Kajian kes vandalisme

9
Bahagian A. Kes Ahmad Zuki bin Yusoff 640927-10-5875 Rosak,Rosak,Rosak…… …………Angkara Siapa ni? Encik Samsudin bin Dahlan (Lampiran 1) merupakan Guru Besar SK Kuala Lanjut,Kubur Panjang,Kedah. Beliau sering menerima laporan daripada Puan Sariah bt Tokijan(Lampiran 2) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Lanjut mengenai perbuatan vandalisme yang melibatkan kerosakkan harta benda sekolah seperti kerusi meja,tingkap,menconteng dinding bilik darjah dan merosakkan telefon awam yang dipasang di kawasan sekolah. Sehingga sekarang orang yang merosakkannya masih belum dapat dikenalpasti.Ibu bapa sering mengadu masalah mereka kerana telefon awam yang sepatutnya memberi kemudahan kepada anak-anak mereka menghubungi mereka bila perlu sering dirosakkan. Perbuatan menconteng dinding sekolah juga mencacatkan pemandangan dan memberi imej buruk kepada pelawat. (Suatu hari, Puan Sariah bertemu dengan guru besar dan beliau meluahkan perasaan akibat perbuatan vandalisme ini). Puan Sariah : Geram betullah hati saya ni. Encik Samsudin : Kenapa ni Puan Sariah? Nampak serius sangat ni. Puan Sariah : Mana tak geram cikgu, dinding yang cantik- cantik habis kotor angkara perbuatan vandalisme tu En Samsudin : Apakah yang berlaku? Cuba ceritakan kepada saya. Puan Sariah : Sebenarnya, saya geram tengok dinding-dinding sekolah yang diconteng. Semua ini akan mencacatkan pandangan sahaja. En Samsudin : Bukan itu saja cikgu, telefon awam di depan sekolah pun selalu dirosakkan. Ramai ibu bapa mengadukan hal ini kepada saya tentang kesusahan anak mereka untuk menghubungi mereka bila diperlukan.

Transcript of Kajian kes vandalisme

Page 1: Kajian kes vandalisme

Bahagian A. Kes Ahmad Zuki bin Yusoff

640927-10-5875

Rosak,Rosak,Rosak…… …………Angkara Siapa ni?

Encik Samsudin bin Dahlan (Lampiran 1) merupakan Guru Besar SK Kuala

Lanjut,Kubur Panjang,Kedah. Beliau sering menerima laporan daripada Puan Sariah bt

Tokijan(Lampiran 2) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Lanjut mengenai

perbuatan vandalisme yang melibatkan kerosakkan harta benda sekolah seperti kerusi

meja,tingkap,menconteng dinding bilik darjah dan merosakkan telefon awam yang

dipasang di kawasan sekolah. Sehingga sekarang orang yang merosakkannya masih

belum dapat dikenalpasti.Ibu bapa sering mengadu masalah mereka kerana telefon

awam yang sepatutnya memberi kemudahan kepada anak-anak mereka menghubungi

mereka bila perlu sering dirosakkan. Perbuatan menconteng dinding sekolah juga

mencacatkan pemandangan dan memberi imej buruk kepada pelawat.

(Suatu hari, Puan Sariah bertemu dengan guru besar dan beliau meluahkan perasaan

akibat perbuatan vandalisme ini).

Puan Sariah : Geram betullah hati saya ni.

Encik Samsudin : Kenapa ni Puan Sariah? Nampak serius sangat ni.

Puan Sariah : Mana tak geram cikgu, dinding yang cantik-

cantik habis kotor angkara perbuatan vandalisme tu

En Samsudin : Apakah yang berlaku? Cuba ceritakan kepada saya.

Puan Sariah : Sebenarnya, saya geram tengok dinding-dinding

sekolah yang diconteng. Semua ini akan

mencacatkan pandangan sahaja.

En Samsudin : Bukan itu saja cikgu, telefon awam di depan sekolah

pun selalu dirosakkan. Ramai ibu bapa mengadukan

hal ini kepada saya tentang kesusahan anak mereka

untuk menghubungi mereka bila diperlukan.

Page 2: Kajian kes vandalisme

Puan Sariah : Siapalah yang punya kerja ni? Kalau dapat ,teruk

saya kerjakan nanti.

En Samsudin : Sabar sajalah, cikgu. Nanti kita cuba selesaikan

perkara ini sebaik mungkin.

Puan Sariah : Yalah, saya pun faham . Baiklah saya minta diri dulu.

En Samsudin : Silakan.

(Selepas bertemu guru besar, Puan Sariah berjalan menuju ke bilik guru. Dalam

perjalanan tiba-tiba dia terdengar sesuatu bunyi di dalam tandas murid lelaki.Beliau pun

terus bergegas ke sana).

Puan Sariah : Hoi, apa kamu buat dalam tandas ni?

Akmal Fitri : Tak ada apa-apa cikgu.

Puan Sariah : Eh, siapa conteng dinding tandas ni!

Siapa punya kerja ni,Akmal?.

Akmal Fitri : Bukan saya cikgu, saya baru saja masuk ke sini.

Puan Sariah : Eh, itu apa yang kamu sembunyikan, Akmal!

Akmal Fitri : Tak ada apa-apa cikgu.

Puan Sariah : Ini apa, jadi kamulah yang conteng dinding ni ya.

Akmal Fitri : Bukan saya cikgu. Betul cikgu, bukan saya.

Puan Sariah : Sekarang, lebih baik kamu mengaku. Kalau tidak

Kamu akan dikenakan hukuman yang lebih berat

lagi.

Akmal Fitri : Jangan cikgu, saya takut cikgu.

Puan Sariah : Kalau begitu lebih baik kamu mengaku semua

kesalahan kamu itu.

Page 3: Kajian kes vandalisme

(Akmal terus menangis dan akhirnya dia mengaku dan mendedahkan nama-nama

rakannya yang terlibat dengan perbuatan vandalisme itu .Akmal Fitri dan beberapa

orang rakannya telah dibawa kepada guru besar).

Page 4: Kajian kes vandalisme

Lampiran 1

Profil Sekolah

Nama Sekolah : SK Kuala Lanjut

Lokasi : Luar Bandar

Terletak di kawasan 4 perkampungan iaitu

Kampung Kuala Lanjut,Kampung Kubang

Pisang,Kampung Bukit Nyan,Kampung Pulau

Keramat dan Kampung Gulau.

30 Km dari Bandar Alor Star dan Jabatan

Pelajaran Negeri.

Penubuhan : 1963

Bangunan : 2 blok bangunan sekolah

Status : Sekolah Gred A

Enrolmen : 247 orang

Nisbah Pelajar : 100% Melayu

Sesi persekolahan : Satu Sesi( Sesi Pagi)

Bilangan Guru : 20 orang

Bilangan staf Sokongan : 4 orang

Profil Guru Besar

Nama : En Shamsuddin bin Dahlan

Umur : 47 tahun

Gred : DGA 34

Kelulusan/Kelayakan : Sijil Perguruan Malaysia

Perkhidmatan : Guru Penolong - 20 tahun

Page 5: Kajian kes vandalisme

Lampiran 2

Profil Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Nama : Pn Sariah bt Tokijan

Umur : 50 tahun

Gred : DGA 32

Kelulusan : Sijil Perguruan Malaysia

Perkhidmatan : Guru Penolong - 20 tahun

Penolong Kanan KK - 3 tahun

Profil Akmal Fitri

Nama : Akmal Fitri bin Mohd Fauzi

Umur : 12 tahun

Bilangan Adik Beradik : 7 orang

Status : Anak ketiga dalam keluarga

Tempat Tinggal : Kampung Kuala Lanjut

Page 6: Kajian kes vandalisme

Bahagian B : Panduan Mengajar Ahmad Zuki bin Yusoff

640927-10-5875

Sinopsis

Kes ini berkaitan dengan kegiatan vandalisme di SK Kuala Lanjut.Kes ini menjadi

semakin parah .Dinding sekolah,tandas sekolah ,kerusi meja murid dan telefon awam

yang terdapat dalam kawasan sekolah sering dirosakkan.Kegiatan vandalisme ini

mendatangkan pelbagai masalah kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar.Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid Puan Sariah Tokijan kelihatan semakin hilang sabar melihat

perbuatan pelajar yang tidak bertanggungjawab ini. Perkara tersebut juga telah

dilaporkan kepada Guru Besar SK Kuala Lanjut En Samsudin bin Dahlan. Akhirnya

secara tidak sengaja, Puan Sariah telah mendapat petunjuk apabila perbuatan seorang

pelajar yang terlibat dalam perbuatan Vandalisme terbongkar.

