Karangan-Tahun 5CM

2
Karangan . BAHAGIAN B. Soalan: Kemalangan jalan raya semakin kerap berlaku. Tulis satu karangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Kemalangan jalan raya semakin meningkat. Keadaan ini berlaku disebabkan pertambahan kenderaan yang berada di jalan raya. Selain itu, sikap pemandu turut menyumbang kepada masalah tersebut. Oleh sebab kemalangan jalan raya menyebabkan kerugian kepada mangsa dan Negara, langkah-langkah untuk membendung perlu dilakukan.

description

Pengajaran murid tahun 5 bahasa melayu

Transcript of Karangan-Tahun 5CM

Karangan.BAHAGIAN B.Soalan: Kemalangan jalan raya semakin kerap berlaku.Tulis satu karangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Kemalangan jalan raya semakin meningkat. Keadaan ini berlaku disebabkan pertambahan kenderaan yang berada di jalan raya. Selain itu, sikap pemandu turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Oleh sebab kemalangan jalan raya menyebabkan kerugian kepada mangsa dan Negara, langkah-langkah untuk membendung perlu dilakukan.

Sikap pemandu merupakan salah satu penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, pemandu perlu diingatkan agar bertimbang rasa di jalan raya.

Keadaan kenderaan yang sudah uzur juga boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, kereta-kereta yang terlalu uzur perlu dilarang menggunakan jalan raya. Jika tidak, nyawa pemandu dan orang ramai mungkin terjejas.Kempen keselamatan jalan raya perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Radio dan televisyen haruslah memainkan peranan yang lebih berkesan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pemanduan berhemah.

Guru-guru juga boleh memainkan peranan dengan memberikan peringatan kepada murid-murid tentang keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa. Sekolah juga boleh mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan lebih kerap.

Jika langkah-langkah di atas dapat dilakukan, kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan.