kajian tentang pekahwinan masyarakat jawa (hubungan etnik)
-
Upload
syahrunizzam-hassin -
Category
Documents
-
view
188 -
download
5
description
Transcript of kajian tentang pekahwinan masyarakat jawa (hubungan etnik)
1.0: PENDAHULUAN
1.1: PENGENALAN
“Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka ia akan
menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara tercinta” (Dato Seri Najib Tun
Razak, 23Mei 2009) Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dari jumlah penduduk
yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik bangsa yang sudah tentu ianya bukanlah satu
usaha yang mudah. Kepelbagaian kaum bermakna kita mempunyai berbagai karakteristik
budaya, keanekaragaman adat istiadat serta bermacam-macam ciri tingkah laku yang didasarkan
kepada pembawaan kaum dan peninggalan adat nenek moyang.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan jolokan nama sebagai
sebuah negara multikaum. Dianggotai oleh kaum Melayu, Cina dan India sebagai kaum majoriti,
tidak ketinggalan juga dengan kaum atau etnik minoriti seperti Iban dan Kadazan di Sabah dan
Sarawak, Malaysia juga terkenal dengan keunikan budaya Jawa, Banjar dan Bugis yang terkenal
di Perak, Selangor dan Johor. Keunikan ini telah membawa kepada banyak perubahan hubungan
sosial di dalam institusi kaum serta sub etnik itu sendiri kerana dalam sesebuah masyarakat yang
majmuk seperti Malaysia, tunjang perpaduan terletak kepada satu hubungan baik antara kaum.
Hubungan-hubungan baik yang terjalin antara kaum melalui berbagai medium seperti hubungan
kejiranan, persekolahan, hubungan di tempat kerja, kegiatan-kegiatan sosial lainnya telah
mewujudkan sebuah hubungan yang lebih rapat antara rakyat dan kaum di Malaysia.
Melihat dari keadaan di atas, perpaduan diantara kaum di Malaysia lama kelamaan telah
membawa kepada satu revolusi baru di dalam hubungan sosial sesuatu masyarakat itu sendiri.
Sebagai contoh, masyarakat Jawa yang dahulunya terkenal dengan tanjak/kuluk (songkok batik)
1
diatas kepala serta panggilan ‘Wak’ sebagai sapaan kepada golongan yang lebih tua sudah mulai
pudar terutamanya pada generasi muda yang sudah mula terikut dengan arus kemodenan.
Perpaduan diantara kaum itu bukan lah boleh dikatakan sebagai kambing hitam di mana kita
menyalahkan ia dalam perubahan hubungan sosial sesuatu kaum itu, namun situasi ini boleh
dikatakan sebagai ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’ kerana perpaduan itu penting dalam
sesebuah negara majmuk, namun adat resam kaum juga harus dikekalkan.
Pembandingan perubahan hubungan sosial antara masyarakat Melayu dan masyarakat
Jawa dari konteks perkahwinan adalah amat tepat kerana perkahwinan itu sendiri boleh
diumpamakan sebagai asas dan tunjang dalam melahirkan masyarakat muda yang akan
mengepalai negara suatu masa nanti. Hal ini dapat dilihat dari petikan bahawa; “Keluarga bukan
sahaja merupakan alat penyambung dalam kesinambungan sesuatu kebudayaan tetapi ia
merupakan anasir dalam merubah kebudayaan. Oleh itu keluarga mempunyai kaitan yang rapat
dengan masyarakat apabila keluarga memainkan peranan yang besar ke arah pembentukan
sesebuah masyarakat”, (Rohana Yusof, 152; 2010). Berdasarkan petikan diatas dapat kita
huraikan bahawa perkahwinan itu merupakan suatu medium penyatuan dan perubahan dalam
sesuatu masyarakat.
Perkahwinan merupakan suatu aspek yang penting dalam proses pembandingan
perubahan hubungan sosial antara masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa kerana perkahwinan
itu bermula dari proses merisik, bertunang, bernikah seterusnya kepada majlis perkahwinan itu
sendiri adalah suatu ejen penyatuan kaum kerana bermula dari proses gotong royong
menyediakan persiapan perkahwinan itu telah membawa kepada hubungan sosial yang amat
tinggi. Pembandingan ini akan meliputi dari aspek perkahwinan tradisional dengan perkahwinan
2
moden dalam masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa dalam meneliti perubahan hubungan
sosial masyarakat.
1.2: DEFINISI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, perkataan Sosial bolehlah di definisikan
sebagai ‘Kegiatan Manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti’. Oleh itu,
perubahan sosial merupakan suatu kewujudan dinamika kehidupan sosial. Maka, tentunya untuk
mencapai dinamika kehidupan sosial itu,masyarakat selalu mengalami perubahan. Perubahan
merupakan gejala sosial yang dilalui oleh setiap masyarakat. Masyarakat memiliki
kecenderungan untuk semakin maju dan berkembang, seiring dengan kemajuan pemikiran dan
kemampuannya.
Perubahan sosial dapat dikatakan sebagai suatu perubahan dari gejala-gejala sosial yang
ada pada masyarakat, dari yang bersifat individual sehingga ke tahap yang lebih kompleks.
Perubahan sosial dapat dilihat dari segi terganggunya kesinambungan diantara kesatuan sosial
walaupun keadaannya relatif kecil. Perubahan ini meliputi struktur, fungsi, nilai, dan semua
aspek yang dihasilkan dari interaksi antara manusia, organisasi atau komuniti, termasuk
perubahan dalam hal budaya. Manakala definasi perkahwinan mengikut Kamus Dewan Edisi Ke
Empat ialah ‘satu aspek hidup manusia bermasyarakat yang bersistem’. Oleh itu, perkahwinan
merupakan satu sistem yang melibatkan pasangan suami isteri, keluarga serta masyarakat yang
jelas akan menjadi satu faktor penting dalam membentuk hubungan sosial yang lebih baik.
Lantas, sepanjang kajian ini kita akan membincangkan perbandingan perubahan sosial
yang berlaku di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa dalam konteks perkahwinan.
3
1.3: OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dalam tugasan, terdapat 3 objektif penting yang akan dijadikan
panduan dalam membuat kajian tentang pembandingan perubahan sosial yang berlaku dalam
konteks perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa iaitu;
Mengenal pasti budaya sosial masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa dari konteks
perkahwinan pada zaman dahulu dan sekarang.
Membuat pembandingan perubahan sosial di antara masyarakat Melayu dan masyarakat
Jawa dari konteks perkahwinan pada zaman dahulu dan sekarang.
Mengenal pasti punca perubahan sosial yang berlaku di antara masyarakat Melayu dan
masyarakat Jawa dari konteks perkahwinan.
4
1.4: KAJIAN LEPAS
Ramai di kalangan masyarakat umum masih belum mengetahui dan memahami tentang
perkahwinan masyarakat orang asli di negara kita ini. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai
pandangan yang diutarakan oleh beberapa orang para pengkaji yang telah bertindak untuk
mengkaji tentang adat dan budaya masyarakat Melayu dan Jawa ini dalam proses pembandingan
perubahan hubungan sosial yang berlaku dari zaman dahulu ke zaman sekarang .
Buku hasil nukilan Thomas Wiyasa Bratawidjaja yang bertajuk Upacara Tradisional
Masyarakat Jawa terbitan Pustaka Sinar Harapan pada halaman 146 telah menceritakan secara
garis besar rangkaian acara pernikahan adat Jawa bermula dari lamaran, persiapan pernikahan,
pemasangan dekorasi, serta adat-adat perkahwinan seperti siraman, upacara midodareni, srah
srahan hingga kepada upacara ijab kabul yang telah dikupas dengan penuh teliti untuk
menggambarkan kehidupan masyarakat Jawa yang sungguh kaya dengan adat yang telah dituruni
sejak nenek moyang.
Kajian seterusnya yang berkenaan istiadat perkahwinan masyarakat Melayu telah dikupas
dengan baik oleh Amran Kasimin melalui bukunya yang bertajuk Perkahwinan Melayu terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku tersebut telah menggambarkan dengan baik proses
perkahwinan masyarakat Melayu bermula dari merisik, bertunang, persiapan sebelum dan
selepas perkahwinan terus kepada majlis pernikahan. Melalui buku ini, telah digambarkan
dengan kemas penyelitan unsur-unsur agama islam di dalam majlis perkahwinan Melayu di mana
bacaan Berzanji turut diterangkan dengan jelas oleh penulis.
Kajian seteusnya ialah berkenaan seni pemakaian gaya masyarakat jawa yang telah
dikarang Ferry Seiatawan, seorang pengarang dari Indonesia yang meluahkan segala pandangan
5
beliau mengenai pakaian masyarakat Jawa menerusi bukunya yang bertajuk 50 Galeri Kebaya
Eksotik Nan Cantik terbitan Penebar Plus Sdn Bhd. Penulis menggambarkan dengan baik
berkenaan pakaian Jawa seperti kain basahan, kain putrid an lain-lain.
Seterusnya ialah buku nukilan Intarina Hardiman yang bertajuk Busana Pengantin
Muslim terbitan PT Gramedia Pustaka. Penulis telah mengupas tajuk berkenaan busana
pengantin masyarakat Melayu dan Jawa yang telah mula berubah mengikut unsur Islam. Banyak
perubahan telah berlaku dari segi pemakaian dari pakaian yang mencolok mata kepada pakaian
yang lebih menutup aurat.
Berdasarkan sorotan buku-buku hasil kajian lepas, ia telah membantu dalam dapatan
kajian untuk melakukan pembandingan perubahan hubungan etnik masyarakat Melayu dan
masyarakat Jawa dalam konteks perkahwinan.
6
2.0: METODOLOGI
Dalam menjayakan kajian ini, terdapat dua pendekatan yang telah dilakukan iaitu;
Kajian perpustakaan.
Sesi temubual bersama responden.
Melalui proses kajian perpustakaan, objektif utama ialah untuk mendapatkan info serta
maklumat berkenaan perkahwinan dalam masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa sebagai
persiapan awal dalam sesi temubual bersama responden. Kajian ini telah membawa kepada
banyak penemuan dalam aspek perkahwinan bermula daripada proses merisik, bertunang serta
perkahwinan. Melalui kajian ini, dalam proses perkahwinan itu sendiri telah membawa kepada
beberapa pecahan unik yang melambangkan identiti masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa
iaitu adat perkahwinan, pakaian, aktiviti gotong-royong dan makanan. Kajian ini telah dijalankan
di Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) dan Perpustakaan Awam Negeri
Melaka, Bukit Baru.
Seterusnya ialah proses sesi temubual bersama responden. Sesi ini telah dibahagikan
kepada dua kategori iaitu sesi temubual bersama golongan warga emas dan golongan belia. Pada
sesi temubual bersama golongan warga emas, terdapat dua responden yang telah dikenalpasti
mampu untuk membantu dalam dapatan kajian. Responden pertama ialah Encik Rukaman Bin
Marjuki berumur 58 tahun berasal daripada Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor dan
kini menetap di Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka. Manakala responden kedua ialah
Encik Kamiran Bin Razuki berumur 76 tahun berasal daripada Kampung Parit Bulat, Muar,
Johor dan kini juga menetap di Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka.
7
Responden seterusnya dari golongan belia ialah saudara Nur Afif Bin Saini berumur 21
tahun berasal daripada Kampung Parit Karjan, Seri Medan, Batu Pahat, Johor dan kini
merupakan seorang pelajar UTeM.
Soalan-soalan temubual ini ditanyakan berdasarkan konsep perkahwinan dalam
masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa bermula dari proses merisik, bertunang dan
perkahwinan. Setiap responden telah memberi kerjasama yang penuh dalam membantu proses
mendapatkan dapatan kajian.
8
3.0: DAPATAN KAJIAN
3.1: ADAT-ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
Masyarakat Melayu merupakan salah satu daripada tiga kaum majoriti di Malaysia. Adat
perkahwinan masyarakat ini boleh dikatakan sudah biasa dilihat kerana majlis ini sering kita lihat
berlaku di kawasan-kawasan kampong mahupun bandar. Berikut merupakan adat-adat wajib
yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu.
3.1.1: ADAT MERISIK
Masyarakat Melayu Tradisional
Dalam masyarakat Melayu tradisional, adat merisik merupakan proses permulaan bagi
sesebuah perkahwinan. Biasanya, merisik dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya
ibu bapa. Apabila teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang telah dipilih, usaha
merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Bak kata
pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.
Masyarakat Melayu Moden
Merisik pada zaman kini masih lagi sama seperti zaman dahulu akan tetapi, adat ini
semakin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Hal ini disebabkan oleh generasi sekarang
yang sudah mengenali pasangan mereka terlebih dahulu dan mereka lebih selesa memilih
pasangan hidup mereka sendiri. Hal ini telah disokong daripada hasil temubual bersama Encik
Rukaman Bin Marjuki yang menyatakan;
9
“Orang muda sekarang tidak lagi ingin ditentukan jodohnya oleh orang tua mereka kerana
mereka telah terlebih dahulu memilih pasangan masing-masing untuk dijadikan suami atau
isteri”
Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun
kini sebaliknya pula berlaku. Tambahan pula, generasi sekarang lebih suka melakukan perkara
yang menjimatkan kos tanpa melihat kesan-kesan perubahannya. Justeru itu, mereka akan terus
meminang bagi menjimatkan kos perkahwinan.
Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat adat merisik terdapat sedikit perubahan yang
memberikan impak yang besar terhadap proses seterusnya dalam perkahwinan. Hal ini
disebabkan oleh pemikiran generasi sekarang yang lebih terarah kepada perkara yang
menjimatkan masa dan kos padahal mereka tidak sedar bahawa adat merisik dapat memupuk
hubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak. Oleh itu, adat ini sebenarnya wajar
diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang
baik bagi semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir
dengan baik.
10
3.1.2: ADAT BERTUNANG
Masyarakat Melayu Tradisional
Adat bertunang atau meminang juga merupakan adat yang penting bagi masyarakat
melayu tradisional. Hal tersebut menunjukkan rasa hormat dan sebagai satu anjakan paradikma
untuk mewujudkan hubungan yang erat antara kedua-dua belah pihak. Sebagai lanjutan
penerangan tersebut, dapat dilihat apabila wakil kedua-dua belah pihak maju ke hadapan untuk
melakukan proses peminangan. Dalam upacara tersebut, perkara-perkara yang dibincangkan
ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Setelah perkara tersebut dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak, pihak lelaki akan mengorak langkah dengan menghantar mas
kahwin dan wang belanja kepada pihak perempuan sebagai tanggungan untuk majlis
perkahwinan.
Masyarakat Melayu Moden
Bertunang atau meminang juga masih diteruskan pada zaman kini tetapi adat ini
mengalami banyak perubahan. Antaranya ialah hantaran yang diberi oleh kedua-dua belah pihak
dan tempoh pertunangan. Generasi sekarang lebih gemar memberi hantaran seperti baju, kasut,
alat persolekan dan gadjet. Tetapi bilangan hantaran yang diberikan masih lagi mengikut adat
seperti 5 dulang berbalas 7 dulang. Generasi sekarang juga lebih suka memendekkan tempoh
pertunangan mereka. Hal ini kerana mereka tidak suka bertunang pada tempoh masa yang lama.
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa, perubahan dalam adat bertunang telah
menyebabkan proses perkenalan antara si teruna dan si dara menjadi singkat dan perubahan dari
segi barang hantaran yang lebih mewah.
11
3.1.3 ADAT BERKAHWIN
Masyarakat Melayu Tradisional
Bagi masyarakat Melayu tradisional, hari perkahwinan yang digelar hari raja sehari
merupakan hari paling bersejarah untuk pasangan yang akan bergelar suami isteri. Hal ini turut
dirasai oleh keluarga dan saudara mara kedua-dua belah pihak pengantin kerana mereka akan
menerima ‘ahli keluarga’ baru. Pada saat inilah, hubungan baik antara keluarga pengantin dan
sanak saudara dapat dipupuk. Sebagai contoh aktiviti rewang, memasak dan mengemas rumah
yang dilakukan secara bersama.
Bagi masyarakat Melayu tradisional, aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat dipisahkan
dengan adat dalam perkahwinan. Bagi mereka juga, saat inilah mereka dapat merasa nikmat
bekerja dalam satu pasukan ‘bagai aur dengan tebing’ yang terdiri daripada pelbagai golongan
masyarakat. Majlis perkahwinan turut dimeriahkan oleh jiran tetangga dan sahabat handai. Ada
juga antara mereka turut sama bergotong-royong dalam melaksanakan aktiviti seperti rewang
dan memasak. Dari bahagian dapur, dalam rumah, bilik pengantin, pelamin, sehinggalah ke
khemah tetamu, semua lokasi ini ada tugasnya tersendiri. Dalam acara rewang sebagai
contohnya, kerusi kayu panjang atau kerusi keluli pelipat bagaikan sudah biasa digunakan untuk
mengopek bawang dan memotong daging. Amalan rewang juga tidak akan lengkap jika tiadanya
kudap-kudapan tradisional seperti tempeyek, kuih layang-layang, bahulu atau lengkung sebagai
makanan sampingan buat tetamu rewang. Walaupun setiap negeri di Malaysia mempunyai adat
tersendiri dalam acara rewang, namun semua aktiviti yang meliputi acara rewang hampir sama
perlaksanaannya.
12
Beralih pula kepada hidangan tradisional masyarakat Melayu pula, terdapat
keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai contoh, menu utama ketika hari bersanding yang
dihidangkan kepada para tetamu ialah nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani dan lain-lain. Bagi
jenis lauk pauk pula adalah lebih kepada masakan tradisional seperti daging masak kurma, ikan
keli masak lemak cili padi, ayam kampung masak sambal merah dan lain-lain. Bagi pencuci
mulut pula, lebih kepada manisan seperti tapai pulut, kiuh bakar dan kuih ku. Makanan-makanan
tersebut juga melambangkan masyarakat melayu sebagai masyarakat yang unik yang mempunyai
variasi makanan yang melambangkan identiti masyarakat melayu tradisional.
Kembali kepada adat dan budaya perkahwinan, dalam masyarakat melayu tradisional
terdapat peraturan dan aturan dalam perkahwinan. Sebagai contoh, dari segi pelamin, baju
pengantin, adat berinai dan makan beradap. Masyarakat dulu lebih pentingkan perkara yang
wajib berbanding adat dalam proses perkahwinan. Sebagai contoh perkara yang wajib
dilaksanakan sebelum berkahwin ialah istiadat akad nikah. Jadi, ada antara mereka yang tidak
bersanding atas pelamin. Jika bersanding pun, pasangan pengantin akan bersanding di bawah
pokok yang rendang dan mempunyai pintu gerbang yang diperbuat daripada pelepah kelapa
sahaja.
Bagi baju pengantin pula, masyarakat Melayu lebih ke arah klasik dan mengikut tradisi
orang Melayu. Sebagai contoh, kebaya, songket, kebarung dan kurung. Tambahan pula,
selalunya pasangan yang akan berkahwin akan menempah pakaian tersebut atau dijahit sendiri
oleh ibu bakal pengantin masing-masing.
Bagi adat berinai pula, masyarakat Melayu tradisional memakai inai pada jari sahaja.
Kebiasaannya, orang dulu mempunyai pokok inai sendiri yang ditanam di halaman atau di
13
belakang rumah. Tambahan pula, selalunya inai yang diperbuat daripada daun inai itu sendiri
adalah lebih cantik warnanya dan tahan lebih lama.
Selain itu, sepanjang kenduri kahwin dijalankan, terdapat juga beberapa hiburan
dijalankan. Iringan paluan kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi
suasana majlis perkahwinan. Selain itu juga, seni silat turut dipersembahkan di hadapan
pengantin di tambah dengan tarian yang dipersembahkan bagi menghiburkan pengantin dan para
tetamu.
Disamping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan semasa kenduri perkahwinan
dijalankan, iaitu makan beradab. Kebiasaannya, makan beradab dijalankan untuk pasangan
pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa serta saudara mara kedua-dua mempelai. Hidangan
yang disediakan juga lebih istimewa berbanding dengan makanan yang lain. Kemuncak untuk
adat ini ialah pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan
mereka. Akhir sekali, adat ini disempurnakan dengan upacara memotong kek atau pulut kuning.
14
Masyarakat Melayu Moden
Masyarakat Melayu moden masih menganggap hari perkahwinan sebagai hari yang
paling penting dan bersejarah dalam hidup mereka. Hal ini turut dirasai oleh seluruh ahli
keluarga dan juga sahabat handai. Walaubagaimanapun, hal ini tidak sama seperti majlis
perkahwinan masyarakat Melayu tradisional. Hal ini kerana sudah banyak perubahan yang
berlaku dalam proses perkahwinan pada era kini.
