Kartun Konsep esei

8

Click here to load reader

description

cara penolakan

Transcript of Kartun Konsep esei

Page 1: Kartun Konsep esei

Kartun Konsep Pertama

Berdasarkan kartun konsep yang pertama, dapat ditunjukkan bahawa satu soalan

dan beberapa cara jalan penyelesaian dikemukakan. Kartun konsep ini dapat menunjukkan

kepada murid terdapat pelbagai cara strategi penyelesaian masalah bagi operasi penolakan.

Justeru itu, kartun konsep ini dapat memberi kefahaman murid untuk belajar sesuatu

strategi, membuat refleksi dan kesimpulan terhadap cara penyelesaian yang dilakukan. Oleh

itu, sebagai guru perlu membekalkan beberapa jenis cara penyelesain terhadap sesuatu

masalah. Contohnya, berdasarkan kartun konsep yang pertama ini ada lima cara

penyelesaian masalah. Guru boleh menerangkan satu persatu cara penyelesaian tersebut.

Cara penyelesaian pertama :

Cara penyelesaian kedua :

Cara penyelesaian ketiga :

674 – 328 =

674−300374−20354−4350−4346❑

674 – 328 =

674 – 330 =

674−330344+2

= 346

Berdasarkan cara penyelesain pertama ini, guru boleh

menerangkan mengapa pada awalnya nilai 330 dipilih

berbanding 328. Kemudian, pada akhir jawapan

ditambah pula 2.

674 – 328 =

328+2330+300630+20650+4654+20674

300+2+20+4+20+20346❑

Berdasarkan cara penyelesaian kedua pula, guru boleh

menerangkan mengapa operasi penolakan namun

penyelesaiannya adalah sonsangan daripada

penolakan iaitu penambahan. Tambahan, nilai 328

ditambah-tambah menjadi 674. Tambahan,

penggunaan nilai tempat memainkan peranan penting

bagi penyelesaian masalah ini.

Berdasarkan cara penyelsaian ketiga, guru boleh

menerangkan bagaimana proses penolakan dilakukan.

Mengapa penolakan dipilih mengikut nilai-nilai yang

telah dipecah-pecahkan? Dan apakah funsi awan fikir

yang ditunjukkan serta adakah terdapat kepentingan

nilai tempat untuk jalan penyelsaian ini?

328 = 300 + 20 + 8

Page 2: Kartun Konsep esei

Cara penyelesaian keempat :

Cara penyelesaian kelima :

Oleh itu, berdasarkan beberapa contoh cara penyelesaian yang boleh diterangkan

oleh guru, murid-murid boleh memilih strategi yang mereka selesa dan bersesuaian dengan

tahap pemikiran mereka. Ini kerana, guru perlu faham tahap pemikiran seseorang murid itu

berbeza-beza. Justeru itu, guru perlu menyediakan beberapa cara penyelesaian untuk

setiap sesuatu masalah. Maka, peranan kartun konsep ini mampu menerangkan kepada

murid-murid untuk menyelesaikan masalah matematik. Malahan, serba banyak ia dapat

membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk contoh-contoh cara

penyelesaian. Guru boleh menerangkan satu-persatu dan memberi kebebasan kepada

murid-murid untuk memilih cara mana yang sesuai dengan mereka.

674 – 328 = 346

600 – 300 = 30070 – 20 = 50

4 – 8 = -4

300 + 50 – 4 = 346

Bagi cara penyelesaian keempat pula, guru boleh

menrangkan cara penolakan menggunakan nilai tempat

yang paling besar kemudian diteruskan dengan nilai

tempat yang kecil. Seterusnya, hasil penolakan tersebut

ditambah semula.

674 – 328 =

676 – 330 = 346

Cara penyelesaian yang terakhir pula, guru boleh

menerangkan kepada murid-murid mengapa setiap nilai

ditambah dengan 2. Kemudian, barulah melakukan

proses penolakan.

Page 3: Kartun Konsep esei

Kartun Konsep Kedua

Berdasarkan kartun konsep yang kedua pula, ia lebih fokus dalam menerangkan

cara penyelesaian masalah menggunakan cara penyelesaian di mana satu nombor telah

ditolak dengan nilai 2, kemudian tambah kembali pada akhir jawapan. Guru boleh

menerangkan mengapa dia memilih 330 berbanding 328 kerana ia lebih memudahkan

proses penolakan. Tambahan, pada akhir jawapan akan ditambah semula nilai yang ditolak

dan jawapan akhir akan diperolehi.

Bagi memberi kefahaman yang lebih kukuh kepada murid, guru boleh memberikan

contoh yang lain tetapi menggunakan konsep yang sama. Contohnya 334 – 226 = ?.

berdasaekan contoh tersebut dengan menggunakan konsep yang sama, guru boleh

bertanya kepada murid-murid nilai apakah yang wajar ditolak daripada 334 ? maka,

sekiranya murid mampu menjawab, mereka akan memilih nilai 220 (226 – 6). Oleh itu, murid

akan memperolehi jawapan 114 (334 - 220). Kemudian, jawapan tersebut barulah ditambah

kembali dengan nilai 6 tadi. Justeru jawapan akhir adalah 220 (114 + 6). Soalan ini adalah

berdasarkan tahap pemikiran murid tahun 2. Melalui cara ini, murid dapat mengetahui dan

memahami perkaitan atau perhubungan sesuatu nombor.

Murid perlu mengetahui mengapa nilai ditolak dan mengapa jawapan tersebut

ditambah kembali dengan nilai yang sama.

Page 4: Kartun Konsep esei

Rumusan

Secara kesimpulannya, saya beranggapan bahawa kartun konsep yang dibina ini

serba banyak dapat membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

terutama bagi konsep penolakan. Kedua-dua kartun konsep yang dibina berperanan untuk

menerangkan kepada murid-murid bagaimana langkah-langkah untuk mereka

menyelesaikan masalah operasi penolakan. Dengan pelbagai langkah yang disediakan

dalam kartun konsep pertama boleh membantu murid untuk memilih cara bagaimana yang

mereka inginkan dan sesuai dengan tahap pemikiran mereka.

Tambahan pula, tahap pemikiran murid-murid berbeza-beza. Bukan kesemua murid-

murid yang kita ajar berada di tahap yang tinggi dan berkemungkinan juga terdapat

beberapa murid yang lemah untuk mengikuti cara penyampaian pengajaran kita. Berbeza

dengan murid yang agak lemah, langkah penyelesaiannya mungkin agak panjang kerana

langkah perlu diterangkan satu persatu. Sekiranya terdapat satu langkah yang diloncatkan,

mungkin akan memberikan kesukaran kepada murid tersebut untuk memahaminya. Atas

kerana itu,seorang guru perlu mempelbagaikan cara penyelesaian masalah. Dengan

pelbagai cara penyelesaian masalah, secara tidak langsung murid boleh memilih cara

penyelesaian yang mereka rasakan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah dengan

menggunakan cara tersebut.

Selain itu, dengan pembinaan kartun konsep ini serba banyak dapat menarik minat

untuk memahami bagaimana penyelesaian untuk sesuatu masalah. Dengan ilustrasi yang

menarik serta persembahan yang telah diringkaskan memudahkan murid untuk memahami

apa yang hendak disampaikan oleh kartun konsep tersebut. Kartun konsep ini memudahkan

murid kerana ia hanya menunjukkan contoh-contoh penyelesaian. Murid boleh mengikut

contoh apa yang mereka inginkan dan seterusnya mengikuti langkah bagaimana jawapan

tersebut diperoleh.

Maka, guru pada awalnya perlu menerangkan terlebih dahulu bagaimana langkah-

langkah untuk menggunakan kartun konsep ini seperti yang telah diterangkan pada setiap

set kartun konsep tersebut. Oleh itu, kartun konsep ini merupakan ringkasan daripada

penghuraian guru kerana ia hanya memaparkan cara-cara penyelesaian sahaja. Murid boleh

menjadikan contoh tersebut sebagai rujukan untuk menyelesaikan masalah matematik yang

lain. Tambahan, satu set kartun konsep ini dipadatkan dalam saiz A4 sahaja untuk

memudahkan murid memfokuskan semua maklumat hanya dalam satu paparan kertas.

