KALSOMBP060079D2008TTP

26
IMPLIKASI LATIHAN DALAMAN KEPADA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH KALSOM BINTI SALEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KALSOMBP060079D2008TTP

  • IMPLIKASI LATIHAN DALAMAN KEPADA GURU-GURU

    SEKOLAH RENDAH

    KALSOM BINTI SALEH

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • PSZ 19:16(Pin.1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : IMPLIKASI LATIHAN DALAMAN KEPADA GURU-GURU

    SEKOLAH RENDAH

    SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya KALSOM BINTI SALEH No. Matriks BP 060079 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 12, Blok H, kuarters Institusi pendidikan, Sri Larkin B, 80350 Johor Bahru. Tarikh: 07 November 2008 Tarikh: 07 November 2008

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

    dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

    DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

    Nama Penyelia

  • Kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

    kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

    (Pengurusan Pendidikan)

    Tandatangan

    Nama Penyelia

    Tarikh

    : ..

    : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

    : 7 NOVEMBER 2008

  • IMPLIKASI LATIHAN DALAMAN KEPADA GURU-GURU

    SEKOLAH RENDAH

    KALSOM BINTI SALEH

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

    (Pengurusan Pendidikan)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2008

  • ii

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Tandatangan

    Nama Penulis

    Tarikh

    : ..

    : KALSOM BINTI SALEH

    : 07 NOVEMBER 2008

  • iii

    Dedikasi

    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas

    limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

    junjungan Nabi Muhamad S.A.W

    Kehadiranku di sini adalah suatu yang tidak terlintas di fikiran dan angan.

    Perjuangan yang mewarnai hidup ini moga menjadi dorongan buat kelian mengharungi

    hidup ini. Cabaran yang melintasi setiap derap langkah adalah rencah kehidupan yang

    menghiasi dan membawa seribu makna dan nilai kejayaan yang tak terhingga.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

    menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar

    Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

    Ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana beradanya saya di sini

    merupakan satu anugerah Allah dan kenangan terindah dalam hidup saya.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

    penasihat penyelidikan, Dr. Lokman Mohd Tahir yang tanpa jemu menghulurkan

    bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

    ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya yang sangat

    besar ini.

    Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

    Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

    Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru serta rakan-rakan Guru Besar yang terlibat

    secara langsung dalam penyelidikan ini.

    Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Allahyarham ayahanda Saleh Hj

    Arshad, Allahyarhamah ibu tercinta Hejah Khatijah Hj Ahmad dan Allahyarhamah

    Halimah yang tidak sempat melihat kejayaan ini. Kekanda tercinta, Azhari Yusoff,

    anak-anak saudaraku Zaleha dan Latifah, cucu-cucuku Nur Aliadiba, Nur Alia Batrisha,

    Nur Alia Zara Sofea, Nur Damia, Nur Dhya dan Mohd Ashraf. Tidak lupa kepada para

    pensyarah, rakan-rakan guru di Sekolah Kebangsaan Masai dan Desa Cemerlang serta

    rakan seperjuangan Hamiyah, Jamaliah, Yos, Normah kerana anda semualah yang telah

    memberi saya kekuatan untuk pencapaian kecemerlangan saya pada hari ini. Insyallah

    jasa dan kebaikan kelian akan sentiasa saya kenang sepanjang perjalanan hidup ini.

    Sekian. Wassalam

  • v

    ABSTRAK

    Keberkesanan latihan dalaman masih lagi menimbulkan persoalan dan

    memerlukan kajian lanjutan tentang hasilnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi

    melihat penilaian guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

    merujuk kepada komponen faktor-faktor keperluan latihan dalaman dan

    mengenalpasti kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran

    mengajar guru. Penilaian juga dilakukan berdasarkan faktor demografi terpilih

    iaitu pengalaman mengajar dan juga umur. Kajian ini juga melihat perbezaan

    antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman dan

    seterusnya juga melihat hubungan antara kesan latihan dalaman dengan faktor

    keperluan latihan dalaman. Responden kajian terdiri daripada 156 orang guru di

    sembilan buah sekolah kebangsaan di Zon Tiram, Johor Bahru. Kajian ini

    menggunakan instrumen soal selidik sementara ujian t dan ANOVA digunakan

    untuk menguji hipotesis kajian. Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.02

    dan menunjukkan bahawa tahap penilaian adalah tinggi. Kajian ini juga

    menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman

    mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman serta tidak terdapat

    hubungan yang signifikan antara kesan latihan dalaman dengan faktor

    keperluan guru. Sehubungan itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak

    penganjur terutama pihak sekolah sentiasa mengenalpasti tentang keperluan

    guru dari masa ke semasa dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

    pembelajaran.

  • vi

    ABSTRACT

    The effectiveness of in house training programme is still vague, and need further research of its effectiveness. Therefore, this research is to

    investigate teachers evaluation towards teaching and learning, which refered

    the component of the need of in house training and in upgrading teachers

    competencies in teaching. This evaluation study has been carried out due to

    selected demography factors, teachers experience and age. It also foresee the

    defferences between teachers experience in teaching and requirement of in

    house training. Also, to see the relation between the effects and factors of in

    house training. The respondents of this research involves 156 teachers from

    nine primary schools of Tiram Zone, Johor Bahru. This research uses

    questionaire while correlaction test, and also ANOVA is used to test the

    hypothesis. The overall mean score is 4.2 and this shows the level of evaluation

    is considerd high. This research also determine that there is no significant

    relation between the effects and factors of teachers need.In conjuction, this

    research also suggests the organizer especially the schools authorities to keep

    identifying teachers need from time to time in order to upgrade the quality of

    teaching and learning.

  • vii

    ISI KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI SIMBOL xii

    SENARAI SINGKATAN xiii

    SENARAI LAMPIRAN xiv

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Latar Belakang Masalah 4

    1.2 Penyataan Masalah 6

    1.3 Objektif kajian 9

    1.4 Persoalan Kajian 9

    1.5 Hipotesis Kajian 10

    1.6 Rasional Kajian 10

    1.7 Kepentingan Kajian 11

    1.8 Batasan Kajian 12

    1.9 Definisi Operasional 12

  • viii

    1.9.1 Keberkesanan 13

    1.9.2 Program Latihan 13

    1.9.3 Guru-guru 13

    1.9.4. Pengurusan 14

    1.9.5 pencerapan 14

    1.9.6 pengawalan 15

    1.9.7 bertanggungjawab 15

    1.9.8 pembangunan Profesionalisme 16

    1.10 Kesimpulan 17

    BAB II SOROTAN KAJIAN

    2.0 Pendahuluan 19

    2.1 Kepentingan Latihan 20

    2.2 Definisi Pembangunan Profesionalisme Keguruan 22

    2.3 Komponen Latihan 23

    2.4 Strategi Perkembangan Staf 25

    2.5 Model program Latihan pembangunanProfesionalisme 27

    Guru

    2.6 Teori Penilaian Program Latihan 31

    2.7 Kajian-kajian Terdahulu 32

    2.7.1 Kajian-kajian Luar Negara 32

    2.7.2 Kajian-kajian di Malaysia 34

    2.8 Kesimpulan 37

  • ix

    BAB III METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan 39

    3.1 Reka Bentuk Kajian 40

    3.2 Populasi dan Persampelan 40

    3.2.1 Populasi Kajian

    3.2.2 Persampelan 41

    3.3 Instrumentasi 42

    3.3.1 pembinaan Soal selidik 42

    3.4 Kajian Rintis 44

    3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 45

    3.6 Prosedur Kajian 46

    3.7 Penganasisisaan Data 47

    3.7.1 Analisis kuantitatif 48

    3.7.2 Analisis Deskriptif 48

    3.7.3 Tahap Penilaian program 48

    3.8 Rumusan 49

    BAB IV DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 50

    4.2 Analisis faktor Demografi Responden 51

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut umur 51

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

    mengajar 52

  • x

    4.3 Analisis Deskriptif 53

    4.3.1 Tahap keperluan latihan dalaman kepada guru-guru

    di sekolah 53

    4.3.2 Kesan latihan dalaman dalam meningkatkan

    kemahiran mengajar guru 56

    4.3.3 Tidak terdapat perbezaan di antara pengalaman

    mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman 57

    4.4 Rumusan 58 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pendahuluan 59

    5.2 Rumusan Dapatan 60

    5.3 Perbincangan 61

    5.4 Implikasi dan Cadangan 64

    5.5 Cadangan Kajian 65

    5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 67

    5.7 Kesimpulan 67

    Bibliografi 69

    Lampiran 72

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Pecahan Item Mengikut Konstruk 43

