KARANGAN PERIBAHASA 2

6
CONTOH KARANGAN PERIBAHASA "Genggam Bara Api Sampai Jadi Arang" RANGKA KARANGAN Pendahuluan: maksud peribahasa "genggan bara api sampai jadi arang" Isi-isi penting: Anuar berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup yang dialami sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya - Anuar berniaga untuk menyara adik-beradiknya Anuar mendirikan rumah tangga dengan gadis kampung bernama Sarah Anuar mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memantau perkembangan pelajaran mereka Anuar mendapat peluang membesarkan perniagaannya dan berpindah ke bandar Penutup: Anuar menerima anugerah atas kejayaannya mendidik anak-anaknya dan berjaya menjadi seorang usahawan CONTOH KARANGAN Peribahasa "genggam bara api sampai jadi arang" bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa tersebut dapat dikaitkan dengan peristiwa yang dilalui oleh Anuar.Beliau telah dilahirkan di Kampung Parit Keroma Darat dalam Daerah Muar.Semasa usianya 7 tahun,ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Anuar diasuh oleh bapa saudaranya bersama-sama tiga orang adik-beradiknya yang lain.Keadaannya ketika itu sungguh menyedihkan bagai anak ayam kehilangan ibu. Sejak tinggal bersama-sama bapa saudaranya yang mempunyai enam orang anak dan bekerja mengait buah kelapa,Anuar mula berasa akan keperitan hidup.Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Anuar sering kali tidak hadir ke sekolah kerana menolong bapa saudaranya mengambil upah mengait kelapa dan megerjakan kebun peninggalan kedua-dua orang tuanya yang luasnya sekangkang kera.Kadangkala Anuar menjalankan aktiviti menjual kuih-muih dikeliling kampung bagi menambah pendapatan bapa saudaranya.Akhirnya,Anuar menempuhi jalan buntu dan mengambil keputusan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih,pisang goreng dan air batu campur di sebuah warung yang didirikan oleh bapa saudaranya ditepi jalan berhampiran rumah mereka.Bagi Anuar,dia tidak mampu mengejar cita-citanya yang masih belum pasti.Anuar bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Anuar berazam mengumpul wang sebanyak RM50 sebulan hasil daripada perniagaannya.Dia bercita-cita untuk menyimpan wang bagi membiayai persekolahan adik-beradiknya pada masa depan.Dia amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh bapa saudaranya menyara keluarga dan turut membesarkan adik-adiknya. Apabila mengenangkan nasib dirinya yang tidak dapat melanjutkan pelajaran,dia sentiasa memastikan adik-adiknya sentiasa berjaya dalam pelajaran supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari

Transcript of KARANGAN PERIBAHASA 2

Page 1: KARANGAN PERIBAHASA 2

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA "Genggam Bara Api Sampai Jadi Arang"RANGKA KARANGAN

Pendahuluan: maksud peribahasa "genggan bara api sampai jadi arang"Isi-isi penting:

Anuar berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup yang dialami sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya - Anuar berniaga untuk menyara adik-beradiknya

Anuar mendirikan rumah tangga dengan gadis kampung bernama Sarah Anuar mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan sentiasa

memantau perkembangan pelajaran mereka Anuar mendapat peluang membesarkan perniagaannya dan berpindah ke

bandar

Penutup: Anuar menerima anugerah atas kejayaannya mendidik anak-anaknya dan berjaya menjadi seorang usahawan

CONTOH KARANGAN             Peribahasa "genggam bara api sampai jadi arang" bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa tersebut dapat dikaitkan dengan peristiwa yang dilalui oleh Anuar.Beliau telah dilahirkan di Kampung Parit Keroma Darat dalam Daerah Muar.Semasa usianya 7 tahun,ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Anuar diasuh oleh bapa saudaranya bersama-sama tiga orang adik-beradiknya yang lain.Keadaannya ketika itu sungguh menyedihkan bagai anak ayam kehilangan ibu.

              Sejak tinggal bersama-sama bapa saudaranya yang mempunyai enam orang anak dan bekerja mengait buah kelapa,Anuar mula berasa akan keperitan hidup.Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Anuar sering kali tidak hadir ke sekolah kerana menolong bapa saudaranya mengambil upah mengait kelapa dan megerjakan kebun peninggalan kedua-dua orang tuanya yang luasnya sekangkang kera.Kadangkala Anuar menjalankan aktiviti menjual kuih-muih dikeliling kampung bagi menambah pendapatan bapa saudaranya.Akhirnya,Anuar menempuhi jalan buntu dan mengambil keputusan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih,pisang goreng dan air batu campur di sebuah warung yang didirikan oleh bapa saudaranya ditepi jalan berhampiran rumah mereka.Bagi Anuar,dia tidak mampu mengejar cita-citanya yang masih belum pasti.Anuar bimbang  yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Anuar berazam mengumpul wang sebanyak RM50 sebulan hasil daripada perniagaannya.Dia bercita-cita untuk menyimpan wang bagi membiayai persekolahan adik-beradiknya pada masa depan.Dia amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh bapa saudaranya menyara keluarga dan turut membesarkan adik-adiknya.

                Apabila mengenangkan nasib dirinya yang tidak dapat melanjutkan pelajaran,dia sentiasa memastikan adik-adiknya sentiasa berjaya dalam pelajaran supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.Anuar sangat prihatin dan sangat mengambil berat tentang keperluan adik-beradiknya.Anuar sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagian mereka.Anuar menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh.Akhirnya,berkat kegigihannya,ketiga-tiga orang adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

               Setelah ketiga-tiga adiknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik,Anuar mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis di kampungnya bernama Sarah.Hasil perkongsian hidupnya,Anuar dikurniakan tiga orang cahaya mata.Tanggungjawab Anuar sebagai ketua keluarga semakin bertambah.Wang simpanan hasil perniagaannya selama ini

Page 2: KARANGAN PERIBAHASA 2

digunakan untuk mengembangkan perniagaannya lagi.Kesusahan hidupnya sekian lama mengajar Anuar erti pengorbanan dalam hidup.Dia juga mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan sehariannya.Anuar telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah lori kecil.Dia ingin menjadi seorang peraih buah-buahan,sayur-sayuran dan mengedarkan produk keluaran penduduk kampungnya ke bandar.Dia mengambil langkah berani tanpa memikirkan risiko yang perlu ditanggung sebagai seorang usahawan.Isterinya,Sarah tetap meneruskan perniagaan dengan mengambil alih tugas diwarung yang diamanahkan oleh Anuar dengan dibantu oleh anak-anaknya.

               Kehidupannya yang susah suatu ketika dahulu menyebabkan Anuar berazam untuk mengubah nasib anak-anaknya dengan memberikan pendidikan yang sempurna.Baginya,anak-anak ialah amanah Allah.Tanngungjawab ibu bapa adalah untk menyempurnakan keperluan anak-anak.Sungguhpun terikat dengan waktu dan mulai sibuk dengan tugas hariannya,Anuar mendidik anak-anaknya dengan lembut tetapi tegas dengan curahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.Anuar sentiasa prihatin dan memantau pelajaran anak-anaknya pada setiap hari.Anuar menyediakan jadual waktu belajar untuk setiap anak-anaknya.Anak-anaknya dididik supaya berdisiplin,menghormati ibu bapa dan guru-guru mereka.Kini,seorang demi seorang anak-anak Anuar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading mengikut jejak bapa saudara mereka.Cabaran yang paling besar dihadapi oleh Anuar adalah untuk menyediakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.Pengalaman yang ditempuhi ketika usia muda mendidik adik-adiknya sehingga ke menara gading mnejadi pedoman ynag sangat berguna kepada Anuar.Anak-anak Anuar kini mendapat sokongan dan dorongan yang kuat daripada bapa saudara mereka yang telah berjaya.

             Setelah mengharungi cabaran getir dalam kehidupan,Anuar begitu bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang.Kejayaan anak-anaknya merupakan hadiah yang amat bernilai  atas pengorbanan,kerajinan,kesabaran dan ketabahannya selama ini.Anak Anuar yang sulung telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran,anak keduanya sedang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Malaysia,manakala anak bongsunya sedang menuntut dalam bidang perniagaan di England.Anuar meneruskan kehidupannya sebagai seorang peniaga.Memandangkan perniagaan Anuar semakin berkembang,Persatuan Peniaga Daerah Muar telah mendapatkan sebuah lot ruang niaga untuk Anuar membesarkan operasi perniagaannya lagi.Tawaran itu diterima oleh Anuar seperti kata peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal.Kini,Anuar dan isterinya telah berpindah ke bandar dan membuka sebuah kedai yang menjadi pusat pengumpulan buah-buahan,sayur-sayuran dan produk industri kecil dan sederhana keluaran pengusaha di kampungnya dan kampung-kampung berhampiran.Anuar telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Masyarakat tempatan yang mengetahui sejarah kehidupan Anuar sejak kecil mengagumi kesungguhan dan kegigihan Anuar.Kejayaan keluarga Anuar telah menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

               Kemuncak kepada kejayaan Anuar ialah apabila beliau dipilih untuk menerima anugerah "Usahawan Cemerlang" anjuran Persatuan Peniaga Daerah Muar.Anuar juga telah dicalonkan unuk menerima "Anugerah Keluarga Cemerlang" anjuran Majlis Perbandaran Muar.Sesungguhnya kejayaan yang diraih oleh Anuar membuktikan bahawa azam yang kuat,ketekunan dan ketabahan merupakan paksi kejayaan,bersesuaian dengan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.

