KAUNSELING - · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga...

5
KAUNSELING D’PUNCAK (artikel) Keluaran Jun, 2016 BIMBINGAN KERJAYA Pengenalan Pendidikan yang bermula sejak pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi merupakan kunci utama dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang. Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menuntut ilmu tidak kira lelaki mahupun perempuan, bahkan mendapat ganjaran disisi Allah sekiranya ilmu yang dipelajari diamalkan. Tidak kira ditahap mana pendidikan seseorang, hidup perlu diteruskan dengan menceburi bidang pekerjaan samada makan gaji mahupun bekerja sendiri. Pendidikan dan kerjaya adalah merupakan dua bidang yang berbeza. Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan. Pendidikan biasanya berlaku secara langsung dan tidak langsung. Manakala kerjaya pula menurut Super ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

Transcript of KAUNSELING - · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga...

Page 1: KAUNSELING -   · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-pihak bertanggungjawab di institusi ... mendapatkan perkhidmatan kaunseling,

KAUNSELING

D’PUNCAK

(artikel)

Keluaran Jun, 2016

BIMBINGAN KERJAYA

Pengenalan

Pendidikan yang bermula sejak pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi merupakan kunci utama

dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang. Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menuntut ilmu

tidak kira lelaki mahupun perempuan, bahkan mendapat ganjaran disisi Allah sekiranya ilmu yang dipelajari

diamalkan. Tidak kira ditahap mana pendidikan seseorang, hidup perlu diteruskan dengan menceburi bidang

pekerjaan samada makan gaji mahupun bekerja sendiri.

Pendidikan dan kerjaya adalah merupakan dua bidang yang berbeza. Syed Muhammad Qutb menyatakan

bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau,

tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia

ke arah tahap kesempurnaan. Pendidikan biasanya berlaku secara langsung dan tidak langsung. Manakala

kerjaya pula menurut Super ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan

seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu

sepanjang kehidupannya.

Page 2: KAUNSELING -   · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-pihak bertanggungjawab di institusi ... mendapatkan perkhidmatan kaunseling,

“Ada juga yang memilih kursus bagi memenuhi harapan keluarga atau pun menceburi

bidang pengajian yang gagal dimasuki oleh ibubapa mereka dahulu”

2

Dilema memilih

Di peringkat sekolah menegah pelajar akan dijuruskan ke aliran-aliran yang bersesuaian dengan

keputusan peperiksaan mereka samada aliran sains, perdagangan, perakaunan ataupun vokasional

yang lebih berbentuk kemahiran. Pelajar-pelajar ini (vokasional) akan lebih berjaya jika melanjutkan

pelajaran dalam kursus yang sama kerana jika mereka ingin menukar ke kursus yang berorientasikan

akademik, mereka perlu memberi tumpuan terhadap subjek teras iaitu Matematik dan Sains. Pada

peringkat ini biasanya pelajar berada dalam dilema untuk memilih aliran pengkhususan kerana

mempunyai minat yang pelbagai serta cita-cita yang sering berubah-ubah. Ada yang cenderung ke

bidang sains dan minat kerjaya juga ke arah kerjaya sains, malangnya keputusaan peperiksaan tidak

memihak ke arah cita-cita. Jadi bagaimana pelajar perlu menghadapi dilema ini? Perkara ini berlaku

bukan sahaja di peringkat sekolah Menengah tetapi juga di kalangan pelajar-pelajar pusat pengajian

tinggi.

Melalui pengalaman sebagai kaunselor, terdapat kes-kes di mana pelajar diberhentikan atau pun

mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak berupaya untuk meneruskan bidang berkaitan

semata-mata kerana faktor minat. Setelah menjalani sesi kaunseling didapati ada di antara mereka

memilih kursus bukan berdasarkan pilihan mereka tetapi didorong oleh keluarga/saudara mara. Ada

juga yang memilih kursus bagi memenuhi harapan keluarga atau pun menceburi bidang pengajian yang

gagal dimasuki oleh ibubapa mereka dahulu.

Tindakan remaja dalam memilih bidang pengajian mahupun pekerjaan banyak bergantung kepada

bimbingan yang diperolehi sebelum membuat sesuatu pilihan. Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-

pihak bertanggungjawab di institusi pendidikan perlu membimbing remaja dalam membuat keputusan

pemilihan pengajian dan kerjaya. Menurut Amir Awang (1983), tiga sebab mengapa berlakunya

kesukaran membuat pemilihan kerjaya ialah;

a) Mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas ataupun tidak mempunyai minat langsung

terhadap apa-apa kerjaya.

b) Pelajar tidak dapat menenetukan dengan sebaiknya minat, kebolehan dan personaliti mereka.

Disebabkan itu, pilihaan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadi mereka.

c) Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan.

