Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

10
KAITAN ANTARA PERKEMBANGAN MORAL DENGAN TEORI MORAL YANG SESUAI teori perkembangan moral kanak-kanak 1.4 Pendahuluan Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994). 1.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara: i. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat- peringkat perkembangan moral yang sama. ii. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab. 1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget. Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia

description

vv

Transcript of Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

Page 1: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

KAITAN ANTARA PERKEMBANGAN MORAL DENGAN TEORI MORAL YANG SESUAI

teori perkembangan moral kanak-kanak

1.4         Pendahuluan

Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan

menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini

akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di

atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu

matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta

menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara

kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang

kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).

1.5         Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa

bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:

i.          Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan

moral yang sama.

ii.         Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep

moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.          

1.5.1   Teori  Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka

mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi

kefahaman tentang sesuatu perkara.

Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:

i.              Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun).

Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak

dapat diubah.

Page 2: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

ii.            Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan

oleh manusia juga.

Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-kanak yakni

dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan

melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka

fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti

menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial.

Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria

motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali,

2009).

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral.

Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan

pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih

berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak

yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat

pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara.

Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah

Shahkat Ali, 2009).

Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak

mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada orang

lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap

peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.

Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek

boleh diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut bertambah, ini

meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif, 1974,

Shaffer, 1993).

Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963,

1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira

semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.

Page 3: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

1.5.2   Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah memperkembang

peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu

seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg

telah mengenal pasti terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan

kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan

kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap

konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).

Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan

mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk

memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih

dahulu.

Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang

sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang

terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja

dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling

kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua

puluh tahun.

Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang

berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu:

Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah

bersifat luaran pada diri seseorang.

Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan

jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.

Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada

undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam

bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).

Page 4: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

______________________________________________________________

Prakonvensional                       

Peringkat 1.   Orientasi Hukuman dan kepatuhan (Might makes right)   

     Peringkat 2.   Orientasi Timbal balik  (Scratch my back, I’ll scratch yours)        

________________________________________________________________

                       

     Konvensional                 

Peringkat 3.  Orientasi Persetujuan Antara Individu (Good boy, nice girl approval)

Peringkat 4.  Orientasi Undang-undang dan Peraturan (Fixed rules, right behavior consists

in   doing one’s duty)

________________________________________________________________

     Pascakonvensional      

Peringkat 5.  Orientasi Kontrak Sosial (Standards critically examined and agreed upon by

whole society)

Peringkat 6.  Orientasi Prinsip Etika Sejagat (Universal justice, equality)

________________________________________________________________

Dipetik daripada Traviss, 1985.

Teori Perkembangan Sosial

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard

pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami

kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku

yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang

supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:

i.              Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan

melihat kepada orang itu

ii.            Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan

tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat

Page 5: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu

situasi ke situasi yang lain.

iii.           Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa

sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan

aktiviti mengulangi gerak geri tindakan  orang lain.

Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru

ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.

Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura

i.          Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

ii.         Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.

iii.        Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru    sebagai

model.

iv.        Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang

berpatutan.

v.            Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku

atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

1.6.2   Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui

pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau

motivasi.

(i) Pemerhatian

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi

perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak

kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang

lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor

yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan

perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan

perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-

isi penting.

Page 6: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

(ii) Mengingat

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi

perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil

ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih

tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang

mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan

perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan

perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-

isi penting.

(iii) Reproduksi

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang

tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah

dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang

banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum

boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah

laku lebih lancar dan mahir.

(iv) Peneguhan/Motivasi

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,

tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk

motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan

dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan

dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk

menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,

peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan

tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.

Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim

Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat

mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan

agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab

moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.

Page 7: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita

Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan

moralti (Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan

manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-kanak perlu

memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa

terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya

peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai

orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.

1.8       Teori Perkembangan Moral Humanis

Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang

individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran,

pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan

tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan

bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.

1.8.1     Teori Konsep Kendiri Carl Rogers

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat,

sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan

persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal,

mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh

dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya

sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri

yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.

Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih

saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan

sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan

member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik

di  dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.

 

Page 8: Kaitan Antara Perkembangan Moral Dengan Teori Moral Yang Sesuai Rozita