Karangan catatan hari Kantin

2

Click here to load reader

description

Karangan Jenks catatan

Transcript of Karangan catatan hari Kantin

Page 1: Karangan catatan hari   Kantin

HARI KANTIN - Catatan

Baru-baru ini sekolah saya telah menganjurkan Hari Kantin peringkat

sekolah.Berikut merupakan catatan Hari Kantin sekolah saya.

Isnin,2 Ogos 2012

7.30 pagi

Semua murid tahap dua berhimpun di dewan sekolah. Cikgu Guna

memberikan taklimat tentang Hari Kantin. Kami mendirikan gerai masing-

masing di padang sekolah. Gerai kami menjual pelbagai jenis makanan

seperti mihun sup, ayam goreng,air oren,kek dan kuih muih.

8.00 pagi

Guru-guru dan murid-murid sekolah datang membeli makanan di gerai

kami. Kami tiada masa untuk berehat kerana sibuk melayan pelanggan-

pelanggan yang datang pada hari itu. Makanan yang kami jual habis

semuanya dan kami berasa gembira.

12.30 tengah hari

Cikgu Sami mengarahkan kami berkerjasama untuk mengumpulkan dan

membersihkan bekas dan pinggan mangkuk di gerai.

1.00 tengah hari

Kami mula bergotong-royong membersihkan gerai. Sebelum pulang ke

rumah,kami mengambil gambar beramai-ramai di hadapan sekolah

sebagai tanda kenangan.

2.30 petang

Murid-murid dan guru-guru pulang ke rumah masing-masing.Semua

kelihatan letih.