Karangan Jenis Dialog

12
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.) ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara ) seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh : Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut. Format karangan ini nama watak ditulis selari di sebelah kiri selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari contoh : Nama A : Assalamualaikum, Makcik. Nama B : Waalaikummussalam Nama A : Apa khabar Makcik ? Nama B : Mulakan perbualan dengan salam sejahtera anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik , Tuan , ataupun Makcik pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog. boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

description

BM

Transcript of Karangan Jenis Dialog

Page 1: Karangan Jenis Dialog

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

         terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan

perbualan menerusi telefon.)

ii. wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang

lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )

         seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih

         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

         Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri

selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :

Nama A    :   Assalamualaikum, Makcik.

Nama B    :   Waalaikummussalam

Nama A    :   Apa khabar Makcik ?

Nama B    :

         Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

         anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”

         pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.

         boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’

         soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

Page 2: Karangan Jenis Dialog

         Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

         elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.

         soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

         kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

         tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

         mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

         soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

         Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

CONTOH KARANGAN

TAJUK

Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA.

PENDAHULUAN         -        mengucapkan tahniah

ISI

a)            Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

b)       menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu

c)       Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.

PENUTUP

          Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan

KARANGAN

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva    :  Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan

                Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Page 3: Karangan Jenis Dialog

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan

   lancar. Bagaimanakah  cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?

Siva    :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di 

   samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus  untuk 

   mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan

   bahasa baku apabila membaca atau bercakap

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar

                Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.

Siva    :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu  adalah

                bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.

Siva    :  Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa

                kebangsaan negara kita

Azman :  Ya,baiklah ,Siva...            

Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )

Malim  :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?

Azma   :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.

Malim :  Macam mana boleh hilang ?

Azma   :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang

                curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.

Malim :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang sudah 

Page 4: Karangan Jenis Dialog

                hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?

Azma   :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya  !

Malim :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ? Baik kita

                jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.

Azma  :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  kamu.

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada Encik Karim )

Murid            : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan

               Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?

En. Karim       : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan

                            merestui kami sekeluarga.

Murid            : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim       : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang

                            waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.

                            Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.

Murid            : Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim       : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah

                            di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil

                            Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran

                            di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di

Page 5: Karangan Jenis Dialog

                            Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.

Murid            : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim       : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.

Murid            : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.

En. Karim       : Terima kasih kembali.

                       ( Berjabat tangan dengan murid )

Tip :

Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluan.

Karangan perbualan / dialog / temuramah / wawancara

Sebagai seorang wartawan , kamu dikehendaki menemu ramah seorang pelajar cemerlang di sebuah sekolah. Tuliskan temuramah kamu itu.

Salam, kata sapaan perkenalkan diri

i.  tujuan temu ramah n untuk dimuatkan dalam majalah dan akhbar

ii.  ciri-ciri pelajar cemerlang n peramah, baik hati, suka menolong orang dan bertanggungjawab

iii.  cara belajar yang berkesan n tumpukan perhatian di bilik darjah n ulang kaji pelajaran di rumah

iv.  membuat jadual belajar di rumah , ikut jadual dan komited v.  kejayaan yang dicapai n tempat pertama dalam peperiksaan n tokoh pelajar sekolah n wakil sekolah dalam pertandingan sukan dan bahas

cita-cita jadi pelajar cemerlang hingga peringkat universiti doakan kejayaan - terima kasih  

soalan 69 Andaikan anda telah membawa rakan anda ke kampung anda pada musim buah-buahan. Dalam perjalanan anda berbual-bual tentang buah-buahan tempatan.

Page 6: Karangan Jenis Dialog

Pulang ke kampung dengan menaiki bas - dalam perjalanan berbual-bual tentang buah-buahan tempatan.

a.  banyak dusun buah-buahan - bilakah musim buah-buahan - semua penduduk mempunyai dusun buah-buahan - awal bulan Mei hingga akhir Julai. b.  ada buah-buahan bermusim - ada yang tidak bermusim - buah tempatan lazat dan berkhasiat - buah durian digelar raja buah - buah kelapa dikenal air penawar. c.  tidak menghadapi masalah pasaran - pasaran tempatan tidak mencukupi - eksport ke luar negeri seperti Jepun.

Pukul 12 tengah hari - tiba di tempat yang dituju - disambut dengan gembira - bercadang ke dusun selepas makan.

Soalan 70 Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana hujan. Anda menelefon rakan anda untuk menumpang kereta bapanya. Tulis perbualan di antara anda dengan rakan anda.