Page 3: KAUNSELING -   · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-pihak bertanggungjawab di institusi ... mendapatkan perkhidmatan kaunseling,

Remaja perlu menyedari bahawa selain dari pencapaian

akademik, minat, kebolehan, kemahiran, sikap dan

persoanaliti memainkan peranan dalam mendapatkan

bidang pekerjaan yang sesuai .Pada peringkat awal

samada di peringkat sekolah mahu pun pengajian tinggi,

remaja belajar hanya untuk lulus peperiksaan tanpa

memikirkan soal kerjaya. Ada remaja yang memikirkan

kerjaya selepas mereka tamat pengajian. Keadaan ini

sudah pasti menyukarkan mereka untuk memilih bidang

pekerjaan yang bersesuaian dengan minat, personaliti dan

kebolehan mereka. Ketidak selarasan antara minat dan

personaliti dengan pemilihan kerjaya boleh menyebakan

berlakunya pertukaran kerja ataupun pertukaran bidang

pengajian dalam masa yang singkat. Justeru itu dalam

pemilihan kerjaya, adalah penting bagi seseorang remaja

memahami diri mereka – dari aspek kebolehan, minat,

cita-cita, peluang-peluang dan prospek dalam pekerjaan

yang dipilih. Remaja yang jelas dari aspek tersebut akan

bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian mereka baik

di peringkat pengajian mahupun kerjaya.

3

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

Kampus Puncak Alam

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584107- Hjh Siti Aluyah

Mohd Ali

03-32584084—Hamidah Abdul

Ninggal

03-32584075— Hjh Rozainun

Mahmod

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584085—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

Kampus Puncak Perdana

03-79622326—Sulaiman Selamat

Kampus Dengkil

03– 89245205 - Marlizawati

Mohamat

03-89245336 - Syeriefa

Zulaikha Asni

Page 4: KAUNSELING -   · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-pihak bertanggungjawab di institusi ... mendapatkan perkhidmatan kaunseling,

PENGARUH LAYANAN IBUBAPA TERHADAP PEMILIHAN KERJAYA ANAK

Ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti dan sikap

remaja dalam membuat keputusan termasuklah pemilihan kerjaya. Ibubapa

janganlah memaksa anak-anak untuk memilih bidang yang tidak diminati kerana

yang akan mengalami suka duka belajar adalah remaja tesebut. Bantulah mereka

memilih bidang pengajian bersesuaian dengan minat, cita-cita dan juga personaliti

diri mereka.

Menurut Anne Roe dalam teori pemilihan kerjaya, kecenderungan pemilihan kerjaya

juga dipengaruhi oleh gaya layanan ibubapa kepada anak-anak mereka. Gaya

layanan tersebut ialah gaya layanan mesra, gaya layanan dingin dan gaya layanan

menumpu.

A) Gaya layanan Mesra

Mesra bersahaja

Ibubapa memberi kasih sayang yang sederhana, memberi perhatian kepada

mereka apabila ada masa lapang, mempunyai peraturan tetapi tidak

dikuatkuasakan.

Mesra pengasih

Memberi kasih sayang pada anakn-anak, membantu anak dalam menyelesaikan

masalah, memberi pujian dan kebebasan yang munasabah

B) Gaya layanan menumpu

Terlampau melindungi

Memberi pujian dan ganjaran yang berlebih-lebihan pada anak serta seringkali

mencampuri urusan anak. Memenuhi segala keperluan fisiologi anak mereka.

Terlampau menuntut

Ibubapa ini selalunya menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak.

Peraturan yang dibuat sangat keras , tegas dan anak-anak pula tidak boleh

membantah atau memberi pendapat. Mereka mahu anak-anak melibatkan diri

dalam aktiviti yang berguna menurut pandangan mereka selain cenderung

mendenda dan membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebayanya.

menghina anak.

4

Page 5: KAUNSELING -   · PDF fileDi peringkat sekolah menegah ... Dalam hal ini ibu bapa dan juga pihak-pihak bertanggungjawab di institusi ... mendapatkan perkhidmatan kaunseling,

C) Gaya layanan Dingin

Dingin mengabai

Ibubapa ini kurang memberi perhatian dan kasih sayang pada anak serta tidak

menepati janji.

Dingin Mengelak

Tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak dan seringkali

menghina anak.

Menurut Ann Roe bagi anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang tidak diterima mereka lebih cenderung untuk menjauhi orang lain. Mereka mungkin menjadi agresif atau mengelak dan lebih cenderung untuk bekerja dengan data atau benda berbanding dengan manusia. Orientasi pekerjaan adalah dalam sektor teknologi dan sains. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi atau meletakkan standard yang telalu tinggi terhadap mereka akan menjadi seorang yang sangat mementingkan pandangan orang lain terhadap diri mereka dan ingin mempunyai kedudukan yang kuat dalam hubungan mereka dengan orang lain. Dalam pemilihan pekerjaan mereka akan lebih berorientasikan manusia seperti bidang perkhidmatan, perniagaan dan kesenian. Bagi anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang menerima dan mendidik mereka dengan baik pula akan menunjukkan minat mereka terhadap manusia berbanding data dan benda.

Kesimpulan

Sebagai remaja walau apapun gaya layanan yang diberikan, tiga perkara penting dalam

pemilihan kerjaya ialah mengenalpasti potensi diri (personaliti, minat, nilai dan

pencapaian akademik), mengenalpasti keperluan-keperluan pekerjaan serta

memadankan potensi diri dengan kerjaya yang bersesuaian. Justeru itu dapatkan

khidmat kaunselor bagi membimbing anda mengenalpasti potensi diri melalui inventori

psikologi berkaitan.

Rujukan:

1. Hairunnaja Najmuddin. (2006) . Remaja Pendidikan & Kerjaya, PTS, Kuala Lumpur

2. Sidek Mohd Noah.(2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis, UPM, Serdang

Oleh : Hamidah Abdul Ninggal Unit Kerjaya

5