Page 3: KARANGAN PERIBAHASA 2

Karangan peribahasa

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.

Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat suka menyimpan wang

i.        sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah.ii.      di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpaniii.     dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universitiiv.     menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlangv.       mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabunganvi.     duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk       membeli rumah batu       kenderaan       hantar ibu bapa menunaikan hajivii.    hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung

Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.

soalan 49

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Hangat-hangat Tahi Ayam”

Amri murid Tahun Enam Mawar - baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Darau

a. merupakan murid yang rajin - berdisiplin - dijadikan murid contoh di dalam kelas - bergaul dengan murid-murid nakal - sikapnya mula berubah.b. Cikgu Ramlah sedar akan perubahan diari Amri - panggil Amri ke bilik guru- menasihati Amri - Amri diam - menangisc. ada peperiksaan - Amri mendapat markah yang rendah

Amri sedar akan kesilapannya - berazam untuk mengubah sikap.

soalan 50

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan kepada peribahasa “Bagai Kacang Melupakan Kulit”

Sani anak yatim piatu -ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Pak Awang ambil sebagai anak angkat.

Page 4: KARANGAN PERIBAHASA 2

a. Pak Awang orang miskin - rajin bekerja - Sani dapat sekolah - ditanggung oleh Pak Awang - dijaga dengan baik.b. Sani berjaya - melanjutkan pelajaran ke luar negara - bidang doktor - Pak Awang berasa bangga - berharap dapat bergantung hidup dengan Sani.c. Sani berjaya menjadi seorang doktor - bergaji besar - tidak pernah pulang menjenguk Pak Awang - segala jasa Pak Awang dilupakan - Pak Awang berasa sedih.

Sikap Sani seperti kacang lupakan kulit. Pak Awang hidup dalam kesusahan.

soalan 51

Tuliskan satu karangan yang bertajuk “ Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan”

Rahim memberitahu keluarganya tentang niatnya untuk  berniaga - ibu bapanya menasihati - banyak risiko.

a. Rahim memulakan perniagaan- membaiki motosikal kawan-kawannya - perniagaan Rahim semakin maju - Rahim membuka bengkel.b. bengkel Rahim lengkap - Rahim bekerja dengan bersungguh-sungguhc. Bapa Rahim datang - Rahim mengatakan keinginan untuk belajar membaiki kereta.

Rahim gembira mendapat dorongan daripada ayahnya.

Soalan 52

“ Belakang Parang Sekalipun diasah Akan Tajam Jua ”. Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut.

a.Ahmad sering gagal dalam ujian Matematik - tiga kali dia gagal - Gurunya selalu memarahi Ahmad.- sejak peristiwa itu - bertekad untuk berjaya- sikap Ahmad berubah - tidak nakal lagi - tumpukan perhatian - rajin membuat latihan - bertanya sekiranya tidak faham.b.      Kawan-kawan sedar akan perubahan Ahmad - menyindir Ahmad - Ahmad bersabar - dia yakin akan berjayac.      Peperiksaan bermula - Ahmad menjawab dengan penuh yakin - persediaan yang cukup - tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan.d.      keputusan ujian diumumkan - Ahmad tersenyum gembira - Cikgu Mamat menepuk-nepuk bahu Ahmad.

Cikgu Mamat memuji sikap Ahmad - berkata “Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah Akan Tajam jua”.

Soalan 53

Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sepandai - pandai Tupai Melompat, sekali Terjatuh Jua”.

Asri - pelajar nakal - tidak disenangi - malas membuat kerja rumah - dia meniru daripada rakan-rakannya.a.     sikap Asri itu tidak disenangi - mereka takut untuk memberitahu guru akan hal itu. Mereka takut akan dipukul oleh Asri.b.      Cikgu Ling memberikan kerja rumah kepada murid-murid kelas itu. Asri leka bermain saja - terlupa akan kerja yang diberi oleh Cikgu Ling.c.      Esoknya - cikgu Ling meminta buku latihan Asri - kerja Asri tidak kemas - Cikgu dapat mengesan bahawa Asri meniru - Asri menafikannya.d.      seorang rakan Asri memberitahu - Asri akhirnya terperangkap - Asri mengaku kesalahannya.

