Kaunseling Islam

8
DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling 72 Kaunseling Islam: Suatu Keperluan Nik Rosila Nik Yaacob Pendahuluan Kaunseling dalam Islam adalah berasaskan konsep hisbah yang mula dicetuskan oleh Rasulullah SWT dan dipraktikkan sehinggalah pada zaman sahabat. Hisbah merujuk kepada anjuran kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan (amar ma’ruf nahi munkar) yang lebih memfokus kepada bidang pemasaran dan ekonomi seperti mencegah peniaga menyorok barangan dan menjualnya dengan harga tinggi (Muhammad Abd Mun’im,1992). Konsep hisbah bertujuan untuk menjamin keharmonian dalam masyarakat ini kemudiannya telah diguna pakai dalam setiap aspek kehidupan manusia yang bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan dalam diri individu dan kepada masyarakat keseluruhannya. Galakan untuk mengamalkan konsep hisbah ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah al- ‘Imran, 3:104; “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarah kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan” (dalam Abdullah, 1989). Dorongan melakukan kebaikan ini dan mencegah daripada kemungkaran ini disokong oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim (Abdul Aziz, t.t); “Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak berupaya dengan lidahnya, jika tidak berupaya maka dengan hatinya dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman”. Berdasarkan kedua-dua dalil daripada sumber al-Qur’an dan Hadis ini, para cendikiawan Islam sepakat berpendapat bahawa setiap Muslim bertanggungjawab untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran (Siti Zalikhah, 2002). Justeru, kaunseling Islam memfokus untuk mewujudkan kesejahteraan dalam diri individu sama ada dalam hubungannya secara interpersonal atau secara intrapersonal. Keperluan kepada Kaunseling Islam Kaunseling merujuk kepada proses temu duga secara bersemuka, mengenal pasti, membimbing, dan bertujuan untuk membantu individu menyelesaikan masalahnya atau merancang untuk masa depannya (Reber & Reber 2001). Kaunseling dalam Islam pula dibentuk berdasarkan ajaran Islam dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Al (Qur’an) ialah pembimbing dan penyembuh (segala penyakit) kepada siapa yang beriman” (Surah Fussilat 41:44, dalam Abdullah 1989). Selain daripada membimbing, menasihat, dan bersemuka, matlamat utama kaunseling dalam Islam ialah untuk menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Allah SWT sebagai Pemilik seluruh isi alam. Penyerahan jiwa dan raga kepada Allah SWT merupakan kemuncak kepada perasaan bahagia dan damai yang secara tidak langsung dapat memberi rasa tenang. Kamal Abd. Manaf (1995) dan Aziz Salleh (1993 ) mendefinisikan kaunseling Islam sebagai proses interaksi antara klien dengan seorang yang pakar dalam Islam. Seorang kaunselor Muslim seharusnya menunjukkan kualiti-kualiti seperti mempunyai karakter yang baik, mempunyai pengetahuan dalam prinsip-prinsip asas Islam, seorang yang bijak dan memahami psikologi manusia, penyabar serta mempunyai daya integriti yang tinggi. Kaunselor juga perlu memahami bahawa hubungan menolong yang dibina antara klien dengan kaunselor ialah

description

KAUNSELING

Transcript of Kaunseling Islam

Page 1: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

72

Kaunseling Islam: Suatu Keperluan

Nik Rosila Nik Yaacob

Pendahuluan

Kaunseling dalam Islam adalah berasaskan konsep hisbah yang mula dicetuskan oleh Rasulullah SWT dan dipraktikkan sehinggalah pada zaman sahabat. Hisbah merujuk kepada anjuran kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan (amar ma’ruf nahi munkar) yang lebih memfokus kepada bidang pemasaran dan ekonomi seperti mencegah peniaga menyorok barangan dan menjualnya dengan harga tinggi (Muhammad Abd Mun’im,1992). Konsep hisbah bertujuan untuk menjamin keharmonian dalam masyarakat ini kemudiannya telah diguna pakai dalam setiap aspek kehidupan manusia yang bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan dalam diri individu dan kepada masyarakat keseluruhannya. Galakan untuk mengamalkan konsep hisbah ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah al-‘Imran, 3:104;

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarah kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan” (dalam Abdullah, 1989).

Dorongan melakukan kebaikan ini dan mencegah daripada kemungkaran ini disokong oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim (Abdul Aziz, t.t);

“Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak berupaya dengan lidahnya, jika tidak berupaya maka dengan hatinya dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Berdasarkan kedua-dua dalil daripada sumber al-Qur’an dan Hadis ini, para cendikiawan Islam sepakat berpendapat bahawa setiap Muslim bertanggungjawab untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran (Siti Zalikhah, 2002). Justeru, kaunseling Islam memfokus untuk mewujudkan kesejahteraan dalam diri individu sama ada dalam hubungannya secara interpersonal atau secara intrapersonal. Keperluan kepada Kaunseling Islam Kaunseling merujuk kepada proses temu duga secara bersemuka, mengenal pasti, membimbing, dan bertujuan untuk membantu individu menyelesaikan masalahnya atau merancang untuk masa depannya (Reber & Reber 2001). Kaunseling dalam Islam pula dibentuk berdasarkan ajaran Islam dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Al (Qur’an) ialah pembimbing dan penyembuh (segala penyakit) kepada siapa yang beriman” (Surah Fussilat 41:44, dalam Abdullah 1989). Selain daripada membimbing, menasihat, dan bersemuka, matlamat utama kaunseling dalam Islam ialah untuk menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Allah SWT sebagai Pemilik seluruh isi alam. Penyerahan jiwa dan raga kepada Allah SWT merupakan kemuncak kepada perasaan bahagia dan damai yang secara tidak langsung dapat memberi rasa tenang. Kamal Abd. Manaf (1995) dan Aziz Salleh (1993 ) mendefinisikan kaunseling Islam sebagai proses interaksi antara klien dengan seorang yang pakar dalam Islam. Seorang kaunselor Muslim seharusnya menunjukkan kualiti-kualiti seperti mempunyai karakter yang baik, mempunyai pengetahuan dalam prinsip-prinsip asas Islam, seorang yang bijak dan memahami psikologi manusia, penyabar serta mempunyai daya integriti yang tinggi. Kaunselor juga perlu memahami bahawa hubungan menolong yang dibina antara klien dengan kaunselor ialah

Page 2: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

73

berasaskan hubungan kemanusiaan yang bertujuan untuk membantu klien agar dapat meneroka potensi diri seterusnya membimbing agar lebih dekat kepada Allah SWT. Oleh itu, prinsip asas dalam kaunseling Islam ialah untuk mengembalikan manusia kepada realiti iaitu Penciptanya (Al-Attas, 1995; Al-Ghazali, 1998). Hal ini adalah kerana salah satu sifat semulajadi manusia ialah lupa (Surah Ta Ha 20:115) dan lemah (Surah al-Nisa’: 28). Konsep kaunseling sebenarnya telah diamalkan dalam masyarakat Islam terutama dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Ketua masyarakat, imam dan individu yang dihormati sering dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Walaupun golongan ini tidak menggunakan kemahiran terapeutik dalam kaunseling, tetapi ilmu pengetahuan mengenai budaya dan Agama serta pengalaman hidup menjadi panduan dalam proses penyelesaian masalah (Syed Hussin, 1975; Ismail Hamid, 1991). Konsep kaunseling telah di serapkan secara tidak langsung dalam komuniti Islam. Dewasa ini, walaupun ketua masyarakat, imam atau individu yang dihormati masih menjadi sumber rujukan, pertubuhan sukarela atau NGO turut memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu individu yang memerlukan pertolongan terutama yang berkaitan dengan permasalahan psikologi dan pembangunan diri. Peranan yang sama turut dimainkan oleh pegawai-pegawai Agama di jabatan-jabatan Agama Islam Negeri terutama dalam menyelesaikan masalah perceraian dan rumahtangga (Rohayati, 2008). Peranan yang dimainkan oleh golongan ini amatlah baik, namun ilmu dan kemahiran kaunseling perlu di pertingkatkan. Hal ini disokong oleh Osman, Milstein & Marzuk (2005). Kajian mereka mendapati Imam atau individu yang lebih tua yang menjadi rujukan masyarakat setempat perlu mendapat sokongan daripada kaunselor bertauliah untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu psikologi dan kaunseling serta kemahiran terapeutik. Hal ini adalah kerana penduduk setempat lebih cenderung untuk merujuk permasalahan yang mereka hadapi kepada Imam dan individu yang lebih tua berbanding dengan kaunselor bertauliah. Antara kemahiran-kemahiran kaunseling yang diperlukan ialah kemahiran mendengar, empati, membuat refleksi, membuat penjelasan dan memparafrasa, menyoal dan konfrontasi, serta kemahiran merumus (Muhd Mansur & Siti Nordinar, 1993; Rohayati, 2008). Amalan kaunseling yang diamalkan oleh kaunselor Muslim masa kini adalah berlandaskan teori psikologi barat yang mengenepikan elemen-elemen spiritual dan agama. Sebagai contoh, aliran psikoanalitik yang dipelopori oleh Sigmund Freud mendapati personaliti manusia adalah hasil daripada perubahan dalaman. Perubahan dalaman ini didasari oleh pemikiran alam tidak sedar yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Keadaan ini menyebabkan manusia menjadi tidak rasional, agresif dan hanya memfokus untuk memenuhi tuntutan biologi semata-mata (Corey, 1997). Asas teori psikoanalitik dipertikaikan kerana ianya dibina berdasarkan pemerhatian Sigmund Freud ke atas pesakitnya yang mengalami masalah mental dan neurosis (Peck, 1997). Manakala dalam teori tingkah laku, personaliti manusia diukur melalui rangsangan dan tindakbalas yang ditunjukkan. Apabila sesuatu rangsangan diberikan berulangkali kepada individu, tingkah laku tertentu akan dapat dibentuk (Lahey, 2001). Rangsangan dan tindakbalas menjadi asas utama dalam membentuk karakter manusia. Oleh itu, elemen-elemen dalaman seperti alam sedar, tenaga libido dan pemikiran manusia tidak diterima sebagai penyumbang dalam pembentukan karakter manusia (Marx & Hillix,1979). Teori-teori personaliti barat masih kabur dan tidak komprehensif kerana idea mereka tentang personaliti manusia dibahagikan kepada beberapa idea dan teori yang berbeza-beza mengikut pendapat mazhab psikologi yang berbeza-beza. Ahli-ahli psikologi barat masih tercari-cari mengenai hakikat sebenar kejadian manusia sepertimana disuarakan oleh Eysenck (1954):

