Kaunseling (REBT)

download Kaunseling (REBT)

of 2

Transcript of Kaunseling (REBT)

  • 8/17/2019 Kaunseling (REBT)

    1/2

    Situasi:

    Amirah, seorang pelajar sekolah menengah telah mengalami gangguan emosi kerana

    telah gagal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun.

    Dia sentiasa berkata dia kecewa dengan keputusan yang dia dapat dan merasakan dirinya bodoh.

    Keputusan yang tidak baik itu berpunca dari kesilapannya sendiri. Oleh itu, sebagai ibu bapa

    yang prihatin, mereka telah menghantar Amirah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling.

    Kaunselor telah menggunakan pendekatan teori rasional emotif behaior terapi !"#$%& untuk

    menyelesaikan masalah Amirah.

    'ipotesis "#$% menyatakan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian,

    interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan yang dihadapi. Di dalam proses terapi

    emosi(rasional, Amirah sebagai klien akan mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk

    mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam dirinya.

    %eori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. )a

    turut memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat

    keputusan. *endekatan teori adalah bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan

    mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini

     perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan

    rasional.

    Kaedah teori terapi ini terbahagi kepada empat, bermula dari peringkat pertama. *ada

     peringkat pertama, kaunselor akan membina hubungan yang baik dengan klien dengan

    menggunakan teknik mendengar empatik. Kaunselor dan klien juga perlu membina suasana yang

    kondusif antara mereka agar proses seterusnya dapat dijalankan dengan lancar.

    *ada peringkat kedua, kaunselor akan mula membimbing klien untuk mendedahkan

    emosi dan tingkahlaku mereka berbantukan model A$+. A adalah mengenai sesuatu yang terjadi

    dalam hidup manakala $ adalah kepercayaan yang ditanam disebabkan situasi tersebut. + pula

    adalah reaksi emosi terhadap kepercayaan yang dibina itu. odel ini dapat membantu mengajar

  • 8/17/2019 Kaunseling (REBT)

    2/2

    Amirah bahawa kepercayaannya terhadap kegagalan itulah yang menyebabkan berlaku

     perubahan dari segi emosi dan tingkahlaku.

    A - Amirah, seorang pelajar yang bijak telah gagal untuk mendapatkan keputusan cemerlang

    dalam peperiksaan pertengahan tahun.

    $ - Dia beranggapan dia seorang yang bodoh kerana telah gagal.

    + - Dia merasa terlalu kecewa dan selalu murung.

    Seterusnya, pada peringkat ketiga, kaunselor akan membantu klien untuk membeakan

    kepercayaan rasional dengan tidak rasional. Kaunselor turut membantu klien untuk memahami

     bagaimana kepercayaan rasional akan membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak

    rasional akan membawa hasil negatif terhadap diri sendiri. Amirah akan dibantu oleh kaunselor

    untuk mengenalpasti bahawa kepercayaannya terhadap diri adalah kepercayaan yang tidak

    rasional.

    Dari segi teknik kognitif, kaunselor akan menggunakan analisis rasional berfokuskan

     peristiwa yang berlaku dalam hidup Amirah. %eknik ini merupakan satu cara untuk

    mempertikaikan kepercayaan yang menyebabkan gangguan emosi terhadap Amirah.

    $agi teknik emotif, kaunselor menggunakan imej rasional emotif. )a merupakan salah

    satu latihan untuk mental. %eknik ini membolehkan klien membayangkan bagaimana dia berfikir,

    rasa, dan bertindak seperti mana dia mahu dalam kehidupan sebenar. $agi Amirah, dia

    membayangkan peristiwa di mana dia telah mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan

    dan dia merasa sangat kecewa dengannya. Kemudian, kaunselor akan membantu Amirah untuk

    mengubah perasaan kecewa itu kepada perasaan yang sepatutnya.

    $agi peringkat keempat, teknik pertikai dari masa ke semasa akan digunakan bagi

    melatih klien mencabar kepercayaan tidak rasionalnya. /atihan kerja rumah diberikan untuk

    menangani kepercayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari.