KANDUNGAN 35

40

Transcript of KANDUNGAN 35

1LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Pengenalan

Sejarah

Lir ik

Maksud

Pencipta L ir ik

Skor Lagu

Versi

Kepentingan Lagu Negaraku

Tanda Hormat

Etika Menyanyikan Lagu Negaraku

Denda

Kesimpulan

2

3

9

10

12

14

18

24

27

28

35

KA

ND

UN

GA

NSIDANG REDAKSIPENASIHATYBhg. Dato’ Mohd Sukar i Ab. Hamid Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malays ia

KETUA PENGARANG Wan Azizah Wan Omar

EDITOR DAN PENYELARAS Norhazl inawat i MatNuru l Husna Hamzah

SUMBERArk ib Negara Malays iaAk ta Lagu Kebangsaan 1968 - Ak ta 808 (D isemak 2018)

Bahagian Ist iadat dan Uruset ia Pers idangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menter i

FOTOGRAFIPusat Sumber dan Fotograf iBahagian Komunikas i V isua l dan Seni Reka Jabatan Penerangan Malays ia

Uni t Komunikas i Strateg ikKementer ian Per tahanan Malays ia

PENGEDARANUnit Stor Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Jabatan Penerangan Malays ia

Cetakan Per tama 2021 Hak c ipta terpe l ihara. T idak d ibenarkan mengeluar u lang mana-mana bahagian teks, i lustras i dan is i kandungan buku in i da lam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara e lek tron ik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara la in kecua l i dengan iz in ber tu l is dar ipada Jabatan Penerangan Malays ia.

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara ,Jabatan Penerangan Malaysia ,Aras 13, Kompleks Kementer ian Komunikas i dan Mul t imedia Malays ia,Lot 4G9, Pers iaran Perdana, Pres int 4,Pusat Pentadbiran Kera jaan Persekutuan,62100 Putra jaya, Malays ia.

Te lefon: 603-8911 3440 Faks imi le: 603-8911 4957

36

Perpustakaan Negara Malays ia Data Pengkata logan-da lam-Penerb i tan

Wan Azizah Wan OmarL AGU NEGARAKU / KETUA PENGARANG Wan Azizah Wan Omar ; EDITOR DAN PENYEL ARAS Norhaz l inawat i Mat, Nuru l Husna Hamzah.ISBN 978-983-54-0613-31. Nat iona l songs--Malays ia.2. Patr iot ic music--Malays ia.3. Government publ icat ions--Malays ia.I . Norhaz l inawat i Mat. I I . Nuru l Husna Hamzah.I I I . Judul.782.42159909595

2 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Lagu kebangsaan merupakan lambang kebesaran sesebuah negara selain dar ipada bendera. Ia juga melambangkan identit i dan jati dir i sesebuah negara tersebut.

Sebagai contoh, apabi la sesebuah negara ber jaya dalam per tandingan ber taraf antarabangsa terutamanya kejohanan sukan, maka lagu kebangsaan peser ta negara yang menang akan dimainkan dan bendera negara berkenaan akan turut dinaikkan. Begitulah penghormatan yang tinggi diber ikan kepada lagu kebangsaan.

Malaysia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat sudah pasti mempunyai lagu kebangsaannya sendir i. Lagu Negaraku telah diangkat sebagai lagu kebangsaan Malaysia dan diperdengarkan buat julung kal inya selepas detik 12 malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Bermula dar i detik i tulah, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Lagu Negaraku mempunyai sejarah yang menarik sebelum diangkat menjadi lagu kebangsaan Malaysia.

PENGENALAN

2 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

3LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Pada tahun 1956, negara k ita sudah diambang kemerdekaan. Ketika i tu, semua neger i di Tanah Melayu telah mempunyai lagu kebesarannya sendir i. Sebagai sebuah negara yang merdeka, k ita per lu mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendir i.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Ketua Menter i merangkap Menter i Dalam Negeri ketika i tu, te lah membuat keputusan bahawa sebuah lagu kebangsaan per lu dicipta sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Per tandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan bukan sahaja terhad kepada penduduk tempatan tetapi te lah dibuka penyer taannya ke seluruh dunia. Sebanyak 514 buah lagu telah diter ima dar i seluruh dunia.

514Penyertaan lagu dari seluruh dunia

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU NEGARAKU

4 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemil ihan yang terdir i dar ipada :

Pengerusi :

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Ahli-ahli :

1. Haj i Mustafa Albakr i, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mewaki l i Raja-raja2. Tun Abdul Razak Hussein, Menter i Pelajaran3. Tan Sr i Ya’akob Lati f f, Pengarah Penerangan4. D.S.P. Crof t, Pengarah Muzik, Band Pol is Persekutuan5. Kapt. Lenthal l, Pengarah Muzik, Askar Melayu6. A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio

Setiap lagu yang diter ima telah dite l i t i dengan sebaiknya. Namun demikian, jawatankuasa ini berpendapat bahawa tiada lagu yang sesuai untuk dipi l ih dan di jadikan lagu kebangsaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemil ihan Lagu Kebangsaan

(Ark ib Negara Malays ia: No. Pener imaan 1957/0000740E)

5LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Jawatankuasa pemil ihan kemudiannya mencadangkan supaya mempelawa beberapa orang penggubah lagu yang terkenal dan ber taraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan.

Mereka yang di jemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdir i dar ipada:

Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu kebangsaan untuk dite l i t i oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk khas untuk membuat per timbangan. Jawatankuasa yang dipengerusikan sendir i oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah bermutu tinggi namun masih tidak sesuai untuk di jadikan lagu kebangsaan.

Benjamin Br it ten Sir Wil l iam Walton

Gian Car lo Menetti Zubir Said

PELAWAAN KEPADA PENGGUBAH LAGU TERKENAL

6 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Akhirnya jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu kebesaran neger i yang sedia ada bagi mengenal pasti lagu-lagu kebesaran neger i ini yang sesuai di jadikan lagu kebangsaan.

Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran neger i Perak telah dipi l ih menjadi lagu kebangsaan. Upacara pemil ihan lagu kebangsaan ini te lah ber langsung di Dewan Pol is Depoh, Kuala Lumpur dan sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Pol is Diraja. Pemil ihan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pemil ihan Lagu Kebangsaan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Lagu kebesaran neger i Perak “Al lah Lanjutkan Usia Sultan” terpi l ih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan pemil ihan jawatankuasa pemil ih ini kemudiannya dikemukakan kepada Majl is Raja-Raja Melayu dan telah dipersetujui.

MENDENGAR KESEMUA LAGU KEBESARAN NEGERI

7LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

I lham asal lagu “Al lah Lanjutkan Usia Sultan” adalah dar ipada sebuah lagu Perancis yang ber judul Rosal ie ciptaan Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini te lah dibawa ke tanah air oleh kerabat diraja Perak.

Menurut keterangan ahl i kerabat diraja Perak, Raja Aminah Almarhum Sultan Abdul lah, bel iau per tama kal i mendengar lagu (melodi) tersebut semasa berada di Mahe, Kepulauan Seychel les tempat ayahandanya Sultan Abdul lah tinggal dalam buangan kerana menjalani hukuman. Saudara le laki Raja Aminah, Raja Chulan turut berkunjung beberapa kal i ke Seychel les untuk menemui Sultan Abdul lah dan pernah mendengar lagu itu. Lagu Rosal ie ser ing dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis pada setiap har i Selasa berdekatan dengan rumah mereka yang tidak jauh dar i pantai untuk memberi hiburan kepada orang ramai. (Malaya in History – July 1960)

Rosal ie c iptaan Pier re Jean de Beranger

(1780-1857)

A lmarhum Sultan Abdul lah

LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK

8 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Apabila te lah memil ih lagu kebangsaan, tajuk dan seni kata lagu kebangsaan per lu diubah dan ditambah baik. Kerajaan telah menawarkan RM1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan. Tawaran ini te lah dimenangi oleh Encik Saiful Bahr i bin Elyas.

TAWARAN KEPADA PENCIPTA LIRIK

9LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Lir ik lagu Negaraku seper ti dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 hanya menggunakan satu bahasa sahaja ia itu bahasa Melayu dan ia mesti dinyanyikan di dalam bahasa Melayu.

Jadi, penggunaan bahasa la in di ibaratkan tidak menghormati is i kandungan akta tersebut.

Negaraku

Tanah Tumpahnya Darahku,

Rakyat Hidup,

Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia

Tuhan Kurniakan,

Raja Kita,

Selamat Ber takhta,

Rahmat Bahagia,

Tuhan Kurniakan,

Raja Kita,

Selamat Ber takhta.

9LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

10 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Menyeru rakyat dar ipada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya, hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.

Memohon rahmat dan kebahagiaan dar ipada Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia.

Berdoa kepada tuhan untuk keselamatan negara.

1

2

3

MAKSUD LAGU NEGARAKU

11LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Menuntut k ita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi memper tahankan negara.

Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.

4

5

12 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Saiful Bahri bin Elyas adalah pencipta l i r ik lagu Negaraku. Bel iau telah memenangi RM1,000 yang kerajaan tawarkan ketika i tu untuk mencipta seni kata dengan menggunakan irama lagu kebesaran neger i Perak. Saiful Bahr i te lah menggubah lagu kebangsaan dalam tiga versi ia i tu versi penuh, versi r ingkas dan versi pendek.

PENCIPTA LIRIK LAGU KEBANGSAAN

13LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Saiful Bahr i di lahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada 19 September 1924 dan ber tugas di Fi lem Negara Malaysia. Bel iau meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 26 Disember 1976 ketika usianya 52 tahun. Al lahyarham meninggalkan ister i Puan Noraini Ahmad ser ta l ima orang anak dan jenazahnya dituntut ister i per tamanya untuk dikebumikan di Jakar ta, Indonesia.

Selain dar ipada Lagu Negaraku, Saiful Bahr i juga merupakan penggubah lagu-lagu yang membangkitkan j iwa anak watan seper ti lagu Malaysia Ber jaya, Bar isan Kita, Samudra Raya, Gagah Perkasa dan Muhibbah.

14 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 14 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

SKOR LAGUVERSI PENUH / VERSI DIRAJA

15LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 15 15LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

16 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 16 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

VERSI RINGKAS

17LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 17LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

VERSI PENDEK

18 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Versi Penuh

Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan pada per istiwa yang ber ikut:

• Apabi la suatu penghormatan diber ikan kepada Yang di-Per tuan Agong atau Timbalan Yang di-Per tuan Agong semasa menjalankan fungsi Yang di-Per tuan Agong atau seseorang Raja yang di lantik bagi menjalankan fungsi mengikut Akta Yang di-Per tuan Agong (Per jalanan Fungsi) 1957 [Akta 373], atau apabi la panj i-panj i Diraja dik ibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang di-Per tuan Agong;

• Semasa perbar isan rasmi atau maj l is istiadat rasmi yang lain;

• Pada semua per istiwa apabi la Yang di-Per tuan Agong hadir sendir i (termasuk penyiaran oleh Yang di-Per tuan Agong);

18

VERSI

1

19LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan boleh dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi lagu kebangsaan.

Versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan pada mana-mana per istiwa la in sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Per tuan Agong melalui per intah.

• Apabi la bendera Malaysia berada dalam perbar isan;

• Apabi la panj i-panj i re j imen dianugerahkan;

• Bagi menaikkan panj i-panj i dalam Tentera Laut.

2

3

20 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Versi Ringkas

Versi r ingkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan pada semua per istiwa rasmi untuk:

a) DYMM Ser i Paduka Baginda Raja Permaisur i Agong; dan

b) Yang di-Per tua Neger i Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Versi r ingkas hendaklah dimainkan pada mana-mana per istiwa la in sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Per tuan Agong melalui per intah.

1

2

21LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Versi Pendek

Versi pendek dimainkan pada mana-mana per istiwa rasmi apabi la Ser i Paduka Baginda Yang di-Per tuan Agong atau waki lnya tidak hadir tetapi seorang dar ipada raja-raja bagi neger i-neger i hadir, hendaklah dimainkan pada masa tamatnya per istiwa itu selepas lagu kebangsaan neger i yang berkenaan dimainkan.

22 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

• Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diber ikan, versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

• Pada semua per istiwa rasmi yang diatur oleh perwaki lan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwaki lan asing itu atau per istiwa kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan selepas lagu kebangsaan negara perwaki lan asing itu dimainkan.

LAGU NEGARAKU PADA PERISTIWA KHAS

23LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Pada semua peristiwa apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, versi penuh atau versi Diraja hendaklah dimainkan.

