karangan penulisan jenis rencana

30
KARANGAN PENULISAN JENIS RENCANA oleh : Zoey Zollinger

Transcript of karangan penulisan jenis rencana

Page 1: karangan penulisan jenis rencana

KARANGAN PENULISAN JENIS

RENCANA

oleh : Zoey Zollinger

Page 2: karangan penulisan jenis rencana

Pengenalan

Karangan jenis rencana merupakan karangan yang agak popular ditanyakan dalam soalan peperiksaan. Karangan jenis rencana mengandungi laporan atau ulasan terperinci berkaitan sesuatu isu atau perkara. Oleh hal demikian, pembaca akan memperoleh banyak maklumat, fakta dan pandangan tentang isu atau perkara dalam sesebuah rencana tersebut. Dengan itu, pelajar hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas atau fakta yang banyak berkaitan sesuatu program, kempen, penyakit dan lain-lain yang dibincangkan dalam rencana.

Page 3: karangan penulisan jenis rencana

FORMAT DAN STRUKTUR KARANGAN

Karangan rencana terdiri daripada Tajuk dan

Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat,

ulasan dan komen.Struktur karangan terdiri pendahuluan, perenggan isi atau idea dan perenggan

penutup fakta karangan.

Page 4: karangan penulisan jenis rencana

Format karangan rencana

Pendahuluan.......................................................................

Perenggan1...................................................................................

Perenggan2..................................................................................

Perenggan3...................................................................................

Perenggan4...................................................................................

Perenggan penutup fakta karangan...................................................................

Page 5: karangan penulisan jenis rencana

Definisi

Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat,ulasan,huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar.

Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana.

Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana.

Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Page 6: karangan penulisan jenis rencana

Ciri-ciri penulisan rencana

• Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1.Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal. Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa

baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang.

Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi.

Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.

Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana.

Page 7: karangan penulisan jenis rencana

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang

merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.

Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.

Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta.

3. Ada digniti. Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana

mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana

mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.

Page 8: karangan penulisan jenis rencana

Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka,Perpustakaan Negara dan sebagainya.

4. Ada ukuran kepanjangan. Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai

ukuran kepanjangan yang tertentu. Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan

lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.

Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.

Page 9: karangan penulisan jenis rencana

Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

5. Penulisan yang jelas dan jitu. Penulisan rencana padat dengan maklumat yang

berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.

Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis.

Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tempat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa,menghidupkan dan memberi tenaga kepada rencana tersebut.

Page 10: karangan penulisan jenis rencana

6. Menyampaikan maklumat. Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat

yang lebih banyak dan jelas kepada para pembaca. Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan

rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.

Dengan memberi maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut berhasil.

Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing,setinggan serta budaya punk merupakan tajuk rencana yang menarik.kadangkala tajuk rencana seperti ini boleh membantu perubahan di kalangan masyarakat.

Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H,iaitu who(siapa),when(bila),what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana).

Page 11: karangan penulisan jenis rencana

Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektif. Melalui penulisan rencana,penulis dapat

melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.

Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya.

Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

Page 12: karangan penulisan jenis rencana

8. Tempoh tarikan tidak terhad. Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak

terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu.

Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali.

Page 13: karangan penulisan jenis rencana

9. Organisasi penulisan yang logik. Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah

logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.

10. Pembatasan pembicaraan Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih

sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Page 14: karangan penulisan jenis rencana

Bentuk-bentuk rencana

• Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:

Rencana bentuk ilmiahRencana bentuk separa ilmiahRencana bentuk popular

Page 15: karangan penulisan jenis rencana

1. Rencana bentuk ilmiah Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis

yang pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan

penyelidikan sendiri atau orang lain. Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat

mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

2. Rencana bentuk separa ilmiah Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan

kajian dan rujukan yang mendalam. Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini

juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca.

Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.

Page 16: karangan penulisan jenis rencana

3. Rencana bentuk popular Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular

biasanya tidaklah berat. Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa

dan menjadi bahan santapan rohani pembaca. Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa

akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

Page 17: karangan penulisan jenis rencana

Jenis-jenis rencana

1. Rencana jenis penerangan Kebanyakan rencana dalam akhbar dan

majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh.

Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian.

Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

Page 18: karangan penulisan jenis rencana

2. Rencana jenis berita. Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu

semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya.

Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

3. Rencana jenis profil. Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang

pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang

diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.

Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.

Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

Page 19: karangan penulisan jenis rencana

4. Rencana jenis penyiasatan. Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang

pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai.

Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang sebenarnya.

Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

5. Rencana jenis pendapat. Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan

yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu.

Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

Page 20: karangan penulisan jenis rencana

6. Rencana jenis perbahasan Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya

mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan.

Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain.

7. Rencana jenis kritikan. Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada

penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya.

Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya.

Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian.

Page 21: karangan penulisan jenis rencana

8. Rencana jenis umum. Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah

menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

PERINGKAT PENULISAN. Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang

perlu diberi perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

Bahasa Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dan

padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Page 22: karangan penulisan jenis rencana

Kandungan rencana

Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,tubuh rencana dan penutup rencana.

Page 23: karangan penulisan jenis rencana

Pendahuluan

Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir.

Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.

Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

Page 24: karangan penulisan jenis rencana

Tubuh rencana

Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.

Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana.

Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.

Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami.

Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.

Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.

Page 25: karangan penulisan jenis rencana

Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.

Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan.

Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.

Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat.

Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

Page 26: karangan penulisan jenis rencana

Penutup rencana

Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.Sebagai contoh untuk rencana berhubung tentang kepupusan penyu.Penutupnya adalah berbentuk seperti kita hendaklah bersama-sama memelihara dan melindungi spesies penyu secara berterusan dan menjadikan isu ini sebagai isu perdana dalam negara dan kehidupan kita.Penyu adalah anugerah tuhan yang perlu dilindungi dan penting untuk kehidupan manusia yang akan datang.

Page 27: karangan penulisan jenis rencana

Contoh tajuk dan kerangka penulisan jenis rencana

Tuliskan sebuah karangan tentang ‘Penggunaan Komputer’. Rangka Karangan : Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains

- penggunaannya meluas Perenggan ke 2 - digunakan di pejabat-pejabat

              - menyimpan data-data                                     - menjalankan tugas dengan cepat

Perenggan ke 3 - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan

- mengesan penyakit              - membantu mengesan penyakit

Perenggan ke 4 - pengunaan komputer dalam pelajaran               - mengajar Matematik, Sains dan Bahasa

Penutup         - keuntungan menggunakan komputer               - jimat masa dan wang               - bantu manusia menyelesaikan masalah yang

suka

Page 28: karangan penulisan jenis rencana

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.               Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.               Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.               Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanyakan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.               Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan oleh akal manusia.

Page 29: karangan penulisan jenis rencana

Kesimpulan

Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni penulisan yang tersendiri.

Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah dengan baik dan mampu menarik perhatian untuk kita terus membacanya.

Page 30: karangan penulisan jenis rencana

"PELAJAR YANG CERDIK IALAH PELAJAR YANG

MENGGUNAKAN RUANG DAN KESEMPATAN YANG

ADA UNTUK MENINGKATKAN POTENSI

DAN KECEMERLANGAN DIRI BAGI MENGHADAPI

HARI DEPAN"