Karangan Gaya Hidup Sihat

2
Tajuk: Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat Dasawarsa ini, isu gaya hidup sihat telah semakin dipinggirkan serta dipandang enteng dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana kebanyakan Ibu bapa mengamalkan sikap materialistik telah mengabaikan keoentingannya di samping menunjukkan contoh gaya hidup yang tidak sihat kepada remaja. Sebenarnya, amalan gaya hidup sihat wajarlah disemai dalam sanubari remaja kerana merekalah yang akan menerajui pucuk kepimpinan Negara pada masa hadapan. Lantaran, marilah kita bincangkan keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat? Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat yang perdana adalah mencerdaskan minda remaja. Gaya hidup sihat dapat mempertingkatkan pengaliran darah dan oksigen ke dalam otak. Dengani ini, pemikiran yang kreatif dan kritis dapat dijanakan sekali gus remaja dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa waktu pelajaran di sekolah.bak kata pujangga , badan sihat, otak cerdasw, dengan melakukan aktiviti yang positif seperti bersenam, beriadah, dan berkreasi nescaya kita bakal menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Seterusnya, kepentingan gaya hidup sihat adalah mingisi masa lapang remaja dengan berfaedah. Sikap semula jadi remaja, yakni keinginan mencuba sesuatu yang baharu selalunya mengakibatkan remja terpengaruh dengan rakan sebaya yang bejat akhlaknya seandainya mempunyai masa senggang. Namun begitu, dengan gaya hidup sihat sudah pasti tunas remaja dapat menghindarkan diri daripada kancah sosial and segala anasir negatif. Selain itu, amalan pengurusan masa juga dapat diserap dalam remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana mereka akan menggunakan masa terluang untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat kerana masa itu emas. Tuntasnya, para remaja haruslah mengamalkan amalan yang mulia agar identity diri, keluarga, dan sekolah terjaga. Selanjutnya, gaya hidup sihat juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha mengelakkkan penyakit kronik. Bak kata peribahasa, mencegah lebih baik daripada merawat, dengan ini

description

Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat

Transcript of Karangan Gaya Hidup Sihat

Tajuk: Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihatDasawarsa ini, isu gaya hidup sihat telah semakin dipinggirkan serta dipandang enteng dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana kebanyakan Ibu bapa mengamalkan sikap materialistik telah mengabaikan keoentingannya di samping menunjukkan contoh gaya hidup yang tidak sihat kepada remaja. Sebenarnya, amalan gaya hidup sihat wajarlah disemai dalam sanubari remaja kerana merekalah yang akan menerajui pucuk kepimpinan Negara pada masa hadapan. Lantaran, marilah kita bincangkan keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat?Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat yang perdana adalah mencerdaskan minda remaja. Gaya hidup sihat dapat mempertingkatkan pengaliran darah dan oksigen ke dalam otak. Dengani ini, pemikiran yang kreatif dan kritis dapat dijanakan sekali gus remaja dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa waktu pelajaran di sekolah.bak kata pujangga , badan sihat, otak cerdasw, dengan melakukan aktiviti yang positif seperti bersenam, beriadah, dan berkreasi nescaya kita bakal menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Seterusnya, kepentingan gaya hidup sihat adalah mingisi masa lapang remaja dengan berfaedah. Sikap semula jadi remaja, yakni keinginan mencuba sesuatu yang baharu selalunya mengakibatkan remja terpengaruh dengan rakan sebaya yang bejat akhlaknya seandainya mempunyai masa senggang. Namun begitu, dengan gaya hidup sihat sudah pasti tunas remaja dapat menghindarkan diri daripada kancah sosial and segala anasir negatif. Selain itu, amalan pengurusan masa juga dapat diserap dalam remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana mereka akan menggunakan masa terluang untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat kerana masa itu emas. Tuntasnya, para remaja haruslah mengamalkan amalan yang mulia agar identity diri, keluarga, dan sekolah terjaga.Selanjutnya, gaya hidup sihat juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha mengelakkkan penyakit kronik. Bak kata peribahasa, mencegah lebih baik daripada merawat, dengan ini jelaslah bahawa gaya hidup sihat dapt mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Corak pemakanan yang seimbang dapat melindungi kita daripada serangan jantung dan sebagainya. Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, jangka hayat kita dapat dipanjangkan sekali gus kita dapat menjalani kehidupan hari tua dengan lebih sejahtera.Tambahan pula, keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat adalah menyihatkan tubuh badan. Sebagai remaja, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar kita terhindar daripada musibah yang tidak diingini keran malang tidak berbau. Corak hidup negatif seperti merokok, menghisap dadah, pengambilan alcohol, dan sebagainya yang akan menjejaskan tahap kesihatan perlulah dijauhi agar organ senantiasa berfungsi dengan sempurna. Kesimpulannya, gaya hidup sihat perlu dipupuk dalam hati remaja supaya dapat kehidupan harian dengan lancar.