Kata bantu

3
Kata Bantu 1. Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam. 2. Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam. 3. Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa hadapan, dan pada masa lampau. Kata Bantu Aspek Ayat Contoh akan Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September. belum Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia. masih Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas. pernah Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur. sedang Ibu sedang menyiram pokok bunga. sudah Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi. telah Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya. 4. Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan. Kata Bantu Ragam Ayat Contoh boleh Adik sudah boleh membaca dengan lancar. dapat Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat. harus Kita harus menghormat ibu dan bapa.

Transcript of Kata bantu

Page 1: Kata bantu

Kata Bantu

1. Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.2.   Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.3.   Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa

hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Aspek Ayat Contoh

akan Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.

belum Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.

masih Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.

pernah Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.

sedang Ibu sedang menyiram pokok bunga.

sudah Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.

telah Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.

4.   Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

Kata Bantu RagamAyat Contoh

boleh Adik sudah boleh membaca dengan lancar.

dapat Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.

harus Kita harus menghormat ibu dan bapa.

hendak Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.

manu Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.

mesti Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.

5.   Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang, masih belum, dan sebagainya.

6.   Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan sebagainya.

7.   Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.Contohnya :

Page 2: Kata bantu

Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam Ayat Contoh

masih boleh “Pakaian itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada adik.

sedang hendak Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.

belum boleh Buah mangga itu belum boleh dimakan.

belum dapat Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.

belum hendak Kami belum hendak pulang lagi.

akan dapat Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.

8.   Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam dan Kata Bantu Aspek Ayat Contoh

harus  sudah Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah petang

mesti akan Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.

mesti boleh Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.

mesti sudah Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.