kajian andul wafy

download kajian andul wafy

of 11

Transcript of kajian andul wafy

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    1/11

     

    PENGGUNAAN TOKEN PATUNG HAIWAN   BAGI MENGURANGKAN

    TINGKAH LAKU DISTRUPTIF MURID HIPERAKTIF

    DI SEKOLAH KEBANGSAAN

    KAMPONG TENGAH

    Oleh:

    Abdul Wafiy Bin Hasbullah ,Tuan Haji Nordin Bin Monel

    Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian Tindakan ini bertujuan menilai keberkesanan token Patung Haiwan dalam mengurangkan

    tingkah laku mengganggu (distruptif) murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Seorangmurid dari Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Kuala Terengganu terlibat sebagai responden.

    Responden dikenalpasti melalui pemerhatian pengkaji terhadap masalah tingkah laku yang telah

    ditunjukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kajian ini dilakukan secarakualitatif di mana pengkaji perlu mengkaji secara mendalam responden yang dikaji. Instrumen

    yang digunakan dalam pengumpulan data adalah pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.

    Dapatan dianalisis menggunakan graf dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan.

    Analisis data menunjukkan berlakunya penurunan kesalahan tingkah laku responden iaitu

    sebanyak 80.65% selepas menggunakan token  Patung Haiwan. Peningkatan dalam perubahantingkah laku responden ini membuktikan bahawa token  Patung Haiwan  dapat memotivasikan

    responden mengawal tingkah laku distruptif.

    Kata Kunci : Tingkah Laku, Distruptif, Token Ekonomi

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

    Sewaktu melaksanakan proses praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, pengkaji

    mendapati responden yang mempunyai masalah kategori bermasalah pembelajaran telah banyak

    mempamerkan masalah tingkah laku negatif sewaktu sesi pembelajaran berlangsung.Berdasarkan hasil maklumat yang didapati daripada pemerhatian dan temubual yang telah

    dilaksanakan bersama-sama dengan guru-guru yang mengajar responden, pengkaji mendapati

    responden menghadapi masalah pembelajaran kategori hiperaktif .

    Masalah hiperaktif yang dihadapi oleh responden seperti suka mengganggu orang lain sedang

     belajar, mencakar orang, keluar kelas dengan tiba-tiba dan suka memberontak apabila tidakmendapat apa yang dikehendaki menyebabkan berlakunya ketidaklancaran proses pengajaran dan

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    2/11

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    3/11

    Menurut Carr, Fraizer & Roland (2005), matlamat utama dalam pemberian token adalah untuk

    meningkatkan dan mengekalkan tingkah laku kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh Hong

    Seok Han (2011), mendapati token ekonomi yang digunakan berfungsi dengan baik dan kanak-

    kanak menunjukkan perubahan yang positif di dalam bilik darjah.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengubah tingkah laku distruptif murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran kategori hiperaktif kepada tingkah laku positif dengan menggunakan kaedah

    token Patung Haiwan.

    Objektif

    Menghasilkan perubahan tingkah laku distruptif kepada tingkahlaku positif responden A dengan

    menggunakan kaedah token Patung Haiwan. 

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakah token  Patung Haiwan dapat membantu mengubah tingkah laku distruptif Responden A

    kepada tingkah laku positif?

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian ini dijalankan berdasarkan model penyelidikan Kemmis & Mc Taggart yang berasaskan kepada tigalangkah yang utama iaitu dengan membuat reflek, merancang dan membuat tidakan. Kajian ini melibatkan

    seorang murid lelaki kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah KebangsaanKampong Tengah kategori hiperaktif. Respon dipilih berdasarkan pemerhatian yang pengkaji laksanakanserta senarai semak yang dijalankan keatas responden A. Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen

    kajian iaitu pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.Data yang diperoleh telah diproses dan dianalisis.

    Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dengan merakam setiap sesi intervensi untuk melihat perubahan tingkah laku murid. Pemerhatian dijalankan iaitu sebelum intersvensi, semasa intervensi danselepas intervensi. Instrument ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tingkahlaku murid

    sebelum dan selepas intervensi sesi PdP dilaksanakan. Pengkaji telah melihat setiap tingkahlaku yangdipamerkan oleh responden dan mencatat setiap perubahan tingkahlaku yang berlaku kepada responden A.

    Selain itu, pengkaji menggunakan ujian instrumen dalam bentuk senarai semak untuk mengumpul data dantahap pencapaian tingkah laku murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan.Pengkaji menjalankan ujian senarai semak kepada seorang responden sahaja bagi melihat perkembangan

     perubahan tingkah laku sebelum intervensi dijalankan dan selepas intervensi dijalankan.

