Kaedah struktural, global

20
KAEDAH STRUKTURAL Definis i Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi;. Ciri- ciri Kelebiha n memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, menggunakan pendekatan induktif, mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja, tidak mengutamakan bahan bantu mengajar pembelajaran lebih berpandukan guru, unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. Penguasaan murid terhadap karya adalah baik dan mantap. membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43). Kaedah Struktural

Transcript of Kaedah struktural, global

Page 1: Kaedah struktural, global

KAEDAH STRUKTURAL

Definisi

Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi;.

Ciri-ciri

Kelebihan

memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran.

terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan,

menggunakan pendekatan induktif,

mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja,

tidak mengutamakan bahan bantu mengajar

pembelajaran lebih berpandukan guru,

unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu.

Penguasaan murid terhadap karya adalah baik dan mantap.

membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

Kaedah Struktural

Page 2: Kaedah struktural, global

Pengenalan

Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling tua

digunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan ini

mempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-

garis ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalah

kaedah paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural.

Pengajaran menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepada

struktur bahan yang diajar. Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbina

atau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satu

pola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa kaedah

struktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan

binaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan struktural memberikan

penekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina

sesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa dalam

konteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang diperhatikan

adalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam karya

tersebut.

Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam pengajaran

menggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah pengajaran

kesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti perwatakan,

gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni, dan

sebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian

Melayu).

Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentang

bahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk struktur

karya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangat

penting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektif

yang ingin dicapai pada sesi itu.

Page 3: Kaedah struktural, global

Ciri-Ciri Kaedah Struktural

Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalam

kaedah struktural antaranya adalah :

i terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan,

ii menggunakan pendekatan induktif,

iii mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja,

iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu.

v pembelajaran lebih berpandukan guru,

vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar

vii memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan

pembelajaran.

i. Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara

struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah

hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya

sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan

karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman

terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih.

ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif.

Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu.

Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada

ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin

(1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif

menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji,

menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat

keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji.

iii. Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja.

Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.

Page 4: Kaedah struktural, global

iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum

memulakan pengajaran dan pembelajaran.

v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid

dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun

masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh

guru.

vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar

dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur

atau struktur tersebut.

vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya

memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai

digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.

Kelebihan Kaedah Struktural

Kaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-

struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedah

ini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaan

terhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untuk

melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran,

renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan

pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

Page 5: Kaedah struktural, global

Aplikasi

Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karya

contohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secara

menyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemen

yang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar,

tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukan

tidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasa

memberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian,

barulah melihat kepada elemen-elemen lain.

Kesimpulan

Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikan

karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak

dan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran dan

lain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak boleh

dicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukan

satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.

Page 6: Kaedah struktural, global

Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya.

Penguasaan murid terhadap karya adalah baik dan mantap.

membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

Kepentingan setiap komponen/struktur

Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan.

KAEDAH GLOBAL

Definisi

Ciri-ciri

KelebihanCara kajian dilaksanakan

Separuh global :Melihat secara keseluruhan kemudan menjurus kepada bahagian yang ingin disentuh.

Secara menyeluruh (global) :Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-aspek.

Kaedah Global

Page 7: Kaedah struktural, global

Pengenalan

Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara

keseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya

ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah global

pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang

menyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah

dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988).

Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalah

hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidak

mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai

pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)

menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama

apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan

dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan.

Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan

semasa menilai sesuatu karya iaitu :

i. Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara

keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada

bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci.

ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan

melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut

secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut

dibincangkan secara berasingan.

Page 8: Kaedah struktural, global

Ciri-ciri Kaedah Global

Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu :

i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan

membentuk kesatuan karya.

ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu,

penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para

penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai

kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

Kelebihan Kaedah Global :

Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan

penilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh

semua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja

boleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam

aspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi.

Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan

membuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-

komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapat

menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.

Page 9: Kaedah struktural, global

A B C B A

B BC

C

Aplikasi

Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya.

Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini

agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)

Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan

melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang

boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di

bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

A = Alam luas luar sekitar Melaka

B = Daerah-daerah di luar Melaka

C = Melaka sepenuhnya

Peringkat Awal

Peringkat Perkembangan

Peringkat Akhir

Page 10: Kaedah struktural, global

Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).

Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara

keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,

persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.

Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan

kelemahannya.

Kesimpulan

Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas

tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya

tidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh ‘kulit luar’

sahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera

menggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.

Page 11: Kaedah struktural, global

Refleksi

Kerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini

lebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikan

semasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalah

pendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesan

yang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-

komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini sama

seperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakan

bahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yang

berkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasai

komponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif

yang diinginkan.

Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaian

dengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru-

guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akan

membawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satu

wadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepada

teori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapat

mengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkan

sesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan,

pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulah

diaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada

guru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak sekiranya

kepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok,

bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.

Page 12: Kaedah struktural, global

Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada saya

tentang peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini.

Guru banyak memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajari

tentang kesusasteraan ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkan

oleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalam

kelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agar

murid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraan

yang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuk

soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik dan

sebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang mengajar

kesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori-

teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang

sesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajaran

kesusasteraan diadakan di sekolah.

Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerja

kursus ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapa

pentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah.

Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakan

untuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalah

karya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenaka

semata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej yang

tersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi masyarakat

yang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak sesuai

dengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej dalam

setiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah, sekiranya

pengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan berkesan,

masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai budaya

dan estetika yang tinggi.

Page 13: Kaedah struktural, global

Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbatas

pada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkan

sebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lain

meningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karya

sastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakan

dalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataan

tersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalam

bidang-bidang lain.

Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaran

yang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, saya

turut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar mata

pelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik

yang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya dan

rakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakan

kelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-idea

daripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalan

kerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkan

unsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsas

diwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnya

diketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar Bahasa

Melayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran

menyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektif

dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas

keizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerja

kursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

rakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang

proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang

membantu sama ada secara langsung mahupun tidak.

Page 14: Kaedah struktural, global

Bibliografi

Kamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya.

Penerbit Fajar Bakti

(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn.

Bhd.

Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam.

Penerbit Fajar Bakti