Hujan lebat - tidak dapat ke sekolah - berasa gelisah menelefon Rahman.

a.  mengucapkan salam - mengenalkan diri - ingin bercakap dengan Rahman - menanyakan sebab dia telefon b.  hujan turun dengan lebat - tidak dapat ke sekolah - tidak baju hujan dan bas sudah berlepas - kereta bapa rosak - mengajak anda menumpang kereta bapanya. c.  menunggu Rahman di rumah - tidak dapat menunggu di perhentian bas - tiada payung - Rahman akan datang dengan bapanya.

Mengucapkan terima kasih - tidak keberatan untuk menolongnya - sudah lama berkawan.

Soalan 71 Andaikan anda Ketua Pengarang majalah sekolah. Anda dikehendaki menemuramah seorang doktor tentang " Kebersihan Punca Kesihatan " . Tulis temuramah anda.   Mengucapkan selamat pagi - mengenalkan diri - menjawab ucapan - mempersilakan duduk.

a.  ingin menemuramah - untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah - maksud kebersihan punca kesihatan – rohani bersih - fikiran akan tenang - jasmani bersih kita akan sihat. b.  b. faedahnya jika jasmani kita sihat - tenaga kita kuat - dapat melakukan kerja dengan sempurna - aspek kesihatan lain - kebersihan diri. c.  orang yang menjaga kesihatan - disukai orang dipandang mulia dan dihormati - kebersihan lambang kecantikan.

Mengucapkan terima kasih atas kerjasamanya.  

Soalan 72 Anda pergi ke kedai runcit untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu anda. Tuliskan perbualan antara nada dengan penjual di kedai runcit.

a.  mengucapkan selamat pagi b.  meminta barang-barang yang diperlukan c.  menanyakan harga barang-barang tersebut 

Page 7: Karangan Jenis Dialog

d.  mengucapkan terima kasih.  

Soalan 73 Andaikan anda telah melawat ke bandaraya bersejarah Melaka. Semasa lawatan tersebut anda telah berbual dengan penarik beca tentang negeri Melaka.

Selamat pagi - ingin melawat tempat-tempat bersejarah - menjemput dia naik beca.

a.  menanyakan tempat kota ‘A Fomosa’ - tarikh kota itu dibina - 1511 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan - dibina oleh orang Portugis. b.  peninggalan orang Belanda - jam besar dan Stadthyus digunakan sebagai kediaman Gabenor Belanda - kini menjadi Muzium Melaka. c.  barang-barang yang ada di Muzium Melaka - tembikar Cina , pakaian tradisional Baba dan Nyonya Melaka  - baju besi - topi , pedang dan sebagainya.

Mengucapkan terima kasih atas maklumat tersebut - berharap agar dia gembira semasa lawatan tersebut.

Soalan 74 Anda telah menyaksikan satu kebakaran yang sungguh dahsyat di tempat tinggal anda. Kawan anda ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kebakaran itu. Telefon kawan anda untuk menceritakan tentang peristiwa tersebut.

a.  di manakah kebakaran itu berlaku ? b.  bilakah kebakaran itu berlaku ? c.  apakah punca kebakaran ? d.  ada atau tidak kehilangan harta benda atau nyawa. e.  apakah tindakan anda f.  di manakah mangsa kebakaran sekarang

nasihat supaya berwaspada - api semasa kecil menjadi kawan besar menjadi lawan.

Anda ke kedai buku untuk  membeli peralatan sekolah. Rakamkan perbualan anda dengan pekedai buku itu.

Nama kamu dan pekedai - isu yang diperkatakan

a)  memberitahu barang-barang yang hendak dibeli - buku teks, buku kerja, pembaris, pen, pemadam, sampul buku b)  bertanyakan tentang harga barang-barang tersebut c)  membayar harga barangan d)  memulangkan baki bayaran

ucapan terima kasih  

Anda terlupa membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan pada hari itu. Akibatnya kamu dimarahi oleh guru. Tulis dialog kamu itu.

Nama kamu dan guru kamu - di mana kamu berbicara dan perkara yang diperkatakan

a)  dimarahi oleh guru sebab tidak membuat kerja sekolah b)  terlalu penat kerana menjalankan banyak aktiviti sekolah - terlupa c)  nasihat guru supaya sentiasa pandai menjaga masa 

Page 8: Karangan Jenis Dialog

d)  meminta maaf kepada guru - dimaafkan kerana kesalahan pertama e)  berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu

ucapan terima kasih kerana memaafkan kesalahan tersebut.

Kamu tidak dapat menghadiri majlis hari jadi kawan karib kamu kerana terpaksa balik ke kampung menjenguk nenek kamu yang sakit. Tulis perbualan telefon tersebut selengkapnya.