Antaranya ialah aktiviti rewang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Hal ini kerana
generasi sekarang lebih gemar menggunakan khidmat katering berbanding merewang. Bagi
mereka dengan cara ini lebih mudah walaupun perlu mengeluarkan belanja yang banyak.
Makanan bagi majlis perkahwinan tidak banyak berubah. Hal ini kerana generasi sekarang masih
menyediakan makanan yang sama seperti generasi dahulu, cuma ada penambahan dari segi jenis
makanan yang lebih ke arah makanan barat. Sebagai contoh, terdapat kenduri kahwin yang
menyediakan ayam golek atau ayam panggang untuk hidangan tetamu. Hanya pencuci mulut
sahaja mengalami perubahan. Hal ini kerana mereka menyediakan ais krim dan muffin.
Disamping itu, generasi sekarang gemar menyediakan pelamin untuk bersanding yang
berkonsepkan ala barat. Hal ini dapat dilihat pada setiap majlis perkahwinan sekarang. Bagi
mereka bersanding merupakan adat yang penting dalam perkahwinan sedangkan adat itu ialah
warisan daripada nenek moyang mereka.
Pakaian pengantin juga mengalami perubahan. Hal ini kerana generasi sekarang tidak
mengekalkan tradisi melayu malah lebih ke arah budaya luar. Sebagai contoh, pakaian yang
dikenakan oleh pengantin semasa hari bersanding seperti gaun dan tuksedo. Pakaian mereka juga
perlu disewa dan kosnya juga mahal.
15
Adat berinai masih dikekalkan oleh generasi sekarang, akan tetapi inai genarasi ini
banyak berubah kerana mereka melukis inai tersebut di tapak tangan mereka dan mempunyai
pelbagai corak. Inai yang digunakan juga tidak berwarna merah malah berwarna hitam
disebabkan oleh penghasilan inai yang bercampur dengan pewarna lain.
Selain itu, generasi sekarang mengamalkan aktiviti karaoke sepanjang majlis
perkahwinan berlangsung. Walaupun meriah tetapi aktivi ini boleh mengganggu jiran tertangga.
Selain itu, perkara tersebut akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada para tetamu yang
hadir ke kenduri kahwin kerana lagu yang dipasang terlalu kuat dan sukar bagi mereka untuk
berbual dengan tuan rumah dan sahabat handai yang lain.Namun,makan beradab dan memotong
kek masih lagi dikekalkan pada masa kini, cuma ada antara pasangan pengantin yang mahukan
kemegahan dengan membeli kek yang bertingkat sehinggakan ada yang memerlukan tangga
semasa sesi pemotongan kek kerana kek yang terlalu tinggi.
Perubahan yang paling ketara berlaku pada generasi sekarang ialah perkahwinan campur
antara melayu dengan cina atau india atau lain-lain. Bagi mereka hal ini boleh mengurniakan
zuriat yang bijak, cantik dan kacak. Selain itu, penghijrahan anak-anak muda sekarang ke bandar
juga telah menyebabkan keadaan tersebut berlaku.
Sebagai kesimpulannya, dalam adat perkahwinan telah mengalami banyak perubahan.
Anak-anak muda sekarang tidak lagi memandang kepada adat malahan lebih suka mengikut
trend. Oleh itu berlakulah perubahan terhadap susun atur adat dan budaya dalam perkahwinan.
Bagi mereka warisan nenek moyang mereka itu sudah lapuk dan tidak perlu digunakan lagi pada
masa kini. Kebanyakan, mereka lebih suka mengikut budaya luar, justeru ada antara mereka
16
yang langsung tidak mengikut adat dan budaya Melayu. Hal ini telah memberi kesan kepada
sosio budaya masyarakat Melayu, di mana semakin hari semakin tenggelam.
17
3.2: ADAT-ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT JAWA
Masyarakat Jawa merupakan sub etnik dari kaum Melayu. Masyarakat Jawa terkenal
dengan bilangan penduduknya yang ramai di negeri Perak, Selangor dan Johor. Perkahwinan
masyarakat Jawa pada masa kini kurang menonjolkan ciri-ciri Jawa itu sendiri yang bermula
dengan dialek bahasa, pakaian dan terus kepada makanan. Hal ini dapat diterangkan menerusi
dapatan kajian berkenaan adat-adat perkahwinan masyarakat Jawa yang berlaku sebelum,
sewaktu dan selepas majlis perkahwinan masyarakat Melayu.
3.2.1: ADAT MERISIK
Masyarakat Jawa Tradisional
Pihak orang tua lelaki mengirim utusan kepada pihak perempuan untuk melamar. Jika
persetujuan telah dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak, tarikh pertunangan akan ditetapkan.
Kebiasaanya merisik dilakukan pada waktu petang dan waktu malam.
Merisik pada zaman dahulu terdiri daripada 3 bahagian iaitu:-
1. Nontoni
2. Nglamar
3. Srah-Srahan
18
Masyarakat Jawa Moden
Proses merisik pada zaman dahulu amat tersusun kerana telah diaturkan oleh orang tua
bagi kedua-dua pihak. Namun adat merisik bagi masyarakat Jawa pada zaman kini tidak lagi
tersusun kerana orang tua semakin jarang menjodohkan anak-anak mereka kerana zaman kini
kebanyakan anak-anak muda berpacaran terlebih dahulu. Upacara Nontoni tidak lagi diamalkan
pada zaman sekarang namun Nglamar dan Srah-Srahan masih berkekalan hingga ke hari ini.
Kebanyakan anak-anak muda mencari pasangan mereka yang sesuai untuk dijadikan teman
hidup mereka dan tidak lagi bergantung kepada orang tuanya untuk memilih calon pasangan
mereka.
Secara kesimpulannya, telah banyak yang berubah dari segi merisik tradisional dan
moden dimana dalam proses merisik tradisional ,segalanya diatur oleh orang tua bagi kedua-dua
pihak manakala merisik moden , memilih calon pasangan tidak lagi ditentukan oleh orang tua
kerana perubahan sosial yang menyebabkan masyarakat Jawa pada zaman kini lebih suka
mengenali dan mencari pasangan mereka yang sesuai terlebih dahulu sebelum datang merisik
dan meneruskan ke arah alam perkahwinan.
3.2.2: ADAT BERTUNANG
Masyarakat Jawa Tradisional
Adat bertunang bagi masyarakat Jawa dahulu menyerupai dengan masyarakat Melayu.
Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki
akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri akan
diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri dari tepak sireh atau sireh junjung
menjadi bingkisan utama dan sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih-
19
muih, buah-buahan, pakaian dan lain-lain yang telah digubah cantik akan diberikan kepada pihak
perempuan.
Mengikut adat masyarakat Jawa, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika
si kakak masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran turut
dihantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana
bilangan genap dipercayai membawa implikasi yang tidak baik kepada pasangan. Bilangan
hantaran pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.