Page 3: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

74

“The concept of personality is widely recognized as being quite central in psychology, yet its definition is a very nebulous affair indeed. There is some agreement that it refers to certain enduring dispositions in the constitution of the individual and that it is a basic reality underlying important individual differences in behavior, but precisely what its nature is, how it originated, and how it can be measured, are questions on which psychologist are in desperate disagreement” (halaman 52)

Dari perspektif Islam, pemahaman tentang hakikat sebenar kejadian manusia adalah merujuk kepada komponen asas penciptaan manusia iaitu ruh dan jasad. Pemahaman tentang personaliti manusia seharusnya mengintegrasikan kedua-dua komponen ini, jika tidak konsep personaliti gagal dicerakinkan secara holistik (Al-Attas, 1995; http://jme.bmj.com/subscription). Berbeza dengan Islam, ahli psikologi barat menolak entiti ruh sebagai sebahagian daripada personaliti manusia kerana ianya tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia dan tidak dapat diukur melalui kajian saintifik (Malik Badri, 1996). Walau bagaimanapun, terdapat ahli psikologi barat yang berpandangan aspek spiritual penting dalam perkembangan manusia dan sesuai sebagai elemen terapeutik yang efektif dalam proses kaunseling (Ivey et.al,2002). Kajian tinjauan yang dilakukan oleh Ivey et.al menunjukkan lebih dari 60 peratus pelajar bersetuju bahawa agama dan spiritual penting dalam kehidupan mereka dan menjadi sumber kekuatan dalaman terutama apabila mereka menghadapi masalah. Dossey (1997) pula mendapati sembahyang merupakan kaedah yang paling berkesan dalam proses penyembuhan penyakit atau masalah. Dapatannya juga menunjukkan perlakuan-perlakuan dalam sembahyang yang diiringi dengan nilai-nilai dalaman seperti empati, mengambil berat dan kasihan belas memberi implikasi yang positif dalam proses penyembuhan penyakit. Kajiannya ke atas pesakit yang mengidap pelbagai jenis penyakit mendapati sembahyang berupaya menurunkan tekanan darah, mengelak daripada serangan sakit jantung, serta menurunkan tahap kebimbangan pesakit. Dapatan yang sama ditunjukkan oleh Rohayati (2008) dan Salina (2007). Salina (2007) yang menggunakan teknik REBT dalam sesi kaunselingnya dengan klien juga mendapati zikir dan muhasabah diri seperti yang dianjurkan Islam boleh memberi ketenangan kepada kliennya. Prinsip Asas Kaunseling Islam Prinsip asas dalam kaunseling Islam ialah memahami pandangan sarwajagat Islam. Pandangan sarwajagat Islam (Islamic worldview) merujuk kepada pemikiran individu terhadap kewujudan manusia, tujuan hidupnya, dan apakah matlamat akhir kehidupan manusia. Al-Attas (1995) mendefinisikan pandangan sarwajagat Islam sebagai:

