KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA BERPOSTUR … · kesudian beliau memberi pandangan khususnya...
Transcript of KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA BERPOSTUR … · kesudian beliau memberi pandangan khususnya...
KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA BERPOSTUR DUDUK DI
KILANG PANASONIC SEMICONDUCTOR DISCRETE DEVICE (M) SDN.
BHD.
NOR ELYASYAH BINTI GHAZALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KAJIAN ERGONOMIK TERHADAP PEKERJA BERPOSTUR DUDUK DI
KILANG PANASONIC SEMICONDUCTOR DISCRETE
DEVICE (M) SDN. BHD.
NOR ELYASYAH BINTI GHAZALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Untuk Ayah...
Tn. Hj. Ghazali bin Abu Chik
dan Emak...
Pn. Hjh. Mismah bte Hj. Sawando
Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan
memberi dorongan selama ini.
Buat adik-adik tersayang...
Muhammad Hafiz
Nur Fatin
Muhammad Hazwan
Muhammad Hazim
Muhammad Hasif
Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi hidup kalian
Farah Liyana Muhamad Khir
Abidul A’lim Supian
Pengorbanan dan sokongan kalian amat dihargai
Rakan-rakan seperjuangan
Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kajian ini
berjaya disiapkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada Encik Azlan Abdul Latib
kerana telah banyak membimbing saya dalam menyiapkan projek sarjana muda ini.
Selaku penyelia dan pembimbing, beliau banyak meluangkan masa dalam memberi
teguran dan pendapat berhubung kajian ini.
Penghargaan ini juga ingin saya tujukan kepada Puan Azanizawati di atas
kesudian beliau memberi pandangan khususnya dalam bidang ergonomik.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan
Panasonic Semiconductor Discrete Device Sdn. Bhd. terutama kepada Encik Sazali
Mokhtar selaku Safety and Health Officer kerana membenarkan saya membuat kajian di
kilang mereka. Tidak lupa kepada semua pekerja postur duduk bahagian visual
inspection kerana di atas kerjasama yang diberikan
Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam usaha
untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan
jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua. “Kerana
Tuhan Untuk Manusia.”
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ergonomik ini telah dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana aspek
ergonomik diterapkan kepada para pekerja yang bekerja berpostur duduk di lini
pengeluaran kilang elektronik Panasonic Discrete Device (M) Sdn. Bhd. Fokus kajian
ini adalah untuk melihat kesan-kesan bekerja secara duduk sepenuhnya kepada bahagian
badan dan juga kesannya terhadap psikososial pekerja. Instrumen kajian ini adalah
menggunakan borang soal selidik dan telah diedarkan kepada 120 orang responden yang
bekerja di kilang tersebut. Data-data diproses menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 13. Daripada analisis yang telah dibuat, mendapati tahap
aplikasi ergonomik di lini pengeluaran di lokasi kajian berada tahap sederhana. Walau
bagaimanapun beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti aspek postur kerja duduk
sepenuhnya, reka bentuk stesyen kerja yang selesa dan gaya duduk semasa melakukan
kerja. Di samping itu, kajian juga menunjukkan risiko tertinggi akibat bekerja berpostur
duduk selama satu syif bekerja adalah sakit pinggang. Beberapa cadangan dikemukakan
untuk memperbaiki penerapan ergonomik di lokasi kajian. Cadangan tersebut
termasuklah mengubahsuai stesyen kerja, menyediakan skim latihan dan dorongan
sebagai pendedahan kepada pekerja, mengadakan program audit ergonomik dan
menjalankan kajian ergonomik dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this ergonomics study is to identify the ergonomics