Objektif

Pada akhir kes,peserta-peserta dapat

1. Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kegiatan vandalisme di

kalangan pelajar.

2. Mengetahui implikasi kegiatan vandalisme.

3. Mengetahui tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan masalah

vandalisme ini tidak berlaku lagi.

Kumpulan Sasaran

Semua Pelajar Sekolah SK Kuala Lanjut.

Strategi Pengurusan Kes

Membaca kes : 10 minit

Perbincangan : 30 minit

Pembentangan : 40 minit( 4 kumpulan x 10 minit)

Rumusan Fasilitator : 10 minit

Jumlah : 90 minit

Page 7: Kajian kes vandalisme

Ahmad Zuki bin Yusoff

640927-10-5875

Cadangan Soalan

1. Apakah punca-punca yang menyebabkan vandalisme berlaku di sekolah?

2. Apakah implikasi daripada perbuatan vandalisme?

3. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan perbuatan vandalisme

tidak berlaku lagi di sekolah?

Cadangan Jawapan

Soalan 1 : Apakah punca-punca yang menyebabkan vandalisme berlaku di

sekolah dalam kes ini?

A Faktor Keluarga

*Pelajar dating daripada keluarga bermasalah .

*Pelajar juga kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

*Ibu bapa pelajar sibuk dengan bekerja dan sering mengabaikan anak-anak

*Pelajar terlampau dimanjakan oleh ibu bapa.

*Masalah penceraian ibu bapa juga menyumbang kepada kes vandalisme ini.

B Faktor Rakan Sebaya

*Pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyumbang kepada kegiatan vandalisme ini.

*Pelajar menjadi lebih berani melakukan sesuatu perkara apa bila berada dalam

kumpulan.

*Mereka sering bersaing untuk menunjukkan keberanian dan kehebatan melakukan

perkara-perkara negatif.

Page 8: Kajian kes vandalisme

Ahmad Zuki bin Yusoff

640927-10-5875

C Faktor Sikap

*Kurang rasa bertanggungjawab kepada harta awam

*Mempunyai sikap mementingkan diri sendiri.

*kurang peka dan prihatin dengan masalah orang lain.

D.Faktor Sampingan

*Pengaruh media massa juga sering mempengaruhi tindakan dan tingkahlaku

pelajar.Mereka suka meniru sesuatu perbuatan atau aksi yang ditunjukkan dalam filem

atau video.

Soalan 2: Apakah implikasi daripada perbuatan vandalism dalam kes ini?

*Pelajar yang terlibat akan menghadapi tindakan samada denda,gantung atau buang

sekolah.

*perbuatan ini akan menjejas masa depan pelajaran pelajar terbabit.

*Perbuatan ini juga amat memalukan ibu bapa pelajar terbabit.

Soalan 3 : Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan perbuatan

vandalism tidak berlaku lagi di sekolah?

*Memberi kesedaran tentang kesan buruk akibat perbuatan vandalisme itu.

*Memberi nasihat dan peringatan setiap kali perhimpunan mingguan sekolah.

*Menanam sikap menghargai harta benda awam kepada pelajar-pelajar sekolah

*Memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang berpotensi untuk melakukan

perbuatan vandalisme .

*Mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada pelajar terbabit.

*Mengadakan kem motivasi dan jati diri kepada pelajar-pelajar..

Page 9: Kajian kes vandalisme

Ahmad Zuki bin Yusoff

640927-10-5875

Kesimpulan

Pendekatan Analisis Nilai sesuai kerana memberi kemahiran pemikiran yang logik dan

sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu yang berkaitan dengan

kepentingan awam iaitu vandalisme. Murid akan mengenalpasti dan menjelaskan isu

nilai yang dikemukakan. Murid akan berusaha mengumpul fakta untuk membuat

pertimbangan nilai untuk menyelesaikan isu moral yang dikemukakan.Selain itu,

Pendekatan Penyayang/Kepedulian boleh juga digunakan untuk menyelesaikan isu

moral ini.Konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan

pertalian dengan orang lain.