Kaedahz

18
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Islam. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. Oleh yang demikian, pemilihan kaedaha dalah perkara penting yang amat dititikbereatkan oleh seorang guru dalam menghasilkan hasil

description

aa

Transcript of Kaedahz

Page 1: Kaedahz

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Islam.

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam tidak pernah

meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah

pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas

dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak

umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah.

Tidak dinafikan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran

asas pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai meliputi penyediaan

Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan

pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.

Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan,

pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah,

sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan

aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. Oleh yang demikian,

pemilihan kaedaha dalah perkara penting yang amat dititikbereatkan oleh

seorang guru dalam menghasilkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan berjaya mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

 Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan

guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam

jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam khususnya, terdapat

pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran. Antara kaedah

tersebut adalah :

Page 2: Kaedahz

(a) Kaedah Iqra’

Menurut Ghazali Darussalam ( 2004 ), istilah Iqra’ diambil daripada

permulaan ayat surah al-‘alaq yang bermaksud “bacalah”. Kaedah Iqra’

bermaksud membaca Al-Quran dengan cepat secara membunyikan terus huruf-

huruf yang berbaris tanpa mengejanya mengikut rasm Uthmani. Ia juga adalah

satu cara mempelajari Al-Quran dari segi mengenal bunyi dan membaca Al-

Quran secara pantas. Jangkaan seseorang pelajar dapat mengenal dan

membaca huruf-huruf hijaiyyah Al-Quran dalam masa tuga hingga enam bulan

bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga tujuh tahun. Melalui kaedah Iqra’

pelajar tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti izhar, iqlab dan lain-lain

pada awal pembelajaran Iqra’.perkara paling penting yang ditekankan dalam

kaedah ini ialah pelajar mampu menguaasai bacaan dengan fasih dan betul.

Antara kebaikan kaedah ini ialah, ia membantu murid menguasai bacaan

Al-Quran dalam tempoh yang singkat, selain itu kaedah Iqra’ yang sistematik,

tersusun dan didatangkan dengan buku yang pelbagai warna mampu menarik

minat pelajar untuk membacanya. Kaedah ini juga selari dengan matlamat KBSR

iaitu menguasai kemahiran membaca. Namun begitu tidak dapat dinafikan

bahawa kaedah ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaranya

ialah, kaedah ini akan mendatangkan kekeliruan pada murid dalam membezakan

antara huruf jawi dengan huruf hijaiyyah hal inikerana muridtidak didedahkan dan

dikenalkan dengan huruf jika menggunakan kaedah ini. Selain itu kaedah ini juga

tidak sesuai digunakan untuk murid yang mempunyai daya ingatan yang terlalu

lemah.

Pelaksanaan kaedah Iqra’ ini dijalankan kerana kaedah ini adalah kaedah

yang menggantikan kaedah yang lama iaitu kaedah al-Baghdadi iaitu kaedah

lama dalam mempelajari al-Quran. Kaedah lama ini adalah kaedah yang

menyebabkan pelajar bosan untuk mempelajari al-Quran kerana ia mengambil

masa yang lama dalam menguasai bacaan al-Quran. Berbanding kaedah Iqra

yang lebuh mudah untuk dilaksanakan dan hanya memerlukan masa yang

singkat dalam menguasainya.

Page 3: Kaedahz

Dalam menggunakan kaedah Iqraaa’ ini , terdapat beberapa teknik yang

perlu dikuasai iaitu :

(b) Kaedah Hafalan (Al-Hafz)

Menurut Ahmad Mohd Salleh ( 2011 ),kaedah hafalan merupakan satu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan penggunaan

ingatan secara langsung. Kaedah ini kerap digunakan dalam pembelajaran Al-

Quran. Kaedah ini juga dianggap penting untuk menguat dan menggembangkan

daya ingatan. Menerusi kaedah ini, apa yang telah dipelajari akan dikeluarkan

semula dengan lengkap. Pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini

memerlukan ketekunan dan kesungguhan bagi meningkatkan apa yang dipelajari

melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan sebenarnya merupakan satu kaedah yang penting

dalam pembelajaran yang penting dalam Islam. Hal ini kerana baginda

Rasulullah sendiri menggunakan kaedah ini sebaik sahaja satu-satu wahyu

diturunkan kepada baginda. Dalam subjek Pendidikan Islam kaedah ini sering

teknik al-Tarikah bi al-

Tadris

Teknik al-Riyadahah al-Tikrar

Teknik Tawasi' Bi al-

Maqasyid

Teknik al-Tarikah bi al-Shautiyyah

Teknik Tahqiq

Teknik Jahar Teknik TartilTeknik Tadwir

Teknik al-Tarikah al-Muqaranah

Teknik al-Tarikah bi al-Riyadah al-

AsfalTeknik

alTarikah Min al-Ma'ruf Ila al-Majhul

Teknik al-Tarikah Min al-Asfal Ila

al-'Ala

Page 4: Kaedahz

digunakan dalam pengajaran Al-Quran, di mana pelajar diminta menghafal

sehingga mereka dapat menggingati apa yang dihafalnya dengan baik dan

sempurna. Menurut Abdullah al-Amin (1994), Pada peringkat hafalan, guru tidak

perlu menghuraikan maksud ayat disebabkan ketidakmampuan pelajar

memahaminya. Namun kenyataannya, kaedah ini amat bertentangan dengan

kaedah moden yang amat menitikberatkan kefahaman untuk memudahkan

penghafalan. Sebenarnya kaedah ini merupakan dalil wujudnya roh takwa dan

semangat agama yang kuat yang juga merupakan ciri keistimewaan kaedah ini.

Ghazali Darussalam (2004), menyatakan bahawa kaedah hafalan dapat

dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu,

(c) Kaedah Sokratik

Kaedah ini mendapat namanya sempena dengan nama ahli falsafah

Greek, Socrates. Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Apa

yang ditekankan melalui kaedah ini ialah perkembangan kemahiran menyoal

yang menuju kepada kebenaran. Sokratik mengajar pengikutnya cara

bagaimana sasuatu definisi dicapai. Kaedah ini berbentuk elektif dan ia lebih

menekankan kepada aspek perbualan, guru akan mengemukakan soalan

sementara pelajar pula akan menyusun pengalaman-pengalaman lampau untuk

menjawab soalan-soalan.

Menurut Ahmad Mohd Salleh ( 2011 ), kaedah sokratik adalah kaedah

pengajaran dengan pertanyaan. Pentingnya seorang guru itu hendaklah mehir

dalam menyoal dengan soalan yang membawa kepadakebenaran. Sokratik juga

peringkat pertama peringkat hafalan semata

peringkat kedua peringkat hafalan dan kefahaman

peringkat ketiga peringkat hafalan dengan kefahaman dan analisis

Page 5: Kaedahz

mengajar pelajar bagaiman sesuatu definisi dicapai. Kaedah ini berbentuk elektif

iaitu perbualan iaitu guru mengemukakan soalan dan pelajar menjawab soalan

berdasarkan pengalaman lampau.

Terdapat beberapa jenis soalan yang terdapat dalam kaedah ini,

antaranya ialah berbentuk peringatan. Soalan jenis ini memerlukan pelajar

mengingat fakta sejarah, orang perseorangan dan peristiwa-peristiwa penting.

Contohnya, siapakah sahabat nabi yang menemani baginda ketika peristiwa

hijrah?. Soalan jenis pemikiran pula memerlukan seseorang pelajar membuat

huraian dan penjelasan tentang sesuatu kejadian dan maklumat yang umum.

Dengan cara itu, pelajar berupaya membuat membuat andaian dan

menghubungkan dengan pemikiran mereka dengan peristiwa berkenaan,

contohnya, apakah factor-faktor yang mendorong hijrah rasul ke madinah?.

