mendapati bahawa motivasi rendah guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah berprestasi rendah di Kluang Johor mempengaruhi keputusan yang rendah pelajar-pelajarnya di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebagai tuntasnya, tahap motivasi guru yang rendah boleh mempengaruhi tahap motivasi para pelajar untuk menelaah ilmu. Para pelajar sering kali dilihat menjadi hilang minat dan gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya sekiranya pengajaran yang diajarkan oleh guru tersebut membosankan dan pasif. Hal ini seterusnya mampu menyumbang kepada pembantutan perkembangan kognitif para pelajar itu sendiri dan fenomena ini sudah semestinya akan menimbulkan rasa kurang senang dan gelisah dalam
diri semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa malahan para pelajar itu sendiri.
RUMUSAN
Sebagai rumusan kepada topik yang dibincangkan di atas, perkataan motivasi itu
bolehlah ditakrifkan sebagai satu daya atau tenaga yang boleh menyebabkan berlakunya
proses membentuk tingkah laku atau pembentukan peribadi yang boleh mendorong manusia
untuk bertindak ke arah mencapai matlamat tertentu. Oleh yang demikian, berdasarkan
konotasi motivasi ini, sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi betapa pentingnya motivasi itu
dalam diri seorang insan yang bergelar pendidik di mana tugas yang dipikul sebagai seorang
pendidik itu amat besar sekali iaitu bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, malahan juga
sebagai sebagai seorang pendorong motivasi ke arah kejayaan para pelajarnya sendiri. Lebih
daripada itu, istilah keramat motivasi ini juga boleh dilihat sebagai satu kebolehan semula jadi
di mana seiring individu itu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan gigih dalam
memperkembangkan serta memajukan diri mereka ke arah yang positif. Jadi, sudah menjadi
satu tanggungjawab yang ulong bahawa tugas guru adalah untuk merubah dan memupuk
motivasi yang positif dalam diri setiap pelajar mereka.
Posted by lily milo at 00:01 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinteresthttp://groupmimi.blogspot.com/2012/09/motivasi-guru-penyumbang-kemenjadian_3648.html
Thursday, 7 February 2013
Kaedah Bercerita
KAEDAH BERCERITA
Posted on March 23, 2011 by admin
KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater
yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari ini saya bercerita kepada anak lelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.
Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
pengajaran
pengetahuan
perkongsian pengalaman.
Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata
memahami dan menghayati cerita
meningkatkan kemahiran mendengar
mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
menambah pengalaman dan pengetahuan
menanam sikap cinta akan warisan budaya
menerapkan unsur nilai murni
memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
mencungkil dan mengasuh bakat
membentuk insan yang harmoni dan seimbang
menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
3.10 KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat
Ciri-ciri Penting
1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan
Kemahiran bercerita
1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
memilih cerita yang sesuai
menghafal isi-isi penting
sediakan alat bantu mengajar
kesediaan pelajar
murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
pastikan suara jelas dan lantang
kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
ayat dan perkataan mudah difahami murid
disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
aktiviti susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
4. Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
5. Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Kemahiran Lisan:
Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
Mimik muka – sesuai dengan emosi
Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
KRITERIA PEMILIHAN CERITA
1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3. Plot yang mudah, kronology & ‘happy ending’
4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
6. Melibatkan watak kanak-kanak
7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat universal
TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
Kebolehan kanak-kanak
Masa (tidak terlalu panjang)
Ruang dan tempat
Suasana
Persekitaran (tiada gangguan bising)
Peralatan cerita
Bentuk dan jenis cerita
Kemampuan pencerita
PERSEKITARAN BERCERITA
Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
CONTOH TEKNIK BERCERITA
1. Bercerita tanpa alat
2. Bercerita berpandu
3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
4. Bercerita menggunakan bahan maujud
5. Teka-teki
6. Teater bercerita
7. Boneka
CADANGAN PERALATAN BERCERITA
1. Buku besar
2. Beg bercerita
3. Gambar bersiri
4. Boneka
5. Kad Cantuman
6. Kostum
7. Poster
8. Topeng
9. Alat muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
4. Melibatkan pelbagai deria
5. Tidak membahayakan kanak-kanak
6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
7. Boleh dipelbagaikan kegunaan
8. Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita
Kemahiran Lisan:
Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
Mimik muka – sesuai dengan emosi
Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)
Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
Masa (tidak terlalu panjang)
Persekitaran (tiada gangguan bising)
This entry was posted in Kaedah P&P. Bookmark the permalink.
← Kemahiran
Soalan Objektif →
Leave a Reply
Posted by Rohani ismail at 04:46
http://rohaniafiq.blogspot.com/2013/02/kaedah-bercerita.html
TEKNIK BERCERITA DALAM PENGAJARAN BAHASAPENGAJARAN secara formal di dalam bilik darjah biasanya begitu popular dilakukan
dengan menggunakan teks sebagai media pengantar. Proses ini telah berlaku dan klise
dalam dunia pendidikan. Proses pendidikan memerlukan lebih banyak cara penyampaian
mengikut kesesuaian subjek pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, komitmen guru
secara lebih kreatif sangat dituntut dalam berkomunikasi. Salah satu komunikasi ialah
melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan salah satu sumber pendidikan yang amat
rapat dengan dunia kanak-kanak. Bercerita semacam satu budaya yang sangat hidup
dalam masyarakat. Pendidikan awal tidak formal kanak-kanak banyak diperolehi melalui
komunikasi bercerita. Melaluinya informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses
bercerita komunikasi lebih satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan
menyoal dan bertanya pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam
dunia pendidikan. Pendidikan itu hidup dalam suasana harmoni dan komunikasi tidak
tertekan.
Dalam pendidikan secara formal, teknik bercerita itu mempunyai banyak tujuan yang
telah digariskan oleh beberapa tokoh pendidikan. Ee Ah Meng (1993: 143) menggariskan
12 tujuan becerita dan Mook Soon Sang (1993: 107) menggariskan lapan tujuan.
Dengan merumuskan secara singkat, antara tujuannya ialah:
* Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang
menggembirakan;
* Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama.
Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut;
* Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu,
bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-
murid;
* Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni.
Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang
ditonjolkan dalam cerita;
* Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana
murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu
tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;
* Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan
kehidupan seharian;
* Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid; dan
* Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan bagi
aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh menambahkan bahan-
bahan untuk menulis karangan.
Ada beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan keberkesanan cerita.
Suara amat penting. Suara itu sebenarnya aset yang sangat dituntut dalam dunia
pendidikan. Suara bukan sahaja memainkan peranan yang amat penting yang
menentukan keberkesanan sesuatu cerita, malah sangat penting untuk semua aspek
penyampaian pengajaran yang lain. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin.
Intonasi suara perlulah jelas dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar.
Nada suara tidak terlalu mendatar. Pencerita perlu menunjukkan emosi melalui nada
suara yang sesuai seperti sedih, cemas, marah dan gembira. Variasi suara dan
kecekapan bercerita perlulah sesuai dengan situasi episod cerita. Sebutan mestilah
jelas.
Di samping suara, bahasa juga satu keperluan yang mesti diambil kira. Melalui
bahasalah pengajaran bercerita itu dapat disalurkan. Oleh itu penggunaan bahasa perlu
sesuai dengan tahap kebolehan pendengar. Sebelum istilah-istilah baru diperkenalkan,
kanak-kanak perlu telah faham asas-asas bahasa yang boleh dijadikan titik tolak semasa
bercerita. Pergerakan bahasa mestilah bergerak dari yang konkrit kepada yang abstrak.
Apa yang penting cerita itu dapat difahami dengan jelas dan memberi kesan kepada
murid-murid.
Aspek lain yang dapat mendukung keberkesanan cerita itu ialah gerak badan dan
memek muka. Gerak badan dan memek muka perlu sesuai dan tepat. Memek muka
yang berlebihan boleh menukar 'mood' murid-murid dan ini perlu dielakkan. Oleh itu
hubungan guru dan murid itu mesti sentiasa terjalin semasa bercerita. Guru boleh
menukar haluan jika didapati konsentrasi dan emosi murid tidak seperti yang diharapkan.
Teknik bercerita ini sebenarnya boleh dipraktikkan secara bebas oleh guru. Secara
asasnya teknik bercerita itu hanya perlukan cerita, penyampai dan audiennya.
Bagaimanapun dalam dunia pendidikan formal, teknik bercerita dapat dimodifikasi dan
dimanipulasi mengikut kesesuaian dalam bilik darjah, bahan pengajaran dan teknologi
pendidikan yang ada. Dengan itu lahirlah pelbagai metod yang boleh digunakan dalam
menjayakan teknik bercerita ini.
Antaranya ialah bercerita sambil bersoal jawab. Sebelum guru memulakan cerita, murid-
murid diarah untuk mendengar dan mengikuti jalan cerita dengan sepenuhnya, termasuk
juga aspek-aspek pengajaran dan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. Sambil guru
bercerita, guru akan berhenti bercerita dan menyoal murid-murid mengenai apa yang
telah diceritakan. Kemudian guru menyuruh murid-murid meramal cerita seterusnya dan
setelah itu menyambung kembali ceritanya. Ini bertujuan supaya murid-murid akan terus
mengikuti cerita itu dan memahami cerita yang disampaikan. Teknik ini boleh digunakan
untuk pengajaran kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya.
