KAJIAN SEKOLAH1

8
PENGAKUAN Saya mengaku bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam laporan ini. Saya juga mengaku bahawa laporan ini dihasilkan dengan menjelaskan setiap sumbernya. ___________________ WAN AIZATUL AKMA BT WAN BEDOLLAH Tarikh: i

description

tahun akhir

Transcript of KAJIAN SEKOLAH1

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam laporan ini. Saya juga mengaku bahawa laporan ini dihasilkan dengan menjelaskan setiap sumbernya.

___________________

WAN AIZATUL AKMA BT WAN BEDOLLAH

Tarikh:

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan laporan kajian berasaskan sekolah ini sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Matematik dengan Kepujian. Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Zabani Darus, selaku penyelia laporan ini yang begitu teliti menyemak, memberi teguran, tunjuk ajar serta nasihat bagi menyempurnakan laporan ini. Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah yang memberikan kebenaran dan kerjasama dalam menyempurnakan kajian selidik. Semoga kerjasama yang diberikan akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T.

Akhir sekali, penulis mengharapkan semoga penyelidikan ini dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat kepada penyelidik akan datang.

Wassalam

Wan Aizatul Akma bt Wan Bedollah(791123115128001)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti punca keberkesanan dalam pengaplikasian alat bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajarn mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Kajian tentang pengaplikasian bahan bantu mengajar yang saya pilih adalah berkaitan dengan topik pecahan iaitu asas penolakan pecahan. Pecahan merupakan salah satu asas kepada sesetengah topik dalam mata pelajaran Matematik. Dapatan kajian merupakan analisis daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar terhadap kemahiran-kemahiran dan konsep-konsep yang diuji dalam soalan yang dikemukakan kepada 30 orang pelajar Tingkatan Satu yang dipilih secara rawak. Pelajar yang telah dipilih adalah terdiri dari pelajar Melayu, Cina dan juga India.

Kajian ini dirancang dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif dan telah dijalankan di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji, iaitu di sekitar Pelabuhan Klang. Fakta-fakta yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan konsep-konsep pecahan yang telah dipelajari. Alat kajian adalah ujian pra yang akan diberikan sebelum penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan ujian post yang akan diberikan setelah bahan bantu mengajar digunakan. Kiraan peratus akan digunakan dalam menganalisa data-data keputusan ujian pra dan ujian pos. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dapat membantu memahami konsep penolakan pecahan.

ISI KANDUNGAN

Pengakuan ..iPenghargaan ..ii

Abstrak .iiiIsi kandungan ...ivBAB 1

1.1PENGENALAN ..21.2PERNYATAAN MASALAH .31.3TUJUAN KAJIAN...3

1.4OBJEKTIF KAJIAN..51.5PERSOALAN KAJIAN .6

1.6HIPOTESIS KAJIAN .........................61.7KEPENTINGAN KAJIAN 7

1.8BATASAN KAJIAN ..8

1.9RINGKASAN .8

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR 102.1STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH ...112.2KAJIAN PENCAPAIAN PELAJAR ...122.3KAJIAN KESALAHAN PELAJAR ...132.4RINGKASAN ...14

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1PENDAHULUAN ..15

3.2REKA BENTUK KAJIAN ...16

3.3SAMPEL KAJIAN ...17

3.4INSTRUMEN KAJIAN 17

3.5PELAKSANAAN KAJIAN183.6ANALISIS DATA 18

BAB 4

DAPATAN KAJIAN 204.1PROFIL PELAJAR ..214.2SOALAN KAJIAN 1 214.3SOALAN KAJIAN 2 254.4SOALAN KAJIAN 3 27BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR 295.2PENGUASAAN PELAJAR MENGIKUT BANGSA .315.3SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KESALAHAN ...325.4CADANGAN KAJIAN 335.5CADANGAN BAGI KAJIAN LANJUTAN 345.6RUMUSAN ..35RUJUKAN 37LAMPIRAN 1 ...38LAMPIRAN 2 ...41LAMPIRAN 3 ...44LAMPIRAN 4 ...49LAMPIRAN 5 ...50vii