Masyarakat Jawa Moden
Proses pertunangan masyarakat Jawa tidak banyak yang berubah pada zaman kini kecuali
jenis barang hantaran yang semakin berubah dari masa ke semasa. Selain itu, masa pertunangan
sudah mula disingkatkan daripada dua ke tiga tahun kepada tiga bulan pada kebiasaannya.
Secara kesimpulannya, dalam proses pertunangan adat seperti keluarga pihak lelaki yang
bertandang ke rumah perempuan dengan membawa hantaran masih diteruskan sehingga zaman
sekarang kerana dengan adat inilah kedua-dua belah pihak boleh saling berbincang berkenaan
proses perkahwinan yang akan dijalankan.
20
3.2.3: ADAT BERKAHWIN
Masyarakat Jawa Tradisional
Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang amat mementingkan proses perjalanan
majlis perkahwinan, majlis tersebut telah mula dirancang oleh pihak keluarga pengantin dan
saudara mara telah mula bertandang ke rumah pihak pengantin untuk membantu di dalam
perjalanan majlis. Berikut merupakan adat-adat yang tidak akan terlepas di dalam proses majlis
perkahwinan masyarakat Jawa.
Persiapan
Sesudah pelamaran seorang lelaki diterima oleh seorang wanita, upacara pernikahan akan
dimulai. Upacara pernikahan merupakan tanggungjawab orang tua pengantin perempuan, dan
upacara ini biasanya diselenggarakan di rumahnya. Hari yang paling baik untuk pernikahan
ditentukan secara adat manakala bulan yang baik untuk pernikahan dipilih menurut bulan Jawa
dan apabila diputuskan akan kesesuaian nya, tanggal lahir kedua pengantin akan dihitung untuk
menentukan hari upacara.
Tarub
Secara fungsi, tarub adalah bangunan sementara untuk tamu di depan rumah, tetapi
kepentingannya lebih dari yang normal sahaja. Tuwuhan, daun-daun dan buah-buahan yang
digantung di kiri dan kanan gerbang, atau pintu masuk, mempunyai erti yang tersendiri . Upacara
pernikahan dimulai dengan pemasangan bleketepe, anyaman janur kecil yang digantung di
tengah gerbang, untuk mengusir roh-roh jahat.
21
Sesaji
Tentu saja ada banyak hal yang harus diurus sebelum upacara dimulai, salah satunya
adalah sesaji atau sajen. Kehendak orang yang menyajikan sajen adalah agar upacara-upacara
yang dijalankan akan selamat dan sejahtera supaya tidak ada kekurangan. Sesaji terdiri daripada
berbagai jenis makanan, buah-buahan, minuman, bunga-bungaan dan bahan-bahan lain. Ada
beberapa sesaji yang disediakan khusus untuk upacara-upacara pernikahan dan campuran bahan-
bahan untuk setiap sesaji tergantung pada maksud dan maknanya.
Tata Tertib Pengantin
Untuk setiap upacara perkahwinan, pengantin perempuan harus kelihatan cantik.
Pengantin perempuan kulitnya harus kelihatan halus, kekuning-kuningan dan bercahaya. Tata
tertib pernikahan bermaksud supaya pengantin perempuan kelihatan seperti putri raja, yang
mandi memakai lulur dan jarang keluar dicahaya matahari sehingga kulitnya halus dan kuning.
Pengantin lelaki juga memakai sedikit rias untuk upacara panggih. Tengah rambut di dahi
pengantin perempuan dipotong dan dicukur membuat bentuk/pares sesudah upacara siraman
supaya siap untuk dirias dengan warna hitam pada pagi sebelum akad nikah. Bentuk pares terdiri
dari beberapa bahagian yang harus diukur dan digambar dengan hati-hati supaya mengikuti
bentuk yang benar. Simbolisme pares adalah untuk mencantikkan pengantin perempuan, atau
lebih spesifik, untuk membuang pemikiran atau peri laku yang tidak baik supaya dia mampu
menjadi orang yang baik dan matang.
22
Rambut Pengantin
Sesudah muka dan dahi, rambut akan dihias dalam bentuk sanggul. Bagian depan rambut
disasak dan dibentuk menjadi sunggar, sedikit rambut di atas akan dilepas untuk digelung
menjadi lungsen. Cemara, atau rambut bagian belakang, diikat dan di gelung menjadi sanggul.
Sesudah sanggul dirapikan selanjutnya perhiasan akan dipasang.
Busana (pakaian)
Ada beberapa gaya busana yang biasa dipakai untuk upacara pernikahan Jawa tetapi ada
dua gaya busana yang utama, iaitu busana basahan dan busana putri. Busana gaya putri pada
dasarnya adalah baju panjang , kain padan dan cantik coraknya. Ada beberapa jenis busana
basahan tetapi pada hakikatnya semuanya sama. Busana basahan terdiri dari beberapa jenis kain
saja, gaya dodotan, iaitu tidak memakai baju atasan. Bahagian kepala rambutnya digelung
membentuk sanggul, dan dilengkapi dengan perhiasan yang dipakai seperti subang, cincin,
kalung dan gelang serta kipas biasanya tidak ketinggalan. Untuk busana yang dipakai pada majlis
perkahwinan umumnya, wanita Jawa akan memakai kembenbersama dengan stagen dan kain
jarik. Kemben dipakai untuk menutupi payudara, ketiak dan punggung. Hal ini kerana kain
kemben ini cukup lebar dan panjang. Stagen pula akan dililit pada bagian perut untuk mengikat
bahagian pinggang agar kuat dan tidak mudah lepas. Pengantin lelaki pula memakai topi kuluk
yang berwarna biru muda.
23
Upacara Sebelum Pernikahan
Siraman
Upacara pertama yang dilaksanakan pada siang hari sebelum pernikahan adalah siraman.
Upacara ini adalah acara memandikan pengantin supaya dia bersih dan suci untuk pernikahan
pada hari berikutnya. Kedua pasangan pengantin akan dimandikan dirumah sendiri dalam
upacara berbeza, kebiasannya upacara ini dilakukan di kamar mandi atau di kebun. Sebagian air
dari mangkuk siraman wanita diisikan di dalam cerek atau kendi untuk dibawa ke rumah
pengantin lelaki untuk upacara siraman si lelaki.
Ibu pengantin perempuan memulakan upacara dengan menyapukan sabun kepada tangan
dan kaki putrinya. Kemudian tujuh orang, atau lebih bilangannya asalkan ganjil, menuangkan
tiga gayung air bunga pada kepala dan badan pengantin. Selain dari ibu dan bapa pengantin, ibu-
ibu yang terhormat dan dianggap berakhlak tinggi diminta untuk mengikuti upacara ini. Namun,
ibu yang sudah bercerai, janda, yang belum mempunyai anak atau yang tidak mampu
mempunyai anak tidak boleh mengikuti majlis ini. Hal ini dilakukan dengan harapan supaya
pasangan pengantin diberi berkat seperti ibu-ibu ini, agar mudah dan cepat mempunyai anak.
Pemecahan Kendhi
Sesudah acara siraman dilakukan, ibu pengantin menjatuhkan dan memecahkan kendhi.
