Kata Kerja (4 March 2012)

6
1. Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan, Contohnya makna, minum, berdoa, bermain, memanjat dan sebagainya. 2. Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan. 3. Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga iaitu: (i) Kata Kerja Tak Transitif (ii) Kata Kerja Transitif (iii) Kata Kerja Pasif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) terhadap diri sendiri. 2. Tidak memerlukan penyambut atau objek untuk menyempurnakan maksudnya. 3. Boleh didapati dalam bentuk: 4. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap - Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya: i) Suhailabaring ii) Leenmenjerit iii) Rozyterduduk - Kata kerja ini diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan seperti mana, bila dan bagaimana sesuatu perbuatan itu berlaku. Contohnya: i) Suhailabaring di atas katil ibunya. ii) Leenmenyanyi dengan merdu iii) Rozyterduduk akibat ditolak oleh abangnya.

description

latihan kata kerja

Transcript of Kata Kerja (4 March 2012)

1. Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan, Contohnya makna, minum, berdoa, bermain, memanjat dan sebagainya.2. Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.3. Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga iaitu:(i) Kata Kerja Tak Transitif(ii) Kata Kerja Transitif(iii) Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukanoleh pembuat (subjek) terhadap diri sendiri.2. Tidak memerlukan penyambut atau objek untuk menyempurnakan maksudnya.3. Boleh didapati dalam bentuk:

4. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:(a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap- Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya:i) Suhailabaringii) Leenmenjeritiii) Rozyterduduk- Kata kerja ini diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan seperti mana, bila dan bagaimana sesuatu perbuatan itu berlaku. Contohnya:i) Suhailabaring di atas katil ibunya.ii) Leenmenyanyi dengan merduiii) Rozyterduduk akibat ditolak oleh abangnya.(b) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap.- Kata kerja ini mesti diikuti oleh unsur-unsur yang lain. untuk melengkapkan maksud ayat yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:i) Wak Deraminmenjadi ketua kampungii) Anak gadis itu bertambah cantik.iii) Sammy dan keluarganya tinggal di Kampung Sungai Buloh.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) terhadap sesuatu benda (objek).2. Kata kerja ini diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya.3. Objek dalam kata kerja transitif terdiri daripada frasa nama. Contohnya:

5. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu:(a) Kata Kerja Transitif Aktif- Kata kerjanya menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i.- Contoh: menjemput, menegur, mengutip mencantas, menziarahi, mematuhi.- Ayat contoh:i) Puan Salmah mengutip sampah yang bertaburan di bilik..ii) Pak Long mencantas dahan pokok rambutan di belakang rumahnya.iii) Semua pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa.(b) Kata Kerja Transitif Pasif- Kata kerjanya menerima awalan di- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i jika digunakan dengan kata ganti nama diri ketiga. Jika kata ganti nama diri pertama dan kedua digunakan, kata kerjanya tidak menerima sebarang awalan atau akhiran.- Contoh: dijemput, ditegur, dikutip, dicantas, diziarahi, dipatuhi- Ayat contoh:i) Sampah yang bertaburan di bilik dikutip oleh Puan Salmah.ii) Dahan pokok rambutan di belakang rumah dicantas oleh Pak Longiii) Peraturan sekolah perlu dipatuhi oleh semua pelajar pada setiap masa.

1. Kata kerja pasir ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif. Kata kerja pasif tidak mempunyai imbuhan awalan meN-, Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk iaitu:i) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua.ii) Kata kerja pasif diri ketigaiii) Kata kerja pasif berawalan beR- dan teR-iv) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.v) Kata kerja pasif dengan kata kena (kata kena boleh diganti dengan awalan di-)2. Contoh kata kerja pasif ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat, bersapu, berjemur, terdaki, terpegun, kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap dan sebagainya.

7. KATA KERJA

KETERANGAN: Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :i.Kata Kerja Transitif menebas, menyidai, menulisii.Kata Kerja Tak Transitif bangun, lihat, lulusiii.Kata Kerja Pasif ditebas, disidai, ditulis

LATIHAN 7 : KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.A menghulurkanC meletakkanB melontarkanD melabuhkan

2.Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.A mencapaiC menggarapB mendudukiD merangkul

3.Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.A terjumpaC berjumpaB dijumpaiD menjumpai

4.Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.A menumbangkanC menewaskanB menundukkanD menumpaskan

5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.A penghapusanC penerokaanB pembersihanD pembasmian

6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.A mengikisC merautB menarahD mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7. A Ali suka membaca buku.B Dia pancing ikan di sungai.C Ahmad tendang bola itu.D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

8.A Adik saya suka menangis.B Air sungai itu mengalir deras.C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .

9.A Pak Mat sedang membelah kayu.B Ruzila sedang memasak kuih.C Noraini sedang makan buah rambutan.D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.10. A Jangan melompat.B Dia lompat jauh.C Dia senyum kepada saya.D Ani bersalam dengan saya.Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.A mengepitC menjamahB mengonggongD memakan

12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.A ditipuC ditegurB disapaD dikunjungi

13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.A mencabutC memotongB mencukurD menggunting

14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.A melancongC menziarahiB mendatangiD menemui

15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.A merautC memasukB menjolokD mencucuk

16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.A menyanyikanC mengalunkanB mempamerkanD mendendangkan

17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman. A diangkatC dipegangB disambutD dijulang

18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.A menyuduC menyodokB meminumD mencedok

19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.A tergelincir C terbabasB tersangkutD tersangkut

20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.A menenunC menyiratB menganyamD menyulam