implementation for the sitting posture of workers at assembly line in electronics
manufacturing plant which is Panasonic Discrete Device (M) Sdn. Bhd. The focus of
this study includes the effects of working in prolonged sitting posture to the body parts
and also towards the operator’s psychosocial. Form of questionnaire were used as an
instrument for this research. The data were collected from 120 production operators and
have been analyzed by Statistical Package for Social Science (SPSS) version 13 and
Microsoft Excell. The analysis result showed that the implementation of ergonomics
were in medium level. However such factors need to be highlighted such as factors of
working with fully sitting posture, the design of comfort working station and the right
sitting style while working. This research also found that the greatest risk for prolonged
sitting working posture was a lower back pain. A few suggestions were made to improve
ergonomics implementation such as modifying the working station, providing an
training and motivation scheme, having ergonomics audit programmed and a suitable
survey or research about ergonomics in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xiii
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
viii
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Duduk 12
1.9.2 Postur 13
1.9.3 Postur Duduk 13
1.9.4 Lini Pengeluaran 13
1.9.5 Psikososial 13
1.9.6 Antropometri 14
1.10 Penutup 14
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Ergonomik 16
2.3 Anatomi, Antropometrik dan Postur Yang Berkaitan
Dengan Kerja Duduk 19
2.3.1 Anatomi 19
2.3.2 Data Antropometrik 25
2.3.3 Postur Duduk 26
2.4 Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 33
2.5 Stesyen Kerja Duduk 36
2.6 Reka Bentuk Kerusi Ergonomik 37
2.7 Audit Ergonomik 38
2.8 Skim Latihan dan Dorongan 40
2.8 Penutup 40
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Lokasi Kajian 43
ix
3.4 Prosedur Kajian 43
3.5 Populasi dan Sampel 45
3.6 Instrumen Kajian 46
3.7 Kajian Rintis 48
3.8 Analisis Data 49
3.9 Penutup 51
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis dan Keputusan Bahagian A 53
4.2.1 Jantina 53
4.2.2 Bangsa 54
4.2.3 Umur 54
4.2.4 Ketinggian 55
4.2.5 Berat 56
4.2.6 Jangka Masa Bekerja 57
4.2.7 Jam Bekerja Sehari 58
4.2.8 Jangka Masa Rehat Satu Syif 59
4.3 Analisis dan Keputusan Bahagian B 59
4.3.1 Perihal Kerja Yang Dilakukan 60
4.4 Analisis dan Keputusan Bahagian C 63
4.4.1 Kesakitan Tubuh Badan Pekerja 63
4.5 Analisis dan Keputusan Bahagian D 65
4.5.1 Kesan Kerja Postur Duduk Terhadap
Psikososial 66
4.6 Kesimpulan 68
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
x
5.1 Rumusan 69
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Persoalan Kajian 1 73
5.2.2 Persoalan Kajian 2 81
5.2.3 Persoalan Kajian 3 83
5.3 Cadangan 84
5.3.1 Cadangan Kepada Pihak Pengurusan
Kilang 85
5.3.2 Cadangan Kepada Pekerja 89
5.3.3 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.4 Penutup 92
BIBLIOGRAFI 93
LAMPIRAN
Lampiran 98
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Carta Alir Definisi Ergonomik 17
2.2 Sistem Kerja Manusia-Mesin Ringkas 18
2.3 Spina 20
2.4 Tangan dan Bahu 21
2.5 Kaki 22
2.6 Otot Harmstring 23
2.7 Pelvis 24
2.8 A adalah pandangan pelvis dari atas : a=sakrum, b=ilium,
c=pubis. B adaalah pandangan pelvis dari tepi : a=sakrum,
b=ilium, c=ischium 24
2.9 Data Capaian Tangan Optimum 25
2.10 Kepelbagaian Struktur Antropometrik 26
2.11 Anak Panah Menunujukkan Ischial Tuberosities 27
2.12 Target Berpostur Duduk 28
2.13 Kajian Hubungan Tekanan Struktur Tulang Dalam Postur
Duduk 29
2.14 Coccyx 29
2.15 Ilustrasi Berkaitan Posisi Duduk Tegak Dari Pelbagai
Sumber 30
2.16 A=Backward Tilt, B=Forward Tilt 31
xii
2.17 Duduk Membongkok Ke Hadapan 32
2.18 Tangan Tergantung Tanpa Armrest 32
2.19 Duduk Dengan Kepala Tertunduk Ke Bawah 32
2.20 Contoh Kerja Duduk Melibatkan Kerja Inspection Pada
Sebuah Stesyen Kerja 36
2.21 Carta Alir Prosedur Audit 39
4.1 Posisi Duduk dan Bukaan Badan 62
4.2 Carta Bar Gaya Pekerja Melakukan Kerja 62
4.3 Anggota Badan 63
4.4 Carta Bar Kesakitan Tubuh Badan Manusia 64
5.1 Ruang Capaian Optimum Bagi Seorang Pekerja 76
5.2 Tulang Ischial Tuberosities 77
5.3 Kerja Visual Inspection 78
5.4 Tisu Lembut Di Antara Anteror Dengan Elemen Posterior
Diberi Tekanan. (a=poterior ligaments) 79
5.5 Postur Duduk dan Sendi Yang Terlibat 80
5.6 Ruang Capaian Maksima 85
5.7 Dimensi Ruang Capaian 85
5.8 Penambahbaikan Kerusi 86
5.9 Kedudukan Armrest 87
5.10 Antara Jenis Anti-Fatique Mats Yang Digunakan
di Industri 88
5.11 Posisi Duduk Yang Betul 89
5.12 Regangan Bahagian Leher 90
5.13 Regangan Bahagian Bahu dan Lengan 90
5.14 Regangan Bahagian Belakang Badan 91
5.15 Regangan Bahagian Pergelangan Tangan 91
5.16 Regangan Bahagian Kaki 91
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert 47
3.2 Taburan Item Soal Selidik 48
3.3 Pekali Alpha Cronbach 49
3.4 Tahap Pertimbangan Min 51
4.1 Kekerapan Jantina Responden 53
4.2 Kekerapan Bangsa Responden 54
4.3 Kekerapan Umur Responden 54
4.4 Kekerapan Ketinggian Responden 55
4.5 Kekerapan Berat Responden 56
4.6 Kekerapan Jangka Masa Bekerja Responden 57
4.7 Kekerapan Jam Bekerja Sehari Responden 58
4.8 Kekerapan Jangka Masa Rehat Satu Syif Responden 59
4.9 Perihal Kerja Yang Dilakukan 60
4.10 Kesan Kerja Postur Duduk Terhadap Psikososial 66
5.1 Penilaian Aplikasi Ergonomik Bagi Pekerja Postur
Duduk 81
5.2 Kesan Bekerja Duduk Terhadap Kesakitan Tubuh Badan
Pekerja 82
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara industri yang semakin berkembang pesat.
Menurut Jabatan Perangkaan, dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), kerajaan
memperuntukkan RM2.6 billion untuk pembangunan sektor industri. Dengan target
kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9% setahun
semasa RMK8, sektor pembuatan dijangka menyumbangkan 35.8% daripada KDNK
sehingga 2005 (Malaysia Year Book, 2002).
Salah satu jenis industri yang semakin berkembang pesat dan merupakan di
antara industri besar negara adalah melibatkan pengeluaran produk terutamanya sektor
industri elektronik. Ini dinyatakan oleh Menteri Kewangan kedua, Nor Mohamed di
dalam satu petikan akhbar tempatan, “....ekonomi Malaysia dijangkakan mampu
meneruskan momentumnya dengan mencapai pertumbuhan 5.4 peratus pada 2006. Ini
sejajar kegiatan sektor swasta yang mapan dan persekitaran luaran yang positif,
terutamanya pertumbuhan industri elektronik global dan peningkatan perdagangan
antara negara Asia.” Malaysia mampu menjadi di antara pengeksport barangan hasil
industri negara yang semakin maju kerana kualiti barangan Malaysia dipercayai oleh
negara-negara pengimport. Oleh yang demikian, bagi menjamin kualiti pengeluaran
sesuatu produk, aspek utama yang perlu dimbil perhatian adalah kualiti pekerja yang
bekerja di sektor tersebut. Dalam suatu industri pengeluaran produk, kualiti produk
bergantung kepada kualiti pekerja yang melaksanakan pembuatan produk tersebut. Bagi
memastikan kualiti pekerja yang sentiasa terjamin, pihak-pihak pengurusan yang terlibat
perlu sentiasa memantau dan menitik beratkan kebajikan, kesihatan, keselesaan dan
keselamatan pekerja-pekerja mereka.