Pemecahan ini adalah simbol pengantin sudah dewasa dan bersedia untuk meninggalkan
keluarga untuk membina keluarga sendiri. Pemecahan kendhi ini juga merupakan simbol
pelepasan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak mereka.
24
Memotong Rambut
Upacara berikutnya juga melambangkan akhir dari masa kecil dan permulaan masa
dewasa untuk pengantin. Dalam upacara ini, hujung rambut bagi pengantin perempuan dipotong
sedikit yang bermaksud untuk membuang sangkal atau kotoran dari masa kecil. Kotoran ini
dianggap sebagai halangan dan harus dibuang supaya tidak ada halangan lagi untuk kehidupan
baru. Rambut pengantin lelaki juga dipotong dan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk
ditanam bersama-sama di kebun. Kemudian pengantin perempuan digendong masuk ke kamar
oleh bapak untuk kasih sayang yang terakhir kali sebagai anak dan sebagai lambang ayah
membawa anaknya kepada hidup sendiri untuk memulakan hidup baru sebagai seorang isteri.
Upacara Ngerik
Sesudah upacara memotong rambut selesai, upacara ngerik dilangsungkan. Upacara
ngerik merupakan persiapan untuk tata rias yang akan dipakai untuk upacara pernikahan pada
hari berikutnya. Anak rambut didahi gadis dihilangkan dan dicukur dalam bentuk paes. Setelah
keadaan itu dilaksanakan, bermaksud pengantin perempuan sudah siap untuk malam midodareni.
Malam Midodareni
Malam sebelum hari pernikahan merupakan malam terakhir pengantin perempuan
sebagai remaja atau gadis, malam ini dianggap suci dan diberi nama malam midodareni. Dari
jam 6 sehingga jam 12 malam pengantin perempuan tidak boleh keluar dari kamar. Pada waktu
ini dimaksudkan untuk berkenalan dengan keluarga pengantin lelaki dan untuk menerima nasihat
tentang kehidupan sesudah bernikah. Selama waktu ini juga pengantin perempuan diberi
makanan oleh orang tuanya untuk terakhir kali
25
Rewang
Rewang ialah upacara gotong-royong sebelum majlis perkahwinan. Masyarakat muda
dan tua bersatu dengan membersih kawasan rumah, mendirikan pelamin, menyiapkan bahan
masakan, menyusun segala keperluan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Kaum hawa
pula membantu dalam memasak makanan yang akan disajikan semasa upacara pernikahan
berlangsung seperti nasi ambeng, lodeh, tempe, kuih koci, pulut manis dan sebagainya. Rewang
kebiasaanya berlangsung dua hari sebelum majlis perkahwinan.
Upacara Pernikahan
Akad Nikah
Akad Nikah merupakan pernikahan mengikut syariat Islam. Menurut pemerintah cuma
acara akad nikah yang perlu dilaksanakan untuk bernikah berdasarkan syariat. Upacara ini
biasanya dilakukan di masjid atau di rumah sahaja. Pertama, penghulu dari Pejabat Urusan
Agama (PUA) atau kyai membaca syarat-syarat pernikahan. Pengantin lelaki harus menyetujui
untuk memenuhi semua syarat-syarat ini dan bersumpah untuk menjaga dan melindungi
isterinya. Lalu bapa pengantin perempuan menyerahkan anaknya kepada pengantin lelaki.
Sesudah kedua-dua pihak setuju untuk bernikah, kedua-dua pengantin dan kedua-dua saksi
menandatangani surat nikah. Kedua saksi ini hadir untuk menentukan bahawa kedua-dua
pengantin bernikah atas keinginan sendiri dan tidak ada sesiapa pun yang memaksa.
26
Upacara Panggih
Pada siang hari sesudah akad nikah dijalankan, upacara pernikahan adat dilaksanakan,
iaitu upacara panggih.
Upacara Panggih terdiri-dari beberapa bahagian, iaitu:
1. Temu pengantin.
Pengantin lelaki masuk melalui pintu hadapan dipayungi dua pendamping dan kedua-dua
pengantin menukar kembar mayang yang dilempar ke atas tarub.
2. Sawat-sawatan atau halangangantal sirih.
Pengantin saling melempar daun sirih. Ertinya bertemunya dua perasaan, untuk
melempar hari, dan dianggap sebagai waktu yang menyenangkan.
3. Wiji dadi.
Pengantin lelaki menempelkan telur ayam kampung kepada dahi sendiri dan pada dahi
pengantin puerempuan dan lalu melempar telur ini supaya pecah. Selepas itu, kaki mempelai
lelaki dibasuh dengan air bunga dan dibersihkan oleh pengantin perempuan yang duduk di
hadapannya.
4. Sindur Binqyang.
Kedua-dua mempelai bersalaman, berpegangan tangan dengan jari kelingking, dan ibu pengantin
perempuan menutup bahu kedua-dua pengantin dengan kain selendang yang berwarna merah dan
putih dan pengantin dihantar oleh ayah pengantin perempuan ke kerusi pelamin.
27
5. Timbang.
Di pelamin, kedua-dua pengantin duduk di pangkuan ayah pengantin perempuan iaitu
perempuan di kaki kiri, dan lelaki di kaki kanan. Ibu pengantin perempuan bertanya kepada ayah
siapa yang lebih berat dan dia menjawab bahawa mereka sama sahaja.
6. Kacar-kucur.
Pengantin lelaki memberi beras, kacang, dan duit hantaran dibungkus dalam kain berwarna
merah dan putih kepada pengantin perempuan dan dia memberikannya kepada orang tuanya.
7. Saling menyuap.
Pengantin lelaki memberi makanan kepada isterinya dan lalu pengantin perempuan memberi
makanan kepada suaminya, dan terus menyuap bersama.
8. Minta doa restu.
Pasangan pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memohon doa restu daripada kedua
belah pihak ibubapa.
28
Selepas upacara pernikahan
Kenduri
Masyarakat Jawa sangat menggemari hari perkahwinan sehinggakan digelar "Hari
Makan" kerana semasa kenduri selepas berlangsungnya perkahwinan, terdapat pelbagai
keunikan masakan orang Jawa yang popular dimana setiap masakannya yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Makanan wajib bagi kenduri perkahwinan orang Jawa ialah Nasi
Ambeng. Nasi Ambeng merupakan nasi bersertakan lauk yang kering seperti ikan kering, ayam
goreng, sambal, tempe goreng dan juga Pecha(sejenis sambal sayur yang segar). Nasi Ambeng
biasanya dihidangkan di dalam dulang dan dimakan seramai 4 orang dalam setiap dulang. Selain
itu, nasi Ambeng juga dialaskan dengan daun pisang untuk dibawa pulang kepada tetamu jika
tetamu tidak mempunyai keinginan untuk makan semasa kenduri tersebut. Kebiasaannya, lauk
yang dihidangkan semasa kenduri orang Jawa sangat banyak berbanding kenduri perkahwinan
orang Melayu.
Silat Pengantin
Silat pengantin merupakan sebuah hiburan untuk si raja dan ratu sehari di mana pesilat
akan bersilat untuk menghiburkan hati pengantin dan para tetamu yang datang. Silat juga
merupakan salah satu adat dalam masyarakat Jawa.
29
Masyarakat Jawa Moden
Sebelum upacara pernikahan
Beberapa adat tradisional kian dilupakan dan tidak lagi diamalkan oleh Masyarakat Jawa
di Malaysia. Hal ini kerana percanggahan dalam agama Islam yang mengharamkan upacara
yang dilihat bertentangan dengan agama. Sekarang, hanya Rewang diamalkan oleh masyarakat
Jawa hingga ke hari ini.
Semasa upacara pernikahan
Kebanyakan adat tradisional tidak lagi diamalkan kerana bertentangan dengan agama
Islam. Namun pada masa kini, perkahwinan campur berlaku dan menyebabkan adat-adat Jawa
kian dilupakan. Hal ini menyebabkan proses pernikahan secara majoritinya mengamalkan adat
pernikahan masyarakat Melayu. Silat Pengantin masih lagi berterusan hingga ke hari ini di mana
pesilat akan bersilat di hadapan pengantin untuk menghiburkan hati pengantin dan juga para
tetamu. Selain itu, pakaian mereka juga sudah berubah ke arah pakaian perkahwinan masyarakat
Barat iaitu dengan memakai tuksedo bagi pengantin lelaki dan gaun bagi pengantin perempuan.
Selepas upacara pernikahan
Kenduri perkahwinan masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Namun terdapat sedikit
kelainan antara jenis makanan di mana hidangan yang mereka sajikan semakin menyerupai jenis
hidangan kenduri perkahwinan masyarakat Melayu. Namun hidangan lauk kenduri masyarakat
Jawa masih melebihi bilangan jenis lauk kenduri masyarakat Melayu.
30
Secara kesimpulannya, perubahan yang drastik telah berlaku bagi seantero masyarakat
Jawa di Malaysia di mana adat perkahwinan tradisional mereka semakin kian dilupai dan
semakin pupus di telan zaman atas dasar tertentu. Faktor kedatangan Islam juga mempengaruhi
perubahan adat perkahwinan masyarakat Jawa di Malaysia. Islam mengharamkan sebilangan
adat-adat Jawa yang bertentangan dengan agama Islam. Selain itu juga, faktor asimilasi dan
amalgamasi juga menyebabkan banyak adat masyarakat Jawa semakin berubah dan kian
dilupakan. Hal ini dapat dibuktikan pada masa kini di mana adat mereka telah pun semakin
kurang diamalkan dan lebih mengikuti adat perkahwinan orang Melayu.
31
4.0: RUMUSAN DAN CADANGAN
4.1: RUMUSAN
Kajian tentang perbandingan dan perbezaan perubahan sosial masyarakat Melayu dan
masyarakat Jawa dalam konteks perkahwinan telah dijalankan. Adat perkahwinan tradisional
masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau;
upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah;
berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. Dalam masyarakat Melayu, merisik
merupakan proses permulaan dalam perkahwinan Melayu. Hal ini telah diterangkan dalam
dapatan kajian. Oleh itu, berdasarkan kajian, terdapat perbezaan adat merisik antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Jawa di mana terdapat tiga bahagian dalam adat merisik masyarakat
Jawa iaitu Nontoni, Nglamar dan Srah-Srahan. Setelah itu, Apabila kedua-dua pihak telah
mendapat persetujuan, proses bertunang akan dilaksanakan. Kini, adat merisik masyarakat Jawa
kian dilupakan dan adat merisik masyarakat melayu menjadi ikutan.
Adat bertunang merupakan proses kedua dalam perkahwinan. Kajian menunjukkan
bahawa proses ini adalah hampir sama bagi masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa di mana
meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas
meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Semasa meminang, tarikh
menghantar tanda akan ditetapkan. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara
peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Di sesesetengah tempat,
berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika
mengadakan sembahyang Jumaat. Perkara ini telah dibuktikan dalam dapatan kajian dan proses
temubual.
32
Selain itu, kajian ini turut mengetengahkan tentang adat pernikahan setelah adat
bertunang dilaksanakan. Dalam Islam, proses ijab kabul biasanya dijalankan di masjid atau di
rumah pengantin perempuan . Terdapat perbezaan adat pernikahan antara masyarakat Melayu
dan masyarakat Jawa. Dalam pernikahan masyarakat Melayu, upacara akad nikah dijalankan
sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi
jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada
hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi
haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. Bagi masyarakat Jawa pula, istiadat
akad nikah orang Jawa mengadakan upacara Panggih yang mengadungi lapan bahagian yang
telah diterangkan di dalam dapatan kajian iaitu temu pengantin, sawat-sawatan, wiji dadi, sindur
binqyang, timbang, kacar-kucur, saling menyuap dan minta doa restu. Namun, setelah
perkahwinan campur berlaku antara masyarakat Melayu dan Jawa, adat pernikahan masyarakat
Jawa tidak lagi diamalkan dan diganti dengan adat pernikahan masyarakat Melayu.
Malahan, berdasarkan kajian, semasa upacara perkahwinan sedang dijalankan, terdapat
beberapa sudut perbezaan yang dapat ditonjolkan dalam dua masyarakat ini. Antaranya , aktiviti
rewang yang dijalankan untuk persiapan hari bersanding. Dalam aktiviti ini dapat dilihat
permuafakatan antara golongan muda dan tua bersatu dalam melakukan kerja secara gotong-
royong. Masyarakat muda dan tua bersatu dengan membersih kawasan rumah, mendirikan
pelamin, menyiapkan bahan masakan, meyusun segala keperluan sebelum berlangsungnya majlis
perkahwinan. Kaum hawa pula membantu memasak makanan yang akan disajikan semasa
upacara pernikahan berlangsung. Namun, kini telah berlaku satu fenomena yang mengejutkan
dimana golongan muda tidak lagi mengambil bahagian dalam aktiviti ini setelah wujudnya
perkhidmatan katering.
33
Selain itu, pakaian pengantin semasa bersanding juga menjadi perbezaan budaya antara
masyarakat Melayu dan Jawa. Sebagai contoh, dapat dilihat masyarakat Melayu lebih ke arah
klasik dan mengikut tradisi orang Melayu iaitu berkain songket dan berbaju kurung. Namun bagi
masyarakat Jawa pula, mereka sering mengenakan pakaian batik dan tanjak ataupun topi kuluk
(songkok batik). Setelah berlakunya arus modenisasi, masyarakat Jawa kini lebih gemar
mengenakan pakaian pengantin masyarakat Melayu, manakala bagi masyarakat Melayu pula
mereka menggemari mengenakan pakaian ala barat seperti tuksido dan gaun.