Nama kamu dan rakan kamu - ucapan selamat

a)  meminta maaf kerana tidak dapat hadir b)  terpaksa balik ke kampung kerana nenek sakit c)  harapan semoga bahagia menyambut hari jadi d)  panjang usia, murah rezeki dan selamat sejahtera

berdoa semoga sihat sentiasa

Anda telah pergi ke bandar dengan menaiki basikal yang baru dibeli. Ketika anda pergi membeli surat khabar, anda dapati basikal anda hilang. Tulis satu dialog antara anda dengan pihak polis ketika anda membuat laporan.

Kata-kata sapaan

i.  tujuan kedatangan n lapor kehilangan basikal ii.  ceritakan asal kejadian sehingga akhir iii.  harapan agar polis berusaha mencarinya iv.  janji pihak polis

ucapan terima kasih

Kamu dikehendaki membuat panggilan ke balai polis untuk mengadu kegiatan lumba motosikal haram di tempat kamu. Tuliskan sebuah karangan perbualan melalui telefon antara anda dengan pihak polis.

Kata sapaan - perkenalkan diri

i.  nyatakan aduan yang hendak  dibuat ii.  butir-butir lengkap mengenai kegiatan yang berlaku n bila bermula, berapa orang terlibat

iii.  gangguan daripada kegiatan tersebut n membahayakan lalu lintas, bunyi bising

ucap terima kasih kerana tindakan yang akan diambil

Anda dan rakan anda sedang berbincang tentang cara-cara untuk memupuk "Semangat Muhibah dan Sikap Tolong Menolong di Kalangan Masyarakat". Tuliskan perbualan anda dan kawan anda itu.

Kata sapaan

i.  cara-cara memupuk semangat muhibah n tolong-menolong ketika susah, contoh mendapat kemalangan

Page 9: Karangan Jenis Dialog

ii.  ketika mengadakan kenduri-kendara iii.  bertegur sapa dan ziarah menziarahi iv.  menyertai kerja-kerja amal, gotong-royong

rakyat aman damai dan maju

Anda telah dikunjungi oleh seseorang jiran kamu yang baru berpindah di sebelah rumah kamu. Tuliskan perbualan kamu dengan jiran baru kamu itu.

Kata sapaan - perkenalkan diri

i.  bertanyakan asal usul jiran baru ii.  bertanya tempat belajar dan dalam Tahun berapa iii.  mengapa berpindah di tempat yang baru iv.  harapan agar belajar di sekolah yang sama

gembira mendapat kawan baru

Pada cuti sekolah yang lepas, kamu telah menelefon rakan kamu untuk berbual-bual dengannya. Rakan kamu menceritakan pengalamannya membantu bapanya berkebun sayur. Tulis perbualan kamu melalui telefon antara anda dengan kawan anda.

Ucap selamat - memperkenalkan diri ingin bercakap dengan Faizah

i.  lama tidak berjumpa n cuti sekolah - tolong emak jaga adik

ii.  menolong ayah berkebun sayur n menanam pelbagai jenis sayuran

iii.  baja apakah yang digunakan ? n baja asli daripada binatang ternakan n dibeli dari penternak kambing dan lembu n tidak menggunakan racun serangga n menggunakan garam untuk membunuh siput

iv.  tidak ada masalah pemasaran n pemborong angkut dengan lori n kadang-kadang dijual di pasar tani n pendapatan lumayan n ayah upah RM 3.00 sehari - simpan dalam tabung

minta diri - terima kasih kerana sudi berbual-bual

Sebagai sidang pengarang majalah sekolah , kamu dikehendaki menemuramah johan pertandingan melukis peringkat daerah bagi kategori sekolah rendah. Tuliskan temuramah antara anda dengan pelukis tersebut.

Mengucapkan selamat pagi - memperkenalkan diri

i.  mengucapkan tahniah n ingin menemuramah untuk majalah sekolah

Page 10: Karangan Jenis Dialog

ii.  sejak bila mula melukis n hobi sejak dari kecil n mendapat dorongan keluarga

bagaimanakah membahagikan masa melukis dengan masa belajar n pelajaran lebih penting, hanya pada masa lapang n pernah memenangi pertandingan melukis sebelum ini n lukisan pernah disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar

mengucapkan terima kasih , semoga berjaya

Secara kebetulan kamu telah bersua dengan rakan kamu di sebuah kedai runcit. Dalam perbualan dengannya, dia lebih banyak bercakap tentang bahaya makanan ringan kepada kanak-kanak dan mengapa kanak-kanak masih mengemarinya. Tuliskan perbualan antara nada dengan rakan anda itu.