    3.2 Penggunaan Skala Likert 44

    3.3 Jadual kekuatan hubungan Korelasi Guilford 47

    4.1 Taburan Bilangan dan peratusan responden mengikut umur 52

    4.2 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar guru 53

    4.3 Maklum balas responden terhadap keperluan latihan

    dalaman kepada guru-guru di sekolah. 54

    4.4 Maklum balas taburan responden mengenai kesan latihan

    dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru

    mengikut peratusan dan min 56

    4.5 Jadual ANOVA Tentang perbezaan antara pengalaman

    mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman 58

    4.6 Rumusan keseluruhan analisis 58

  • xii

    SENARAI SIMBOL

    - Alfa

    f - Frekuensi / Kekerapan

    % - Peratus

  • xiii

    SENARAI SINGKATAN

    Singkatan Perkataan

    Bil Bilangan

    KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Rendah

    SPSS Statistic Package For The School

    Science

    SS Sangat Setuju

    S Setuju

    STS Sangat Tidak Setuju

    TP Tidak Pasti

    TS Tidak Setuju

    KPKS Kursus Pengurusan dan Kepimpinan

    Sekolah

    KPS Kursus Pengurusan Sekolah

    IAB Institut Aminuddin Baki

  • xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Borang Soal Selidik 73

    B Surat Kebenaran daripada Bahagian dan Penyelidikan

    Dasar Pendidikan KPM 77

    C Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

    Negeri Johor 78

    D Nilai Alpha Kajian Rintis 79

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan

    Perkembangan staf merupakan aspek yang sentiasa diberi perhatian terutama

    sekali oleh Jemaah Nazir Sekolah apabila mereka membuat pemeriksaan di sekolah. Ia

    merupakan aktiviti penting bagi meningkatkan mutu pendidikan. Usaha meningkatkan

    pengetahuan dan menyampaikan maklumat baru bukan sahaja diperlukan oleh guru yang

    baru mula bertugas malah penting juga kepada guru-guru yang telah lama mengajar. Ini

    disebabkan banyak perkembangan terkini dalam dunia pendidikan seperti penggunaan

    komputer dan bahan bantu mengajar elektronik, kurikulum baru mata pelajaran sains

    dan matematik, perubahan dalam peperiksaan dan lain-lain lagi yang memerlukan

    kefahaman untuk dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran mereka.

  • 2

    Keperluan guru mendapat maklumat terkini dianggap penting kerana mereka

    adalah merupakan sumber utama dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan dasar-

    dasar serta peraturan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan

    staf juga mestilah dijadikan sebagai budaya sekolah serta perlu dilaksanakan secara

    berkala sepanjang tahun. Menurut Joyce dan Calhoun (1999), Staff development

    programs must be carefully designed as educational programs for students and the

    implication of not doing so is serious.

    Aktiviti-aktiviti perkembangan staf ini boleh disampaikan oleh Guru Besar

    sebagai pentadbir sekolah, guru-guru penolong kanan, guru-guru cemerlang atau pihak

    luar yang dijemput datang ke sekolah. Dengan ini, guru-guru sentiasa merasa yakin

    dalam melaksanakan tugas mereka kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan

    memahami peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Tidak dapat

    dinafikan, kemahiran tidak datang dengan sendirinya. Ia diperolehi oleh seseorang

    melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman. Terdahulu dari itu, mereka yang belum

    menjadi Guru Besar atau pentadbir sekolah perlu dilatih dan diberikan pendedahan yang

    mendalam dalam bidang kepengetuaan. Manakala mereka yang sudah pun berada di

    kerusi pentadbiran perlu meningkatkan ilmu kepengetuaan secara berterusan. Mereka

    perlu mengamalkan konsep life-long learning.