Page 5: Kartun Konsep esei

Seterusnya, setiap murid di dalam kelas pastinya mempunyai pelbagai strategi yang

berbeza. Justeru itu, tanggungjawab guru untuk membimbing murid-murid ini untuk

memastikan strategi yang dipiihnya sesuai mengikut kehendak soalan. Strategi yang dipilih

perlulah bersesuaian di mana strategi tersebut tidak membazir masa cara penyelesaiannya

ataupun terlalu kompleks di mana cara tersebut boleh dipermudahkan dengan cara yang

lebih mudah dan singkat. Contohnya seperti yang ditunjukkan dalam kartun konsep

pertama, mungkin ada murid yang akan mempersembahkan cara penyelesaian masalah

mereka menggunakan cara pertama dan mungkin juga cara yang ketiga atau kelima.

Guru perlu memberikan penerangan dan cara yang lebih sesuai untuk diikuti.

Strategi mereka bukanlah ditolak, cuma akan dimurnikan dan ditambahbaik dengan

bimbingan guru. Mereka perlu mengetahui cara yang paling mudah dalam menyelesaikan

masalah. Sekiranya cara penyelesaian mereka guru dapati agak sukar, guru boleh

membimbing mereka menggunakan cara yang lebih mudah. Walaubagaimanapun, guru

juga perlu meraikan setiap jalan penyelesaian yang dipersembahkan oleh murid-murid.

Kemudian, apabila murid sudah memilih cara penyelesaian mereka seperti yang ada

di kartun konsep pertama, guru boleh membandingkan setiap strategi yang digunakan oleh

murid di hadapan kelas untuk mereka membandingkan cara mana yang lebih baik. Mereka

akan membuat justifikasi dan membuat analisis setiap satu strategi sama ada ia sesuai

atau tidak untuk diaplikasikan. Murid yang ingin membuat justifikasi, mereka perlu

memberikan sebab dan mengapa mereka memberikan alasan seperti itu. Dengan cara ini,

saya dapat melihat bahawa murid akan lebih memahami untuk membentuk sesuatu

strategi. Mereka akan tahu setiap langkah untuk memperoleh penyelesaian. Tambahan,

sekiranya mereka dapat membandingkan dan menganalisis sesuatu strategi, mereka

mampu untuk mempelbagaikan cara atau strategi untuk menyelesaikan masalah kerana

mereka telah melalui proses menaakul.

Akhir sekali, berikan kebebasan kepada murid untuk memilih strategi apa yang

mereka inginkan. Pengajaran terhadap murid-murid bukanlah lagi menggunakan kaedah

tradisional di mana murid hanya mengikut algritma tanpa sebarang perdebatan. Murid

boleh mengkaji dan membuat penilaian sendiri bagaimana cara mereka menyelesaian

sesuatu masalah tanpa terikat dengan peraturan tradisional.

Oleh itu, secara kesimpulannya, saya dapat simpulkan bahawa kartun konsep yang

pertama memberikan peluang kepada murid-murid untuk memilih strategi atau cara

penyelesaian yang mereka rasakan sesuai dengan cara kefahaman mereka. Manakala,

kartun konsep yang kedua lebih menerangkan bagaimana cara menyelesaikan masalah

menggunakan salah satu contoh yang dipilih daripada kartun konsep pertama iaitu cara

Page 6: Kartun Konsep esei

penyelesaian pertama. Ini kerana, saya merasakan cara tersebut lebih ringkas dan mudah

untuk diaplikasikan oleh murid-murid terutamanya murid tahun dua. Cara tersbut tidak

memerlukan langkah yang panjang dan mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas

dengan mudah kepada murid-murid. Justeru itu, saya beranggapan bahawa kartun konsep

yang dibina ini serba banyak dapat mengukuhkan kefahaman murid-murid berkaitan

dengan operasi penolakan.