Imbas Kod QR untuk Video Rasmi Lagu Negaraku

24 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Lagu Negaraku merupakan simbol semangat patr iotik dan rasa kecintaan kepada negara. Generasi muda harus faham bahawa lagu kebangsaan ini adalah sebahagian dar ipada jati dir i k ita sebagai rakyat Malaysia.

Menyatukan rakyat Malaysia yang berbi lang kaum.

Menyer lahkan semangat patr iotik.

Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja.

1

2

3

KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU

25LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

4

5

6

Memupuk perpaduan dan keharmonian.

Meningkatkan usaha untuk memajukan dir i

sendir i.

Lambang kemegahan dan kebanggaan rakyat

Malaysia.

26 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Lambang rasmi dan identit i Malaysia.

Lambang kedaulatan negara.

7

8

26 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

27LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Tanda hormat memainkan lagu Negaraku adalah termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968. Bi lamana versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bi lamana versi r ingkas atau versi pendek dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdir i sedia sebagai tanda hormat.

Seksyen 8 (1) Ak ta Lagu Kebangsaan 1968

Namun peraturan ini t idak terpakai apabi la lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau f i lem ber ita sebagai sebahagian dar ipada penyiaran atau f i lem ber ita i tu.

TANDA HORMAT

27LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

28 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

Berdir i dengan tegak.

Kedua-dua belah tangan di letakkan ke s is i dan di luruskan ke bawah.

Kedua-dua belah kak i d i rapatkan.

Menyanyikan lagu Negaraku secara serentak.

Menyebut seni kata lagu dengan betul dan je las.

Bersemangat menghayati seni kata lagu.

2

3

1 4

5

6

ETIKA

29LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Kepala berada dalam keadaan tegak.

Mata memandang ke arah bendera.

Kedua-dua tangan di letakkan di atas paha dan kaki dirapatkan.

1

2

3

ORANG KURANG UPAYA (OKU) YANG BERKERUSI RODA

30 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Semua warganegara Malaysia hendaklah berdir i tegak dengan kedua belah tangan di luruskan ke bawah.

31LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Semua warganegara Malaysia hendaklah berdir i tegak dengan kedua belah tangan di luruskan ke bawah.

32 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Jika anda seorang anggota biasa pasukan pol is atau tentera, anda hendaklah berdir i tegak dengan kedua belah tangan di luruskan ke bawah.

Jika anda seorang pegawai pol is atau tentera dalam pakaian seragam, anda mesti lah berdir i tegak dengan tangan kanannya member i tabik.

33LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Jika anda memakai topi, maka topi tersebut mesti lah dibuka dan di letakkan di dada sebelah k ir i (kecual i anggota beruni form)

Jika anda seorang awam yang memakai songkok maka hendaklah berdir i tegak dengan kedua belah tangan di luruskan ke bawah.

34 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Jika anda seorang awam yang bersama beg tangan, maka beg tangan tersebut mesti lah dipegang sebelah kanan dan mesti berdir i tegak dengan tangan di luruskan ke bawah.

Pelajar hendaklah berdir i tegak dan meletakkan beg sekolah yang dibawa di s is i kaki semasa menyanyikan Lagu Negaraku di perhimpunan sekolah.

35LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.

Mana-mana orang yang dengan disedar inya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap lagu kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh, apabi la disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus r inggit (RM100) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.

Pegawai pol is juga diber i kuasa untuk menangkap tanpa waran orang yang tidak menghormati lagu kebangsaan.

1 Mac 1968Dewan Rakyat te lah meluluskan rang undang-undang yang mewaj ibkan orang ramai bangun berdir i member i hormat apabi la lagu kebangsaan dimainkan terutama di tempat awam. Rang Undang-undang in i juga melarang orang ramai menter tawakan lagu kebangsaan dan juga t idak menghormati lagu tersebut.

TAHUKAH ANDA?

DENDA

36 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

Rakyat Malaysia per lu sedar tentang kepentingan menghormati lagu Negaraku supaya generasi muda dapat menghargai setiap maksud l i r ik dan bukan sekadar menghafalnya sahaja. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, k ita haruslah menghargai dan memelihara lagu kebangsaan ini agar terus megah berkumandang di seluruh dunia.

36 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU

KESIMPULAN