Menurut Zamani (2002), kerajaan telah menyedari betapa pentingnya satu rang
undang-undang yang dapat menjadi garis panduan bagi setiap industri-industri dalam
menjayakan program keselamatan dan kesihatan untuk pekerja dan persekitaran kerja
mereka. Menyedari hakikat ini, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang
digariskan bertujuan:
i) memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di
tempat kerja adalah terjamin.
ii) melindungi pekerja daripada risiko-risiko yang boleh menjejaskan
keselamatan dan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dilakukan.
iii) menyediakan dan menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dan ideal
dengan mengambil kira faktor fizikal dan psikologi.
iv) menggalakkan kerjasama di antara majikan dan pekerja dalam lapangan
keselamatan dan kesihatan pekerja
Secara rasionalnya, semua perkara yang melibatkan pekerja-pekerja industri
tidak patut dipandang remeh kerana dalam sektor swasta, pekerja diberi tugas dalam
kadar yang paling tinggi yang mampu dipegang oleh seseorang pekerja. Seperti yang
diketahui umum, kerja-kerja yang dilakukan dalam sektor industri bukan sahaja
dilakukan secara automasi, malah banyak menggunakan tenaga insani iaitu dilakukan
secara manual. Menurut Abdul Kadir Hj. Sheikh Fadzir dalam seminar Safety and
Health in the Timber Industry, untuk mencapai target dalam KDNK, kebajikan pekerja
perlu diutamakan tidak kira sama ada di tempat kerja terbuka (open workspace)
mahupun tempat kerja tertutup (closed workspace). Cabaran untuk menghasilkan sistem
kerja yang selamat perlu disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak untuk
menjamin kewujudan sumber tenaga kerja yang berkekalan dan lebih produktif serta
efisien.
Dalam industri pengeluaran, kebajikan, kesihatan dan keselamatan pekerja telah
dijuruskan kepada suatu bidang khas iaitu ergonomik. Menurut ILO (International
Labour Organisation, 1986), ergonomik bermaksud penggunaan sains biologi manusia
dengan mengaitkan sains kejuruteraan untuk mencapai penyesuaian yang optima antara
manusia dengan kerjanya. Manfaatnya diukur dalam bentuk kecekapan, keselesaan dan
keselamatan pekerja semasa bekerja. Keselesaan dan kesihatan pekerja dalam bidang
industri juga merupakan salah satu cabang bagi bidang ergonomik
Menurut Mat Rebi (2004), ergonomik bermaksud faktor manusia atau
kejuruteraan manusia. Ergonomik berasal dari perkataan Greek; ergo bermaksud kerja
dan nomos bermaksud hukum-hakam dan peraturan. Individu yang menjalankan kerja
dan kajian yang berkaitan dengan bidang ergonomik dikenali sebagai ergonomis.
Bidang tugas para ergonomis melibatkan:
i) kejuruteraan pengeluaran dan rekabentuk di mana ergonomis
bekerjasama dengan jurutera dan pereka untuk merekabentuk sistem
pengeluaran dan sebagainya.
ii) kajian kerja di mana ergonomik memberikan bantuan untuk
meningkatkan kecekapan pengeluaran, dalam pengubahsuaian mesin dan
tempat kerja dan ergonomis menganalisis tugas dan aspek kognitif dan
fizikal.
iii) keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan itu diberi tumpuan pada
keselamatan dan kesihatan pekerja sektor industri dan ergonomis
menekankan aspek mencegah kemalangan.
iv) penjawatan iaitu prosedur pemilihan tugas, menyediakan program latihan
dan latihan semula dan rekabentuk alatan bantu tugas.
v) perkhidmatan pengurusan iaitu perancangan (memberi kesan kepada
pekerja) dan membuat keputusan di pelbagai peringkat.
Menurut Gary Karp (1999), ergonomik bermula dari cara susunan pada
persekitaran kerja dan penggunaan alat. Sains ergonomik lebih cenderung ke arah
keselesaan pekerja dengan alatan di persekitaran bukan memaksa manusia
menyesuaikan diri dengan sesuatu benda atau peralatan tersebut. Selain itu, ergonomik
ialah satu bidang yang bersistematik, berteknologi, berseni (berbudaya) dan berderia
biasa. Konsep utama ergonomik ialah manusia disesuaikan pada tugas. Tugas
disesuaikan pada manusia dan persekitaran pula disesuaikan pada manusia semasa
bertugas. Matlamat ergonomik ialah:
i) peningkatan kecekapan bekerja.
ii) peningkatan produktiviti.
iii) pengurangan kerosakan barang keluaran dan kesilapan.
iv) pengurangan masalah antara majikan dengan pekerja.
v) pengurangan cuti sakit atau ponteng.
vi) meningkatkan keselesaan semasa bekerja.
vii) melicinkan pengurusan dan pentadbiran.
Menurut Mohd. Shahir (2001), keperluan kepada bidang ergonomik di Malaysia
lebih mendesak kepada sektor pekerjaan terutamanya dalam sektor perindustrian.
Dalam usaha mencapai objektif Wawasan 2020, Malaysia sebagai sebuah negara maju
yang berasaskan industri, kesihatan dan keselesaan pekerja perlu dititik beratkan dengan
mengamalkan ciri-ciri ergonomik di tempat kerja. Ergonomik, jika dipraktikkan akan
memberikan pulangan yang tinggi bukan sahaja kepada kualiti kesihatan dan keselesaan
pekerja, malahan peningkatan dari segi produktiviti pengeluaran produk yang akan
merancakkan lagi ekonomi negara. Dalam melakukan tugas-tugas manual dan separa
manual, para pekerja diarahkan oleh majikan untuk bekerja dalam pelbagai jenis postur
mengikut kesesuaian kerja. Di antara kebiasaan postur bekerja adalah berdiri, duduk,
berdiri-duduk, berjalan dan kombinasi semua postur. Bridger (2003) menyatakan salah
satu postur bekerja di sektor pembuatan adalah duduk.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Bailey (1982), bidang saintifik contohnya peralatan yang digunakan
untuk manusia, berkembang dengan rancaknya sejak zaman perang dunia kedua. Pada
zaman ini jugalah kajian mengenai faktor kemanusiaan banyak dijalankan. Semakin
berkembangnya sesebuah industri, semakin banyak masalah yang dihadapi.
Postur badan semasa bekerja amat penting dan mempengaruhi kecekapan dalam
proses pembuatan terutamanya kerja-kerja di lini pengeluaran di sektor perkilangan yang
melibatkan ramai pekerja di mana melakukan kerja yang sama dan berulangan.
Walaupun di awal kerja postur duduk memberi keselesaan, namun begitu ia akan
memudaratkan kesihatan, ketegangan otot, sakit tulang belakang, kekejangan leher dan
bahu serta lain-lain lagi. Menurut kajian Jamaliah (1991) berkenaan postur bekerja yang
tidak betul yang menyebabkan kecederaan rangka otot di sebuah kilang elektrik.
Keputusannya adalah seperti berikut:
i) operator mengalami masalah muskuloskeletal di leher (32%), bahu
(30%), belakang (33%) dan punggung (32%)
ii) 74% operator yang mengamalkan postur duduk yang salah semasa
bekerja, manakala hanya 7% sahaja yang mengamalkan cara yang betul.
iii) 30% operator mengamalkan postur mengangkat barang yang salah,
manakala hanya 3% sahaja yang mengamalkan cara yang betul.
iv) 35% operator yang mengamalkan postur berdiri yang salah, mankala
hanya 18% sahaja yang mengamalkan cara yang betul.
Merujuk kepada keputusan kajian Jamaliah yang kedua, 74% operator yang
melakukan kerja tidak duduk dengan sempurna telah mengalami kecederaan pada
bahagian belakang badan yang mempunyai hubungkait dengan postur duduk.
Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa faktor yang turut menyumbangkan banyak
masalah dalam industri pengeluaran berpunca daripada bekerja dalam keadaan duduk.
Perkara yang melibatkan keselesaan kerja semasa duduk pula bergantung kepada
beberapa faktor seperti jarak kedudukan dengan tempat kerja, rekabentuk kerusi, tempoh
bekerja, capaian objek kerja dan keselesaan proses melakukan kerja. Pernyataan ini
disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Shahir (2001) yang menyatakan
bahawa masalah yang timbul sektor pengeluaran di industri adalah:
i) Jarak antara stesen kerja terlalu rapat
ii) Operator tidak berapa selesa bekerja dalam postur duduk untuk jangka
masa lama
iii) Ketidakselesaan meja kerja dengan operator yang mengendali
iv) Capaian tangan pekerja dan pergerakan untuk memindahkan produk
v) Paras penglihatan yang tidak bersesuaian denagn meja kerja
Begitu juga dengan industri yang melibatkan rekabentuk dan inovasi suatu
produk untuk kegunaan manusia kerana produk-produk tersebut kebanyakannya tidak
memenuhi keperluan faktor kemanusiaan yang sepatutnya. Sebagai jalan penyelesaian
kepada masalah ini, banyak kajian yang telah dijalankan. Kajian-kajian ini meliputi
keseluruhan faktor ergonomik seperti kemajuan manusia, stesen kerja dan postur
manusia.
Menurut Bala Nagendran (2002), faktor ergonomik dalam sesebuah jabatan di
lini pengeluaran, begitu dititik beratkan. Segala masalah yang terjadi perlu
dipertimbangkan dan dikaji. 2 (dua) perkara utama yang berkaitan dengan ergonomik
telah dikesan, iaitu berkaitan dengan reka bentuk kerusi yang digunakan pekerja dan
ruang kawasan pergerakan kerja. Kedua-dua faktor ini mendatangkan kesan terhadap
masalah kesihatan pekerja. Dalam kerja secara berpostur duduk, reka bentuk kerusi
yang sesuai diperlukan, kerana sekiranya kerusi yang digunakan oleh operator tidak
mampu memberi keselesaan, risiko para pekerja untuk menghadapi masalah sakit
belakang adalah besar. Di samping para pekerja akan cepat berasa letih, mereka juga
akan mengalami kehilangan tumpuan kepada kerja yang dilakukan. Daripada kajian
telah jalankan oleh Bala Nagendran ke atas 15 orang pekerja dalam jabatan pengeluaran
produk yang bekerja secara duduk, didapati 11 orang daripada mereka tidak berpuas hati
dengan kerusi yang mereka gunakan semasa bekerja. Secara jelas, kepentingan bidang
ergonomik adalah melibatkan interaksi antara manusia, peralatan dan ruang kerja.
Kesan ergonomik kepada operator yang bekerja dalam postur duduk adalah
mengalami ketidakselesaan semasa bekerja. Merujuk kajian Bala Nagendran di atas,
masalah ini berkait rapat dengan medium yang digunakan untuk duduk iaitu kerusi.
Duduk dalam jangka masa yang lama walaupun di kerusi yang empuk, akan
menyebabkan sakit belakang dan yang memburukkan lagi keadaan akan
menyumbangkan masalah bahagian belakang badan dan zon leher. Kesakitan akan
bertambah sekiranya amalan postur duduk statik dalam jangka masa yang lama pada
bahagian belakang badan (pinggang dan punggung), leher, bahu, lengan dan kaki.