Manakala soalan pertimbangan pula mengkehendaki pelajar membuat rujukan

terhadapsetiap kejadian dan membuat keputusan tanpa terikat dengan

pandangan seseorang atau fakta yang ada dalam buku. Dalam soalan mencipta

pula,pelajar digalakkan membuat suatu keputusan untuk menyelesaikan

masalah yang dilahirkan sama ada melalui pembacaan ataupun dihadapi oleh

manusia. Disamping itu, pelajar terdorong untuk membuat cadangan baru

terhadap sesuatu isu atau permasalahanyang berlaku tadi, dengan cara ini

murid akan lebih kreatif selepas membuat rujukan atau bacaan.

(d) Kaedah Penyelesaian Masalah

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011 ), Kaedah ini cenderung kepada

pendekatan-pendekatan pengajaran berdasarkan kaedah penyiasatan yang

saintifik. Kaedah ini melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti masalah,

mengenal pasti maklumat, membuat hipotesis, menguji hipotesis, menilai dan

membuat rumusan. Contohnya dalam kelas pedagogi, sekumpulan guru pelatih

mungkin akan memikirkan cara-cara menyelesaikan atau mengatasi masalah

penguasaan menulis dan membaca jawi dalam kalangn pelajar sekolah. Mereka

akan membaca artikel-artikel dan penulisan yang berkaitan dengan masalah

Page 6: Kaedahz

yang telah dipilih dan kemudian akan membuat hipotesis tentang cara

mengatasi masalah penguasaan menulis dan membaca jawi di sekolah.

Tujuan kaedah ini dicipta adalah untuk member latihan dan sokongan

semasapara pelajar belajar menyelesaikan masalah. kaedah ini boleh juga

digunakan dalam katagori mendengar-bertutur dan memerhati-membuat.

Strategi-strategi penyelesaian masalah yang dipelajari oleh para pelajar boleh

digunakan dalam kehidupan seharian apabila mereka dewasa.

(e) Kaedah Latih Tubi (Al-Mulazamah)

Menurut Ghazali Darussalam ( 2004 )menyatakan bahawa, dalam islam

kaedah ini mempunyai sejarah yang panjang. Malah malaikat jibril sendiri telah

menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar rasulullah membaca ayat yang

pertama diturunkan. Baginda diajar membaca berulang kali. Kali pertama Nabi

menjawab tidak tahu, hingga kali ketigabarulah baginda dapat membacanya.

Membaca berulang kali merupakan perinsip utama kaedah ini, kerana kaedah ini

melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan kecekapan dalam

pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot.

kaedah ini digunakan dengan meluas dari zaman berzaman. Contohnya

membaca Al-Quran diajar dengan menggunakan kaedah ini.

(f) Kaedah Ulangan (Tikrar)

kaedah tikar atau ulangan adalah satu kaedah yang menekankan kepada

pembacaan atau mengingat secara berulang kali bertujuan untuk membantu

pelajar memahami dan mengingati isi pelajaran dengan lebih baik. Al-Na’miy

Abdullah al-Amin (1994), mengatakan bahawa kaedah ini merupakan salah satu

kaedah yang sering digunapakai oleh Ibn Khaldun dalam proses pengajaran

beliau. Hal ini kerana kadangkala, palajar tidak dapat memahami isi pelajaran

dengan baik pada pembelajaran kali pertama dan kadua. Maka dalam hal ini,

guru haruslah mengulang-ulang semula isi pelajaran tersebut sehingga pelajar

dapat memahaminya.

Page 7: Kaedahz

Meskipun kajian telah membuktikan bahawa kaedah ini adalah satu

kaedah yang baik kerana ia mampu mendatangkan faedah yang baik kepada

kefahaman dan daya ingatan, ia tetap mempunyai kelemahannya yang

tersendiri. Kelemahan yang biasanya akan timbul ketika menggunakan kaedah

ini ialah ia akan menimbulkan rasa bosan dan jemu dalam kalangan pelajar

sekiranya guru tidak cekap menggunakan kaedah ini. Guru juga harus

berwaspada ketika menggunakan kaedah ini, hal ini kerana kaedah ini boleh

menjadi satu kaedah yang membuang masa dan membosankan sekiranya isi

pelajaran diulang berkali-kali.

(g) Kaedah Imlak

Menurut Ghazali Darussalam ( 2004 ) menyatakan bahawa, kaedah imlak

berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah hafalan

menjadi keutamaan. kaedah imlak bermaksud kaedah pembacaan dengan suara

yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orng

lain. Kaedah ini memerlukan pelajar menulis apa yang direncanakan dan

dibacakan kepada mereka. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan

dan pelajar mencatat setiap butir kata yang didengari.

Langkah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

imlak ini adalah dengan berdasarkan kepada :

Guru memastikan pelajar telah bersedia untuk menulis

Gurumenyebut atau membaca teks yang disediakan

Guru membaca teks dengan jelas dan fasih dan tidak telalu pantas

Guru menggunakan intonasi yang betul

Bacaan teks diulang sebanyak dua atau tiga jail mengikut tahap

kecerdasan pelajar

Murid diminta untuk menulis dengan tulisan yang difahami

Hasil tulisan pelajar diperiksa oleh guru sebagai penilaian

Guru menggalakkan pelajar membaca hasil tulisan mereka

Page 8: Kaedahz

(h) Kaedah Pemahaman

Pemahaman ialah pemikiran yang diperoleh daripada hafalan rencana,

bacaan dan penulisan. Pemahaman akan diperolehi setelah proses penerangan,

penjelasan, dan analisis kepada bahan dilakukan. Kebiasaannya kecekapan dan

kecerdasan mental seseorang itu akan melahirkan pemahaman yang berbeza-

beza. Pemahaman seseorang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi barat seperti

Bloomfield menyatakan bahawa terdapat enam aras perkembangan mental

dalam kecerdasan seseorang, iaitu daripada yang paling rendah sehingga

peringkat yang paling tinggi, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, seintesis dan kesimpulan.

Al-Syeikh Burhanul Islam menasihati pelajar agar jangan menulis sesuatu

yang tidak difahami, kerana ia akan menyebabkan otak menjadi tumpul dan

menghilangkan kecerdasan. Mereka sepatutnya berijtihad untuk memahami guru

dan banyak berfikir dan merenung. Kaedah pengajaran dalam Pendidikan Islam

sebenarnya memberi tumpuan kepada pemahaman mata pelajaran

sebagaimana ia menaruh perhatian kepada hafalan tanpa mengabaikan walau

sedikitpn pada sudut kefahaman, renungan dan pemikiran sama sekali. Perkara

ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah penulis yang mendakwa bahawa

orang islam hanya menaruh perhatian pada hafalan mata pelajaran tanpa

memahaminya. Sebagai kesimpulannya kaedah pemahaman merupakan satu

kaedah yang menekankan kepada pemahaman isi pelajaran terlebih dahulu

sebelum menghafal pelajaran tersebut.

(i) Kaedah Kolaborasi

Pembelajaran kolaborasi mengutamakan prinsip pengajaran,

pembelajaran dan penggetahuan. Aspek utama antara ketiga konsep itu ialah

pengetahuan kerana ia menggabungkan interaksi yang tidak dihubungkan oleh

guru kepada pelajarnya. Ini bermakna aktiviti pengajaran terhasil berdasarkan

latar belakang atau pengetahuan sedia ada murid. Tugas utama guru melalui

Page 9: Kaedahz

kaedah ini ialah mewujudkan suasana agar pelajar dapat menghasilkan bahan

sendiri menerusi dapatan yang berguna. Hasil yang akan diperolehi ialah, pelajar

akan memahami apa yang dicari, selain itu ia juga membantu pelajar

mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kaedah ini juga

biasanya melibatkan aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan kecil yang akan

bekerjasama untuk menyiapkan tugasan projek yang diberikan.

Dalam sesi pelaksanaan kaedah ini, guru akan menggalakkan pelajar

berinteraksi, meneroka dan berfikir bersama-sama dalam kumpulan kecil.

