Kaunseling

12
Bimbingan dan Kaunseling SUTINA MUHAMMAD HANIP 1 1.0 Kaunseling Kaunseling adalah suatu hubungan antara seorang kaunselor dengan klien untuuk membantu perkembangan diri klien. Hubungan kaunseling mempunyai ciri tertentu yang membezakannya daripada hubungan yang lain.Ini termasuklah aspek prinsip, personaliti orang yang terlibat dalam proses kaunseling dan juga kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor untuk membolehkan proses kaunseling berjalan. Menurut Krumboltz (1996), kaunseling merangkumi aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu kien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan membantu menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien 1.1 Kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling Teori merupakan model atau penjelasan yang digunakan oleh kaunselor sebagai panduan untuk mengenal pasti masalah dan maklumat penting tentang kliennya. Ia juga merupakan panduan kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu klien. Teori membolehkan seseorang kaunselor mengetahui tentang pandangan dan sikap terhadap manusia secara keseluruhannya, perkembangan sahsiah atau personaliti, samada diwarisi atau dipelajari, bolehkah manusia berubah dan bagaimana mereka berubah, penyebab perlakuan luar biasa. Apakah perlakuan itu boleh diterima atau tidak, bagaimana manusia belajar dan berinteraksi dan sama ada nilai budaya, masyarakat dan agama mempengaruhi sikap dan pandangan seseorang terhadap manusia. Menurut Capuzzi & Gross (1997), semua pengamal kaunseling beroperasi berdasarkan teori. Tanpa suatu aras teori yang sistematik, kaunselor akan kekurangan kekuatan dan ketekalan untuk mereka mewujudkan interaksi yang berfokuskan kepada suatu tema. Individu yang merasakan bahawa mereka boleh beroperasi tanpa teori sebenarnya beroperasi daripada suatu teori yang tidak nampak jelas. Fungsi pertama sesuatu teori adalah sebenarnya untuk 1

Transcript of Kaunseling

Page 1: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

1

1.0 Kaunseling

Kaunseling adalah suatu hubungan antara seorang kaunselor dengan klien untuuk membantu

perkembangan diri klien. Hubungan kaunseling mempunyai ciri tertentu yang membezakannya

daripada hubungan yang lain.Ini termasuklah aspek prinsip, personaliti orang yang terlibat dalam

proses kaunseling dan juga kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor untuk membolehkan

proses kaunseling berjalan. Menurut Krumboltz (1996), kaunseling merangkumi aktiviti yang

beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu kien melibatkan diri dengan jenis-

jenis tingkah laku yang akan membantu menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien

1.1 Kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling

Teori merupakan model atau penjelasan yang digunakan oleh kaunselor sebagai panduan

untuk mengenal pasti masalah dan maklumat penting tentang kliennya. Ia juga merupakan panduan

kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu klien.

Teori membolehkan seseorang kaunselor mengetahui tentang pandangan dan sikap terhadap

manusia secara keseluruhannya, perkembangan sahsiah atau personaliti, samada diwarisi atau

dipelajari, bolehkah manusia berubah dan bagaimana mereka berubah, penyebab perlakuan luar

biasa. Apakah perlakuan itu boleh diterima atau tidak, bagaimana manusia belajar dan berinteraksi

dan sama ada nilai budaya, masyarakat dan agama mempengaruhi sikap dan pandangan seseorang

terhadap manusia.

Menurut Capuzzi & Gross (1997), semua pengamal kaunseling beroperasi berdasarkan

teori. Tanpa suatu aras teori yang sistematik, kaunselor akan kekurangan kekuatan dan ketekalan

untuk mereka mewujudkan interaksi yang berfokuskan kepada suatu tema. Individu yang merasakan

bahawa mereka boleh beroperasi tanpa teori sebenarnya beroperasi daripada suatu teori yang tidak

nampak jelas. Fungsi pertama sesuatu teori adalah sebenarnya untuk menjelaskan sesuatu kejadian

yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian, kedua menggunakan sesuatu teori untuk

menguasai keadaan tertentu dan ketiga untuk membuat ramalan.

