Kbat
-
Upload
kirutping71 -
Category
Documents
-
view
222 -
download
0
description
Transcript of Kbat
Setiap soalan peperiksaan biasanya dimulakan dengan kata tugas yang mengharapkan respons yang tertentu daripada pelajar. Samada PT3, SPM atau STPM, calon perlu mengemukakkan jawapan yang menepati kehendak soalan. Sebagai contohnya, kata tugas 'Di Manakah' memerlukan pelajar untuk memberi respon yang mampu menyataan kedudukan atau tempat dengan betul.
Contoh Kata Tugas Soalan Peperiksaan
Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar. Semoga membantu!
BLOOM TAXONOMY
KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN
Pengetahuan
Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
Di manakah Menyatakan kedudukan / tempat
Isikan Memenuhkan maklumat yang
spesifik di ruang
Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara / benda / pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
Labelkan Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi
Lengkapkan Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual / rajah / ayat yang diberikan
Namakan Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda / istilah / terminology / proses
Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan
Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks
Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
Tandakan Meletakkan symbol yang dikehendaki
Tulis Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus
Kefahaman
Bagaimanakah Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian
Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji
Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
Di manakah Menyatakan tempat / kedudukan
Fokuskan Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu
Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang
Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
Lorekkan Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan / rantau / ruangan tertentu
Manakah Menyatakan pilihan
Mengapakah Memberi sebab
Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan
lanjut / huraian / sokongan
Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
Pasangkan Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosesdur yang betul
Susun Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah / prinsip / keperluan / keutamaan
Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab
Terjemahkan Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain
Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti
Aplikasi
Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/
Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu
Cari Memberikan suatu nilai / kedudukan / perkara secara mengenai pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas
Gariskasarkan Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses / tindakan
Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh / gambarajah / rajah
Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk / tolok
Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksanakan
Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara megikut aras / tahap tertentu
Pilih Menentukan maklumat yang terbaik
Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan / petikan secara pendek / padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal
Selesaikan Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip / teori secara spesifik / berbentuk poin tanpa memberi hubungan / perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap satunya
Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan
Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan
bukti
Ulas Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki
Analisis
Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan
Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
Cadangkan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative
Formatkan Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip / prosedur / peraturan tertentu
Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan menggunakan gambarajah
Huraikan Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci
Jadualkan Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan
Klasifikasikan Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan . kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria / ciri / sifat
Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah / gambarajah / peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian
Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisah atau bertulis
Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar rajah / graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu
Plot Menanda / melukis titik-titik graf
Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu
Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut format
Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti
Ukur Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya
Sintesis
Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat tertentu
Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
Hitungkan Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) atau
menggunakan rumus
Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor
Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi
Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat / petikan
Sarankan Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi
Sediakan Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip yang tertentu
Syorkan Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan
Unjur Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan
Penilaian
Bangunkan Menghasilkan satu aturcara / program yang menggunakan perisian / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu
Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti
Deduksikan Membuat kesimpulan
berdasarkan sesuatu
Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara
Rekabentukkan Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototaip / model
Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara
Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan Penilaian dalam Bloom Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT dalam pembelajaran mereka! Semoga berjaya ..