Secara kebetulan bersua dengan rakan lama di kedai runcit

i.  bertegur sapa

n bertanya tujuan ke kedai itu

ii.  beli barang untuk memasak kuih

n walaupun makanan ringan lebih mudah didapati tetapi ia tidak berkhasiat , membahayakan kesihatan

iii.  kanak-kanak mudah terpengaruh membeli makanan ringan

n iklan-iklan yang menarik n disertakan alat permainan n pembungkusan yang menarik

mengucapkan terima kasih dan meminta diri

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu mengadakan "Kursus Pembelajaran Berkesan" di sekolah kamu. Kamu diminta menemuramah pengerusi persatuan tersebut untuk mengetahui tujuan kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Mengucapkan selamat

i.  tarikh dan tempat kursus diadakan n penyertaan terbuka kepada semua murid Tahun Enam n murid-murid sekolah lain boleh turut serta

ii.  tujuan kursus diadakan n meningkatkan kemahiran belajar n membantu pelajar lemah n meningkatkan pencapaian UPSR

iii.  aktiviti yang akan dijalankan

n ceramah dan bimbingan n cara membuat nota ringkas 

Page 11: Karangan Jenis Dialog

n mengatasi rasa bosan murid belajar n cara mudah mengingati apa yang dipelajari

mengucapkan terima kasih atas kerjasamanya

Pasukan Pengakap Sekolah kamu akan mengadakan perkhemahan tahunannya di Lata Belatan. Rakan karib kamu memberitahu dia pernah ke sana. Kamu dan rakan-rakan yang lain berminat untuk mengetahui keadaan di situ. Tuliskan perbualan tersebut.

Menyapa kawan kamu , ingin tahu keadaan di Lata Belatan

i.  pergi bersama keluarga n musim cuti sekolah yang lepas

ii.  pemandangan sungguh cantik n pokok menghijau , tasik dan sungai, air terjun n banyak kemudahan disediakan, surau , tanda, dan lain-lain

iii.  tempat - tempat yang dilawati n Taman buah-buahan , air terjun, lain tempat yang menarik

tempat menarik, ucapan terima kasih

Kamu dan rakan kamu singgah di sebuah warung untuk membeli makanan dan minuman. Warung itu sungguh kotor. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu tentang perkara tersebut.

Singgah di warung untuk membeli makanan warung sangat kotor

i.  tidak mahu beli makanan kerana  warung kotor ii.  tidak guna penyepit n meja berhabuk n makanan tidak bertutup n banyak lalat, boleh menyebabkan penyakit

iii.  pinggan mangkuk tidak dicuci dengan bersih n boleh menyebabkan keracunan makanan

memberanikan diri menegur pemilik warung

Kamu mengunjungi rakan kamu untuk mengajaknya pergi ke rumah kakak kamu di Kuala Lumpur. Tuliskan perbualan antara kamu berdua itu.

Bertanya khabar

i.  memberitahu tentang kedatangan kamu n mengajak ke Kuala Lumpur, rumah kakak

ii.  rancangan yang baik n dapat melihat tempat-tempat menarik n boleh meluaskan pandangan n peluang keemasan

iii.  minta kebenaran ibu bapa

Page 12: Karangan Jenis Dialog

berharap dapat pergi bersama ucapan terima kasih

75 Anda tinggal di asrama. Pada suatu hari anda menelefon ibu anda di rumah untuk bertanya khabar dan memberitahu mengenai diri anda di asrama. Tuliskan perbualan anda dengan ibu anda.

76 Anda mempunyai seorang sahabat karib yang telah bertukar ke sekolah lain. Anda sudah lama tidak bersua muka dengan sahabat anda. Anda telah menelefon rakan anda. Tuliskan perbualan anda dan rakan anda melalui telefon.

Anda telah berjumpa dengan kawan lama anda di sebuah bandar. Tuliskan perbualan anda dengan kawan lama anda itu.

Kamu telah ditemuramah oleh pihak RTM tentang kejayaan kamu dalam peperiksaan UPSR. Tuliskan teks temuramah itu.

Tuliskan sebuah perbualan telefon antara kamu dengan seorang kawan kamu untuk memberitahunya tentang keadaan kamu yang tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Kamu berharap kawan kamu itu dapat menghubungi guru kelas kamu berkaitan hal ini.

Kamu berjumpa dengan seorang rakan kamu yang sudah seminggu tidak hadir ke sekolah. Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu selengkapnya.

Kamu telah diarahkan menemuramah guru besar sekolah kamu yang akan bertugas ke sekolah lain. Temu ramah itu akan disiarkan dalam majalah sekolah. Tuliskan temu ramah tersebut.

Kamu sedang berbual-bual dengan seorang rakan kamu. Topik utama perbualan kamu berdua ialah tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya dan cara-cara mengurangkan tragedi kemalangan jalan raya. Tuliskan dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.