1

Page 2: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

2

Jerome Frank (1971) berkata, beliau berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang

yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan, dan halatuju

kepada kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dilakukannya.

Menurut Zainal Abidin (2005), beliau menyatakan bahawa teori memberi fokus kepada

kaunselor tentang apa yang dilakukan terhadap kliennya. Ia memberi kaunselor panduan bagaimana

untuk membantu klien menyelesaikan masalahnya.

Gladding (1990) pula menyatakan bahawa teori merupakan asas kepada kaunseling yang

baik. Ia memberi cabaran kepada kaunselor untuk menjadi seorang yang mengambil berat dan kreatif

di dalam batasan hubungan profesional yang distruktur oleh pertumbuhan dan pemahaman tentang

sesuatu.

Menurut Boy dan Pine (1983), mereka menyatakan bahawa teori merupakan sebab

disebalik bagaimana kaunselor berperanan. Ia menyediakan garis panduan untuk kaunselor

beroperasi. Kaunselor yang berpandukan teori, mempunyai sebab bagi setiap tindakan mereka.

Sebagai kesimpulannya, teori memainkan peranan yang penting di dalam proses kaunseling.

Ia merupakan asas dan garis panduan kepada kaunselor di dalam menjalankan sesuatu proses

kanseling. Teori boleh dianggap sebagai peta minda kepada kaunselor supaya mereka dapat

memahami pemikiran dan tingkah laku klien mereka. Seterusnya, ia akan dapat membantu kaunselor

memilih pendekatan dan stratergi yang sesuai bagi membantu menyelesaikan masalah klien. Dalam

memilih pendekatan yang sesuai, kaunselor juga perlu mengambil kira beberapa faktor pentimg

seperti faktor diri kaunselor itu sendiri, faktor klien, tahap kritikal masalah yang dibawa serta masa

yang ada untuk proses kaunseling bersama klien. Ini akan dapat membantu kaunselor melicinkan

proses kaunselingnya bersama klien.

2

Page 3: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

3

2.0 Sejarah perkembangan pendekatan ketingkahlakuan

Terapi tingkahlaku merupakan terapi yang memberi fokus kepada kaunselor untuk membantu

klien menghapuskan tingkah laku yang tidak betul dan seterusnya mempelajari tingkah laku yang

betul. Sejarah terapi ketingkahlakuan dalam kaunseling dipengaruhi oleh tiga komponen utama.

Komponen pertama dipengaruhi oleh teori Pavlov dan John B. Watson mengenai pembentukan

tingkah laku kebiasaan klasikal. Komponen kedua pula dipengaruhi oleh B.F Skinner berkenaan

kebiasaan operan manakala komponen ketiga dipengaruhi oleh terapi tingkah laku emosi kognitif

oleh Albert Ellis.

2.1 Komponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling

behaviorisme

Komponen Pertama

Komponen pertama ialah daripada prinsip pelaziman klasikal, atau pelaziman responden.

Prinsip ini diasaskan hasil dari kajian Pavlov (1960),dan Hull (1943). John B. Watson (1920)

menggunakan teori Pavlov di dalam eksperimennya terhadap tikus putih. Dalam eksperimen

tersebut, Watson menggunakan (bunyi loceng yang kuat) iaitu ransangan tidak terlazim, dan

digandingkan dengan (tikus putih) iaitu ransangan terlazim. Ini mengakibatkan respon terlazim

(terperanjat dan rasa takut).

Berdasarkan komponen pertama ini, kaunselor perlu menunjukkan kemahirannya dari aspek

melayan, medengar, menghargai, menerima dan memahami di dalam proses kaunseling yang

dijalankannya. Kaunselor perlu menganalisis, merancang, memproses dan membantu klien

menghapuskan tingkahlakunya yang menyeleweng. Sebagai contoh, sekiranya klien sebagai seorang

pelajar sekolah memberitahu bahawa dia suka mencuri. Apa perlu yang dilakukan oleh kaunselor

ialah dia boleh menggunakan teknik Multimodal Therapy yang dibina oleh Lazrus iaitu BASIC ID.

B-tindakan, A-emosi, S-deria rasa, I-gambaran, C-pemikiran, I-hubungan intepersonal dan D-ubat.

Semasa proses kaunseling, kaunselor akan mendapatkan maklumat daripada klien tentang

3

Page 4: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

4

bagaimana faktor ini memainkan peranan dalam kehidupan klien sehingga terjadinya perbuatannya

yang suka mencuri. Dari maklumat yang diperolehi, ia dapat memberitahu kaunselor tentang

tindakan (mencuri) yang telah dipilih oleh klien. Seterusnya, kaunselor akan dapat membantu klien

membuat keputusan yang akan dilakukannya supaya perbuatan mencurinya dapat dihentikan.

Komponen Kedua

Komponen kedua diasaskan oleh B.F Skinner (1953) ialah pelaziman operan. Dalam

pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu tingkah laku berulang. Ia

memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang.

Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Manakala contoh peneguhan negatif ialah seperti

menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat.

Manakala, hukuman dan pelupusan mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah

menambahkan ransangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan

kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku

yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap.

Contohnya, jika terdapat pelajar yang melakukan vandalisme di sekolah. Pelajar (klien)

akan diminta oleh kaunselor untuk berjumpa dan seterusnya mengadakan sesi kaunseling. Kaunslor

akan meminta klien untuk menceritakan tentang kehidupannya. Dari penceritaan klien tadi,

kaunselor perlu bijak memilih pendekatan yang sesuai digunakannya untuk proses kaunseling.

Kaunselor mesti menyelidiki dari mana puncanya, siapa pendorong dan sebagainya. Kaunselor juga

boleh meminta klien untuk mengurangkan aktivitinya sedikit demi sedikit. Klien akan diberi jadual

setiap kali aktivitinya dapat dikurangkan. Jadual itu akan dibawa sewaktu perjumpan seterusnya

bersama kaunselor. Setiap kali aktiviti vandalismenya dapat dikurangkan dia akan diberi peneguhan

positif oleh kaunselor.

Komponen Ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai “terapi tingkah laku kognitif”. Terapi ini adalah

gabungan aspek kognitif, emosi dan tingkah laku. Ia menekankan tentang pemikiran, penilaian,

4

Page 5: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

5

penganalisaan, perlakuan serta membuat keputusan. Pendekatannya bercorak didaktif atau mengajar,

amat mengarah dan mengutamakan pemikiran daripada perasaan. Terapi tingkah laku kognitif ini

percaya bahawa di dalam diri manusia ada sistem nilai dan kepercayaan yang tidak betul dan tidak

rasional. Ia perlu dibetulkan dan dicabar supaya nilai dan kepercayaan tersebut menjadi betul dan

rasional

Kaunselor boleh menggunakan teori ini di dalam membantu kliennya sewaktu proses

kaunseling. Teknik paling penting ialah untuk membahaskan kepercayaannya yang tidak rasional.

Konsep yang digunakan ialah A-B-C-D. Sebagai contoh, apabila klien datang berjumpa kaunselor

kerana kegagalannya menjawab soalan peperiksaan dengan betul, klien akan diminta untuk

menceritakan masalahnya (A-activating event). Sewaktu bercerita, klien akan menyebut “ kenapalah

aku ni bodoh sangat. Soalan senang pun aku tak boleh jawab.” Kepercayaan ini menyebabkan klien

kecewa dan secara tidak langsung menyekat fungsi kehidupannya. Apa yang perlu dilakukan

kaunselor ialah untuk membahaskan pemikiran negatif (B-Belief) klien tersebut. Jika ia dibiarkan

klien akan terus berfikiran dan berkelakuan negatif (C-emotive & behavioral). Kaunselor boleh

bertanya pada klien seperti “Keadaan tidak begitu teruk kerana ia diluar jangkaan anda”. Perbahasan

(D-dispute) yang dilakukan akan dapat membantu klien menilai dan menggantikan pemikiran dan

tingkah laku klien kepada sesuatu yang positif. Barulah klien dapat merasakan bahawa masalahnya

bukanlah masalah tetapi satu cabaran yang perlu diatasi.

5

Page 6: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

6

3.0 Tingkah laku Maladaptif

Perlakuan maladaptif ialah tingkah laku yang tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat.

Sekiranya ia masih lagi dilakukan, orang itu akan dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam

masyarakatnya. Contohnya, bersikap kurang ajar terhadap orang tua atau melakukan peras ugut. Ia

dikatan tingkah laku maladjustif sekiranya menjadi pola sahsiah, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai

dalam sesuatu masyarakat. Tepati, perbuatan bantu-membantu, bekerjasama, bergotong royong dan

lain lain lagi adalah tingkah laku adjustif, iaitu tingkah laku yang dapat diterima oleh masyarakat..

Tingkah laku adaptif atau maladaptif adalah tingkah laku yang dipelajari. Ini bermakna apa

yang telah dipelajari boleh dihapuskan atau dibuang. Contohnya, jika seseorang telah ada tabiat

menghidu gam, iaitu satu perbuatan yang telah dipelajarinya, maka secara teorinya ia boleh dibuang

atau dihilangkan.

3.1 Tingkah laku maladaptif yang dipelajari berdasarkan prinsip dalam teori kaunseling

behaviorisme.

Tingkah laku yang dianggap maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan

peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa. Dari perspektif

pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang

neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral

akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar.

Contohnya, seorang kanak-kanak mengalami sakit kepala, dia dan rakannya bercadang untuk pergi

memancing. Pada minggu yang lain pula, dia mengalami sakit kepala lagi apabila pergi memancing.

Lama kelamaan apabila dia mendengar perkataan “memancing” sahaja, dia akan sakit kepala dan

hendak pengsan.

6

Page 7: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

7

Melalui proses pelaziman operan, tingkah laku maladaptif yang lain boleh dipelajari. Jika

terdapat peneguhan, tingkah laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan. Sebagai contoh,

kanak-kanak yang mengalami sakit kepala tadi mendapat perhatian dari ahli keluarganya dengan

penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana keadaannya itu. Ini akan

menyebabkan kanak-kanak ini mengambil kesempatan yang sama dalam situasi yang berlainan.

Contohnya dia ingin mengelak daripada pergi ke kelas agama. Jadi, dengan mengatakan dia sakit

perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu pergi ke kelas agama.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, generalisasi akan berlaku. Ini terjadi apabila kanak-

kanak ini hendak mengelak sesuatu situasi yang dianggapnya sebagai tidak selesa, ia akan

mengalami sakit kepala. Situasi ini akan berterusan berlaku kerana ia berkesan. Sebaliknya, tingkah

laku ini akan menjadi bebanan pada dirinya pada masa-masa akan datang.

Diatasi melalui proses kaunseling

Kaunselor behaviorisme mesti menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara seperti

mendengar dengan tepat, menghargai kliennya, sikap menerima dan memahami bahawa klien

seorang yang unik. Ia perlu dilakukan sewaktu menjalankan proses kaunseling. Kaunselor juga perlu

membina satu perhubungan yang positif dengan kliennya supaya dapat memastikan ia benar-benar

memahami masalah klien sebelum memulakan sesuatu strategi terhadap kliennya. Perhubungan

positif juga akan membolehkan klien lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat perubahan terhadap

tingkah laku adaptif.Sewaktu proses kaunseling, klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis,

merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor akan cuba

membantu klien untuk melupuskan tingkah laku maladaptifnya. Klien pula perlu mempelajari

tingkah laku yang adaptif yang akan tingkah laku ini akan berterusan sebagaimana yang telah

dirancang bersama kaunselor. Tugas kaunselor ialah menggalak dan membantu kliennya membuat

perubahan.

