Karangan Pendahuluan SPM

10
IDEA/PENDAPAT YANG BERNAS DAN MATANG

Transcript of Karangan Pendahuluan SPM

Page 1: Karangan Pendahuluan SPM

IDEA/PENDAPAT YANG BERNAS DAN MATANG

Page 2: Karangan Pendahuluan SPM

PASTIKAN KARANGAN DAPAT

MENARIK MINAT PEMERIKSA

FIKIRKAN CARA MENULIS

PENDAHULUAN YANG MENARIK

GUNAKAN BAHASA YANG JELAS DAN

BERKESAN

PENGOLAHAN YANG MENARIK

Page 3: Karangan Pendahuluan SPM

SATU PERENGGAN

MEMBERIKAN TAKRIF/DEFINISI, MENERANGKAN LATAR BELAKANG ISU

OLAHAN – CONTOH, PERIBAHASA, PENYOALAN SEJARAH DLL

AYAT TERAKHIR PEMBUKA ISI (AYAT ARAH)/FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN

Page 4: Karangan Pendahuluan SPM

Pada pendapat anda, apakah

langkah-langkah yang berkesan

perlu diambil bagi mengurangkan

masalah tersebut di negara kita?

Page 5: Karangan Pendahuluan SPM

Saban hari, media massa memaparkan isu berkaitan

gejala sosial yang semakin berleluasa berlaku di

negara kita. Isu ini menjadi buah mulut [Ungkapan

Menarik/UM] pelbagai pihak walaupun berbagai-bagai

pendekatan telah dilakukan untuk mengatasi masalah

ini. Semuanya bagai mencurah garam ke laut (UM).

Persoalannya, mengapakah masalah kebejatan [Kosa

kata luas/KKL] akhlak semakin menjadi-jadi dan tidak

menampakkkan ada kesudahannya. Sehubungan

dengan itu, sekiranya kita perhalusi, ada sebab-

musababnya kes-kes berkaitan gejala sosial ini terus

meningkat. Daripada sebab-musabab inilah

seyogianya (KKL) kita melaksanakan beberapa

Page 6: Karangan Pendahuluan SPM

tindakan demi mengurangkan masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan pembangunan negara. Kebanyakan kes gejala sosial melibatkan golongan remaja. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (UM) merupakan slogan yang sering kita dengari. Sekiranya masalah ini tidak dapat kita atasi, tidak mustahil negara akan mengalami kehancuran. Oleh itu, pelbagai prakarsa (KKL) perlu dilaksanakan bagi merealisasikan (KKL) impian melahirkan rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat, yakni tidak terlibat dengan gejala sosial. (AYAT ARAH –Langkah untuk mengurangkan gejala sosial)

Page 7: Karangan Pendahuluan SPM

PERANAN IBU BAPA/PERANAN INSTITUSI KELUARGA

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN

PERANAN MEDIA MASSA

PERANAN INDIVIDU

Page 8: Karangan Pendahuluan SPM

AYAT TOPIK / AYAT JUDUL

AYAT HURAIAN

AYAT HURAIAN LANJUT

AYAT CONTOH

AYAT PENYIMPUL

Page 9: Karangan Pendahuluan SPM

[AJ]Memilih qudwah hasanah juga amat

penting untuk menjayakan kempen menangani

gejala sosial. [AH]Hal ini demikian kerana jika

setiap individu perlu mempunyai idola masing-

masing untuk dijadikan sumber inspirasi untuk

mencapai kejayaan, sudah pasti mereka tidak

akan terjebak dengan aktiviti-aktiviti negatif.

[AHL]Insan yang sering dijadikan idola ialah

tokoh-tokoh agama, politik, ibu bapa dan guru.

Page 10: Karangan Pendahuluan SPM

[AC]Mereka seyogianya berusaha untuk

menjadi seperti idola mereka iaitu dengan

berusaha menerapkan nilai-nilai positif dalam

diri mereka agar disegani oleh setiap lapisan

masyarakat. [AP]Semuanya bermula dari diri

sendiri dan apabila nilai-nilai murni menjadi

amalan mereka, sudah tentu segala unsur

negatif misalnya terlibat dengan

penyalahgunaan dadah, ragut dan mencuri

dapat dielakkan.