    Tabiat membaca harus dipupuk supaya ilmu pengetahuan dan teori-teori baru

    yang berkaitan dengan bidang tugas itu diperkayakan lagi. Kepimpinan yang baik bukan

    sahaja perlu pada diri pentadbir sekolah, tetapi mestilah merentasi semua peringkat di

    sekolah. latihan dan perkembangan staf perlu sentiasa diadakan dalam bentuk reflectitive

    conversation, networking, role model dan mentor yang bertujuan untuk membina

    budaya dan etos kepimpinan. Pengetua juga seharusnya memberi cabaran dan peluang

    kepada guru-guru bagi membina daya kepimpinan mereka sendiri dengan memberikan

    empowerment, menyediakan ruang mengambil risiko, mencuba perkara-perkara baru

  • 3

    dan melatih mereka membuat keputusan. Guru-guru akan merasa diri mereka dihargai

    dan dipercayai oleh pihak pengurusan jika mereka diberi peluang mengetuai sesuatu

    program atau projek. Keadaan ini merupakan juga satu latihan dalam usaha

    menyediakan kepimpinan akan datang kepada guru-guru berkemungkinan dinaikkan

    pangkat dan memegang jawatan penting di sekolah tersebut atau di sekolah lain.

    Dalam konteks ini Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institusi yang

    diamanahkan untuk memainkan peranan penting dalam melatih bakal pentadbir secara

    berterusan. Pakej-pakej latihan yang disediakan tidaklah bersandarkan teori semata-

    mata. Kemahiran-kemahiran dan amalan-amalan kepengetuaan yang didapati berkesan

    dilaksanakan di sesebuah sekolah serta pengalaman-pengalaman yang ada di kalangan

    pengetua cemerlang boleh dijadikan sebagai model latihan. Latihan-latihan yang

    diberikan kepada pengetua atau guru besar perlu berdasarkan kepada situasi sebenar

    yang ada di pelbagai sekolah di negara ini.

    Selaku pentadbir di sekolah, cabarannya menjadi lebih hebat berikutan

    perkembangan , perluasan dan reformasi yang berlaku dalam bidang pendidikan. Selain

    itu , perubahan sosio-budaya dan persekitaran menuntut kepimpinan atau pentadbir yang

    lebih bersifat change friendly dan berkualiti. Ciri-ciri ini adalah mustahak untuk

    menggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai visi dan matlamat yang telah

    digariskan.

    Begitu juga langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

    ialah memastikan guru-guru diberi latihan dalam bidang IT supaya mereka dapat

    melaksanakan konsep Sekolah Bestari dengan berkesan. Kementerian Pelajaran telah

    mengagihkan sebanyak RM5 juta daripada jumlah keseluruhan peruntukan latihan dalam

    perkhidmatan bagi tahun 1997 untuk melatih seramai 1780 orang jurulatih IT (master

    trainers) dan mengendalikan kursus IT kepada 30,000 guru terlatih sekolah rendah dan

  • 4

    menengah, khususnya bagi guru Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa

    Inggeris. Kementerian Pelajaran juga telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk

    membina Makmal Komputer Multimedia di semua 31 buah Maktab Perguruan bagi

    meningkatkan keupayaan mereka mengendalikan Kursus Teknologi Maklumat kepada

    guru-guru dan bakal guru.

    Hasrat negara akan dapat dicapai dengan adanya komitmen daripada pihak

    Kementerian Pelajaran. Mesejnya ini jelas kerana latihan dalam perkhidmatan dan

    pendidikan berterusan adalah penting terutamanya bagi golongan pendidik. Malah pihak

    jemaah nazir juga adalah berperanan memastikan sekolah mempunyai perancangan

    dalam perkembangan staf untuk meningkatkan profesionalisme dan menyampaikan

    maklumat terkini kepada guru-guru. Semasa membuat pemeriksaan di sekolah, nazir

    akan memberi input kepada guru melalui kumpulan-kumpulan kecil. Dalam sesi ini

    mereka bebas mengeluarkan pendapat dan cadangan serta bertukar-tukar fikiran untuk

    meningkatkan kualiti pengajaran. Galakan akan diberikan supaya aktiviti perkembangan

    staf itu diadakan secara berkala sepanjang tahun. Penyumbang perkembangan staf ini

    mungkin terdiri daripada guru-guru senior atau mereka yang baru menghadiri kursus

    atau pihak-pihak luar yang mempunyai kemahiran tertentu.