    Di samping itu, pengkaji juga melaksanakan beberapa sesi temu bual yang mana melibatkan sesi temu bual bersama responden A dan juga guru Pendidikan Khas (PPKIBP) yang mengajar kelas responden A. Temu

     bual yang dilaksanakan tersebut adalah merupakam temubual berstruktur. Pengkaji telah menyediakan

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    4/11

     beberapa soalan yang sama untuk ditanyakan kepada kepada responden A dan guru yang mengajarresponden A. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden berkaitan kaedah

    token yang digunakan sepanjang intervensi.Setiap maklum balas yang pengkaji dapat direkod dan dibuatcatatan.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Rajah 2: Alat Intervensi yang digunakan

    Kaedah token  Patung Haiwan  yang pengkaji gunakan ini berdasarkan pemerhatian yang telah

     pengkaji laksanakan terhadap responden A yang mana menunjukkan bahawa minat responden Aterhadap haiwan. Hal ini yang menyebabkan pengkaji memilih Patung Haiwan dijadikan sebagai

    token dan satu pembaharuan yang pengkaji laksanakan melalui kaedah token Patung Haiwan ini

    ialah ganjaran yang diperoleh berbentuk Patung Puppet Haiwan. Bagi setiap fasa objektif yang

    ingin dicapai adalah sama iaitu pengkaji ingin melihat perubahan tingkah laku distruptif kepada

    tingkahlaku positif responden.

    Fasa pertama intervensi pengkaji membuat pemerhatian dan rekod pemerhatian tingkahlaku

     bermasalah terhadap responden A bagi mengenal pasti tingkah laku yang ditunjukkan oleh

    responden A. Setiap tingkah laku yang ditunjukkan direkod dan dicatat oleh pengkaji.

    Seterusnya bagi fasa dua intervensi, pemilihan token yang sesuai dibuat berdasarkan minat

    responden A. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan  Patung Haiwan yang digunakansebagai token dalam kajian ini.  Patung Haiwan tersebut telah diberikan kepada responden A

    apabila dapat mengawal diri daripada melakukan tingkah laku distruptif dan melakukan tingkah

    laku yang positif. Responden A telah mengumpul Patung Haiwan tersebut dengan cara meletakkan

     Patung Haiwan tersebut dalam bekas token yang disediakan. Jika responden A menunjukkan

    tingkah laku positif pada minggu tersebut, responden akan dapat bermain patung-patung haiwan

     pada hujung minggu iaitu pada hari Khamis.

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    5/11

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    6/11

    kepada responden A bagi menyatakan tingkah laku yang dilakukan oleh responden A merupakan

    tingkah laku negatif dan tidak diingini oleh pengkaji.

    Mengikut fahaman ahli Behavioris dalam proses pembelajaran pelaziman operan telah

    menyatakan bahawa peneguhan negatif perlu diberikan kepada kanak-kanak setelah kanak-kanak

    diberikan peneguhan positif. Peneguhan negatif adalah untuk menghapuskan rangsangan yangtidak diingini untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini. Contohnya, responden berusaha

    untuk mengawal tingkah laku negatif kerana bimbang  Patung Haiwan yang telah dikumpulnya

    akan ditarik semula sehingga menyebabkan responden tidak mampu menebus  Patung Haiwan 

    tersebut dengan ganjaran yang disukai.

    Bagi fasa yang ketiga atau fasa terakhir intervensi, pengkaji mencatat segala rekod perubahan

    tingkah laku responden A. Perubahan yang ditunjukkan menunjukkan positif dan penggunaan

    token Patung Haiwan berkesan terhadap responden A.

    DAPATAN KAJIAN

    Seorang responden iaitu Hakimi merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Pembelajaran kategori hiperaktif. Responden yang mempamerkan masalah

    tingkahlaku distruptif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Intervensi yang

    dijalankan mempunyai tiga tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas intervensi.,

    Jadual 1. Analisis Tingkah laku Distruptif Responden A

    Bil. Responden ASebelum

    Intervensi

    Intervensi

    Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3

    1.Kekerapan Tingkah Laku

    Distruptif31 25 16 6

    2.Pengurangan TingkahLaku Distruptif

    - 6 9 10

    3.Peratus Kekerapan

    Tingkah Laku Distruptif100% 80.65% 51.61% 19.35%

    4.Peratus PenguranganTingkah Laku Distruptif

    - 19.35% 29.04% 32.26%

    Berdasarkan Jadual 1, data yang diperolehi oleh pengkaji dianalisis dengan lebih terperinci

    dengan dipaparkan dalam bentuk graf (Graf 1).

