karangan contoh.docx

3
Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis kerana terjatuh daripada buaian. Aku pun.... Aku pun terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul terjatuh buaian akibat daripada tali buaian yang terputus. Aku segera mengelap darah yang mengalir pada lutut Nurul. Mujurlah di dalam begku ada sedikit ubat luka. Aku segera meletakkan ubat pada lutut Nurul. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan menghantarnya pulang. Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah. Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum dia beredar ke rumahnya. Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Kata ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri". Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut. ----------------------------------------------------------------------- ---------------- No. 07, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang. 27 Jun 2014

description

karang

Transcript of karangan contoh.docx

Page 1: karangan contoh.docx

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis kerana terjatuh daripada buaian. Aku pun....

Aku pun terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul terjatuh buaian akibat daripada tali buaian yang terputus.

Aku segera mengelap darah yang mengalir pada lutut Nurul. Mujurlah di dalam begku ada sedikit ubat luka. Aku segera meletakkan ubat pada lutut Nurul. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan menghantarnya pulang.

Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah.

Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum dia beredar ke rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Kata ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan

kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                No. 07, TJ 1/8, 

                                                                                                                Taman Temerloh Jaya, 

                                                                                                                28000 Temerloh, 

                                                                                                                Pahang. 

                                                                                                                27 Jun 2014 

Menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan saudari sihat seisi

keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan

pengalaman saya semasa lawatan ke Melaka. 

Pada 20 Jun 2012, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai oleh 40

orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas yang

disewa khas. 

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat sendiri kesan-kesan

sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut. 

Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 7.30

pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul 8.00 pagi dan

Page 2: karangan contoh.docx

tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari. 

Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh

gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama

yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat melihat pelbagai

jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami

berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu. 

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo

tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain

lagi. Saya berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai

ayam yang dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di situ. 

Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk

makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat kesan-

kesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak

melepaskan peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat

di situ. 

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang

Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga dapat

menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana dapat melihat

hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut. 

Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini.

Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk

sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah

malam. Saya amat gembira kerana turut meyertai lawatan tersebut. 

Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya di

sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja untuk kali ini.

Di harap saudari sudi membalas surat saya. 

                                                                                                                      Sahabatmu 

                                                                                                                       Amirull