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan 2006 2010 seramai 190,336 orang guru terlatih mengajar di sekolah

    rendah dan 136,598 orang guru terlatih mengajar di sekolah menengah pada tahun 2005.

    Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) adalah untuk

    memantapkan kualiti guru,memastikan setiap orang guru mendapat latihan dalam

  • 5

    program latihan dan pembangunan profesionalisme guru sekurang-kurangnya 7 hari

    setahun 100 peratus menjelang tahun 2010. Ini menunjukkan setiap orang guru mesti

    menghadiri program latihan dan pembangunan profesionalisme dalam meningkatkan

    kemahiran pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Pembangunan profesionalisme di Malaysia sebenarnya merujuk kepada

    pembangunan profesionalisme di peringkat Kementerian Pelajaran. Sebuah unit latihan

    dan pembangunan staf telah ditubuhkan sebagai satu unit di Bahagian Pendidikan Guru,

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1979 kursus Dalam Cuti yang ada sebelum

    ini telah diperluaskan lagi dengan pertambahan tanggungjawab bagi unit ini

    dilaksanakan selaras dengan keperluan dan perluasan bidang pendidikan di negara ini,

    kerana latihan dalam perkhidmatan merupakan aspek penting dalam bidang keguruan.

    Pendidikan guru dalam perkhidmatan mempunyai objektif dan matlamat untuk

    meninggikan ilmu pengetahuan dan kebolehan atau kemahiran guru-guru terlatih dalam

    bidang akademik dan iktisas. Jadi strategi dan program latihan dan pembangunan

    profesionalisme yang berterusan adalah penting sekali dalam proses pembangunan

    kerjaya staf, pembangunan sumber tenaga manusia pendidikan dan modal insan. Oleh

    itu, unit ini dipertanggungjawabkan untuk merencana, mengimplementasi, menyelaras

    dan mengawal semua latihan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

    Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil. 3/2001 telah

    memutuskan supaya Bahagian Pendidikan Guru menyediakan pelan pembangunan staf

    ke arah pembangunan profesionalisme secara berterusan bagi peningkatan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran guru. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan

    matlamat 100 peratus guru siswazah di semua sekolah menengah pada tahun 2005 dan

    50 peratus guru siswazah di semua sekolah rendah pada tahun 2010. Oleh itu, objektif

    latihan dalam perkhidmatan yang disediakan adalah untuk :

  • 6

    a. Memberikan pendedahan kepada guru tentang segala perubahan dan

    perkembangan baru dalam bidang pendidikan.

    b. Memberikan pengetahuan dan kemahiran baru dalam pelbagai aspek pengajaran

    dan pembelajaran.

    c. Memberikan penyegaran dan semangat baru sebagai refresher course kepada

    guru-guru

    d. Mengekalkan dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap

    pendidikan.

    e. Meningkatkan sikap positif, kreatif dan inovatif.

    f. Menyediakan kakitangan sumber/jurulatih yang boleh menimbulkan kesan

    gandaan.

    g. Menambahkan bilangan guru siswazah dan bukan siswazah mengikuti kursus

    peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan.

    h. Memenuhi keperluan perjawatan baru.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan latarbelakang di atas, peranan Jabatan Pelajaran telah

    melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif untuk menyediakan lebih banyak

    peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti , latihan dan pembelajaran sepanjang

    hayat, membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi, untuk

    mengenalpasti masalah dan mereka bentuk program latihan, objektif program, isi

    kandungan program, keupayaan tenaga pengajar, bahan bantu yang digunakan oleh

    jurulatih, komitmen dan hasilnya, perubahan sikap, peningkatan pengetahuan dan

    kemahiran untuk membuat penilaian pengajaran.