Menurut Bridger dalam kajian Rosmah (2005), fokus ergonomik adalah hubungan
manusia dengan mesin dan reka bentuk permukaan atau antara keduanya. Akibat tidak
mengaplikasikan fokus ergonomik ini, kesannya kepada output seperti produk yang
tidak berkualiti (reject and waste product), berlakunya kecederaan dan kemalangan
(accident and injuries) serta pekerja kerap ponteng (abseteeism).
Duduk juga boleh mendatangkan tekanan pada tulang belakang dan ianya bukan
merupakan postur yang semulajadi. Menurut Gary Karp (1999), badan manusia direka
bentuk untuk melakukan pergerakan. Oleh itu, kelakuan duduk pada tempoh masa yang
lama akan menyebabkan berlaku ketegangan. Perkara ini tidak dapat dielakkan daripada
berlaku dalam suatu kitar hidup bagi seorang manusia dalam masa walaupun sehari.
Setiap individu perlu cuba untuk mengurangkan daripada duduk dalam satu tempoh
masa yang lama dan menjadikan ianya suatu tabiat. Bagi para pekerja di industri yang
tiada pilihan daripada mengelak duduk pada suatu jangka masa yang lama, mereka perlu
menitikberatkan faktor ergonomik pada stesyen kerja.
Dalam kajian Rizal (2001), menyatakan kedudukan untuk duduk yang selesa
adalah kedudukan yang dapat memberi keselesaan pada tulang belakang penggunanya.
Selain itu, sepatutnya tangan pekerja yang duduk di atas kerusi perlu dialas bagi
mengelak lenguh dan sengal. Bahagian kaki pula elok di alas dan dibengkokkan sedikit.
Dalam satu artikel yang dikeluarkan laman web ergonomik bagi Cornell
University, menyatakan dalam industri di dunia ini, dianggarkan seramai 50 peratus
pekerja yang memberi komen berkaitan sakit belakang badan di mana majoritinya
merujuk kepada perkara rekabentuk kerusi untuk duduk. Namun begitu, walau macam
mana gaya duduk dan apa jua medium yang digunakan untuk duduk, akan memberi
risiko pada kesihatan tulang belakang. Biasanya akan menyerang pada bahagian
pinggang kerana ruas tetulang bagi tulang belakang manusia terdapat di bahagian
pinggang.
Secara keseluruhannya, pengaplikasian ergonomik dalam industri pengeluaran
yang menjalankan kerja secara duduk dalam satu tempoh masa bekerja amat penting
bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan pekerja, hubungkait pekerja dengan produk
yang dihasilkan serta kawasan yang digunakan untuk melakukan kerja dan psikososial
pekerja.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesihatan dan keselesaan pekerja dalam
postur duduk di kilang Panasonic Semiconductor Discrete Device (M) Sdn Bhd di Batu
Berendam, Melaka. Oleh itu penyelidik ingin membuat kajian mengenai penerapan
ergonomik bagi pekerja duduk, kesan pada kesihatan (contoh: sakit bahagian belakang
badan), dan psikososial pekerja.
1.4 Objektif kajian
3 (tiga) objektif telah ditetapkan oleh pengkaji bagi menjalankan kajian
ergonomik terhadap pekerja berpostur duduk ini. Objektif-objektif tersebut adalah:
i) Mengenalpasti aplikasi ergonomik bagi pekerja yang melakukan kerja
secara postur duduk dalam lini pengeluaran.
ii) Mengenalpasti bahagian badan yang sakit kesan daripada keadaan
bekerja duduk dalam jangka masa lama
iii) Mengenalpati kesan bekerja dengan postur duduk terhadap psikososial
pekerja
1.5 Persoalan Kajian
i) Adakah ergonomik diaplikasikan oleh pekerja yang bekerja secara postur
duduk di sektor pengeluaran?
ii) Apakah bahagian-bahagian badan yang sakit akibat bekerja dalam
berpostur duduk dalam jangka masa lama?
iii) Adakah kerja berpostur duduk memberi kesan terhadap psikososial
pekerja?