Teknik bercerita juga boleh disampaikan terus melalui buku. Guru menyampaikan cerita
kepada murid-murid melalui bacaan daripada buku cerita. Sementara itu murid-murid
mendengar, memahami, menghayati dan kemudian diminta menceritakan kembali cerita
yang didengar itu. Guru mestilah menghayati cerita yang dibacakan dan
menyampaikannya dengan gaya dan intonasi yang boleh menarik minat murid untuk
mengikuti cerita sehingga selesai. Menerusi teknik ini pengajaran bahasa seperti
kemahiran bertutur, membina ayat, kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya
boleh diajarkan.
Teknologi moden dapat menambah variasi penyampaian. Murid-murid akan diperlihatkan
dengan gambar-gambar slaid melalui OHP atau 'Power Point' komputer. Kemudian
murid-murid diminta untuk memerhati gambar-gambar slaid yang ditayangkan dan
seterusnya mengikuti cerita yang akan diperlihatkan dari slaid tadi. Menerusi slaid murid-
murid dapat mengikuti urutan atau jalan cerita dengan mudah dan cerita itu akan lebih
menarik.
Pita rakaman juga masih berkesan jika digunakan kerana ia dapat membantu kemahiran
mendengar murid-murid. Murid-murid diperdengarkan kepada rakaman yang
mengandungi urutan beberapa peristiwa dan mereka diminta mengimaginasikan
peristiwa tersebut.
Jika guru berupaya untuk mewujudkan teater pembaca maka ia akan lebih baik dan
berkesan dalam menyampaikan ceritanya. Teater pembaca adalah satu aktiviti drama
yang boleh melibatkan semua murid dalam sesebuah bilik darjah. Sebahagian daripada
mereka akan membaca sebuah cerita dengan penghayatan dan intonasi yang betul
sehingga menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Ini bertujuan
untuk membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu
sedang berlaku di hadapan mata mereka. Pembaca hanya dikehendaki menggunakan
suara, gerak badan dan memek muka. Namun begitu, teknik ini perlu perancangan yang
rapi agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dalam keadaan
yang terkawal.
Bercerita menggunakan pelbagai seni bahasa itu sangat mendukung perkembangan
kosa kata dan kepekaan murid kepada seni bahasa dan budaya mereka. Syair, pantun,
sajak, seloka, gurindam, hikayat dapat digunakan untuk menambah variasi pengajaran
dan pembelajaran. Guru boleh mereka sebuah syair yang berbentuk cerita umpamanya
riwayat hidup seseorang, kisah-kisah sejarah yang bersesuaian dan sebagainya. Syair
yang berbentuk cerita hendaklah disampaikan dengan penuh
penghayatan. Ini akan menimbulkan minat di kalangan murid-murid lebih-lebih lagi
mereka jarang mendengar syair.
Bercerita menggunakan kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar
dan keratan majalah juga dapat digunakan dalam mencari suasana baru dalam bercerita.
Melaluinya murid-murid dibimbing membina cerita sendiri berdasarkan bahan-bahan
rangsangan seperti gambar kartun dan keratan akhbar. Dengan menggunakan gambar-
gambar kartun atau keratan akhbar murid-murid disuruh memerhati dan kemudian
menceritakan mengenai gambar atau keratan akhbar itu. Mereka akan bercerita kepada
guru dan rakan-rakan sedarjah. Cerita tidak perlu panjang. Murid-murid dapat dilatih
menyampaikan maklumat dengan berkesan secara bersahaja. Ini membolehkan murid-
murid berkomunikasi dengan lebih berkesan. Dengan ini, kemahiran berbahasa murid-
murid dapat dipertingkatkan.
KESIMPULAN
Berdasarkan keterangan yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dengan
menggunakan teknik bercerita banyak aspek-aspek bahasa, yang boleh diajarkan
umpamanya empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Begitu juga dengan memasukkan isi-isi pelajaran ke dalam cerita simpulan
bahasa, perkataan berlawan, cakap ajuk, cakap pindah selain dari pengajaran karangan,
fahaman, tatabahasa, kosa kata dan sebagainya. Di samping itu, guru juga seharusnya
menyerapkan nilai-nilai murni melalui cerita. Dengan ini, prinsip bahasa merentas
kurikulum dapat dipraktikkan. Di samping mereka seronok mendengar cerita mereka juga
memperolehi pelajaran dan lebih memahami pengajaran cerita yang ingin disampaikan.
Selain daripada itu teknik ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan memberi
latihan kepada mereka untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Namun begitu kita
haruslah ingat bahawa teknik bercerita hanyalah satu jalan untuk menyalurkan
pengetahuan kepada murid dengan cara yang menarik agar menimbulkan minat mereka
untuk belajar. Panduan ini hanya diharapkan menjadi titik tolak untuk diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan pelajaran lain yang difikirkan sesuai
oleh guru.
BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng, 1993, Pedagogi II Amalan Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, 1990, Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang, 1993, Pedagogi 2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran
Mikro, Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Sidang Pengarang, 1992, Kurikulum Baru Sekolah Rendah - Jilid 7 Aktiviti Bahasa, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
______________, 1995, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam
Buku 4 Edisi Kedua, Bandar Seri Begawan: Jabatan Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan.
______________, 1998, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Categories: Bahasa, Pendidikan
Related Post:
Bahasa
Pendidikan
FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEBERHASILAN MATA KULIAH PERENCANAAN STRUKTUR BANGUNAN TINGGI (PSBT) PADA MAHASISWA JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK SIPIL
KONTRIBUSI KEGIATAN KEMAHASISWAAN TERHADAP MOTIVASI BERPRESTASI MAHASISWA JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK ARSITEKTUR
KETERAMPILAN INTERPRETASI SISWA LAKI-LAKI DAN SISWA PEREMPUAN TERHADAP GAMBAR DAN BAGAN PADA KONSEP SISTEM REPRODUKSI MANUSIA
PENGGUNAAN ALAT PERAGA MAKET KENAMPAKAN PERMUKAAN BUMI UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR IPA SISWA DALAM PEMBELAJARAN TEMATIK PADA TEMA PENDIDIKAN
PENGARUH IKLIM SEKOLAH DAN KREATIVITAS GURU DALAM MENGELOLA PEMBELAJARAN EKONOMI TERHADAP PRESTASI BELAJAR SISWA PADA MATA PELAJARAN EKONOMI
http://skripsikependidikan.blogspot.com/2012/12/teknik-bercerita-dalam-pengajaran-bahasa.html
KAEDAH BERCERITA
by ASLAMIYAH BINTI OTHMAN 1026576 - Sunday, 23 February 2014, 11:18 PM
ASSALAMUALAIKUM,
Bercerita adalah salah satu kaedah dalam pdp. Kaedah ini merupakan salah satu cara
untuk menarik perhatian murid-murid. Kaedah ini amat sesuai bagi murid-murid sekolah
rendah. Dalam sesi penceritaan akan lebih menarik jika diselitkan dengan dialog,
nyanyian atau lakonan. Murid-murid mudah faham apabila cerita dapat disampaikan
dengan pelbagai cara. Ketika sesi tersebut persepsi riak wajah murid-murid akan dapat
dilihat dengan riak yang pelbagai hingga ada yang mencuit hati. Ketika itu juga murid-
murid digalakkan supaya mengambil bahagian agar timbul satu keseronokan kepada
murid-murid.
Kebiasaannya apabila selesai sesi bercerita akan ada sesi soal jawab bagi memastikan
murid-murid faham dengan cerita tersebut serta objektif pdp tercapai atau sebaliknya.
Cara kaedah ini juga dapat merapatkan hubungan di antara guru dan murid-murid. Guru
juga dapat mencungkil bakat murid dan mengetahui pencapaian muridnya. Sesi bercerita
ini boleh disertakan dengan pelbagai peralatan tambahan bagi mengindahkan dan
menarik perhatian murid-murid yang mendengarnya.
Inilah diantara pengalaman saya ketika menjalankan pdp dengan menggunakan kaedah
bercerita. Dalam subjek Pendidikan Islam , sesi bercerita amat sesuai bagi sirah dan
adab. Tetapi ianya terpulang kepada guru-guru dalam menjalankan pdp kepada murid-
muridnya , asalkan mereka memahami tajuk yang diajar dan objektif tercapai.
Sekian.
ASLAMIYAH BT OTHMAN
1026576
http://italeem.iium.edu.my/mod/forum/discuss.php?d=1256
Bercerita.
Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Murid biasanya gemar mendengar cerita yang menarik. Sesuatu cerita yang disampaikan dengan baik akan membolehkan murid mempelajari sesuatu dalam suasana yang seronok dan pelajaran ini akan lebih kekal dalam ingatan. Oleh itu guru hendaklah kuasai kemahiran bercerita untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita dalam kelas antaranya seperti secara lisan, murid mendengar pita rakaman, boneka dan lain-lain.
Demontrasi.
Demonstrasi ialah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Teknik ini mellibatkan aktiviti penerangan dan demontrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid.Tujuannya supaya murid dapat mencontohi dan memudahkan murid melaksanakan sesuatu aktiviti. Ingatan murid tentang langkah-langkah dapat diperkukuhkan dan murid lebih memahami pembelajaran yang dijalankan. Latihan amali dapat membina kemahiran murid dengan tepat dan kukuh. Dalam masa yang sama guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku, membina keyakinan murid dan mengelakkan sebarang permasalahan berlaku.
Posted by Gloomy Jane at 20:50
http://syahadahprincess.blogspot.com/2012/03/strategi-pemusatan-guru.html
Saturday, 17 March 2012
Strategi Pemusatan Guru