  • 7

    Menurut Abdul Rahim (2007), penilaian adalah berfungsi sebagai pembuat

    keputusan dalam menentukan keberkesanan sesuatu aktiviti pendidikan yang telah

    dirancang dan dilaksanakan. Scriven (1974) pula mengatakan bahawa penilaian adalah

    aktiviti mengumpul dan menyatukan data tingkah laku serta mengaitkannya dengan

    tujuan yang telah ditetapkan untuk dibuat perbandingan. Dalam konteks di Malaysia,

    istilah penilaian digantikan dengan pengesanan, iaitu mengesan perkara-perkara yang

    boleh dibaiki dan ditingkatkan aspek kualitinya.

    Aspek penilaian sentiasa menjadi fokus perbincangan dan penyelidikan dalam

    bidang pembangunan profesionalisme keguruan. Ada sebab-sebab ianya penting dan

    perlu penerokaan lanjut.

    i. Pihak-pihak yang berminat dan berkepentingan sering menuntut pembuktian

    keberkesanan program (Guskey & Sparks, 1991)

    ii. Tanpa sistem membaiki program pembangunan profesionalisme secara

    berterusan, pembaziran wang akan berlaku kepada program yang tidak

    berkesan. (Sparks & Hirsh, 2000)

    iii. Manfaat sebenar pembangunan profesionalisme keguruan ialah peranan yang

    dimainkan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. (Guskey,

    1997, Joyce & Shower, 1985)

    Ini bermakna, perhatian perlu diberikan pada hasil program latihan ke atas

    prestasi pengajaran guru, keberkesanan organisasi sekolah dan kejayaan semua pelajar.

    Oleh itu, setiap usaha pembangunan profesionalisme harus dikembarkan dengan

    pencapaian penilaian (Cook & Fine, 1987)

  • 8

    Di dalam sistem pendidikan negara, guru merupakan egen pelaksana terpenting

    dalam menjayakan program kualiti pendidikan, dan bagi mencapai matlamat di atas

    maka pelaksanaan latihan dalaman perlu dilakukan mengikut kaedah-kaedah tertentu

    bagi membantu sekolah bergerak ke arah pencapaian kualiti yang sepatutnya dicapai.

    Senario di sekolah ialah sekolah menghadapi cabaran baru kepada penguasaan

    kemahiran-kemahiran guru. Kemahiran-kemahiran ini ialah seperti penggunaan

    teknologi maklumat dan komputer yang meluas, begitu juga perubahan-perubahan

    dalam perancangan kurikulum. Dalam menangani masalah inilah maka ia memerlukan

    guru-guru yang sentiasa mengetahui, mengamalkan dan menghayatinya. Oleh itu,

    latihan dalaman merupakan jawapan kepada cabaran-cabaran tersebut. Begitu juga bagi

    meningkatkan kemahiran guru-guru baru malah kepada guru-guru yang telah lama

    bertugas pula bagi mendapatkan info baru, maka sesi latihan dalaman hendaklah

    diadakan sepanjang tahun.

    Jika aktiviti pembangunan profesionalisme dianggap dapat mengubah prestasi

    guru dan murid, maka perlulah difikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan kesan

    atau implikasi program latihan atau program pembangunan profesionalisme berkenaan

    yang disusun atur oleh pihak pentadbir memberi manfaat kepada dunia pendidikan

    amnya dan kepada pihak sekolah khususnya . Berdasarkan masalah dan isu yang

    disebutkan di atas, maka penyelidik ingin meneliti kesan atau implikasi latihan dalaman

    kepada guru-guru di sekolah kebangsaan.

  • 9

    1.3 Objektif Kajian

    Berdasarkan konteks di atas, kajian ini mempunyai objektif :

    1. Mengenalpasti tahap keperluan latihan dalaman kepada guru-guru di sekolah

    2. Mengenalpasti kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar

    guru.

    3. Mengenalpasti perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan tahap

    keperluan latihan dalaman.

    1.4 Persoalan Kajian

    Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan yang didapati ialah:

    1. Apakah tahap keperluan latihan dalaman kepada guru-guru di sekolah.

    2. Adakah kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru.

    3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru

    dengan keperluan latihan dalaman kepada guru-guru.