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    7/11

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    8/11

    2.Peningkatan Tingkah Laku

    Positif- 6 9 10

    3.Peratus Kekerapan

    Tingkah Laku Positif11.43% 28.57% 54.29% 82.86%

    4.Peratus Peningkatan

    Tingkah Laku Positif- 17.14% 25.72% 28.57%

    Berdasarkan Jadual 2, data yang diperolehi oleh pengkaji dianalisis dengan lebih terperinci dengan

    dipaparkan dalam bentuk graf (Graf 2).

    Graf 2. Kadar Peningkatan Tingkah Laku Positif Responden A Sebelum Dan Selepas

    Kaedah token patung Haiwan Dijalankan

    Graf 2 menunjukkan bahawa kekerapan tingkah laku positif oleh responden A adalah rendah

    sebelum kaedah token Patung Haiwan dijalankan. Daripada analisis terdapat perubahan tingkah

    laku yang ditunjukkan oleh responden A, pada sebelum intervensi dengan selepas intervensi

    dijalankan, iaitu daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang positif.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, penggunaan token Patung haiwan bagi mengubah tingkahlaku murid hiperaktifterbukti telah Berjaya dan mencapai objektif yang telah pengkaji tetapkan. Berdasarkan intervensiyang telah digunakan, pengkaji telah mendapati bahawa responden A telah Berjaya mengubah

    tingkahlaku distruptif responden A kepada tingkahlaku yang positif semasa proses pengajaran dan

     pembelajaran di dalam kelas dijalankan. Penggunaan token Patung Haiwan beserta ganjaran dapatmemberi tarikan kepada responden A kerana pemilihan token yang dilaksanakan berdasarkan

    minat responden A dan menerapkan terapi main dalam ganjaran iaitu bermain patung puppet

    sebagai ganjaran. Selain itu, pemilihan token Patung Haiwan yang pelbagai dapat menarik

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    Sebelum

    Intervensi

    Minggu 1

    Intervensi

    Minggu 2

    Intervensi

    Minggu 3

    Intervensi

    Responden A

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    9/11

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    10/11

     

    Mok, S.S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan : Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Skinner, B. F. (1968). The Technology of Teaching. New York : Appleton-Century Crofts.

    Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam :Fajar Bakti Sdn. Bhd.

     Nurul Aina et.al. (2010). Modifikasi Tingkah Laku Kanak-Kanak Token Ekonomi : Kelemahan Dan Kebaikan Token Ekonomi. Dimuat turun pada 15 April 2013daripada http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2010/07/

    Carr, J. E., Fraizer, T. J., & Roland, J. P. (2005). Token Economy. In M. Hersen, A. M.Gross & R. S. Drabman (Eds.), Encyclopedia of behavior modification andcognitive behavior therapy - Volume 2: Child clinical applications (pp. 1075

    1079). United State of America : Sage Publications. 

    Hong Seok Han. (2011). The Effects of a School-Wide Token Economy system on. The20th Asian Conference on Intellectual Disabilities (pp. 10121025). Korea : Korea

    Assoseation on Intelectual and Development Diasabilities (KAIDD). 

    Siti Safinaz Binti Zainal Abidin. (2012). Keberkesanan Penggunaan Sistem Token Smile Face Dalam Modifikasi Tingkah Laku Murid Tahun 4 Ibnu Khaldun SK SeberangTakir . Dimuat turun pada 14 April 2013 daripada 

    http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/611

     Nurul Ain Binti Hasan. (2012). Token Ekonomi Mengurangkan Tingkah Laku Murid Bermasalah Emosi Kanak-Kanak Pendidikan Khas. Dimuat turun  pada 14 April2013 daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/688 

    Maria Binti Yahya. (2012). Aplikasi Peneguhan Positif Mengurangkan Tingkah Laku

     Mengganggu Pembelajaran Kanak-Kanak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Dimuat turun pada 14 April 2013 daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/622  

     Nor Hasliza Binti Othman. (2012). Modifikasi Tingkah Laku Murid Pemulihan Sekolah

     Kebangsaan Undang Dengan Menggunakan Kaedah Token Ekonomi. Dimuatturun pada 14 April daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/651

     Nur Adyani Abdullah. (2011). Meningkatkan Amalan Kebersihan Persekitaran Dalam

     Kalangan Murid Prasekolah SK. Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Kesan Daripada Penggunaan Kaedah Token Ekonomi. Latihan Ilmiah. Institut Pendidikan GuruKampus Dato’ Razali Ismail. 

    Azrol Bin Zahari. (2012). Kaedah Token Ekonomi Dalam mengurangkan MasalahTingkah Laku Disruptif Murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 

    Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

  • 8/17/2019 kajian andul wafy

    11/11

     Nurul Aina Bt Zakaria. (2010). Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Murid Bermasalah Emosi Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Menggunakan

     Kaedah Token Ekonomi. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. 

    Orji Tobias, Victoria Nkechi dan Dimkpa. (2011). The Effect Of Token Economy