Sewaktu menjalankan sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri sahsiah yang

mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.Tugas utama kaunselor ialah, dapat membantu

klien bersama-sama menganalisis tingkah lakunya, mentakrif masalah, dan memilih satu matlamat

7

Page 8: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

8

yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan menjadi lebih mudah sekiranya kaunselor dan klien dapat

mewujudkan cara berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain, saling mempercayai dan

bekerjasama. Faktor perhubungan yang baik ini harus berterusan selama klien dan kaunselor mencari

jalan menolong klien membuat perubahan.

3.2 Penggunaan stratergi dalam teori kaunseling behaviorisme bagi membantu klien

maladaptif.

Terdapat beberapa strategi yang efisien boleh digunakan oleh kaunselor terhadap kliennya

untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak

dikehendaki. Apa yang penting ialah penglibatan dan kerjasama antara klien dan kaunselor perlu

berterusan. Antara staterginya ialah latihan asertif, token ekonomi, main peranan, pemantauan

kendiri, pelupusan secara sistematik, imageri, flooding, terapi impolsif, pengurusanan kendiri dan

peneguhan kendiri

i) Pelupusan secara sistematik

Pelupusan secara sistematik digunakan bagi menghapuskan perasaan yang tidak sepatutnya.

Sebagai contoh, sekiranya klien memberitahu bahawa dia merasa fobia terhadap lipas. Apa yang

perlu dilakukan oleh kaunselor ialah mengetahui bagaimana fobianya terhadap lipas boleh terbentuk.

Adakah ia terjadi sejak dari klien kecil atau ia baru terjadi sewaktu klien dewasa. Seterusnya

menetapkan matlamat awal bersama klien iaitu untuk menghapuskan fobianya terhadap lipas.

Kaunselor perlu menjalankan stratergi ini melalui tiga peringkat. Peringkat pertama,

kaunselor dan kliennya perlu menganalisis bagaimana rasa fobia terhadap lipas yang dialami oleh

klien tersebut terjadi. Seterusnya, senarai perlu dibuat oleh klien bersama kaunselor. Senarai itu

mengandungi situasi fobia klien terhadap lipas dari yang paling ditakuti sehingga yang kurang

ditakutinya. Kedua, klien akan diajar latihan untuk menenangkan pemikirannya (relaxation).Ini

supaya bila klien berada di dalam keadaan yang tenang, dia tidak akan terlalu memikirkan fobianya

terhadap lipas. Ketiga, peranan penting kaunselor terhadap kliennya iaitu kaunselor perlu

8

Page 9: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

9

menenangkan fikiran klien. Disamping itu, kaunselor perlu menguji klien dari situasi yang tidak

menakutkan kepada situasi yang menakutkannya terhadap lipas. Klien akan diminta untuk memberi

isyarat sekiranya dia masih lagi tidak bersedia berada pada tahap situasi yang menakutkannya.

Latihan ini akan diulang beberapa kali sehingga klien dapat melakukan amali situasi yang paling

menakutkannya dan seterusnya dapat membantunya menyelasaikan fobianya terhadap lipas.