“The worldview of Islam encompasses both al-dunya and al-akhirat, in which the dunya - aspect must be related in a profound and inseparable way to the akhirat-, and in which the akhirat – aspect has the ultimate and final significance…World-view according to the perspective of Islam, is then the vision of reality and truth that appears before our mind’s eye revealing what existence is all about, for it is the world of existence in totality that Islam is projecting..” (halaman 1)

Berdasarkan definisi diatas, pandangan sarwajagat Islam merujuk kepada kehidupan manusia di atas muka bumi ini dan di alam akhirat (selepas manusia mati). Kedua-dua alam

Page 4: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

75

ini saling berhubungan. Hal ini bermakna segala perlakuan manusia semasa di alam dunia akan mempengaruhi kehidupan mereka di alam akhirat. Menurut Al-Attas (1995), pandangan sarwajagat Islam berbeza dengan pandangan hidup agama atau peradaban lain. Hal ini adalah kerana, asas kepada pembentukan pandangan sarwajagat Islam berpaksi kepada kepercayaan kepada Allah SWT dan konsep sarwajagatnya mencakupi aspek keduniaan dan keakhiratan. Elemen-elemen penting ini tidak menjadi agenda utama kepercayaan atau peradaban lain. Pandangan sarwajagat Islam menekankan kepentingan wahyu, kehidupan dunia dan akhirat serta kekhalifahan dalam persepsi seseorang terhadap alam berdasarkan fakta dan kebenaran al-Quran dan bukannya andaian manusia sahaja. Alparslan (1996) menjelaskan maksud pandangan sarwajagat sebagai ”...the foundation of all human conduct, including scientific and technological activities. Every human activity is ultimately traceable to its worldview, and as such it is reducible to that worldview”. Oleh itu, pandangan sarwajagat seseorang merupakan faktor dalaman yang akan menggerakkan dirinya dan seterusnya meneruskan kelangsungan kehidupannya di atas dunia ini.

Prinsip-prinsip yang mendasari pandangan sarwajagat Islam iaitu: Agama Islam, iman dan ihsan. Agama dari segi bahasa bermaksud kepercayaan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ia sering dikaitkan dengan ibadat dan hubungannya dengan Tuhan. Dari segi istilah, agama Islam atau al-deen (bahasa Arab) merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah SWT adalah Pencipta sekelian alam dan berhak disembah. Al-deen juga adalah satu cara hidup (way of life) yang mencakupi seluruh kehidupan manusia samada dari segi hubungannya dengan Allah, dengan manusia dan dengan alam sekitar (Al-Attas, 1995). Dalam Agama Islam terdapat lima perkara yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu Muslim untuk mencapai kesempurnaan agamanya, iaitu mengucap kalimah syahadah iaitu kalimah yang menyatakan kepercayaan manusia kepada Allah yang satu, menunaikan ibadah solat sebanyak lima kali dalam sehari, melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, serta menunaikan ibadah haji di Mekah (Hassan, 1998). Kesempurnaan hidup beragama bagi seorang individu ialah apabila berjaya melaksanakan kelima-lima perkara ini dengan penuh penghayatan dan tanpa lalai. Prinsip yang kedua ialah iman. Iman ialah tasdiq iaitu membenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan perbuatan setiap arahan Allah dan Rasulullah. Konsep iman berbeza dengan Islam. Jika konsep Islam disempurnakan oleh gerakan anggota lahir seperti tangan kaki dan sebagainya, manakala konsep iman disempurnakan melalui anggota batin seperti pemikiran dan hati. Dengan kata lain, keimanan adalah keyakinan yang tidak bercampur baur dengan keraguan. Untuk mencapai keyakinan yang mutlak, ilmu pengetahuan yang benar iaitu berlandaskan al-Quran atau hadis Rasulullah adalah menjadi sandaran utama. Hal ini kerana aqal manusia tidak dapat membuktikan sebahagian perkara asas dalam Agama seperti kewujudan malaikat, hari akhirat atau syurga dan neraka (Hassan, 1998). Ciri-ciri orang yang beriman dijelaskan dalam Al-Qur’an sebagai:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah-mereka itulah orang yang benar” (Surah al-Hujurat, 13 dalam Abdullah, 1989).