Prinsip pencapaian murid dan penguasaan ilmu adalah lebih utama daripada

menghabiskan sukatan pelajaran. Penggunaan kaedah lain sebagai sampingan

adalah digalakkan untuk memantapkan kaedah sedia ada dan selebihnya pelajar

dilibatkan secara aktif dalam menyelesaikan masalah semasa didalam kelasdan

memberi peluang untuk membimbing dan memotivasi dalam menyelesaikan

masalah. Dalam satu bahan bacaan yang dibaca, pelajar diminta menerangkan

bagaimana perubahan-perubahan dalam pemboleh ubah akan mempengaruhi

pemboleh ubah yang lain. Secara ringkas, terdapat empat ciri utama kaedah

kolaboratif iaitu, perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam kalangan guru

dan pelajar, perkongsian kuasa antara guru dan pelajar, guru sebagai fasilitator

dankelompaokpelajar secara heterogen (pelajar tidak diasingkan mengikut

kebolehan yang sepatutnya, minat dan pencapaian kerana ia akanmenghalang

peluang murid untuk belajar).

(j) Kaedah Lawatan / pengembaraan (al-Rehlah/ al-Jaulah)

kaedah lawatan merupakan satu kaedah pengajaan yang dilaksanakan

dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar keluar bilik kelas.

Ketika melaksanakan kaedah ini, guru secara langsung dapat memberi

gambaran yang jelas tentang perkara yang dilihat dan dialami oleh pelajar pada

masa tersebut, selain memberi penjelasan tentang perkara yang dilihat secara

kebetulan kepada pelajar ketika aktiviti sedang dijalankan.

Page 10: Kaedahz

Kaedah ini merupakan satu kaedah ynag penting kerana ia bertepatan

dengan suruhan ALLAH dalm surah Al-Fatir ayat 44 yang menyeru supaya

manusia pergi keluar berjalan dan bermusafir untuk melihat kebesaran ALLAH.

menerusi kaedah ini pelajar bebas memilih untuk pergi melawat kemana-mana

institusi dan tempat-tempat yang dirasakan sesuai dan bertepatan dengan isi

pelajaran mereka. Secara tidak langsung pelajar dapat bergaul dengan mesra

dan berpeluang mendapat ilmu secara terperinci dan konkrit selain dapat

mengembangkan kemahiran sosial mereka. menurut Ahmad Shallaby, menerusi

kaedah ini seseorang itu dapat belajar daripada ramai guru. Selain itu, kaedah ini

amat membantu menguatkan ingatan pelajar kerana setiap guru mempunyai

pendekatan mereka yang tersendiri dalam mendidik.

(k) Halaqah

Menurut Ahmad Mohd Salleh ( 2011 ), menyatakan bahawa kaedah ini

ialah kaedah yang mana para pelajar mengelilingi guru dalam bentuk bulatan

dan separa bulatan dan mendengar guru memberi syarahan tetang isi

pembelajaran. Pada biasanya guru akan bersandar pada dinding atau tiang

masjid dan menghadap arah kiblat. Sebelum memasuki halaqah, guru biasanya

berpakaian kemas, bersih, dan memakai bau-bauan serta berwuduk. Mereka

biasanya akan duduk dalam keadaan khusysuk terutama dalam menyampaikan

pelajaran. Pelajaran biasanya akan dimulai dengan membaca basmallah,

handalah serta berselawat kepada rasulullah, kemudian baharulah guru

memulakan pengajarannya.

(l) Resitasi

kaedah resitasi biasanya digunakan untuk menilai sejauh mana pelajar-

pelajar mengetahui atau memahami sesuatu konsep dan seterusnya

meneguhnya pemahaman yang betul dan tepat. Secara asasnya, kaedah ini

melibatkan proses mengingat semula maklumat yang baru disampaikan oleh

guru. kemudian para pelajar dikehendaki mengulang kembali maklumat

berkenaan sama ada dengan menyebut perkataan demi perkataan atau denggan

Page 11: Kaedahz

menggunakan ayat mereka sendiri. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib

(1995), berkata bahawa kaedah resitasi ini seringkali digunakan oleh guru untuk

untuk meringkaskan pelajaran lepas sebagai set induksi untuk pelajaran yang

bakal disampaikan.

Melalui kaedah ini, guru biasanya akan mengemukakan soalan yang

kemudiannya akan dijawab oleh pelajar. Pelajar bebas untuk merujuk nota, buku

dan sebagainya, tetapi hanya jika mereka tidak diarahkan untuk meghafal isi

pelajaran berkenaan. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengatasi

masalah jurang perbezaan antara murid yang mempunyai tahap penguasaan

yang berbeza pada sudut bacaan. Pelajar yang berkebolehanuntuk membaca

bolehlah menerangkan semula bahan yang dibaca kepada pelajar yang kurang

memahami bahan pelajaran tersebut. Selain itu kaedah ini amat sesuai

digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan

pelajar.

(m) Kaedah Bermain

Permainan adalah sesuatu yang diminati murid-murid. permainan boleh

digunakan dalam bilik darjah bagi mencapai objektif pelajaran. Kaedah ini sesuai

di peringkat prasekolah dan juga sekolah rendah. kaedah ini mampu menjadikan

interaksi pengajran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan pelajar.

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang seringkali digunakan oleh guru

bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Musa Daia (1992) menyatakan

bahawa pelajar biasanya akan memperolehi satu pembelajaran yang amat

berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu itu selari dengan minat dan

kegemaran mereka.

(n) Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita juga merupakan salah satu kaedah yang amat popular

dan sering kali digunakan dalm proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam. Perlu diingat baahwa kaedah ini bukanlah satu kaedah yang asing dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana ia merupakan

Page 12: Kaedahz

cara Al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia. Dalam pedagogi,

guru dilatih supaya menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan

dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Hal ini kerana sekiranya guru

bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah

sia-sia kerana ia tidak meninggalkan sebarang kesan dan impak terhadap

pelajar.

Perlu ditekankan disini bahawa dalam Pendidikan Islam, guru yang

hendak bercerita haruslah ikhlas semata-mata kerana ALLAH dan haruslah

mempunyai sifat peribadi yang mulia. Selain itu cerita yang dipilih haruslah

cerita-cerita yang bersifat mendidik dan mempunyai contoh tauladan yang baik.

Hal ini kerana agama islam tidak menyetujui andainya cerita-cerita yang

dikemukakan itu semata-mata hanya untuk hiburan, melalaikan, penuh dengan

unsure-unsur seks, penuh dengan unsure-unsur khurafat dan bersifat

keganasan semata. Cerita hemdaklah disampaikan dengan gaya yang mesra,

sopan dan menarik. Elakkanlah daripada bercerita dengan menggunakan kata-

kata yang kesat, kotor, lucah dan sebagainya.

(o) Kaedah Syarahan

Kaedah syarahan ialah suatu kaedah yang dianggap paling awal gunakan

dan tradisional, kerana guru gemar menyampaikan isi pelajarannya secara

autokrasi. Kaedah ini adalah kaedah yang menggunakan pendekatan

berpusatkan kepada guru sementara pelajar hanya bertindak sebagai pendengar

yang setia sahaja, malah kaedah ini dianggap sebagai kaedah yang sangat pasif

bagi sesetengah sarjana. Beberapa tokoh seperti Thyne (1963) dan George

Brown (1978) menganggap kaedah ini menekankan kepada asas dalam proses

pembelajaran kerana guru memberi syarahan dan murid hanya mendengar.

Maka unsur interaksi yang menentukan pencapaian hasil pembelajaran

dipertikai.

Rashidi Azizan dan Ahmad Razak Habib (1995) menegaskan terdapat

berbagai-bagai cara untuk menjadikan kuliah menjadi lebih menarik dan

Page 13: Kaedahz

berkesan. Guru boleh menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu

mengajarmisalnya slaid, projector, papanhitam dan poster. Serta teknik-teknik

bagi menunjukkan idea-idea penting yang terkandung dalam kuliah berkenaan.

Guru juga harus mengesan aras pemerhatian pelajar dalam kuliah berkenaan.

Dalam kaedah kuliah, guru harus memberi perhatian terhadap kedudukan

pelajar di dalam kelas agar setiap individu dapat melihat guru dan mendengar

percakapannya dengan jelas. Sementara guru pula harus bertutur dengan jelas

supaya boleh didengar oleh semua pelajar dan memeperlihatkan minat terhadap

topic yang sedang diajarkan.