Karnival permainan tahap 1 2013

4

Transcript of Karnival permainan tahap 1 2013

1. PENDAHULUAN

Jawatankuasa Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) telah mengadakan

Karnival Permainan pada tahun 2004 hingga tahun 2012 yang melibatkan murid-murid Tahap

1 dan Tahap 2.

Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya karnival ini diteruskan bagi tahun 2013

dengan mengadakan Karnival Permainan iaitu Pertandingan Bola Sepak bagi murid lelaki dan

Pertandingan Bola Tampar Mini bagi murid perempuan. Pertandingan peringkat sekolah ini

merupakan satu aktiviti yang sentiasa mendapat sambutan daripada murid-murid. Program

ini merupakan langkah terbaik untuk mencungkil bakat murid dan meningkatkan kecergasan.

2. OBJEKTIF

2.1- Memilih bakal-bakal pemain untuk mewakili pasukan sekolah dalam

pertandingan peringkat MSS Zon.

2.2- Mencungkil bakat murid-murid dalam pelbagai jenis permainan.

2.3- Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peraturan-peraturan dan

teknik-teknik mengikut jenis permainan.

2.4- Memupuk semangat untuk bersaing dan bertanding secara sihat.

2.5- Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang suasana

pertandingan.

3. TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

3.1- 13 November 2013 ( Rabu ) - 3.30 petang – 6.00 petang

3.2- 14 November 2013 ( Khamis ) - 3.30 petang – 6.00 petang

4. KUMPULAN SASARAN

4.1- Murid-murid tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3 )

5. JENIS PERMAINAN / PERTANDINGAN

5.1- Bola Sepak ( Lelaki )

5.2- Bola Tampar Mini ( Perempuan )

6. PENYERTAAN

6.1 Pemain-pemain akan mewakili rumah sukan masing-masing.

6.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 10 pemain bagi setiap kategori.

6.3 Senarai 10 pemain hendaklah mempunyai 4 orang murid tahun 3, 3 orang murid tahun 2

dan 3 orang murid tahun 1.

7. JAWATANKUASA PERTANDINGAN

PENGERUSI : CIK KALSOM BINTI SALEH ( GURU BESAR )

T/PENGERUSI : EN. ABDUL RAHMAN BIN MAT YUNUS (GPK KOKO)

N/PENGERUSI 1 : PN. SITI KALTHOM BINTI SALIKIN

N/PENGERUSI 2 : EN. MD. NAZRI BIN MUKEAR@MD MUKIAR

N/PENGERUSI 3 : EN. JEFFRI BIN TAIB

PENYELARAS : EN. SOLIKIN BIN AHMAD

SETIAUSAHA : PN. PUTERI NOR ASYIKIN BINTI ABD. RASHID

BENDAHARI : PN. LEE LEY HWA

Teknik dan Pertandingan Kawalan Murid

1. EN. MUNAWARUZAMAN B. AHMAD (K) 1. PN. LIM MEE LIN (K)

2. EN. SHAHRUL NIZAM BIN BAHARUDDIN 2. PN. HASHIMAH BINTI MUSTAFFA

3. EN. MOHD. NAZRI BIN PIE 3. PN. SITI SYAKINAH BINTI ISMAIL

4. EN. MOHD RIDZUAN BIN ZAKARIA 4. PN. NOOR AZAH BINTI SAAD

Kepengadilan Hadiah

1. EN. MOHD. FIRDAUS BIN IBRAHIM (K) 1. PN. SURAYAH BINTI BUANG (K)

2. PN. RASHIDAH BINTI BAKAR 2. CIK SITI FARHAH BINTI MD. JAAFAR

3. PN. FAIZAH BINTI ABD. RAZAK 3. PN. SHIRLI HAMIMY BINTI MOHAMAD

4. CIK SHAHRULNIZA BINTI AB. HAJIS

5. PN. HAMIDAH BINTI MUHAAMMAD

6. CIK NOOR HASIAH BINTI ARIFF

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

KATEGORI LELAKI ( BOLA SEPAK )

Piala Johan Kategori Lelaki ( 1 unit X RM 12.50 ) = RM 12.50

Medal Johan ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

Medal Naib Johan ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

Medal tempat ke-3 ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

KATEGORI PEREMPUAN ( BOLA TAMPAR MINI )

Piala Johan Kategori Perempuan ( 1 unit X RM 12.50 ) = RM 12.50

Medal Johan ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

Medal Naib Johan ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

Medal tempat ke-3 ( 10 orang X RM 5.00 ) = RM 50.00

JUMLAH = RM 325.00

9. PENUTUP

Jawatankuasa Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) mengharapkan agar

semua jawatankuasa yang terlibat dapat memberi kerjasama bagi menjayakan Karnival

Permainan Tahap 1 bagi tahun 2013 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….... ………………..…………………………………..

( SOLIKIN BIN AHMAD ) (ABDUL RAHMAN BIN MAT YUNUS)

Penyelaras Karnival Permainan , GPK KoKurikulum

SK. Permas Jaya 1. SK. Permas Jaya 1.

Disahkan oleh,

……………………………………..

(KALSOM BINTI SALEH)

Guru Besar,

SK. Permas Jaya 1.