Di samping ciri-ciri yang disebut dalam ayat di atas, orang yang beriman juga mempunyai sifat-sifat dalaman yang terpuji seperti sifat malu, jujur, dan cintakan Allah lebih daripada dirinya (Al-Ghazali, 1998). Selain daripada kepercayaan kepada Allah dan Rasul, terdapat empat perkara asas dalam iman percaya kepada malaikat, percaya kepada al-Quran, percaya

Page 5: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

76

kepada hari akhirat, dan percaya kepada qadha’ dan qadar (untung baik dan untung buruk) (Hassan, 1998). Prinsip yang ketiga ialah ihsan. Ihsan dari segi bahasa ialah sesuatu yang memberi manfaat atau kebaikan kepada orang lain. Dari segi istilah Islam, ihsan merujuk kepada melakukan amalan seolah-olah kita melihat Allah SWT dan sekiranya kita tidak nampak Allah, anggaplah Allah melihat setiap perbuatan kita (Al-Attas, 1995; Al-Ghazali, 1998). Dalam ertikata lain, sesuatu amalan yang dilakukan perlulah ikhlas dan amanah. Ihsan adalah kemuncak kepada kesempurnaan amalan manusia kerana perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia disertai dengan ilmu mengenai Allah. Manusia yang berada pada tahap ini, beranggapan setiap perlakuannya hanya untuk Allah semata-mata (Al-Ghazali, 1998). Sebagai contoh, sedekah yang diberikan kepada orang lain adalah bukan daripada hasil titik peluhnya semata-mata, tetapi sedekah itu datang daripada harta Allah SWT dan diperolehinya melalui tenaga yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Manusia yang berada pada tahap ihsan tidak mempersoalkan lagi tentang soal untung rugi atau dosa pahala.

Islam, iman dan ihsan merupakan tiga prinsip asas yang menjadi tunjang dalam pandangan sarwajagat Islam. Apabila ketiga-tiga prinsip tersebut diterapkan dalam kehidupan manusia, natijahnya adalah menjurus kepada pembinaan kendiri yang jelas. Sebarang perubahan yang berlaku dalam diri individu, sama ada dari segi personaliti, tingkah laku dan sosial akan menjurus kepada penghayatan Islam yang sebenar. Pendekatan dalam Kaunseling Islam Berdasarkan konsep hisbah, pendekatan dalam kaunseling Islam menggunakan beberapa teknik, iaitu nasihah, irsyad, tazkirah, qudwah dan islah (Siti Zalikhah, 2002). Nasihah (nasaha: bahasa arab) bermaksud maklum balas yang benar dan jujur (Wehr, 1980). Pendekatan kaunseling barat tidak mengiktiraf nasihat dalam proses kaunseling dengan klien kerana nasihat dikategorikan sebagai satu kemahiran untuk bertindakbalas. Justeru, nasihat tidak diterima sebagai salah satu pendekatan dalam kaunseling barat (Ivey et.al, 2002). Dalam kaunseling Islam sekiranya klien ternyata tergelincir daripada landasan Islam yang benar, klien tersebut perlu diberi nasihat agar kembali semula kepada Islam dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Penasihatan perlu dilakukan dalam keadaan ikhlas, tenang, berhati-hati, sabar dan tidak menyinggung perasaan klien. Penggunaan kata-kata atau frasa-frasa yang tertib dan lembut serta suasana emosi yang dikawal boleh mewujudkan suasana penasihatan terancang dan harmoni (Siti Zalikhah, 2002). Irsyad (rashada atau rushd: bahasa arab) bermaksud menunjuk arah kepada kebenaran, iaitu kepada Agama (Al-Ghazali, 1998; Wehr, 1980). Lawan kepada perkataan rushd ialah al-ghayy iaitu kesesatan (Wehr, 1980). Tanggungjawab seorang kaunselor Muslim ialah untuk memberi penjelasan dan bimbingan kepada klien daripada kesesatan dan kekeliruan. Oleh itu, hanya petunjuk yang berasaskan prinsip-prinsip Agama yang boleh membawa klien kepada jalan yang benar.

Pendekatan yang ketiga ialah tazkirah. Tazkirah atau peringatan merupakan antara saranan Islam yang penting. Antara tugas para rasul dan nabi ialah untuk memberikan peringatan kepada manusia mengenai tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas muka bumi ini (Al-Ghazali, 1998). Justeru, tugas kaunselor dalam proses kaunseling juga berkaitan dengan memberi peringatan agar klien dapat menjauhkan diri daripada kemungkaran dan sentiasa berfikiran positif dalam proses menjalinkan hubungan dengan persekitarannya. Proses

Page 6: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

77

memberi peringatan boleh dilakukan secara kelompok atau secara perseorangan. Apabila berhadapan dengan kelompok klien, kaunselor perlu bijak mengendalikan situasi klien yang ramai dengan mengambil kira nada suara, permasalahan berkaitan, serta perkataan atau ucapan yang dilontarkan kepada klien (Siti Zalikhah, 2002). Walaupun tazkirah diberikan kepada klien, keputusan akhir untuk menerima atau menolak bergantung kepada klien selepas beliau membuat pertimbangan sendiri (Aziz Salleh, 1993). Pendekatan seterusnya ialah islah. Islah ialah perubahan sikap dan tingkah laku manusia ke arah yang lebih baik. Islah (salaha: bahasa Arab) bermaksud menjadi baik, benar, sesuai, dan beriman (Wehr, 1980). Dalam hal ini, islah merujuk kepada memperbaiki hubungan antara sesama manusia. Hubungan manusia sesama manusia meliputi hubungannya dengan ibu bapa, adik beradik, kawan, jiran tetangga, dan masyarakat keseluruhannya (Al-Ghazali, 1998). Kewajipan memperbaiki hubungan antara sesama manusia dijelaskan dalam Surah al-Hujurat, 49:10:

“Sebenarnya orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (dalam Abdullah, 1989).

Qudwah bermaksud teladan. Sebagai kaunselor, beliau seharusnya mempunyai akhlak yang mulia dan peribadi yang baik serta beberapa ciri-ciri lain seperti beriman, adil, bijak mengenal pasti dan membuat analisis kes, teguh dalam agama serta mengetahui kemungkaran yang berlaku, lembut, mesra, sabar, tidak mudah marah (Al-Ghazali, 1998; Ibn Taimiyyah, 1982), tenang, nada suara yang jelas, sifat kesegeraan, tidak menghukum, dan mendengar dengan penuh empati (Siti Zalikhah, 2002; Muhd Mansur & Siti Nordinar, 1993). Sifat-sifat kaunselor seperti ini diperlukan agar dapat memberi keyakinan dan menjadi teladan kepada klien bahawa beliau berhadapan dengan individu yang berwibawa dalam bidang menolong. Seorang kaunselor bukan sahaja menunjukkan teladan yang baik tetapi mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah psiko-emosi klien. Umpamanya, menggunakan opposite technique atau teknik berlawanan yang disarankan oleh al-Ghazali (Al-Ghazali, 1998) dalam menangani sifat tercela. Contohnya, seseorang yang kedekut perlu melatihkan dirinya atau memaksa dirinya untuk mengamalkan bersedekah. Apabila amalan ini telah menjadi kebiasaan, sifat kedekut tersebut boleh di hapuskan secara sedikit demi sedikit (Al-Ghazali, 1998). Begitu juga dalam terapi marah. Individu yang berada dalam keadaan marah perlu mengambil inisiatif dengan mengubah atau melarikan diri daripada situasi tersebut sama ada duduk (sekiranya dia berdiri), mengambil wuduk atau menjauhkan diri daripada suasana kemarahan (Al-Ghazali, 1998). Pendekatan yang dibincangkan adalah mudah dan menjurus kepada aspek membimbing dan menolong klien agar dapat menilai kembali dirinya dan perkaitannya dengan permasalahan yang wujud. Kesimpulan Artikel ini telah mengupas aspek-aspek penting dalam pembinaan kaunseling Islam sebagai alternatif kepada amalan kaunseling sekarang ini. Berdasarkan perbincangan, kaunseling Islam amat signifikan sebagai intervensi dalam sesi kaunseling kerana didasari oleh matlamat yang jelas tentang konsep kemanusiaan dan matlamat akhir kewujudannya. Persoalan inilah yang seringkali diabaikan dalam proses kaunseling sedangkan seawal kelahiran, manusia telah dipupuk dengan elemen Agama dan aspek spiritual yang suci dalam lingkungan

Page 7: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

78

keluarga dan budaya. Seharusnya apabila manusia berhadapan dengan masalah kehidupan, penelitian kembali kepada elemen-elemen ini dijadikan teras utama. Rujukan Abdullah Yusuf Ali. (1989). The Holy Qur’ān: text, translation and commentary. New

Revised Edition. Maryland: Amana Corporation. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1995). Prolegomena to the metaphysics of Islam: an

exposition of the fundamental elements of the worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC

Alparslan Acikgenc. (1996). Islamic science: Towards a definition. Kuala Lumpur:

ISTAC Al-Ghazālī, Abū Hamid bin Muhammad. (1998). Ihyā’ ‘ulūmuddin Vol. 2. Beirut:

Dār al-Kutub al-‘Ilmiah. Aziz Salleh. (1993). Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd. Corey, G. (1997). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California:

Woodsworth Publishing Co. Dossey, L. (1997). Healing words: The Power of Prayer and The Practice of Medicine. New

York: Harper Collins Publisher Hassan Mahmud. (1998). Mukmin sejati. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher Eysenck, H.J. (1954). Fact and fiction in psychology. Penguin Books: Middlesex, England. Ibn Taimiya. (1982). Public duties in islam: The Institution of hisba. Translated from Arabic

by Muhtar Holland. United Kingdom: The Islamic Foundation. Ismail Hamid. (1991). Masyarakat Melayu dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Ivey, A.E. et.al. (2002). Theories of counseling and Psychotherapy: A Multicultural

Perspective, 5th Edition, Boston: Allyn & Bacon. Kamal Abd. Manaf. (1995). Kaunseling Islam: Perbandingan antara Amalan dan Teori

Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications and distributors. Lahey, B.B. (2001). Psychology: An introduction. 7th edition. Mc Graw hill: New York. Malik B. Badri. (1996). Counseling and Psychotherapy from an Islamic Perspective, Al-

Shajarah, Vol. 1, (1 & 2). Marx, M.H. & Hillix, W.A. (1979). System and theories in psychology. 3rd edition. New

York: McGraw-Hill.

Page 8: Kaunseling Islam

DP. Jilid 12 Bil.1/2012 Bimbingan dan Kaunseling

79

Muhammad Abdul Mun’im. (1992). Ensiklopedia Ekonomi Islam, Jilid 1, Salahudin

Abdullah (Trans.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Muhd Mansur & Siti Nordinar. (1993). Pengantar kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Osman M.A, Milstein, G & Marzuk, P.M. (2005). The Imam’s Role in meeting the

Counseling Needs of The Muslim Communities in the United States. Psychiatric Service, Vol.56, February, Num. 2

Peck, M.S. (1990). The Road less Travelled: a new Psychology of Love, Traditional Values

and Spiritual Growth. London: Arrow. Reber, A.S & Reber, E. (2001). The Penquin Dictionary of Psychology. 3rd edition. London:

Penquin Books. Rohayati. (2008). Pendekatan kaunseling Islam dalam menangani permasalahan

perkahwinan: Satu kajian kes. M.Ed dissertation, Universiti Sains Malaysia. Salina Mohtar. (2007). Pendekatan Rasional emotif Tingkah laku (REBT) dalam

mengurangkan stres: Satu kajian kes. M.Ed dissertation, Universiti Sains Malaysia. Sevensky, R.L. (1983). The religious foundations of health care: a conceptual approach,

Journal of Medical Ethics. Retrieved from http://jme.bmj.com/subscription Siti Zalikhah Md. Nor. (2002). Kaunseling menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Syed Hussin Ali. (1975). Malay Peasant Society and Leadership. Kuala Lumpur: Oxford

University Press.

Wehr,H.A. (1980). Dictionary of Modern Written Arabic. Edited by Cowan, J.M. 3rd Printing. Beirut: Librairie Du Liban.