Karangan Jenis Cereka

5
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi. Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan. cereka Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu. 1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya. 2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca. 3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas. 4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan Karangan Keperihalan/Gambaran Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu. Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau. Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti. Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk Remaja Kini dan Cabaran telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut. Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama

description

KARANGAN BM

Transcript of Karangan Jenis Cereka

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasimemerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.cerekaSuatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.1.cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.2.cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.3.jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.4.jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikanKarangan Keperihalan/Gambaran

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk Remaja Kini dan Cabaran telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal menjelma nanti.

SoalanAnda dengan beberapa orang rakan sedang menuju ke sebuah pulau. Dalam perjalanan, hujan lebat turun dan rebut melanda. Dengan tiba-tiba perahu yang anda dan rakan-rakan anda naiki karam. Ceritakan pengalaman anda itu.Nota

Keperihalan merupakan karangan yang memerlukan murid memerihalkan atau menggambarkan sesuatu yang dilihat, didengan atau dialami sendiri.

Karangan ini ditulis berdasarkan pengalaman atau khayalan sendiri. Disebabkan itu daya imaginasi yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan karangan yang menarik dan gramatis.

Keperihalan yang lengkap perlu ada pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.

Lazimnya, bahagian pendahuluan digambarkan perkara awal sebelum perkara seterusnya terjadi. Perkara akhir akan dimuatkan pada bahagian penutup yang mana perasaan anda terhadap keseluruhan cerita.

Latihan :

Pada cuti persekolahan yang lalu, anda telah mengikut rakan anda pulang ke kampung datuk dan neneknya. Sepanjang bercuti di sana, anda telah melalui pelbagai pengalaman manis dan baru. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cutu persekolahan yang lalu, aku telah mengikut rakan rapatku, Khabir pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kuala Kangsar, Perak. Kami bertolak ke Kuala Kangsar menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan ke sana, hatiku sangat gembira kerana inilah kali pertama aku berpeluang untuk bercuti di kampung.

Kedatangan kami berdua disambut oleh datuk dan nenek Khabir, iaitu Tuk Mat dan Nek Mah dengan gembira. Pada sebelah malamnya, setelah bersolat Maghrib berjemaah, aku dan Khabir membantu Nek Mah menghidangkan makan malam di dapur. Lauk asam pedas keladi, ikan keli berlada, dan gulai ayam kampung yang dimasak oleh Nek Mah sangat menyelerakan. Pada keesokan paginya, Nek Mah merebus ubi kayu, menanak pulut, membuat sambal ikan bilis, dan menggoreng ikan perkasam.Aku menikmati sarapan dengan berselera.

Setelah bersarapan,kami mengikuti Tuk Mat pergi ke dusun duriannya. Kami pergi ke dusun Tuk Mat menaiki lori. Aku dan Khabir berasa sangat gembira ketika berada di dusun Tuk Mat. Kami berdua begitu asyik mengutip buah durian yang gugur. Banyak buah durian yang dapt kami kumpulkan. Tuk Mat menyuruh aku mengopek buah durian untuk dimakan. Pada mulanya, agak sukar untuk aku mengopek buah durian tersebut, Namun, setelah diberikan tunjuk ajar oleh Tuk Mat, akhirnya aku berjaya mengopek buah durian itu. Rasa buah durian tembaga di dusun Tuk Mat itu sungguh manis dan sedap. Selepas itu, kami membantu Tuk Mat menjual buah durian yang telah dikutip itu di gerainya di tepi jalan. Kami tersenyum riang apabila menerima upah daripada Tuk Mat.

Pada keesokan harinya, Tuk Mat telah mengajar kami cara membuat dan bermain wau. Permainan tradisional ini sungguh menyeronokkan, tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk membuatnya. Malah, aku juga dapat merasa kedinginan mandi air perigi di belakang rumah Tuk Mat. Airnya sangat sejuk dan menyegarkan badan. Pada sebelah petangnya, kami berdua mengikut Tuk Mat menjala ikan di Sungai Panjang yang terletak di hujung kampung. Banyak ikan sungai yang kami peroleh seperti lampam dan tilapia. Ikan sungai yang kami tangkap menjadi lauk pada malam itu.

Sebelum pulang, Tuk Mat dan Nek Mah membawa kami berkelah di Air Terjun Hutan Sehijau. Pemandangan di air terjun itu sangat cantik. Malahan, airnya sangat jernih dan udaranya juga sangat nyaman. Di sana, aku, Khabir dan Tuk Mat berpeluang memancing ikan dan bermandi-manda dengan sepuas hati.

Sesungguhnya, pengalaman bercuti bersama-sama Khabir, Tuk Mat dan Nek Mah merupakan pengalaman manis yang sangat berharga untuk diriku. Walaupun berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Tuk Mat dan Nek Mah, namun aku berjanji akan mengikut Khabir pulang ke kampungnya lagi pada cuti persekolahan yang akan datang.

Pada suatu hari minggu, ketika anda dan teman-teman tiba di sekolah untuk bermain bola sepak, tiba-tiba anda melihat suatu kejadian kecurian. Anda segera bertindak untuk menyelamatkan harta benda sekolah. Ceritakan pengalaman yang anda tempuhi itu.

Pada hari Ahad yang lalu, cuaca pada petang itu sungguh sejuk dan nyaman sekali. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk bermain bola sepak di padang sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahku. Aku kemudiannya menelefon kawan-kawanku untuk mendapatkan persetujuan mereka. Kawan-kawanku bersetuju dengan cadanganku dan berjanji akan ke padang sekolah pada jam 5.00 petang.

Aku dan rakan-rakanku tiba di hadapan pintu pagar sekolah tepat jam 5.00 petang. Kami dapati suasana agak sunyi sepi seperti dilanggar geroda.Kelibat pengawal keselamatan juga tidak kelihatan. Kebiasaannya pengawal keselamatan yang bertugas di pondok keselamatan akan menahan mereka yang masuk ke kawasan sekolah.

Sewaktu kami sedang menongkatkan basikal kami di garaj tempat meletak basikal, kami terdengar suatu bunyi yang pelik seperti orang sedang mengumpil sesuatu. Dengan berhati-hati aku dan rakan-rakanku pergi ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejut kami apabila terlihat dua lembaga sedang cuba mengumpil peti sumbangan derma yang berada di dalam surau sekolah kami.

Bukan itu sahaja, terdapat dua lembaga lagi sedang mengangkat peti televisyen dan alat pemain video yang turut berada di dalam surau itu. Aku dan rakan-rakanku mengambil keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan. Aku dan beberapa orang sahabatku akan memantau pergerakan lembaga-lembaga tersebut, manakala beberapa orang yang lain akan pergi mendapatkan bantuan secepat mungkin.

Tiba-tiba salah seorang daripada lembaga tersebut merenung tepat ke arah tempat kami sedang menyorok. Kami berasa ketakutan yang amat sangat memandangkan kemungkinan lembaga-lembaga tadi memiliki senjata yang berbahaya. Melihatkan lembaga-lembaga tersebut bergerak ke arah kami, kami pun terus berlari untuk menyelamatkan diri dari tertangkap. Malangnya sahabat kami Ali, telah terjatuh ketika cuba melarikan diri tadi. Kami tiada pilihan lain selain kembali mendapatkan Ali. Kami bimbang sekiranya kami tidak menyelamatkan Ali, kemungkinan besar dia akan dicederakan oleh lembaga-lembaga tadi.

Berbekalkan semangat dan ilmu persilatan yang kami pelajari di sekolah, kami berjaya menangkis serangan yang bertubi-tubi daripada lembaga-lembaga yang tidak dikenali itu. Semasa kami sedang sibuk mempertahankan diri masing-masing, sahabat kami yang lain telah berjaya mendapatkan bantuan daripada pihak polis yang kebetulan lalu di hadapan sekolah kami. Pihak polis segera melepaskan tembakan amaran yang menyebabkan kami dan juga lembaga-lembaga tersebut terkejut.

Kami segera meletakkan tangan di atas kepala masing-masing begitu juga dengan lembaga-lembaga itu tadi.Pihak polis kemudiannya menggari tangan lembaga-lembaga yang bertopeng itu dengan pantas. Kami kemudiannya telah diminta ke Balai Polis Merlimau untuk membantu siasatan. Tidak kami sangka bahawa kami telah menjadi hero pada hari yang bersejarah itu. Kami juga beryukur kerana tiada sesiapa antara kami yang mengalami kecederaan yang serius. Peristiwa ini pastinya akan sentiasa kami kenang sehingga akhir hayat kami.