ii) Latihan asertif

Ramai beranggapan latihan asertif adalah suatu teknik untuk mengajar klien menjadi seorang

yang agresif. Sebaliknta ia adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri

berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Latihan asertif mempunyai

matlamat asas iaitu ia memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang

dikehendaki. Ia bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain; Latihan

asertif juga mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya

mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

Latihan asertif dilaksanakan dengan cara main peranan dan melakonkan (modeling) situasi-

situasi pasif, agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh klien, kedua melalui penerokaan masalah

dan mentakrif masalah, ketiga, mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali,

keempat role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan

tingkah laku asertif dan melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh, seorang klien datang berjumpa kaunselor dan menceritakan masalahnya

yang sering diejak oleh rakan sekelas. Kaunselor perlu menyelidiki sikap dan punca kepada masalah

itu. Cara yang boleh dilakukan kaunselor ialah dengan membantu klien membuat teknik main

peranan bagi membantu klien tersebut mempertahankan diri sekiranya diejek. Cara ini dapat

memberi idea kepada klien cara yang betul untuk mengangani masalahnya. Kaunselor juga perlu

mengulangi teknik ini supaya klien benar-benar dapat mengatasi masalahnya yang sering diejek.

Melalui cara-cara ini, klien dapat membentuk tingkah laku baru dalam suasana selamat bersama

kaunselornya, klien juga dapat bersama-sama dengan kaunselor untuk menganalisis perlakuan-

9

Page 10: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

10

perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila keselesaan sudah dirasai dan

boleh membuat respon dengan cara baru ini, klien boleh mencubanya di dalam situasi sehariannya.

iii) Token Ekonomi (Hadiah)

Pemberian hadiah atau token ekonomi sering digunakan di dalam teknik behaviorisme. Ia

digunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dan mewujudkan sesuatu

tingkah laku yang diingini. Ia digunakan apabila peneguhan sosial tidak berjaya mencapai

objektifnya. Sebagai contoh, seorang klien mempunyai masalah ponteng kelas. Masalah ini berpunca

akibat klien tersebut terikut-ikut kelakuan rakan-rakannya yang ponteng kelas. Apa yang perlu di

lakukan ialah, kaunselor dan klien akan berbincang bagi menentukan tingkah laku yang ingin

dihapuskan dan dibentuk. Bagi diri klien pula, apa yang perlu dia lakukan ialah dia perlu hadir ke

kelas. Setiap kali klien tersebut berjaya hadir ke kelas, dia akan mendapat token daripada kaunselor.

Apabila token ini telah berjaya mencapai bilangan tertentu, ia akan ditukar oleh klien. Pemberian

dan penukaran token ini akan berterusan sehingga klien berjaya mencapai matlamatnya iaitu hadir

kelas tanpa ponteng kelas walau sehari. Token ekonomi ini lebih sesuai digunakan di dalam sesi

kaunseling kelompok. Ini kerana, disamping token yang diperolehi, klien akan memperoleh

peneguhan berbentuk sosial dari rakan-rakannya. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat

sesuai digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk membentuk

tingkah laku yang adaptif.

KESIMPULAN / PENUTUP

Teori dan praktik tidak boleh dipisahkan. Kaunselor memerlukan teori sebagai garis

panduannya dalam membantu klien sewaktu proses kaunseling. Teori kaunseling tingkah laku atau

teori behaviorisme merupakan tingkah laku yang dipengaruhi oleh persekitaran yang boleh

diperhatikan. Komponen pertama teori ini dipelopori oleh Pavlov, John B.Watson melalui teori

pelaziman klasik. Kompenen kedua pula dipelopori oleh B.F. Skinner melalui teori pelaziman

operan. Manakala komponen ketiga dipelopori oleh Albert Ellis melalui teori terapi tingkah laku

emotif kognitif. Tingkahlaku maladaptif adalah tingkah laku yang tidak dikehendaki. Ia boleh diatasi

dengan mengguankan beberapa stratergi. Antaranya seperti token ekonomi, latihan asertif, pelupusan

10

Page 11: Kaunseling

Bimbingan dan KaunselingSUTINA MUHAMMAD HANIP

11

sistemik dan sebagainya. Jelaslah di sini bahawa setiap teori yang diguna pakai oleh kaunselor

memainkan peranan penting dalam membantu klien sewaktu sesi kaunseling.

11