Cikgu Ling menasihati Asri - Asri dibawa berjumpa dengan Guru Besar - Cikgu Ling berkata “Sepandai-pandai Tupai Melompat , Sekali Jatuh Ke Tanah Jua”.

Soalan 54

Masa Itu Emas

Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan olah orang Melayu untuk menyatakan sesuatu perkara> Ianya merupakan kata-kata kiasan atau sindiran . Hingga kini ianya masih digunakan oleh masyarakat

Page 5: KARANGAN PERIBAHASA 2

a.    maksud peribahasa - masa sangat berharga - guna masa dengan sebaik-baiknya.

b.   masa yang berlalu tidak akan berulang lagi - penuhkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah - membaca, menolong ibu bapa dan sebagainya.c.    contoh akibat orang yang membuang masa dengan bermain-main - gagal dalam peperiksaan

d.   banyak kerja dapat dilakukan jika pandai membahagikan masa dengan berfaedah dan betul

Peribahasa ini mengingatkan kita agar selalu menghargai masa.

Soalan 55Dimana ada kemahuan di situ ada jalanPendahuluan  : sama seperti di atasa.    maksud peribahasa - kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya.

b.   pengertian yang mendalam - cita-cita akan tercapai - usaha yang gigih - mesti berani - cabaran -sebelum menikmati hasil.c.    misalnya - bercita-cita untuk menjadi seorang doktor - belajar bersungguh-sungguh - jika tidak angan-angan Mat Jenin - usaha itu penting untuk kejayaan.d.   Ada kalanya sebagai sindiran - menyedarkan orang tanpa menyakitkan hati - orang yang faham akan sedar.

Selain daripada peribahasa ini ada peribahasa lain yang mempunyai makna yang serupa seperti “Hati Hendak Semua Jadi”. “Kalau Hendak Seribu  Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih”.

Soalan 56

Mendengar Guruh Dilangit . Air Tempayan Dicurahkan sama seperti di atasa.    maksud peribahasa - mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan.b.   sesuai diamalkan masyarakat - menyuruh kita agar berhati-hati dan berwaspada.

c.    guruh di langit berbunyi tidak bermakna hari akan hujan - sesuatu berita keuntungan harus diselidiki.

d.   contoh yang membawa maksud peribahasa - Pak Seman petani yang berjaya - diajak jual tanah - tertipu.Menghayati maksud peribahasa dengan baik.

Soalan 57

Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain”.

Peribahasa di atas bermaksud jika kita sabar mengerja sesuatu kerja lama-lama ia akan berhasil juga. Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa “Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit”.

a.    huraian tentang peribahasa tersebut.

b.   contoh keadaan yang menggambarkan peribahasa

c.    pengajaran yang tersirat daripada peribahasa

walau apa pun yang kita lakukan , jika dibuat dengan sabar, akhirnya akan membuahkan hasil jua. Oleh yang demikian , kita haruslah menanam sikap sabar agar segala pekerjaan yang dilakukan beroleh kejayaan.

Belakang parang diasah lagikan tajam

erti peribahasa - contoh cerita yang berkaitan dengan peribahasa

a)    Rani seorang pelajar yang kurang pintar

b)   rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran

c)    sering bertanya kepada guru sekiranya tidak faham tentang pelajaran yang dipelajari

d)   dalam peperiksaan dia berjaya

penegasan tentang erti peribahasa yang tersebut

Page 6: KARANGAN PERIBAHASA 2

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik”

Maksud peribahasa - pandai menyesuaikan diri

a)    pergi ke tempat orang mesti mengikut adat resam penduduk tersebut

b)   contoh - masuk rumah orang melayu mesti buka kasut

c)    demikian juga dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia - perlu saling hormat-menghormati

kata penegasan dari cerita dan contoh di atas

“Seperti katak di bawah tempurung”

Maksud peribahsa - cetek fikiran dan pengalaman hanya tahu keadaan setempat sahaja

a)    perlu sentiasa mengikuti peredaran masa

b)   mesti sentiasa berhubung dengan masyarakat

c)    sentiasa bekerjasama dengan masyarakat

d)   beramah mesra dan sentiasa tolong-menolong antara satu dengan lain

kata penegasan dari contoh-contoh di atas bagi menguatkan lagi makna peribahasa.