Di samping itu juga, makanan menjadi satu kelainan dalam dua masyarakat ini. Bagi
masyarakat Melayu, mereka gemar menghidangkan makanan yang berkuah seperti daging masak
kurma dan ayam masak merah, namun lain pula bagi masyarakat Jawa yang lebih suka makanan
yang kering dan manis. Sebagai contoh lodeh, tempe goreng dan ayam masak kicap. Tambahan
pula, tradisi masyarakat Jawa dalam setiap adat kenduri yang dijalankan, makanan yang wajib
disediakan ialah nasi ambeng. Bagi masyarakat Melayu, tiada perubahan drastik yang berlaku
cuma penambahan jenis makanan yang lebih ke arah barat, tetapi dalam masyarakat Jawa pula
perubahan yang berlaku adalah penggunaan plastik secara menyeluruh tanpa menggunakan daun
pisang sebagai alas untuk nasi ambeng.
Bukan itu sahaja, sesi makan beradab juga menampakkan perbezaan adat perkahwinan
antara dua masyarakat ini. Biasanya, sesi makan beradab diamalkan dalam masyarakat Melayu
sehingga kini, namun tidak bagi masyarakat Jawa hanyalah doa restu menjadi pengakhiran
persandingan mereka.
Secara kesimpulannya, kajian ini dapat menunjukkan banyak perbezaan dalam adat
perkahwinan antara masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa serta perubahan yang berlaku pada
setiap proses perkahwinan perkahwinan masyarakat dulu dan kini.
34
4.2: CADANGAN
Dalam konteks kajian ini, didapati terdapat perubahan sosial yang berlaku dari segi adat
perkahwinan dalam masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa. Adat-adat perkahwinan dalam dua
masyarakat ini kian dilupakan dan semakin berubah dari semasa ke semasa. "Biar mati anak,
jangan mati adat", pepatah ini haruslah diambil serius bagi menjamin dan mengekalkan adat-adat
ini dari luput ditelan zaman. Oleh itu, pelbagai langkah haruslah diambil segera bagi
mengekalkan adat-adat ini dari hilang.
Pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan dengan kadar segera. Pihak
kerajaan Malaysia iaitu Menteri Penerangan,komunikasi dan kebudayaan haruslah bertindak
dengan melakukan kempen-kempen yang mampu menarik golongan muda bagi mendekatkan
diri mempelajari dan mengetahui adat-adat Melayu dan Jawa agar tidak terus dilupakan. Selain
itu, ibubapa haruslah memainkan peranan mereka dengan mengajar dan mendidik anak-anak
mereka dengan mendedahkan adat-adat yang wajib dipelajari agar anak-anak tidak melupainya
dan dapat mewarisi adat ini dari generasi ke generasi pada masa akan datang. Di samping itu
juga, ketua-ketua kampung haruslah mewujudkan satu pusat komuniti dengan mewujudkan satu
tempat dimana adat-adat dapat menjadi tatapan penduduk .Hal ini sedikit sebanyak mampu
mengekalkan adat-adat Melayu mahupun adat-adat Jawa.
35
5.0: RUJUKAN
5.1: RUJUKAN BUKU
Rohana Yusof, 2010, Asas Sains Sosial dari perpekstif sosiologi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Thomas wiyasa Bratawidjaya, 2006, Upacara Tradisional Masyarakat Jawa, Pustaka Sinar
Harapan.
Amran Kasimin, 2009, Perkahwinan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka
Ferry Seiatawan, 2009, 50 Galeri Kebaya Eksotik Nan Cantik, Penebar Plus Sdn Bhd.
Intarina Hardiman, 2005, Busana Pengantin Muslim, Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
5.2: RUJUKAN INTERNET
Dato Seri Najib Tun Razak.
http://www.1malaysia.com.my/zh/news/keunikan-kaum-satu-kekuatan-transformasi-negara-
najib/
Artikel Pernikahan Mengikut Adat Jawa
http://jogjaweddinghouse.blogspot.com/2011/04/buku-panduan-pernikahan-adat-jawa.htmi
Artikel Pernikahan Mengikut Adat Melayu
http://persediaanperkahwinan.com/blog/adat-perkahwinan-orang-melayu.html/
36
6.0: LAMPIRAN
6.1: GLOSARI
Nontoni Nontoni adalah langkah pertama untuk pernikahan, pihak lelaki
berserta orang tuanya pergi ke rumah si gadis yang ingin dilamar untuk
melihat dan memutuskan sama ada adakah lelaki tersebut ingin
melamar si gadis itu.
Nglamar Saudara bagi pihak lelaki akan disuruh untuk menyampaikan
pelamaran kepada pihak si gadis secara pantun (lisan) atau betulis.
Srah-Srahan Jika persetujuan dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak, upacara
srah-srahan akan diadakan. Pihak lelaki akan memberi bermacam-
macam hadiah kepada pihak si gadis untuk menentukan tunangan
mereka. Hadiah kebiasaannya ialah pakaian, kain-kain, barang
perhiasan dan lain-lain, bergantung kepada kemampuan bagi pihak
lelaki.
Pares Cukuran di rambut pengantin perempuan untuk mencantikkan
perempuan sempena majlis perkahwinan.
Ngerik Persiapan untuk tata rias yang akan dipakai oleh pasangan pengantin
untuk upacara pernikahan pada hari berikutnya.
Malam Midodareni Malam sebelum hari pernikahan yang dianggap suci oleh masyarakat
37
Jawa.
Tepak Sireh Bahan-bahan yang lengkap seperti sireh, kapur, gambir, pinang dan
tembakau sebagai barangan wajib dalam proses meminang.
Sireh Junjung Kepala hantaran bagi rombongan yang datang, supaya jelas maksud
tentang hajat dan melambangkan asam garam kehidupan rumah tangga
di antara suami isteri.
Tuwuhan Suatu harapan kepada anak yang dijodohkan dapat memperoleh
keturunan untuk melangsungkan sejarah keluarga.
Bleketepe Anyaman daun kelapa untuk dijadikan tempat berteduh.
Sejaji Menghidangkan sesuatu kepada tetamu.
Sanggar Tempat pemujaan yang terletak di perkarangan rumah dan tempat
untuk kegiatan seni.
Kendhi Bekas berisi air untuk kegunaan basuh tangan.
38
6.2 GAMBAR SEPANJANG PROSES KAJIAN
Sesi temubual bersama responden.
39
40
6.3 BORANG TEMUBUAL
1. Bolehkah tuan menceritakan serba sedikit proses perkahwinan bermula daripada merisik,
bertunang dan pernikahan pada zaman dahulu?
2. Apakah adat perkahwinan masyarakat Jawa dan masyarakat Melayu?
3. Apakah pandangan tuan berkenaan proses perkahwinan pada zaman dahulu dan zaman
sekarang? Bandingkan.
4. Adakah adat perkahwinan masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa telah kurang
diamalkan pada generasi muda zaman sekarang?
5. Apakah punca kepada berlakunya perubahan pada pengamalan adat perkahwinan yang
telah kurang diamalkan pada zaman sekarang?
6. Apakah pandangan tuan pada budaya kahwin campur (amalgamasi) dan kesannya?
7. Apakah harapan tuan pada generasi muda masyarakat Melayu dan masyarakat Jawa
zaman sekarang?
41